KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 30, 2008

Reaksi Mufti Perlis Kepada Kenyataan Dato Hasan Ali

drmaza

1. Berhubung Dengan Pengharaman segala aktiviti Islam Hadhari di Selangor:
Dr. Mohd Asri menyebut: “Istilah Islam Hadhari telah mengelirukan banyak pihak, namun isi kandungannya baik. Malangnya, perlaksanaan isi kandungan itu kurang kelihatan, selebihnya hanya jenamanya sahaja yang diwar-warkan. Saya mencadangkan kepada pihak yang menolak secara ‘pakej’ supaya menilai dengan objektif, menerima aktiviti yang baik atau dasar-dasar yang baik yang termuat dalam Islam Hadhari dan boleh menolak jenama yang mengelirukan itu. Buang namanya, makan isinya seperti kueh tahi itik di Kelantan. Tak perlu panggil tahi itek, cuma makan sudahlah”.

2. PAS tidak akan mengharamkan arak dan judi di Selangor, tidak pernah berjanji pun untuk berbuat demikian. Bahkan beliau mencabar sesiapa yang dapat buktikan yang PAS pernah berjanji seperti itu.
Dr. Mohd Asri mengulas: “Inna lillah wa inna ilaihi raji’un. Saya seakan bermimpi. Suara siapakah yang saya dengar sejak dahulu yang begitu garang menghentam dan mengkritik kewujudan arak dan judi dalam negara ini. Bahkan ada yang sampai menghukum akidah pemerintah kerana perkara yang seperti ini. Aduhai politik dan kerusi terlalu cepat mengubah manusia. Tidak hairan jika ada tokoh yang menyebut: “Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan dan politik”. Alangkah baik jika disebut; “kita sedang berusaha, atau masih dalam proses, atau mengambil pendekatan yang tersusun, atau sedang meneliti” atau seumpamanya. Bayangkan jika perkara seperti ini disebut oleh orang lain dari parti berkenaan, “apakah agaknya hukuman yang akan mereka jatuhkan?

6 comments:

mangchikla said...

Sebenarnya kita kena selidiki balik dalam konteks apa Dr Hassan Ali memberi ulasan tersebut. Jawapan adalah ekoran pertanyaan wakil BN berkaitan dengan manifesto PRU 12 yang lalu.

Anonymous said...

konteks monteks .. banyak la cengkadak kamu !

Islam itu jelas dlm perihal arak & judi. Buat pa Hassan Ali ambil sikap apologetik terhadap maksiat? Dia org Islam ka atau orang kafir? Dia nak jadi jurucakap nak bela hak org kafir buat maksiat atau nak tarbiyah orang untuk ke jalan benar?

Chit ... taik itek punya ulamak! cakap belit-belit macam DSAI .. pengabisan dia sendiri yg konfius!

Panglima Perang Cyber said...

Bang........bangun bang!

Bang , bangun bang...


Bang, mengingau ke apa ni?

Bang.....sat betul tolak benda ajak kepada keimanan dan ketakwaan kepada Allah....

Bang.......ladesh pun tahu Islam hadhari bukan mazhab atau agama..

Satu je tidak tahu....

Apa ?

Ba...................bi sahaja!

maaf cakap kalau terasa pergi tengok apa benda tu dulu...

jgn nampak ada 2 tokguru sahaja dlm dunia...ramai lagi bangggggggg oi.

aduhai, sedihnya.

nak tolak Islam cakap betul2...

Islam hadhari ditolak ni sebab marah kes ba......bi ke???

alahai....tak perintah negara dah haram sana haram sini...

alahai...sempitnya dunia...

reti baca ? tengok sini :

KENYATAAN MEDIA
BERKAITAN PENGHARAMAN PROGRAM ISLAM HADHARI
Dl NEGERI SELANGOR

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ingin merujuk kepada kenyataan YB Dato’ Dr. Hassan Mohamed Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor yang disiarkan dalam akhbar-akhbar pada hari ini bahawa Negeri Selangor mengharamkan sebarang bentuk program Pendekatan Islam Hadhari di Negerl Selangor berkuatkuasa semalam.seterusnya...
JAKIM selaku agensi penyelaras pelaksanaan Pendekatan Islam Hadhari Peringkat Kebangsaan berpandangan bahawa kenyataan tersebut dibuat tanpa mengambilkira kebaikan dan manfaat jangka panjang yang akan diperolehi oleh umat Islam melalui Pendekatan Islam Hadhari.

Pendekatan Islam Hadhari yang telah diperkenalkan oleh kerajaan nersekutuan sejak tahun 2005 adalah suatu pendekatan untuk membangun dan memajukan ummah secara holistik meliputi aspek spiritual dan pembangunan fizikal. Tiada apa cacat cela dalam Pendekaian Islam Hadhari yang mengondungi 10 prinsip itu. Malah pinsip pertama pendekatan ini meletakkan aspek Keimanan dan Ketaqwaan Kepada Allah sebagai teras utamanya.

Dalam persidangan-persldangan ulama’ peringkat antarabangsa, iaitu;

Persidangaan Akademik. Fiqh Antarabangsa di Putrajaya pada tahun 2007, di hadiri oleh lebih 90 ulama’ tertinggi daripada Pertubuhan Persidangan Negara-Negara Islam (OIC) termasuk tokoh ulama’ terkenal iaitu Dr. Wahbah Az-Zuhaily telah sepakat menerima pendekatan Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia. Mereka menyarankan agar pendekatan dicontohi oleh Negara-negara Islam yang lain.

Multaqa Alumni Al-Azhar di Kuala Lumpur pada awal tahun ini yang dihadiri oieh 1,000 orang ulama’ lepasan Al-Azhar termasuk Syeikh al-Azhar sendiri telah menerima baik Pendekatan Islam Hadhari sebagai pendekatan yang paling sesuai untuk menyuntik semula kesedaran di kalangan umat Islam di seluruh dunia untuk terus maju dalam pelbagai bidang yang selama ini kita masih ketinggalan.

Perjalanan mengenai penghayatan Islam Hadhari di Malaysia juga dipandu oleh pasukan Panel Pemikir Islam Hadhari yang mantap, iaitu dari kalangan cendikiawan muslim tempatan dalam pelbagai profesyen.

Justeru, adalah sangat malang jika masih ada pihak di kalangan kita yang tidak menerima pelaksanaan Pendekatan Islam Hadhari yang telah diterima pakai oleh ulama’ di peringkat antarabangsa.

Antara penghayatan Islam Hadhari yang sedang diperkenalkan oleh pihak kerajaan dan dipersetujui oleh Mesyuarat Jemaah Menteri baru-baru ini ialah mewujudkan pengurusan masjid secara Hadhari.Antaranya ialah dari segi sistem pengurusan yang cekap, keceriaan masjid , pengimarahan dengan program pendidikan dan keilmuan, aktivitj sosial kepada remaja dan OKU, masjid sebagai pusat ekonomi mikro setempat, pusat kesihatan dan kebajikan komuniti, serta penubuhan kelab sukarelawan masjid. Ini adalah salah satu model yang akan diperkenalkan berdasarkan Pendekatan Islam Hadhari. Pada tahun ini kita akan wujudkan beberapa masjid di Wilayah Persekutuan sebagai modelnya dan akan dikembangkan ke negeri-negeri lain.

Kita ingin perkenalkan pengurusan masjid yang hadhari seperti di atas kerana untuk meningkatkan fungsi masjid sebagai institusi pembangunan ummah setempat. Banyak masjid telah dibina berjuta-juta ringgit tetapi fungsinya hanya terhad untuk solat tertentu sahaja. Kita perlu kembalikan fungsi masjid seperti di zaman Nabi dan zaman-zaman kegemilangan Islam lampau di mana masjid sebagai pusat pendidikan, pembangunan komuniti, ekonomi, pusat perpaduan dan sebagainya. Inilah yang kita ingin wujudkankan berdasarkan Pendekatan Islam Hadhari. Tetapi jika ada negeri yang menolaknya, maka itu pilihan mereka yang tidak mahukan perubahan.

Walau bagaimanapun saya yakin, individu atau pihak-pihak tertentu yang mengharamkon Pendekatan Islam Hadhari bukanlah ia menolaknya secara total, tetapi sebenarnya mereka sendiri tanpa sedar sedang melaksanakan sebahagian dari aktivltl-aktiviti berteraskan pendekatan Islam Hadhari.

Sekian, terima kasih.

(DATO- WAN MOHAMAD BIN DATO- SHEIKH ABDUL AZIZ)
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

alamat ? ni dia

http://www.islam.gov.my/islamhadhari/index.php?page=media

Anonymous said...

soal arak dan judi selangor.jgn tanya org pas,tp tanya ulama islam hadhari paklah.mmg dlm islam arak dan judi itu haram.tp mengapa islam hadhari masih menghalalkan jadi dan arak? itu bukan kuasa pemerintah negri.. tp dibawah federal.kalo pas slgr ckp haram pun tak boleh buat apa2. dah berpuluh tahun pemerintah federal makan kutipan hasil cukai judi dan arak.
islam tak perlukan label.

Anonymous said...

komen kat sini umpama tukang kebun yg sibuk nak duduk dalam pengurusan sekolah menengah..ehehehe

semuanya tak betul kalau boleh..
tp main pakai hujah akal aje lah..

bodoh jgn sombong
pandai jgn angkuh..

Anonymous said...

Mr Anony ..... blog ini untuk semua kategori. Tukang kebun pun kita terima pendapat. Kenapa ada diskriminasi? Hebat sangat kah saudara? Tak der rakyat, tiada kerajaan. Kalau berangan menang tanpa sokongan ..... itu bukan cara kita. Guna otak sebelum menulis. Oooppppssss...yang dilutut tu, bukan otak. Otak letak di dalam kepala.

Posting terkini

Blog Archive