KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 30, 2008

Petronas biaya Orkestra RM3.5 juta sebulan!

harakahdaily - [...] Menurut laporan Okestra ini dianggotai oleh hanya lima peratus dari kalangan rakyat Malaysia manakala selebihnya adalah pemain muzik yang diimpot malah konduktor orkestra dibayar RM130,000 dan pembantunya RM50,000 sebulan dilihat lebih mahal dari elaun Menteri Besar dan Menteri Kabinet Malaysia.

"Beginikah caranya Petronas menyalurkan keuntungannya kepada rakyat, sedangkan persembahan orkestra ini hanya dinikmati oleh kurang satu peratus rakyat Malaysia yang rata-rata dari golongan elit dan berada?" kata Roslan Sms yang menyiarkan pendedahan itu dalam blognya.

Kata Roslan dalam suasana ekonomi dunia yang tidak menentu ini dan rakyat disarankan untuk berjimat-cermat maka penjimatan yang paling utama adalah untuk menghapuskan sahaja orkestra yang tidak memberi manfaat kepada lebih 24 juta rakyat Malaysia ini.

"Peruntukkan RM130,000 sebulan untuk membayar gaji konduktor orkestra ini lebih baik digunakan untuk perkara lain yang lebih berfaedah.

"Bayangkan MTUC perjuangkan gaji minima buat kaum pekerja di Malaysia sebanyak RM1,200.00 sebulan iaitu gaji RM900 dan COLA RM300,"

"Dengan RM130,000 sebulan ini dapat membayar gaji minima kepada 108 orang pekerja Malaysia dan membantu mereka mengatasi kesan kenaikkan kos hidup hari ini!," katanya dalam blog n32blogspot.
... selanjutnya.
No2umnO - Siapa dengar alunan muzik Malaysian Philharmonic Orchestra, mesti perasan jadi KAYA. Dengar lagu macam mat saleh.....kepala ingat ada kereta mewah. Keluar dewan .... tahan bas. Tapi tu semua tak membazir kata Petronas kerana minyak yang dikorek tu bukan harta mak bapak diorang. Jadi peduli apa dengan belanja ni. Bayangkan ... orang miskin beli radio kecil nak dengar lagu, orang 'biasa' beli MP3 nak dengar jazz, orang 'sederhana' bayar bill Astro nak tonton pertunjukkan ..... Orang KAYA belanja berjuta ringgit sebulan nak dengar orkestra .... Langsung tak masuk akal. Itu baru satu perkara ... yang lain lain lagi .... Phuuuuhuhhhhh !!!

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive