KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 30, 2008

Takkan tangkap kumpulan aje?

Penduduk Gesa Polis Segera Tangkap Kumpulan Terlibat
cheras mahkota fru assault on car sequence 280508bernama - Penduduk Seri Mahkota Cheras di sini mahu polis menyiasat dan menangkap kumpulan atau individu yang terlibat menyerang penduduk kawasan perumahan itu baru-baru ini.

Seorang penduduk, Thong Che Kwan, 51, yang mewakili penduduk di situ berkata polis harus bertindak segera menyiasat sebelum kejadian yang lebih buruk berlaku. Beliau mendakwa bahawa gambar beberapa individu yang terlibat memukul penduduk ada tersiar dalam akhbar The Star.

"Keselamatan kami di sini terancam terutama selepas berlaku kekecohan 27 Mei lalu yang telah mengakibatkan beberapa penduduk mengalami kecederaan. Kami bukan minta benda bukan-bukan, kami cuma mahu mereka buka jalan.

"Kalau mahu, kami juga boleh bagi keterangan kerana kami menyaksikan semua yang berlaku malam itu. Ada yang memukul penduduk dengan kayu dan macam-macam lagi," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Semalam, seramai 30 orang penduduk taman perumahan itu berkumpul secara aman di luar pintu pagar kawalan keselamatan Bangunan Parlimen di sini untuk menyerahkan memorandum kepada kerajaan mengenai pertikaian yang berlaku antara penduduk dan syarikat pemegang konsesi Lebuhraya Cheras-Kajang, Grand Saga Sdn Bhd.

Memorandum itu menyatakan rasa kesal terhadap sikap Grand Saga yang tidak peka terhadap masalah penduduk dengan membina tembok menghalang laluan ke lebuh raya itu yang menyebabkan penduduk terpaksa menggunakan laluan jauh dan membayar tol untuk pulang ke rumah.... selanjutnya.

No2umnO - Tangkap sekali la FRU yang pukul orang awam juga.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive