KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 11, 2008

Mencari Wadah Sebenar Melayu

msomelayu - [...] Pun begitu ada pendapat para sarjana bertentangan mengenai peranan dan perjuangan Umno dalam mencapai kemerdekaaan - membebaskan orang Melayu. Ada yang mengatakan ada puak lain yang lebih tulen dan ikhlas memperjuangkan kemerdekaan Melayu tetapi disengaja dilindungkan kerana kepentingan politik peribadi dan kerana sifat sejak azali orang Melayu, iaitu dengki dan khianat.

Kumpulan subversif

Golongan itu seperti Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Beostaman, Ishak Haji Mohammad dan lain-lain di mana mereka ini dicopkan sebagai golongan kiri oleh Nasionalis Melayu, Umno. Lebih dahsyat lagi mereka ini dikelirukan sebagai kumpulan subversif yang tarafnya sama dengan gerakan Komunis!
Penegasan yang diajukan oleh Muhammad Agus itu seharusnya membuka mata dan minda Umno untuk melihat ke dalam diri mengenai masa depan Melayu ditangan mereka. Umno kena menginsafi kedaulatan Melayu tidak mampu lagi ditangani secara sendirian berhad.

Persoalan sekarang ini sekiranya pandangan Muhamamd Agus itu tepat dan benar dan boleh dikira ia menafikan keupayaan Umno dalam soal medaulatkan Melayu, jadi siapakah yang diharap akan membela Melayu?

Realitinya kesemua orang Melayu harus mengambil bahagian dalam memperkasa rumpunnya, namun mereka perlu berada dalam sebuah wadah atau organisasi bagi menjananya. Tidak mungkin semua orang Melayu mampu melaksanakan tanggungjawab itu secara bersendirian, berjuang dari atas tangga rumah masing-masing. Mereka harus diletak atau berada dalam sebuah bekas yang sama bagi mengerakkan jihad itu.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

1 comments:

Anonymous said...

Begging the obvious!
Mengemis jawaban yg sudah terang lagi bersuluh, bak kata pepatah Melayu.

Tak kesah la siapa pun yg perjuangkan nasib orang Melayu - be it Agus Salim or Onn Jaafar or whoever. Yg penting Ketuanan Melayu is here to stay. Dasar yg digariskan Tun Razak utk orng Melayu sejak 1969 adalah batu asas untuk perjuangan Melayu. Tapak ekonomi yg 'cuba' dibangunkan Tun Mahathir sejak 1980-an juga adalah projek bangsa Melayu.

Orang Cina dan India sibuk mempastikan keruntuhan kesatuan Melayu, memperlekehkan kedaulatan Raja Melayu, keagamaan Islam Melayu -- yg ko asyik kutuk sesama Melayu apersal?

Posting terkini

Blog Archive