Menurut beliau, andaian yang ditimbulkan oleh segelintir pihak itu bersifat dangkal dan berniat jahat terhadapnya.
‘‘Saya bukan spy (pengintip), sudah tentu dakwaan itu tidak benar sama sekali.
“Agenda saya (menyertai semula UMNO) adalah agenda negara dan bukannya atas tujuan tertentu atau melibatkan kepentingan mana-mana individu di dalam mahupun di luar UMNO,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mohamad Ezam, 41, ditanya mengenai tanggapan pihak tertentu bahawa penyertaan semula beliau ke dalam UMNO adalah bagi memudahkannya bertindak sebagai ‘pengintip’ untuk parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mengenal pasti kekuatan dan kelemahan UMNO.... selanjutnya.
0 comments:
Post a Comment