KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 30, 2008

Babad Pendekar Jawa-Akhir

Menarik artikel ini. dikorek dan di temui oleh mangchik .....

khalid jaafar - [...]Yusmadi, peguam Ezam semasa di bawah ISA dan kini ahli parlimen Balik Pulau, memberitahu saya Ezam pernah menulis surat kepada Abdullah Badawi dari dalam penjara Kajang. Dan dari beberapa sumber lain saya membuat kesimpulan Ezam telah di'turn over' semasa di Kamunting. Selepas di bebaskan dari ISA Ezam tidak aktif dan tidak sama sekali berada dalam satu platform dengan bekas-bekas tahanan ISA. Ini saya kira adalah janji beliau dengan pegawai-pegawai yang melakukan turning over terhadap beliau. Kemudian dia melakukan banyak kontak dengan pemimpin-pemimpin Umno, termasuk dengan Khir Toyo yang ketika itu menteri besar Selangor. Dan dia mula berbangga-bangga dengan kontaknya dengan pemimpin-pemimpin Umno. Suatu hari dia memberitahu saya kata-kata seorang Umno: "Ezam, kau cepatlah masuk Umno, aku dah tak tahan melihat kebahlulan yang ada dalam Umno sekarang." Wah Ezam bukan main terkesan dengan pujian tersebut. Bila berlaku siri tindakannya, meletak jawatan dari ketua AMK dan lain-lain saya telah yakin bahawa dia membina jambatan untuk kembali kepada Umno. Tetapi Ezam juga melakukan diversion, mengingat jalinan dengan pemimpin-pemimpin tertentu Pas dan melontar khabar-khabara angin akan menyertai Pas. Dan ada pemimpin Pas yang termakan dengan diversion tersebut.

Walhasil Ezam telah kembali ke zaman pra-peristiwa Orchard Parade Hotel. Maka tamatlah kisahnya sebagai pendekar Jawa. Selepas ini kita akan menyaksikan Ezam sebagai Lu Bu. Saya sudah sarankan supaya membaca San Guo Yan Yik. Kalau masih belum membacanya maka tidak akan faham. Pagi tadi saya memanggil Liau Kok Fah, bila dia mengangkat panggil dia terus bertanya:"Bagaimana dengan kawan awak?""Satu tahun dahulu saya sudah katakan dia Lu Bu, kau tak mahu percaya,"jawab saya."Betul apa yang awak katakan, dia memang Lu Bu, sekarang saya percaya," tambah Liau.
... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive