KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 11, 2008

Hina Sultan - Biarlah Ikut Tertib

ibrahimbaba.wordpress.com

Dalam tulisan ini, bukan tujuan IB untuk bersetuju atau tidak dengan kes Karpal Singh yang dikatakan menghina Raja Perak. Namun, apa yang IB ingin bawa perhatian para pembaca ialah bagaimana cara dan kesungguhan tindakan pihak UMNO serta gaya yang dimainkan oleh media arus perdana.

Kita masih ingat pada 23 Mac lalu, rakyat Malaysia (termasuk yang bukan Melayu) dikejutkan oleh siaran berita yang mempamerkan penghinaan paling rendah terhadap Sultan dan Raja Melayu. Penyiaran gambar penghinaan terhadap Sultan Terenganu bukan disengajakan oleh TV3 dan NTV7. Tetapi keterlanjuran mereka menyiar akibat kelemahan editor berita untuk memantau sudah tidak dapat ditarik balik setelah rakyat yang peka serta prihatin cekap membawa keperhatian umum.

Media-media tersebut bukan berhasrat untuk menyiarkan penghinaan tersebut tetapi cuba menunjuk “bantahan rakyat” terhadap pilihan Tuanku Sultan untuk menjawat MB. Tetapi akibat sudah menjadi budaya mereka maka itulah yang terluah pada kain rentang yang akhirnya dikutuk oleh seluruh rakyat Malaysia yang mendaulatkan institusi kesultanan mereka.

Walaupun penghinaan telah disebarkan secara meluas oleh media arus perdana serta telah menjadi perbualan mulut seluruh pelusok negara, tidak seorangpun pimpinan UMNO bersuara membantah kebiadaban ahli UMNO sendiri yang menghina Sultan sebagai “binatang“. Tidak pula kedengaran Adnan Mansor, yang sangat berhajat mendapat gelaran Tengku itu, membantah apatah lagi membuat laporan polis.

Walaupun laporan polis dibuat oleh mereka yang berdiri teguh di belakang Tuanku, namun, ianya sekadar menjadi timbunan laporan polis yang sudah banyak diketepikan sebelum ini.

Inilah yang ingin IB bawa kepada perhatian pembaca. Apabila Karpal celupar mulutnya, seluruh jentera UMNO digerakkan. Laporan segera dibuat. Karpal telah pun memohon maaf dan menyatakan bukan niatnya untuk menghina Raja Perak, sebelum Adnan membuat laporan.

Apa yang ingin IB pantau selepas ini ialah apakah polis akan mengambil tindakan terhadap Karpal setelah penghinaan terhadap Tuanku Mizan dihadapkan ke keadilan atau Karpal akan dihadapkan ke mahkamah terlebih dahulu.

Kalau ikut tertib, yang dahulu didahulukan.

Sekian. IB

BN KE PR?

Anak aku menangis lagi. Kali ini kerana berebut pemadam yang aku belikan pada salah seorangnya. Cantik dan cuma aku belikan kepada anak ku yang tua kerana dia yang minta. Si adik pun mahu seperti kakaknya. Maka, Hendak atau tidak, aku terpaksa pergi ke kedai depan. Tak jauh, tapi bila dah labuh bontot kat depan komputer, susah nak gerak. Bukan mudah untuk aku tinggal kan komputer kerana bontot dan kerusi sudah menjadi satu bagai irama dan lagu.

Isteri aku dah membebel dan aku pun terpaksa bergegas ke kedai. Marah juga tapi nak buat macamana. Aku tak mahu, status SUAMI MITHALI aku tu terlucut, maka aku pun terpaksa pergi. Kerana dok kelamkabut, capal yang ku sarung pun berlainan warna dan tawkey kedai yang tegur. Nak buang rasa malu ... aku kata .....FESYEN BRO !!!

Aku dengar bising bising suara seorang makcik yang bawa cucunya. Aku diam kan saje, bercakap bahasa inggeris dengan cucunya. Dalam hati aku, bagus nenek ni kerana mahu melayan anaknya berbahasa Inggeris, mungkin bekas seorang guru. Cucu tu kalau besar nanti boleh jadi lawyer....tak tau la lawyer apa, asal jangan jadi macam aku.

Mulut makcik tu terus membebel bebel tentang harga naik. Nak buat macamana dan aku cuba menyebok kan diri bertanya. Kononnya peramah la tu....

Aku - kenapa makcik
Makcik - Ni barang semua naik harga ni ....
Aku - Nak buat macamana cik, kena beli juga
Makcik - Off course lah.....ini semua kerja kerajaan.
Aku - memang la cik, kalau kerajaan lemah, harga tak stabil.
Makcik - This stupid new Government dont know how to manage laaaa?
Aku - (Alamak berdesing telinga aku) Ape cik?
Makcik - Diorang kata, kalau new Government, harga tak naik, sekarang BN tak der kat Selangor tapi harga naik jugak.
Aku - (Dalam hati - Ahhh sedap nihhh). Makcik tak tau ke BN masih memerintah kat Pusat tu?
Makcik - Tapi takkan Selangor harga naik juga? But they suppose to know how to maintain the price. Subsidize ke....
ADuh dah tua, kang kalau aku melawan, orang kata aku kurang ajar pulak. So aku coolkan diri dan bertanya ....

Aku - Makcik undi apa itu hari?
Makcik - BN la....dari dulu makcik dengan BN
Aku - Patutlah cik ... BN tu 'Barang Naik'. Lain kali kalau nak turun kena undi PR ... baru lah 'Price Reduce'.
Aku malas nak layan dan terus belah....dalam hati aku berkata. Kalau semua orang pandai, takkan UMNO ujud sampai hari ini. Kerana orang seperti ini lah maka UMNO masih ada sampai sekarang.

Sesampai rumah baru aku aku sedar bahawa yang aku terbeli adalah pensel dan bukan pemadam. Maka aku terpaksa pergi semula ke kedai ......sebelum isteri aku membebel lagi. Minta minta makcik tu dah balik.

SIAPA HASUT?

Aku sebenarnya dah jadi tak faham dengan Akta hasutan yang Malaysia gunakan. Maklumlah bukan belajar tinggi tapi sekadar tahu berfikir antara logik dan tidak. kalau orang suruh tunjuk bukti bertulis, nak bukak buku pun malas. Bukan tak mahu, tapi malas. Dulu ada juga teringin untuk tanya cikgu, tapi bila cikgu aku tu kahwin, aku pun tak der mood nak tanya lagi.

Aku nak bertanya korang tentang Akta Hasutan pada orang orang yang pandai di luar sana dan ia merujuk kepada isu Karpal Singh vs UMNO Singh.

Mula mula cerita tentang lapuran hasutan yang dikenakan kepada Karpal Singh atas persoalan tentang perlantikan semula Pengarah JAIP oleh Sultan Perak. Itu hasutan kata mereka ....

Kemudian UMNO serang Karpal dengan lapuran lapuran polis yang dibuat oleh ahli UMNO menggunakan nama BN dan kemudian media yang kononnya mewakili bangsa melayu mengeluarkan tajuk utama terpampang di muka hadapan bertulis "Melayu Marah !!!" .

So, Persoalan di dalam otak benak aku ni adalah siapa yang hasut siapa dan siapa sebenarnya yang menghasut? Kalau ikut pandangan bodoh bercirikan sekolah pondok aku nihhh.. Karpal hasut, dan UMNO pun hasut. Dua dua pun menghasut.

Entah laa...... kekadang aku rasa AKTA HASUTAN ni macam di salahgunakan saje. Siapa yang ada kuasa, boleh tuduh orang lain hasut. Mudah kan ...

Apa pandangan korang?

7 demonstrators arrested in Penang

maverickysm - Seven persons were detained, including a blogger and a woman activist, during a 45-minute anti-Internal Security Act demonstration in George Town, Penang this morning.

Among those were social activist BK Ong and blogger K Satish Kumar, who were arrested after they took part in the demonstration held at Gurney Drive at about 11.10am.

Meanwhile, rights group Suaram activists Lau Shu Shi and Teh Chun Hong were detained after they lodged police reports at the city police headquarters in Jalan Patani, Georgetown at 2.45pm.

Lim Guan Eng Confirms Umno Veteran Joining Penang State Government

malaysiakini - [...] Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengesahkan bahawa seorang pemimpin veteran Umno telah menerima tawaran untuk berkhidmat dengan kerajaan negeri.

Beliau berkata pemimpin itu menerima tawaran tersebut setelah meletak jawatannya dalam Umno.

"Kami menawarkan beliau untuk menyertai kami dalam kerajaan negeri demi kepentingan rakyat negeri ini.

"Saya akan membuat pengumuman rasmi berkenaan perkara itu dan akan memberitahu nama pemimpin itu pada masa yang sesuai nanti," katanya kepada pemberita selepas majlis pembukaan pusat khidmat DAP Perai hari ini.

Menurut laporan Bernama, Lim berkata surat pelantikan telah diserahkan kepada pemimpin itu. ... seterusnya [DISINI]

berita berkaitan ....

the-malaysian - [...] He said the Umno veteran accepted the offer after he resigned from his post in Umno.

"We offered him to join the state government in the interest of the people.

"I will make an official announcement on this and will reveal the name of the Umno veteran at a suitable time," he told reporters after opening the Perai DAP service centre here.

Lim said the appointment letter had been forwarded to the Umno veteran who would join the state government soon, but he declined to disclose the post.

Asked whether there would a difference in the state administration after this, he said: "This is only the beginning.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

Berhentilah Memusuhi Tanpa Bukti

Muftiasri - [...] Ilmu Allah meliputi segalanya, namun demi menunjukkan keadilan, agar hamba-hamba-Nya tidak mempunyai sebarang alasan atau tidak puas hati apabila dihukum, diwujud sistem keadilan perbicaraan dan timbangan dosa.

Firman Allah: (maksudnya) “Pada hari lidah, tangan serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan. Pada hari itu Allah akan menyempurnakan untuk mereka balasan (azab seksa) yang berhak mereka mendapatnya, dan mereka pula akan mengetahui bahawa Allah ialah Tuhan Yang Benar (Maha adil), lagi Nyata (keadilanNya)”. (Surah al-Nur: ayat 24-25).
Jika Allah tidak mewujudkan mahkamah perbicaraan di Hari Kiamat, adakah sesiapa yang boleh membantah Allah? Adakah sesiapa yang boleh menyatakan Allah tersilap dalam hukuman-Nya? Adakah sesiapa boleh menggugat kuasa Allah, seperti manusia menggugat kuasa pemerintah di dunia menerusi pemberontakan atau pilihan raya? Sama sekali tidak! Maha Suci Allah, tiada siapa yang dapat mencabar kebesaran kerajaan-Nya. Pun begitu diwujudkan sistem perbicaraan yang maha adil di mahkamah-Nya. Jika demikianlah Allah, apakah boleh di dunia ini manusia dihukum tanpa dibicara secara adil dan saksama?
Apakah wajar mana-mana peruntukan akta yang membenarkan seseorang dihukum dengan suatu hukuman tanpa diberi peluang membela diri? Mungkin seseorang boleh dikurung untuk sementara waktu siasatan, tetapi keadilan menyatakan dia wajib dibicarakan sebelum dihukum agar dia memahami apakah dosanya.
Jika manusia dihukum tanpa diberi peluang membela diri, maka jadilah macam peristiwa pembunuhan di Kuala Perlis baru-baru ini. Apabila mangsa dituduh mengintip seorang gadis, lalu diheret keluar dari rumahnya, dipukul beramai-ramai sehingga mati. Isterinya yang masih dalam pantang juga dipukul. Khabarnya, kemudian mereka sedar bahawa mereka tersilap orang. Mangsa telah mati, dihukum tanpa dia mengetahui apakah dosanya. Jika pun itu dosanya, apakah berhak dia dibunuh? Justeru, agama memusuhi perbuatan menghukum manusia tanpa bukti yang sah dan perbicaraan yang benar. Maka perbuatan seperti ini adalah amat terkutuk....selanjutnya [KLIK DI SINI]

Mahathir praises and criticises federal govt

Sun2surf - [...] Former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad today alleged that the report of the Royal Commission into the Lingam tape affair, was aimed at incriminating him.

"Every attempt is made in order to incriminate me," said Mahathir who claimed he had read extracts of the report.

"Somehow or other, they are trying to suggest that the appointment of judges was influenced by a lot of other people, and although there is no direct connection with me, if you read between the lines, it suggests that the Prime Minister is biased and things like that," he said.
Mahathir alleged this was former deputy prime minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s doing as he (Anwar) had purposefully exposed the tape to undermine lawyer Datuk V.K.Lingam’s credibility.

“Lingam happens to be my lawyer. He is defending me against Anwar, and now, he (Anwar) has succeeded in making Lingam no longer credible, and therefore, he cannot defend me in the court of law," he told reporters after taking part in a Look East Policy forum today.

“So to that point, he has achieved great success but I have always emphasised, when people make such recordings secretly, the intention is to blackmail. I'm afraid the government made successful the blackmail attempt,” he lamented....selanjutnya [KLIK DI SINI]

berita berkaitan -
PM selar pemimpin Umno 'dua wajah'

Grand Saga has no right to barricade access street

thstar - [...] Selangor executive councillor Ronnie Liu said a Survey and Mapping Department report had shown that the land on which Grand Saga Sdn Bhd had earlier erected a barrier to stop residents from using a toll-free road was state land.

The report and a map have been forwarded to state legal officer Datuk Zauyah Lothy Khan.

“Even before the survey, the state government had ample proof that the road was on state land.

“And until today, the highway concessionaire has yet to show documents to stake its claims,” he said at a press conference at the site yesterday.

The residents of Bandar Mahkota Cheras have been engaged in a battle with Grand Saga since 2005 over the use of a road which allows them a shorter and toll-free route into their housing area.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

Reporters who covered Karpal to be interviewed

thestar - The police will interview reporters who covered Bukit Gelugor Member of Parliament Karpal Singh over his statement allegedly questioning the power of the Sultan of Perak.

Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan said recording statements from reporters was part of the police investigation.

“All reporters who interviewed him (Karpal) will have their statements recorded. I can't reveal offhand how many reporters will be interviewed,” he said.

He expected the investigation to be completed soon.

“We will hand over our investigation paper to the Attorney-General in two or three days,” he told reporters after launching a new marine police beat base at Banding island in Tasik Temenggor near here on Sunday.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

PARTI MELAYU ...POTONG KEK



Today, the United Malays National Organisation is 62 years old. As in previous years, its members observed the anniversary of its founding at the Putra World Trade Centre with songs and speeches, kicked off with a memorial video screening in black-and-white and a little party flag-raising ceremony. selanjutnya [Disini]

No2umnO - Aku tak perasan ada nyanyi dan potong kek dalam budaya melayu? Bantai la labu....asal hati senang.

Muhyiddin nafi mahu tanding jawatan presiden dan timbalan presiden

Mstar - [...] "Tidak. Saya tak sebut (bertanding jawatan itu)," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan ulang tahun ke-62 UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Muhyiddin. yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, membuat penafian itu sebagai mengulas laporan muka depan akhbar "Sunday Star" yang menyebut bahawa dia mungkin bertanding jawatan lebih tinggi pada pemilihan parti Disember ini jika mendapat sokongan akar umbi.

Dalam laporan itu akhbar tabliod berbahasa Inggeris itu memetik Muhyiddin sebagai berkata bahawa beliau telah menerima banyak maklum balas daripada akar umbi, penasihat dan pencadang yang memberitahu masanya sudah tiba bagi beliau meningkat dalam hieraki parti.

Muhyiddin, yang cuba mengelak tetapi berjaya dikejar pemberita yang menunggunya selepas majlis tahlil berakhir, berkata beliau belum membuat sebarang keputusan berhubung kedudukannya dalam parti.

"Saya tak ada kata saya nak tanding apaapa jawatan (dalam temubual itu). (Keadaan) semasa hari ini mahu semua orang tumpu kepada soal parti," katanya.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

isu berkaitan -
Adnan tak minta jawatan Ketua Pemuda Umno tapi...

Blog pimpinan tidak aktif

 tranungkite - [...] Semua Pimpinan PAKATAN RAKYAT sekarang begitu aktif mengakseskan blog masing-masing untuk meluahan pandangan terhadap setiap isu, menceritakan kesibukan diri dan menjawab sebarang komentar daripada rakyat. Dengan cara ini, rakyat merasakan pemimpin cukup dekat dengan mereka.

Contohnya blog Dato’ Seri Anwar Ibrahim (www.bloganwaribrahim.com). Beliau semakin dilihat sebagai seorang tokoh yang berjiwa besar kerana selalu melayani karenah pembaca yang sentiasa memberi cadangan, kritikan dan tidak kurang juga menghentam.

Tetapi mana dia blog pimpinan kita yang cukup aktif.? Kalau kita melihat di dalam web PAS (www.pas.com.my) dekat menu blog pimpinan, hampir kesemuan blog tidak aktif.!!!. bermula dari blog timbalan presiden hingga ke bawah. Saya bukan hendak menafikan kesemuanya, tetapi sebilangan besarnya. Blog Ketua Penerangan contohnya hanya diupdate pada tahun lepas tentang kes altantuya. Blog Naib Presiden Tn. Hj. Mohamad Sabu lagilah entah berapa tahun tidak update sampai tak boleh dibuka langsung.

Kita mewarwarkan kepada rakyat bahawa media merupakan aset yang cukup penting untuk menyebarkan berita kepada rakyat. Saya memahami sidang media yang dikeluarkan oleh presiden parti yang menyebut bahawa segala kenyataan tentang PAS hanya boleh dikeluarkan oleh presiden Parti sahaja demi mengelakkan kecelaruan. Tetapi rakyat ingin juga mengetahui pandangan politik peribadi pemimpin mereka. Kamu faham bahawa semua pimpinan sibuk. Tapi takkan tak boleh sekadar meletakkan gerak kerja harian yang ringkas untuk diketahui oleh rakyat. Ini adalah kerana rakyat sayangkan pemimpin mereka. Rakyat ingin mengetahui pergerakan pemimpin mereka. Rakyat ingin bertanya, berkongsi pandangan dan kadang-kadang ingin mengkritik demi kebaikan pemimpin yang mereka sayangi.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

'Saya disembur, dipukul'

 tranungkite - [...] Tanpa mesin kimpan itu, pekerja Grand Saga beredar, menyebabkan penduduk berasak-asak melepas kawalan polis dan bertindak memusnahkan tembok yang separuh siap itu dengan tangan.

Penduduk yang gembira melihat apa yang berlaku, terus mengangkat dan melambung Lim beberapa kali tetapi suasana kembali tegang apabila polis pencegah rusuhan mengarahkan orang ramai supaya beredar.

Lim cuba menghalang sebuah trak meriam air dengan berdiri di depannya. Menurut Lim (foto kiri), beberapa anggota polis mengheretnya dan berlaku kekecohan.

"Mereka mengheret saya ke tepi dan menyembur pemedih mata ke muka saya. Saya tidak dapat melihat. Mereka tumbuk dan tendang saya," katanya kepada pemberita kira-kira dua jam selepas kejadian tersebut berlaku.

Ahl exco kerajaan negeri, Ean Yong Hian Wah yang berada di tempat kejadian, memberitahu pemberita bahawa polis berhenti memukul Lim selepas diberitahu bahawa Lim adalah seorang ahli parlimen.

Dipukul depan pemberita

Lim, seorang peguam, memang dikenali penduduk di situ kerana beliau pernah menjadi penasihat undang-undang kepada jawatankuasa buka jalan BMC.

Sementara itu, pengerusi jawatankuasa tersebut, Tan - apabila melihat Lim dipukul - terus bergegas untuk membantunya.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

Isu persenda istana di Terengganu, PM tidak bertindak?

harakahdaily - [...] Tidakkah ini jelas satu double standard yang dicerminkan pemimpin Umno sekarang. Sedangkan peristiwa yang berlaku pada April 1993 bukan sekadar mencabar raja malah cubaan menolak institusi raja-raja.

Pemimpin Umno terbabit dianggap cuba mempengaruhi sekumpulan rakyat bagi membangkit kebencian terhadap raja-raja Melayu. Namun mengapa Perdana Menteri tidak bertindak agresif seperti sekarang,� kata seorang pegawai pencen.

Pada peristiwa yang mencatat sejarah hitam dalam institusi beraja di Kelantan itu kedengaran laungan Daulat Tuanku ketika menyambut ketibaan Tengku Ibrahim Petra pada majlis pemasyhuran Anugerah Pingat Emas Kecemerlangan Indera Petra.

Ketibaan beliau di Sekolah Rendah Kebangsaan Ketereh disambut meriah dengan iringan sirih junjung dan perarakan pulut semangat dan paluan nobat.

Antara pemimpin Umno Kelantan yang dikatakan terlibat secara langsung dengan peristiwa terbabit iaitu Datuk Annuar Musa yang berjawatan menteri ketika itu.

Seorang lagi bekas kakitangan kerajaan mempersoalkan mengapa pula isu menghina Sultan Terengganu dengan perkataan �natang� semasa isu pelantikan Menteri Besar tidak dihebohkan seperti sekarang.

Pemimpin Umno sendiri yang menolak pelantikan Datuk Ahmad Said sehingga mengugut mahu menyingkirkannya daripada parti.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

Kemana katak nak melompat kali ini?

Ibrahim Ali akui tidak mampu bertahan lama sebagai anggota Parlimen bebas
utusmeloya - Datuk Ibrahim Ali hari ini mengakui beliau tidak mampu bertahan lama sebagai anggota Parlimen bebas dan terpaksa juga bernaung di bawah parti untuk melaksanakan tugasnya dengan baik.

Oleh itu, katanya, beliau kini sedang meneliti beberapa parti yang dirasakan “serasi” dengan pendirian dan pemikirannya namun tidak mahu terlalu gopoh untuk membuat pilihan yang sebaiknya.

"Saya sedar saya tak boleh selamanya menjadi wakil bebas, saya perlu juga ada parti kerana rakyat mula datang jumpa saya untuk minta bantuan.

"Tapi saya akan ambil masa untuk membuat keputusan, mungkin lima enam bulan lagi kerana saya juga mahu pilih parti yang boleh terima saya seadanya,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di pejabat menteri besar itu, hari ini.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

Ibu tunggal kini terbela di bawah kerajaan Pakatan Rakyat

Sebaik sahaja Pakatan Rakyat mentadbir Selangor, bantuan yang disalurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pusat Zakat kepada ibu tunggal tidak lagi dipengaruhi sebarang campur tangan politik.
harakahdaily - [...] "Contohnya apabila terdapat golongan ibu tunggal yang mengadu tidak mendapat nafkah daripada bekas suami, pihak saya akan mendapatkan nombor telefon suami dan menasihatinya supaya melaksanakan tanggungjawab.

"Walau bagaimanapun sekiranya bekas suami tetap tidak melaksanakan tanggungjawab tersebut, saya akan menggunakan khidmat peguam kami untuk mempertahankan hak bekas isterinya bagi memastikan mahkamah mengambil tindakan yang sewajarnya,"katanya yang mengakui telah mengadakan perjumpaan dengan pihak mahkamah Gombak berkenaan masalah tersebut.

Katanya, jika sebelum ini sebarang kes yang melibatkan ibu tunggal banyak tertangguh kerana dikatakan melibatkan campur tangan politik.

Sehubungan itu katanya, beliau telah mengadakan 'reformasi besar-besaran' dalam memperkasa pengurusan dan pentadbiran mahkamah.

"Terdapat sesetengah kes yang melibatkan pihak Umno tidak dapat diselesaikan mahkamah kerana dikatakan arahan daripada pihak atasan Jais. Akhirnya mahkamah tidak dapat bertindak disebabkan kes-kes tersebut melibatkan pihak berpengaruh yang cuba campur tangan dalam pengurusan mahkamah,"katanya....selanjutnya [KLIK DI SINI]

Bukan orang tu....



Maya Kahwin Jejaka Eropah Jun ini?
murai - [...] Siapakah calon suami Maya itu?

"Dia bukan lelaki Melayu atau mana-mana VIP yang pernah digosipkan dengan Maya tetapi adalah teman lelaki dari Eropah yang sekian lama dirahsiakan. Mereka sudah lama bercinta secara senyap-senyap," kata sumber itu.

Murai Batu difahamkan, khabarnya perkahwinan itu akan berlangsung di luar negara kerana bakal mertua Maya tidak dapat datang ke Malaysia atas sebab-sebab kesihatan.

"Bagaimanapun, majlis resepsi mengikut adat Melayu akan tetap berlangsung di Malaysia selepas pernikahan itu nanti.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

Sedition and the first 'Royal ISA detainee'

ImageNO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin

malaysiatoday - [...] “I recall the statement made by the First Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Rahman, when requested by a foreign emissary to sack me from the office of the Prime Minister of Malaya,” said the First Prime Minister and Bapa Merdeka, Tunku Abdul Rahman, on 23 January 1978.

“’Oh, I cannot, for he is appointed by the people and not by me,” replied His Majesty, “On the other hand, he can sack me.’”

“If this system were to change and the Rulers were given the sovereign right and prerogative to rule by the DIVINE RIGHT of kings,” added the Tunku, “then I fear it would be only a question of time before the whole institution was scrapped.”

During the Constitutional Crisis about a decade later, the then Deputy Prime Minister, Ghaffar Baba, said that it is not unlawful to criticise the Rulers. That does not tantamount to sedition. You may not, however, propose that the Monarchy be abolished and for Malaysia to be turned into a Republic, as that would constitute a crime under the Sedition Act.

There was a time, though, when criticising a Ruler was definitely a crime. That was of course 500 years or so ago in England. But that was the time when Kings were considered ‘personally’ appointed by God and to criticise the Monarch is the same as criticising God. And if you criticise God then you will be burnt alive at the stake.

In 1946, the Malays rose up to oppose the British-mooted Malayan Union. With that saw the birth of Umno. As the Umno leaders criss-crossed the length and breadth of Malaya to rally for support, the British decided to introduce the centuries-old Sedition Act that would make it a crime to oppose or criticise the British Colonial Government....selanjutnya [KLIK DI SINI]

What is sedition? (Part 1)

ImageTHE CORRIDORS OF POWER
Raja Petra Kamarudin

malaysiatoday - [...] The fact that sedition has often been used as a political tool and not for a legitimate public purpose is another factor contributing to its repudiation by common law courts. Authors, Gitobu Imanyara and Kibe Mungai, when reviewing Kenya’s now repealed Sedition Act, observed: "Sedition was always a political, rather than a criminal, offence. Thus, there was no vigorous effort on the part of the government to prove the culpability of an accused in court.” In England, sedition survived only as a common law offence of Seditious Libel and prosecutions since the Reform Act of 1832 have been rare. The last conviction in England for Seditious Libel occurred in 1909. This was a prosecution of the printer of the Indian Socialist, a publication that advocated independence for India.

The last prosecution for Seditious Libel initiated by the English crown was in l947 and this prosecution ended in an acquittal. In l991, a private individual sought to compel a magistrate to issue a summons for Seditious Libel and blasphemy based on the book Satanic Verses, against both the author, Salman Rushdie, and the printer. The Queen’s Bench Division, on judicial review of the magistrate’s refusal to issue the summons, found as a fact that Satanic Verses contained passages that promoted hostility and ill-will amongst the Queen’s subjects and had caused the breakdown of diplomatic relations between Britain and Iran, but did not disclose an intention to incite violence against constituted authority. The Court of Queen’s Bench unanimously upheld the magistrate’s ruling that the prosecution for sedition could not proceed.

Lord Justice Watkins, giving judgment for the Court, relied on the statement of law contained in the decision of the Supreme Court of Canada in Boucher v. The King and stated that:“…the seditious intention upon which a prosecution for Seditious Libel must be founded is an intention to incite to violence or to create public disturbance or disorder against the sovereign or the institutions of Government. Proof of an intention to promote feelings of ill-will and hostility between different classes of subjects do not alone establish a seditious intention. Not only must there be proof of an incitement to violence in this connection, but it must be violence or resistance or defiance for the purpose of disturbing constituted authority, meaning some person or body holding public office or discharging some public function of the state.”
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

Teman Masih Hidup! - Sheikh Teluk Intan


sheikhtelukintan - [...] Jadi tak payahlah sesiapapun, baik kawan mahupun musuh yang menjerit dan bertempik:" Sheikh Teluk Intan ni mengapa banggang sangat"

Rasanya pengakuan teman yang berterus terang bahawa teman adalah spesis banggang cukup jelas. Janganlah hairan. Tahap pendidikan teman tak tinggi.

Waktu muda dulu dan badan masih sihat, teman banyak menghabiskan masa secara sia-sia. Teman termasuk dalam katogeri yang tak teringin hendak meningkatkan tahap pendidikan akademik. Walaubagaimanapun, teman tidaklah termasuk dalam katogeri buta huruf. Setakat mengeja dan mengira yang mudah-mudah , tak jadi masalah.

Contohnya teman cukup mampu mengira bahawasanya yang isteri teman masih seorang. Belum ada pertambahan dari segi bilangan lagi walaupun hajat untuk meningkatkan jumlah isteri , memang ada. Maknanya kepandaian mengira teman boleh dianggap okaylah tu. Yang tak okay apabila teman tersilap kira dengan menyatakan bahawa jumlah isteri teman adalah seramai dua orang, walaupun pada hakikatnya seorang saja!

Sejak dari awal tadi teman telah menyatakan, bahawa teman nak tulis sikit saja pada malam ini.

Pertamanya, mungkin ada orang beranggapan, teman yang sakit dan agak lama tidak menulis, telah kojol. Jadi melalui entri ini, teman ingin mengesahkan bahawa teman masih hidup. Syukur pada tuhan.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

GAJI TAK CUKUP BUAT BELANJA

ishakismail - 0hb Mei 2008, banyak sungguh cerita hari ne dari kisah politik UMNO yang makin kurus sakit kena buatan sendiri, cerita penyangak masuk kampung kawin anak dara bawak KL jual jadi pelacur, cerita orang masuk penjara mula kata tak nak jamin pas tu keluar kata kena ugut, ada cerita bai tua takut orang melayu naik antu macam-macam cerita lagi la.. beli surat kabar baca.

Selak-selak tak ada pulak cerita harga barang yang dok tengah gila, masa mula-mula dapat cahaya 13 tahun dulu harga 3 kilo susu baru RM 25 sekarang dah dekat RM 40, kalau makan gaji mula kerja kata 1200 sepuluh tahun kerja gaji naik tak sampai RM 1000 lepas sepuluh tahun kerja kata lah gaji RM 2500 cukup ke belanja dizaman yang tengah mengila ne. Di negara kita ne lah sapa lah agaknya yang berkuasa menjaga hal-hal harga barang ne.Ada kementerian ntah apa bende kerja pun tak tahu. Pasal harga barang naik ne sampai mati pun tak boleh kawal, jangan salah kan peruncit depa berniaga, bila berniaga pasti nak untung sikit tapi apa kena mengena pemegang AP dan orang tengah yang boleh gasak untung banyak2.

Semalam depa dah mengaku ada inflasi mintak kawal belanja, kawal apa dapat je gaji terus abis nak kawal apa punya la bengap. Nak belanja pun dah tak ada tinggal nak kawal, mau tak mau tenyeh kad utang tambah utang. Depa kerja lain tak tau nak salahkan rakyat boros, depa yang gila meroyan dengan dunia pasal tu lah jadi macam ne. Cubalah bukak minda sikit kalau barang kurang pemintaan banyak harga naik la, cuba barang banyak mesti harga pun berpatutan. Jadi pikirlah sendiri sistem kawalan import hampa tu boleh pakai lagi ke, sampai nak bawa masuk sayur pun kena AP apa cerita.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

Udah Tak Nak Rebut Jawatan?

telokbakong - [...] menjadi pemimpin banyak tanggungjawab.Kita memikul amanah dan jikalau gagal dosa akan mengiringi kita ke perkuburan kelak.Dosa pemimpin paling ngetop kerana jikalau semasa pemimpinannya berlaku sumbang mahram,kadar jenayah tinggi serta dosa seangkatannya berlaku dia lah orang paling bertanggungjawab.Mudah kita lihat di kampung kampung kita ada orang alim ulama kurang nak merebut jawatan ini kerana mereka tahu hukum dan khuatir tak mampu melaksanakannya.

Golongan yang numpang tuuwii nilah yang beria-ria melobi.Jikalau mereka ini dilantik dikhuatiri akan mendatangkan musibah lebih dari Ketua kampung dari Umno dulu.Malah terdapat juga Ketua kampung dari Umno dulu yang mesra dengan anak buahnya.Sepatutnya Pakatan Rakyat mencari yang lebih baik lagi dari mantan Ketua kampung dahulu.Kalau setakat.....tak payahlah.

Pas dan Keadilan Parit harus meletakkan calon dalam Pilihanraya Ketua Kampung kelak dengan sebaik baiknya.Adakan musyawarah segera dan elakkan dibuai khayalan kemenangan dalam PRU 12 lalu.Udah ler tu menyambut kemenangannya kalau kata berpoye-poye kang marah pulak.Banyakkan penerangan ke kampung kampung mengenai dasar dan polisi kerajaan Perak.Gunakan kesempatan zaman memerintah ini dengan baik.Jangan terngange 5 tahun akan datang nguling dalam PRU 13.

...selanjutnya [KLIK DI SINI]

Siapa Lebih Biadap Hina Raja Dan Sultan ?

amuraria alikram - [...] Satu ketika dahulu Umno semasa dibawah pemerintahan Mahathir berkobar-kobar menghasut dan menghina Raja-raja Melayu,satu demi satu raja-raja Melayu dimalu dan diaibkan berminggu-minggu disemua media pembodek dan diseluruh negara . Sehingga tahap kebiadapan paling hina sampai menabalkan seorang 'sultan' palsu disebelah pantai timur

Tetapi lebih menghairankan sehingga kini macam mudah lupa atau pura-pura lupa akan kedurjanaan ini tanpa sebarang penyiasatan dan tindakan ! Sehinggalah terjadi lagi kebiadapan yang paling kurang ajar (mungkin amalan dasar Umno) terhadap Sultan lagi dengan me'natang'kan pula seorang lagi Sultan oleh puak-puak yang sebenarnya binatang !

Sebuah parti yang konon mempertahankan institusi dan perlembagaan beraja tapi menjadi paling biadap tersohor terhadap Raja yang konon mereka sendiri cinta ! Sampai tahap mengeluarkan pepatah lapuk 'raja adil raja disembah,raja zalim raja disanggah' lagi! PM Malaysia sendiri pernah menghina dengan memberi watikah lantikan terhadap dua orang yang disanggah raja dan sultan selepas PRU-12 yang lepas !
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

Kisah Lompat-lompat Di Parlimen, Ada Lompatan Ke PR?

pakatanonline - [...] Antaranya menyebutkan tentang lompat-melompat dari BN ke pembangkang sebaliknya. Apa benarkan andaian beliaupun akan turut melompat sama??

Maka di sini perturunkan sebahagian perbahasan tersebut…

‘Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]:
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ada lagi isu YB yang saya hendak YB beri penjelasan. Isu ini begitu menggores perasaan dan seolah-olah memberi penghinaan iaitu konon-kononnya wakil-wakil rakyat daripada Sabah ini melompat ataupun cross over untuk menyertai parti pembangkang. Adakah YB mempunyai maklumat ataupun boleh memberikan penjelasan tentang isu-isu yang sebegini?

Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]:

YB Kinabatangan, terima kasih YB. Apa nasib malang Ahli-ahli Parlimen daripada negeri Sabah sudah pun dianaktirikan dituduh pula untuk melompat. Sebenarnya Yang Berhormat saya tidak ada pengalaman melompat, barangkali ada di antara Ahli-ahli Parlimen yang mempunyai pengalaman, saya mintalah Ahli YB supaya merujuk kepada pakar-pakar yang lompat. Walau bagaimanapun, demi untuk kepentingan rakyat... (ada yang minta laluan) Ya, izinkan saya jawab dulu dan baru saya beri peluang. Walau bagaimanapun, demi untuk kepentingan rakyat YB dan Tuan Yang di-Pertua bahawa ada apa pada nama? Apa ada pada nama, sekiranya rakyat negeri Sabah dan juga rakyat di negara kita itu, masa hadapan mereka dan generasi yang akan datang tidak terjamin, maka selaku wakil rakyat kita sanggup berbuat apa sahaja untuk memartabatkan bangsa, agama dan negara... [Tepuk]

Perkara lompat saya ingat tidak begitu serius. Apa yang penting sekali yang serius, bahawa pada hemah saya beratus-ribu, berjuta rakyat di Semenanjung Malaysia dalam lima buah negeri telah pun melompat. Kenapa hendak dipersoalkan tentang beberapa pemimpin di negeri Sabah yang hendak melompat. Kalaupun ia benar, kalau ia ialah sebab untuk memperjuangkan rakyat di negeri Sabah pada hemat saya tidak ada salahnya... [Tepuk]

...selanjutnya [KLIK DI SINI]

Usah bermain api

politik-pmrsibu - [...] Pada hari yang sama, lima ahli Parlimen dan NGO turut mengambil langkah yang sama dan ia dianggap amaran awal kepada Karpal bahawa beliau harus bersedia untuk menghadapi kemungkinan-kemungkinan akibat kebiadapan yang ditunjukkan.

UMNO terpaksa membuat laporan polis setelah mendapati kenyataan Karpal mempunyai kecenderungan menghasut dan menimbulkan kemarahan orang Melayu.

Setakat ini, Karpal masih berdegil dan tetap mempertahankan pendiriannya. Malah beliau juga menegaskan, kenyataan beliau telah dipolitikkan oleh UMNO.

Tetapi persoalannya, dari satu segi kenapakah Karpal begitu berani membuat kenyataan mempertikaikan tindakan Sultan Azlan Shah menitahkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menarik balik arahan penukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury?

Apa yang perlu difahami, ketegasan UMNO dalam soal ini bukanlah kerana kenyataan itu dibuat oleh Karpal yang merupakan anggota pembangkang dalam Parlimen tetapi demi mengelakkan ia mencetuskan isu perkauman memandangkan institusi raja amat dekat dengan kedaulatan Melayu.

berdolak-dalihMalah ketika mengulas perkara ini, Peguam terkemuka, Datuk Muhammad Shafee Abdullah berkata, tindakan Karpal itu boleh dianggap melaga-lagakan rakyat dan istana.

Menurut beliau tindakan boleh diambil sekiranya orang Melayu terluka dan marah dengan kenyataan Karpal.

Oleh itu apabila Karpal mempertikaikan Sultan, ia bermakna beliau menyentuh soal sensitiviti orang Melayu dan ia ibarat sengaja bermain api.

Dalam isu seumpama ini, bukan kata Karpal malah sesiapa juga yang cuba bermain isu yang sama pasti akan berhadapan dengan risiko yang serupa.

Ini kerana terdapat tiga perkara yang melibatkan raja-raja Melayu yang sama sekali tidak boleh dipersoalkan, pertama, individu tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai sultan dan raja sekiranya ungkapan itu berbau perkauman....selanjutnya [KLIK DI SINI]

Kuasa politik BN dalam tangan MP Sabah

umnoputatan - [...] Tatkala semuanya sibuk dengan isu Karpal Singh lawan Istana, rupa-rupanya ada agenda lain yang lebih berat lagi dan harus didepani serta diselesaikan dengan seberapa segera oleh UMNO dan teman-teman BN nya.

Agenda tersebut ialah agenda lompat parti yang cuba untuk mempengaruhi ahli Parlimen Sabah supaya beralih angin bagi memberikan kuasa "simple majority" kepada pembentukan kerajaan Pakatan Palsu Rakyat dan Anifah Aman ahli Parlimen dari Sabah sudah memberikan isyarat apakah jangkaan dalam 2-3 bulan yang akan berlaku dalam politik Malaysia.

Menurut beliau, BARISAN Nasional (BN) yang sudah mentadbir negara sejak mencapai kemerdekaan dianggap sebagai rumah banglo kepada parti komponennya tetapi sesudah beberapa lama masih ada penghuninya yang berasa seperti dianaktirikan kerana tidak mendapat tempat sewajarnya dalam banglo tersebut.

Persoalan rumah banglo dan rumah teres,merujuk parti pembangkang menjadi isu yang mendominasi dan boleh dianggap paling menarik perhatian serta mewarnai pada sesi perbahasan di parlimen semalam.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

KUDA TUA DICADANGKAN JADI KETUA PEMUDA UMNO

pasbukitkatil - Kuda tua, Adnan Yaakub dicadangkan untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno.

Kalaulah Adnan Yaakub ini diangkat menjadi Ketua Pemuda Umno, kita bimbang nanti pemuda-pemuda Umno habis menjadi samseng kerana Adnan terkenal dengan perangai samsengnya sepertimana beliau pernah menunjukkan isyarat lucah kepada penyokong PAS semasa penamaan calon Pilihanraya Kecil Sanggang, Pahang beberapa tahun dahulu.

Selain itu Menteri Besar Pahang ini pernah mengatakan "Go to Hell" kepada wartawan ketika sessi perbahasan di dalam DUN Pahang.

Media melaporkan bahawa Pemuda Umno Pahang berpendapat bahawa Khairy belum sesuai untuk menjadi Ketua Pemuda dan mencadangkan beliau mempertahankan jawatan naib ketua yang beliau sandang sekarang.

Semalam, Utusan Meloya melaporkan bahawa kesemua 14 bahagian Pemuda Umno Pahang akan mencalonkan Adnan Yaakob bertanding jawatan ketua pergerakan tersebut.

Ketua Pemuda Umno Pahang, Datuk Khairuddin Yaakob berkata, pihaknya beranggapan Adnan merupakan calon terbaik bagi mengisi jawatan berkenaan kerana beliau seorang yang berkarisma dan memiliki personaliti tegas yang sesuai bagi mengawal golongan muda dalam parti.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

Why BN and Umno performed miserably

sun2surf - [...] He has blamed the whole electorate for not wanting him to get a two-thirds majority; BN members and Umno members in Kedah and Perak for sabotage; Tengku Razaleigh Hamzah for BN’s defeat in Kelantan and myself for speaking against him and his government.

He is not too far wrong. There is a lot of truth in what he says. I know that many Umno members voted for the Opposition. I admit that what I said may have influenced some of them into doing the unthinkable
.
But the more important question is why did they do this. Umno members had always been loyal to the party. They would never vote for the Opposition, particularly PAS and DAP. Yet they did in the 2008 general election. How else could the Opposition parties win if they did not get the votes of BN supporters? The reduction in the votes for BN candidates very nearly matches the increase in votes for the opposition parties.

In the last 50 years and 11 general elections Umno members and the average Malaysian had never failed to support Umno or the Alliance/BN. Except for 1969 when the Chinese withdrew their support, the Alliance and the BN had won a two-thirds majority every time.

Neither Tunku Abdul Rahman (the 1969 general election excepted), nor Tun Razak, nor Tun Hussein Onn, nor yours truly had won less than two-thirds. Certainly we never had occasion to accuse Umno members of sabotaging their party. Yet Abdullah, by his own admission, has apparently been “sabotaged” by Umno members....selanjutnya [KLIK DI SINI]

Penyokong P.Uthyakumar adakan perhimpunan dapatkan hak rawatan

R. Sivarasa (light blue shirt) in a brief exchange of words with policemen at the KLCC

bernama - Kira-kira 50 penyokong pertubuhan tidak berdaftar, Hindraf, berkumpul di pintu masuk utama Kuala Lumpur City Centre (KLCC) hari ini menuntut kerajaan membenarkan pemimpin mereka P. Uthayakumar, yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mendapat rawatan perubatan.

Mereka, yang membawa sepanduk serta mengedarkan risalah kepada orang ramai, mahu kerajaan membenarkan Uthayakumar yang menghidapi penyakit diabetis dirawat di hospital kerajaan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohd Zulkarnain Abdul Rahman memberitahu pemberita bahawa kumpulan itu berhimpun pada pukul 11.35 pagi tetapi bersurai 45 minit kemudian.

Mohd Zulkarnain berkata polis menerima aduan daripada orang ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan kumpulan itu berhimpun di situ.

related news: Brief, peaceful Hindraf rally at KLCC

Konspirasi Gunung Tahan


PANGLIMA Kakap Hussein, Penghulu Kuala Tembeling di Kuala Tahan.

Bharian - [...] Bermula dengan ekspedisi arahan Sultan Ahmad pada 1881 bertujuan mencari harta karun di puncak gunung kononnya terdapat tempayan mengandungi 'ibu emas' dan 'ibu perak', ia diikuti beberapa ekspedisi lain diketuai penjelajah Inggeris.

Sepanjang tempoh itu hingga 1905 yang membawa kepada penemuan puncak Gunung Tahan, beberapa nama penduduk tempatan pernah dicatatkan antaranya Panglima Garang Yusuf, Penghulu Bakar, Panglima Kakap Husin, Datuk Tok Muntri Idin, Dolah dan Mat Akib, Bulang, Mat Aris, Che Nik dan Mu'min, Mat Leher dan Mat Rifin, Yusuf Sukiman (penunjuk arah), Orang Dayak/Borneo Man atau penjejak Iban.

Bagaimanapun, Panglima Kakap Husin mempunyai pengaruh kuat dan popular manakala pada peringkat pelaksana arahan (bawahan) membabitkan empat orang iaitu Bulang, Mat Aris, Che Nik dan Mu'min yang mencatat sejarah sebagai kumpulan pertama menjejak kaki ke puncak Tahan.

Dr Azlizam berkata, beliau percaya ketika itu sudah wujud tanggapan kuat bahawa segala harta bumi di tanah air sendiri perlu dijaga, jangan sekali-kali serahkan kepada 'Orang Putih'.

Kemungkinan besar Pembesar Melayu ketika itu cuba menyelamatkan kawasan mereka, dengan cara menyukarkan penjelajah Inggeris daripada masuk ke kawasan 'larangan'. Mungkin mereka yang memberi arahan kepada penunjuk arah supaya 'jangan beri Orang Putih sampai ke puncak'.

"Itu andaian kita, tak direkodkan dan tiada bukti tetapi logiknya boleh terjadi. Banyak yang kena kaji, yang bertulis dan lisan. Pembesar dulu memang bijak, mereka 'tipu' penjelajah Inggeris dengan berpakat bersama penunjuk arah supaya memutar belit laluan. Kebanyakan ekspedisi gagal di kawasan sama iaitu di Teku Gorge," katanya.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

Ahli UMNO jangan lupa daratan - PM

UTusmeloya - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan ahli-ahli UMNO supaya tidak lupa daratan, sebaliknya terus memperkukuhkan integriti agar parti terus relevan kepada negara.

Menurut Abdullah, UMNO bukan sebuah parti chauvinist, tetapi adalah sebuah parti yang sentiasa membela nasib rakyat bukan sahaja kaum Melayu, malahan turut memperjuangkan nasib rakan-rakannya dalam parti komponen Barisan Nasional (BN).

Beliau menyatakan demikian dalam amanat sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-62 Penubuhan UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

No2umnO - hehehehe .....

Mencari Wadah Sebenar Melayu

msomelayu - [...] Pun begitu ada pendapat para sarjana bertentangan mengenai peranan dan perjuangan Umno dalam mencapai kemerdekaaan - membebaskan orang Melayu. Ada yang mengatakan ada puak lain yang lebih tulen dan ikhlas memperjuangkan kemerdekaan Melayu tetapi disengaja dilindungkan kerana kepentingan politik peribadi dan kerana sifat sejak azali orang Melayu, iaitu dengki dan khianat.

Kumpulan subversif

Golongan itu seperti Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Beostaman, Ishak Haji Mohammad dan lain-lain di mana mereka ini dicopkan sebagai golongan kiri oleh Nasionalis Melayu, Umno. Lebih dahsyat lagi mereka ini dikelirukan sebagai kumpulan subversif yang tarafnya sama dengan gerakan Komunis!
Penegasan yang diajukan oleh Muhammad Agus itu seharusnya membuka mata dan minda Umno untuk melihat ke dalam diri mengenai masa depan Melayu ditangan mereka. Umno kena menginsafi kedaulatan Melayu tidak mampu lagi ditangani secara sendirian berhad.

Persoalan sekarang ini sekiranya pandangan Muhamamd Agus itu tepat dan benar dan boleh dikira ia menafikan keupayaan Umno dalam soal medaulatkan Melayu, jadi siapakah yang diharap akan membela Melayu?

Realitinya kesemua orang Melayu harus mengambil bahagian dalam memperkasa rumpunnya, namun mereka perlu berada dalam sebuah wadah atau organisasi bagi menjananya. Tidak mungkin semua orang Melayu mampu melaksanakan tanggungjawab itu secara bersendirian, berjuang dari atas tangga rumah masing-masing. Mereka harus diletak atau berada dalam sebuah bekas yang sama bagi mengerakkan jihad itu.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

Guess who's calling for Press Freedom?

rockubru - [...] But what surprised me was to hear him call for greater Press Freedom, the repeal of draconian laws governing the Media and for "best reporting"practices, where only professional editors (as against politically-appointed ones, I later stressed during the panel discussion) lead the media.

Will he walk the talk? Let's see....selanjutnya [KLIK DI SINI]

17 ahli Parlimen BN masuk PR

matsamankati - Berita Agendadaily hari ini dimulakan dengan perkataan 'gempar'. Memang menggemparkan bagi orang Umno. Mungkin nanti ada yang terkencing dalam seluar.

Hari tu, Anwar dah kata bukan setakat 17, tetapi ada 40 yang akan menyeberang untuk membolehkan PR menawan negara. Dan mereka ini sudah bersedia bila-bila masa. Hanya menunggu arahan dari Anwar.

Hari tu, aku suruh member aku, sorang ahli MPT PKR tanya kat Anwar.... bila lagi? Buta saja member ni kena maki ngan Anwar. " Bila-bila masa pun boleh.. La ni pun boleh, tapi hangpa dah ready ka? Sat ni aku bawa depa semua masuk, hangpa bergaduh sapa nak jadi menteri, sapa nak jadi senator! Ni pun aku tengok kat grasssroot dah berkecamuk. Pasai Ketua kampung pun Pas dengan kita masam muka. Macam mana hangpa nak perintah negara?"

Member kita pun kecut. Anwar tak bagi can langsung. Habih semua kena ketuk termasuk la semua MP PKR.

" I'm not happy with your performance in Parliament! Azizah sebagai Ketua Pembangkang patut lead. Ni saya tengok Karpal dengan Kit Siang saja yang monopolize. MP yang lain pasai apa diam saja. You have to show up that you can lead!"
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

Family to sue over trainee's death



NST - GRIEVED: Too Jong Sing (right) and his wife Chin Kwei Choo (left) with Pandamaran state assemblyman Ronnie Liu at his service centre yesterday. The couple, parents of National Service trainee Too Hui Min (INSET) who was said to have died of an infection of the colon, is seeking suing the government for her death. MORE HERE (Picture courtesy of Nanyang Siang Pau)

Monsoon Cup dan TTI lapuk - Rosol

The image “http://buletinonline.net/images/berita4/isulapuk3.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.buletinonline - [...] Setelah rumah siap, pahat pun berbunyi ! Setelah Sidang DUN tamat, barulah Rosol bekas Exco kerajaan lalu, yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Terengganu membuat kenyataan di luar Dewan dengan mengatakan isu Monsoon Cup dan TTI adalah isu lapuk !

Semasa didalam Sidang DUN baru-baru ini, Rosol hanya mampu meneruskan sifat ‘kebudak-budakannya’ mengacau wakil-wakil PAS berucap dan memberikan saranan. Dia sebenarnya tidak mampu untuk berhujah panjang kerana terlalu banyak melakukan kesilapan, baik semasa menjadi Exco dan juga semasa krisis pelantikan Menteri Besar.

ADUN Ladang, YB Dato’ Tengku Hasan Tengku Omar ketika dihubungi Buletin Online mengatakan bahawa isu Monsoon Cup dan TTI bukan isu yang lapuk malah ianya akan sentiasa dipersoalkan oleh rakyat kerana menjadi sejarah pemborosan dan pembaziran wang rakyat yang keterlaluan yang dilakukan oleh kerajaan Terengganu.

Beliau berkata dengan beliau sendiri yang membawa beberapa isu berkaitan Monsoon Cup, rakyat dapat

mengetahui beberapa fakta yang tidak diumumkan oleh kerajaan sebelum ini.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

Semalam dirasmikan, pagi angkat atap lagi, struktur ‘cacat’ jelas kelihatan

The image “http://buletinonline.net/images/berita4/repairatap4.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

The image “http://buletinonline.net/images/berita4/atapcacat1.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Buletinonline - [...] Sebelum ini heboh diperkatakan kecacatan struktur pada bumbung atap stadium. Lensa Buletin Online merakam kecacatan jelas pada struktur.

Buletin Online akan mendapatkan maklumat lanjut berkenaan kecacatan struktur stadium utama yang bernilai ratusan juta
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

MIUP di Pulau Pinang lumpuh,13 bahagian sertai KeADILan

harakahdaily - [...] Pengasas Malaysian Indian United Party (MIUP) yang juga teman rapat Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Nallakaruppan mendapat tamparan hebat semalam apabila 13 bahagian seluruh Pulau Pinang mengambil keputusan membubarkan parti itu serentak untuk menyertai KeADILan.

ImageSeramai 2000 orang ahli MIUP bertindak nekad meninggalkan parti itu kerana tidak sanggup lagi melihat 'wayang kulit' Dato' Nallakaruppan yang hanya pandai melakar janji sewaktu pilihanraya tetapi hilang haluan bila Barisan Nasional (BN) kalah teruk.

Menurut Pengerusi MIUP Pulau Pinang, L. Balasubramaniyam ketika ditemui menyifatkan, helah Nallakaruppan akhirnya terbongkar apabila cuba mempergunakan kaum India untuk meningkatkan kepercayaan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi mendapatkan kedudukan serta mengidam projek peribadi.

Penubuhan MIUP juga katanya, bermatlamat menunjukkan kuasa kepada Dato' Seri Anwar bahawa ramai kaum India menolak kepimpinan KeADILan yang didakwa bercakap tidak serupa bikin.

"Kini baru kami sedar lakunan Dato' Nallakaruppan. Dia sanggup menikam kawan dari belakang demi mendapatkan jawatan selepas pilihanraya. Dia kata Anwar seorang yang kuat penipu tapi dia yang sebenarnya berkelakuan begitu, " tegasnya dalam program meraikan kemasukan ahli MIUP di Dewan Orang ramai di Tapak Ekspo Seberang Jaya.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

Umno: Perjuangan tersasar, raikan ulangtahun ke-62 dalam keadaan nazak

harakahdaily - Sambutan memperingati ulangtahun kelahiran Umno pada 11 Mei 1946, tahun ini amat berbeza dengan sambutan yang dibuat pada tahun-tahun sebelum ini.

Sambutan tahun ini amat hambar kerana orang-orang Umno tidak pernah menerima hukuman yang sebegini berat, apabila ditolak rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-12, 8 Mac lepas.

Selama lebih 50 tahun Umno menerusi gabungan Perikatan dan Barisan Nasional begitu 'enjoy' dengan kuasa pemerintahan mutlak dengan menguasai lebih dua pertiga kerusi Parlimen di peringkat Persekutuan.

Umno dan parti gabungannya juga menguasai semua negeri secara mutlak kecuali Kelantan dan Terengganu (1999-2004) sehingga PRU lepas.

PRU 2008 benar-benar menguji kewibawaan Umno untuk terus kekal sebagai parti tonggak pemerintahan negara.

Setelah 62 tahun berkuasa penuh, tanpa diduga rakyat, memberikan signal bahawa nama Umno tidak sinonim dengan kuasa yang memerintah sebuah kerajaan.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

Selepas Islam Hadhari, Mufti Perlis selar ISA?

harakahdaily - [...] Kali ini giliran tokoh agama seperti Mufti Perlis, Dato' Dr Asri Zainul Abidin dilihat menyelar dan mengkritik perbuatan dan tindakan ISA yang disifatkan sebagai satu langkah terkutuk serta bercanggah dengan Islam.

"Agama memusuhi perbuatan menghukum manusia tanpa bukti yang sah dan perbicaraan yang benar. Maka perbuatan seperti ini adalah amat terkutuk," katanya yang dipetik daripada laman webnya.

Katanya jika ada peruntukan undang-undang atau akta yang membolehkan manusia dihukum tanpa dibicara, maka ia adalah akta atau perundangan yang jelek dan merujuk kepada Sabda Nabi Muhammad s.a.w :"Bukti wajib (diberikan) oleh yang mendakwa, dan sumpah pula bagi yang membantah� (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).

"Jika ada akta dan undang-undang yang seperti ini, maka Majlis Fatwa patutlah bersidang dan membincangkan pandangan Islam mengenainya, secara adil tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak," jelasnya lagi.

Sebelum itu beliau turut memberi contoh kesan buruk apabila seseorang itu tidak diberi peluang membela diri seperti yang terjadi di Kuala Perlis apabila seorang suami dituduh mengintip dan dibelasah hingga mati oleh penduduk kampung.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

Cops misled by pig carcass

MStar - The police thought they were investigating a murder when they discovered a bag of bones inside a burnt Proton Satria.

However, things took a twist when they discovered a tail and that the carcass was that of a pig's.

Johor Baru (North) OCPD Asst Comm Ruslan Hassan said police discovered the carcass, with the tail still intact, in the back seat of the burnt car near a dumpsite in Kempas Baru at about 11am here yesterday.

“We believe some foreigners had dumped the carcass in there,” he said.

NS death - teenager’s family suing dept for negligence

MStar - [...] “We believe it was more than constipation and we want justice for our daughter,” said Hui Min’s mother Chin Kwee Choo, 52.

“How can a healthy girl die all of a sudden like this?” she asked.

Hui Min, from Geo Kosmo NS Training Camp in Kuala Kubu Baru, died at Slim River Hospital on Wednesday at 10.45pm after complaining of constipation.

The distraught mother said that despite passing with flying colours in her SPM examination last year, Hui Min did not have big dreams. The 7As scorer only wished to be a tour guide.

“She has never been anywhere else except her own country,'' said Chin.

“It was her dream to travel overseas and experience the world by herself. Now, it will remain just a dream.”

Chin said she and her husband Jong Sing were not satisfied with the explanation that their daughter died of toxic megacolon....selanjutnya [KLIK DI SINI]

Vernon's entertaining blog

Mr Manager
MStar - [...] “After all, you will not see pictures like Siti (Nurhaliza) in her dressing room or Ning with curlers in her hair in any mainstream magazine,” he said cheekily in an interview recently.

In fact, his blog, mrmanager.blogspot.com,, has become so popular that his artiste friends sometimes whisper to him during functions whether their photographs are going to be posted.

Besides tongue-in-cheek comments, the 40-year old Vernon also posts photographs and video clips including closed-door events. And of course, food is featured prominently as he “lives to eat”.

“I had no idea Siti (Nurhaliza) read my blog until during an event one day when I wanted to take a picture of her with Ning. Then, she leaned over and asked me when I was going to upload it,” he said.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

related:
Celebrity sites

Raja Petra hopes to channel funds for bloggers’ defence

MStar - Malaysia Today editor Raja Petra Kamarudin will propose that the donation collected for his bail be put into a Bloggers Defence Fund.

Raja Petra, 58, wrote in his blog yesterday that this was to ensure bloggers who were prosecuted would have financial support.

But he said this would be finalised only if the donors agreed to his proposal.

More than RM37,000, including US$4,330.10 (RM13,859.78) paid through Paypal, was collected following a call for donations on his website.

Raja petra belakun atau bermuslihat?

''Tak usahlah berlakon buat cerita untuk hilangkan keyakinan orang ramai dan pihak asing terhadap keselamatan penjara kita.

''Ya, kalau benar, laporlah kepada polis. Setahu saya, dia sendiri tak nak keluar walaupun wang jaminan sudah ada... sengaja hendak publisiti murahan," katanya kepada Mingguan Malaysia hari ini. - Utusan Malaysia
Raja Petra Raja Kamaruddin, a prominent Malaysian blogger reacts to reporters at a magistrate's court in Kuala Lumpur, Tuesday, May 6, 2008. Raja Petra was in court to face sedition charge for implying that the deputy prime minister was involved in the sensational murder of a young Mongolian woman.Itu kata Hamid Albar membalas kenyataan yang dibuat oleh Raja Petra.

Kalau hendak di fikirkan cara logik, mustahil Raja Petra tidak boleh bayar wang jaminan. Penyokong nya ramai dan beliau sendiri bukan lah sukar benar untuk mencari RM5,000 sebagai wang jaminan. Soalnya sekarang, Raja Petra memasuki penjara Sungai Buloh untuk lakunan atau pun muslihat?

Adakah benar beliau mahu tunjukkan pada dunia apa yang kerajaan Malaysia lakukan kepada penulis blog dan kaitannya dengan kebebasan bersuara?

Kita dihiburkan dengan cerita cerita barat tentang masuk keluar penjara. Pelbagai keadaan di dalam sana. Begitu juga di sini. Jual beli rokok, samseng penjara, gerombolan puak puak di dalam penjara dan macam macam lagi. Terdapat juga pergerakan informasi melalui nota nota kecil turut berlegar di dalam penjara. Apa yang kita saksikan di dalam wayang gambar dan cerita cerita luar negara, mungkin berlaku di negara kita. Itu tak mustahil dan besar kemungkinan berlaku.

Benarkah sirul menjerit dan mengugut Raja petra di dalam sana? Tentunya menjadi cerita bertambah menarik dan itu lah kenyataan yang pertama keluar ketika Raja Petra keluar dengan penjara. Dengan kenyataan itu, kita beranggapan bahawa marah benar tertuduh kepada Raja Petra. Apa yang mereka tahu tentang Raja Petra? Di dalam penjara boleh membaca blog?

Dan kepada pelayar laman blog Malaysiatoday, Apa kah yang dilakukan oleh Pegawai penjara Malaysia tidak mampu melakukan sebarang tindakan keselamatan sehingga tahanan tahanan penting berasa tidak selamat dan terpaksa di keluarkan? Kalau tahanan reman yang diancam terpaksa di keluarkan, bagaimana dengan keadaan keselamatan tahanan tahanan kekal yang berhadapan dengan tempoh tahanan yang lama? Lantas kerana itu Hamid Albar mengeluarkan kenyataannya.

Mari kita bayangkan kemungkinan di sebaliknya. Cuba kita renung dan bayangkan, kalau kalau Sirul dan Azilah, makan semeja dengan Raja Petra. Bayangkan mereka ketawa terbahak bahak ketika di dalam penjara dan gambarkan mereka bertepuk tampar di dalam sana. Siapa yang tahu?

Bayangkan juga kalau kalau ada nota dan bertukaran antara mereka. Kalau perkara itu berlaku, siapakah yang bingung dan bimbang sekarang? Hehhhh ngeri....sungguh ngeri.

Seperti yang wak katakan pada artikel yang lepas, Artikel Raja Petra yang menengundang kontroversi baru baru ini (Let's send Altantuya's murderrers to hell) adalah climax pada cerita. Tak der lagi isu isu baru dan bukti bukti baru untuk di babitkan. Semuanya cerita berkisar tentang apa yang mereka sebut di dalam penyiasatan dan kenyataan di dalam mahkamah. Ianya tidak terlepas dari fakta sebutan dan siasatan. Tapi tidak mustahil, dengan keadaan sistem yang ada, masih banyak persoalan yang belum terbongkar.

Heh.......itu hanya cerita wayang gambar. Jangan fikir bukan bukan kerana ia buat kita tak lena tidur. Siapa yang tak tidur? Hidup semakin sukar, bayang bayang menjelma yang hampir setiap malam. No2umno mengajak anda berfikir diluar kotak pemikiran. Cuba cuba lah berangan ....

Imbasa tentang isu berkaitan : Malaysian murder a tale of love gone wrong

ULASAN ANA UNTUK ISU KARPAL SINGH

pemudarasa - [...] Pertamanya kita mesti mengenali Karpal ini. Beliau adalah seorang yang hobinya adalah membangkang. Tidak kisahlah apa yang hendak dibangkangnya, dia akan bangkang. Mungkin kerana sikapnya yang suka membangkang, maka perkara yang remeh pun akan dibangkangnya.

Kes yang terbaru lagi sensasi apa yang dibangkangnya ialah kes Raja Muda Perak Nazri bersama menteri besar Perak Ir. Nizar berkenaan dengan pemindahan Ketua Pengarah JAIP. Apa yang tidak dipuas hatikan oleh Karpal adalah pada beliau Sultan tidak berhak mencampuri urusan pemindahan kakitangan kerajaan kerana pada pandangannya, skop ketua kepada urusan agama Islam oleh Sultan tidak termasuk berkenaan dengan perihal urusan pentadbiran kakitangan awam kerajaan negeri. Itu sahaja. Beliau tidak mengutuk atau menghina Sultan. Itu adalah pandangan beliau terhadap undang-undang dan perlembagaan negeri berkenaan kuasa-kuasa Sultan. Perkara undang-undang lah katakan, diakan peguam.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

PAS DITIPU SI KATAK LOMPAT

khatibwalwaasi - [...] Sifat kurang ajarnya yang pertama ialah mempertikaikan kunjungan TG Nik Aziz ke rumah Datuk Zaid Ibrahim setelah dilantik sebagai Menteri. Menuduh TG Nik Aziz berhutang kepada rakyat Kelantan dan perlu menjelaskan tujuan kunjungan tersebut. Seolah-olah satu dosa pulak apabila TG Nik Aziz menziarahi rumah Datuk Zaid Ibrahim.

Kurang ajarnya yang kedua ialah turut menghentam dan menghina Karpal Singh di Parlimen sebagai OKU. Isi perbahasannya banyak memihak kepada kerajaan BN. Seolah-olah dia pulak menjadi pendesak bagi pihak UMNO/BN dan menghentam pembangkang.

Kurang ajarnya yang ketiga mempertikaikan kononnya PKR membisu dalam isu Karpal Singh menderhaka kepada Raja. Isu sebenarnya ialah Karpal Singh hanya mengeluarkan pendapatnya berlandaskan undang-undang tentang isu yang berlaku di Perak. Media massa milik UMNO/BN saja yang membesar-besarkan serta memesongkan isu ini kononnya Karpal Singh menghina Raja dan mempertikaikan kewibawaan Raja-Raja Melayu.

Pada pendapat saya itulah sebabnya PKR tidak mahu terjebak sama dalam kemelut ini kerana jika PKR mengeluarkan komen dan komentar seolah-olah mereka juga turut terpesong dari isu yang sebenar dan menyokong fakta yang disebarkan oleh UMNO/BN melalui media massa milik mereka. UMNO/BN sengaja memperbesarkan isu ini supaya rakyat melupakan isu kelemahan Pak Lah dan pentadbirannya setelah kalah teruk dalam PRU12 dilanda tsunami politik.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

APABILA GANGSTER UMNO MAKAN TUANNYA..

jasindaily - [...] "Saya sendiri tidak setuju undang-undang itu digubal," katanya di lobi Parlimen, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Datuk Anifah Aman (BN-Kimanis) kelmarin bahawa tiada salahnya jika Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Sabah melompat parti jika mereka tidak mendapat tempat dan layanan sewajarnya daripada parti sedia ada.

Nazri berkata, beliau menganggap kenyataan Anifah sebagai peringatan kepada BN untuk memberi perhatian kepada permasalahan dan permintaan rakyat di Sabah dan Sarawak.

"Pada saya ucapan beliau adalah satu peringatan yang baik dan saya langsung tidak berasa ada apa-apa lebih daripada itu yang perlu dibimbangkan," katanya mengulas sama ada kenyataan sebagai tanda ugutan wakil rakyat BN dari Sabah mereka akan melompat parti menyertai Pakatan Rakyat seperti yang diuar-uarkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nazri berkata, beliau tidak berasakan ucapan itu akan menggugat kestabilan Barisan Nasional dan Umno kerana beliau memahami prinsip Ahli Parlimen Sabah.

...selanjutnya [KLIK DI SINI]

Two more police reports lodged, but …

karpalsingh - [...] Commenting on reports the Malay community was angry with Karpal Singh’s remarks, Abdul Malik said the “Malays” were not a single entity.

“Only narrow-minded Malays will create hype about this issue. The bigger group of Malays who are progressive are thinking more about the country’s future,” he said during a press conference at the Chief Minister’s office in Komtar yesterday.Penang Chief Minister Lim Guan Eng said the Federal Government was creating an issue to distract attention from economic hardship faced by the people.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

Pendidikan seks di PLKN : Hangat-hangat tahi ayam

alkerohi - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dr Ng Yen Yen berhasrat melaksanakan 'pendidikan seks' dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Tempoh latihan PLKN adalah lebihkurang tiga bulan. Dicampurnya peserta lelaki dan perempuan pula.

Mana perginya Dasar Sosial Negara ?

Sudahlah PLKN itu kurang membawa faedah. Mahu pula diajar satu matapelajaran yang memerlukan asas yang kukuh dan persediaan yang rapi dari segi mental, masa, tenaga pengajar, input, kewangan, pemerhatian dan banyak lagi. Sepatutnya Ng Yen Yen tidak kelam kelibut dengan ideanya.

Pendidikan seks tidak sepatutnya diajar dalam latihan PLKN. Ia boleh diajar di peringkat persekolahan yang memerlukan tertib dan rantaian dengan pelbagai faktor lain.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

ASAS DAN TUJUAN UMNO BUAT RENUNGAN SEMUA

kudakepang - [...] Bagaimanapun, kerana rata-rata warga UMNO mengiktiraf bahawa UMNO tetap UMNO, kembalikanlah UMNO kepada kedudukan asalnya, tetapi dengan adjustment dari segi pendekatan dan mindset pemimpinnya.

Maksud saya, iktiraflah akar umbi UMNO adalah di kampung-kampung. Kalau UMNO sudah berusia 62 tahun, janganlah kemewahan menjadikan UMNO lupakan kampung. Kalau UMNO baru berusia 20 tahun, janganlah pendidikan dan pelajaran menyebabkan pemimpin UMNO jijik menjejakkan kaki ke kampung-kampung.

Insaflah. UMNO peringkat akar umbi di kampung-kampung adalah sumber kekuasaan mereka yang memimpin UMNO. Dan, insaflah bahawa warga kampung lazimnya adalah kelompok yang sentiasa ikhlas dan jujur. Tetapi, sekali hati mereka terluka dan jiwa mereka tercalar, ubatnya bukan dari bahan-bahan kimia buatan manusia. Ubatnya adalah dari seribu satu rumput-rampai semulajadi dan pelbagai herba yang wujud di kampung-kampung. Ubat-ubatan ini memang tradisional. Tetapi, tidak mengandungi unsur-unsur racun yang membunuh secara perlahan-lahan.

UMNO ADALAH PARTI KAMPUNG! TAPI WARGA KAMPUNG PUN FAHAM AKAN TUNTUTAN-TUNTUTAN DIBAWAH INI:

FASAL 3: ASAS DAN TUJUAN

UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruh dan martabat bangsa, agama dan negara.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

GEMPAR: Awas hari Rabu...

agendoldaily - Seramai 17 Ahli parlimen Barisan Nasional (BN) dikatakan hampir pasti akan menyertai pakatan pembangkang, Rabu ini. Menurut sumber yang rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang layak dipercayai, perkara itu bukan lagi perang saraf Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu sebaliknya satu perkara akan menjadi kenyataan. Malah menurut sumber itu, seorang ahli perniagaan dari Kuala Lumpur yang bergelar Tan Sri dikatakan terlibat di dalam urusan antara Anwar dan para Ahli Parlimen yang berkenaan. Sumber itu menjelaskan, majoriti daripada 17 Ahli Parlimen BN yang akan menyertai pakatan pembangkang adalah dari Sabah.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

5 May 2008: Cover Story: The wang ehsan money trail

edgedaily - The statistics speak volumes of the discord between Terengganu's government expenditure and the socio-economic status of the people in the state.

Terengganu would easily qualify as the state with the biggest budget in peninsular Malaysia. Thanks to its natural resources, it gets more than RM1 billion each year from the federal government in oil royalties that give the state enough firepower to undertake fairly large projects on its own.

For instance, in the 2008 Budget, the budget was RM1.67 billion, of which RM1.5 billion was non-revenue income (penerimaan bukan hasil), which mainly constitutes the state's share of oil royalties from the federal government.

To give an idea of how large the budget is — in comparison, Selangor's budget is only RM1.3 billion. And Selangor's population is nearly five times more than Terengganu, which has slightly more than a million people. The Sultan is the present Yang di-Pertuan Agong.

While Selangor can claim to be the most developed state in the country, Terengganu comes nowhere close. In fact, the state has one of the highest poverty levels in the country. According to past budget speeches, in 2004 Terengganu's poverty rate was 10.6% — far higher than the national average of 5.1%.

Couple this with allegations of lavish spending by the state administration when Datuk Seri Idris Jusoh was the Menteri Besar, and it's enough to send ripples through the state. In Terengganu's case, it went right up to the palace.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

Raja Petra usah berlakon - Hamid

Utusmeloya - Pengendali dan editor laman blog Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin dinasihati tidak 'berlakon' dan mengada-adakan cerita kononnya beliau diancam 'orang tertentu' dalam Penjara Sungai Buloh sehingga mengancam nyawanya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, dakwaan Raja Petra bahawa ada laporan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar yang sedang dibicarakan atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shariibuu menjerit kepadanya seolah-olah menunjukkan dia takut pada 'bayang-bayangnya' sendiri.

''Tak usahlah berlakon buat cerita untuk hilangkan keyakinan orang ramai dan pihak asing terhadap keselamatan penjara kita.

''Ya, kalau benar, laporlah kepada polis. Setahu saya, dia sendiri tak nak keluar walaupun wang jaminan sudah ada... sengaja hendak publisiti murahan," katanya kepada Mingguan Malaysia hari ini.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

Peguam Negara beri jaminan pada UMNO

Utusmeloya - Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail memberi jaminan akan membuat keputusan segera berhubung kes Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mempertikaikan bidang kuasa Sultan Perak mengenai pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury.

"Tunggu saja keputusan yang akan saya umumkan nanti," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Abdul Gani diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berharap agar Peguam Negara dapat membuat keputusan dan bertindak segera berhubung kes Karpal itu.

Semalam Perdana Menteri berkata, sekiranya Peguam Negara berpandangan kes itu boleh dibawa ke mahkamah, maka ia perlu dibuat secepat mungkin.

Pemimpin DAP itu sebelum ini bertindak mempertikaikan titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah supaya Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menarik balik arahan pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury.

Polis sehubungan itu telah membuka kertas siasatan terhadap Kar- pal di bawah Seksyen 4 (1)(b) Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan kata-kata berupa hasutan.

Abdul Gani berkata, semua pihak terutama pihak media perlu memberi peluang kepada beliau dan pihaknya untuk membuat keputusan mengenai kes tersebut.

PLKN: Wajib periksa kesihatan?

utusmeloya - Kerajaan akan mengkaji kemungkinan mewajibkan semua bakal pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum mengikuti latihan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini ketika di dalam kem.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan mengkaji dari segi kos dan kaedah pelaksanaan pemeriksaan tersebut.

Pada masa ini, jelas beliau, setiap pelatih hanya disyaratkan menunjukkan surat pengakuan bertulis bagi membuktikan mereka tidak mempunyai masalah kesihatan.

''Ekoran itu, kita tidak mengetahui kesahihan pengakuan mereka itu. Oleh itu, kita sedang melihat implikasi kosnya dan bagaimana kita hendak melakukan pemeriksaan secara wajib atau sebaliknya sewaktu mengikuti latihan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Hari dan Minggu Belia Negara 2008 di Felda Sebertak di sini hari ini.

Beliau mengulas kes seorang pelatih PLKN kumpulan dua Siri 5/2008 yang meninggal dunia selepas lebih tujuh jam mengadu sakit perut di Hospital Slim River, Perak kelmarin.


...selanjutnya [KLIK DI SINI]

Posting terkini

Blog Archive