khatibwalwaasi - [...] Sifat kurang ajarnya yang pertama ialah mempertikaikan kunjungan TG Nik Aziz ke rumah Datuk Zaid Ibrahim setelah dilantik sebagai Menteri. Menuduh TG Nik Aziz berhutang kepada rakyat Kelantan dan perlu menjelaskan tujuan kunjungan tersebut. Seolah-olah satu dosa pulak apabila TG Nik Aziz menziarahi rumah Datuk Zaid Ibrahim.
Kurang ajarnya yang kedua ialah turut menghentam dan menghina Karpal Singh di Parlimen sebagai OKU. Isi perbahasannya banyak memihak kepada kerajaan BN. Seolah-olah dia pulak menjadi pendesak bagi pihak UMNO/BN dan menghentam pembangkang.
Kurang ajarnya yang ketiga mempertikaikan kononnya PKR membisu dalam isu Karpal Singh menderhaka kepada Raja. Isu sebenarnya ialah Karpal Singh hanya mengeluarkan pendapatnya berlandaskan undang-undang tentang isu yang berlaku di Perak. Media massa milik UMNO/BN saja yang membesar-besarkan serta memesongkan isu ini kononnya Karpal Singh menghina Raja dan mempertikaikan kewibawaan Raja-Raja Melayu.
Pada pendapat saya itulah sebabnya PKR tidak mahu terjebak sama dalam kemelut ini kerana jika PKR mengeluarkan komen dan komentar seolah-olah mereka juga turut terpesong dari isu yang sebenar dan menyokong fakta yang disebarkan oleh UMNO/BN melalui media massa milik mereka. UMNO/BN sengaja memperbesarkan isu ini supaya rakyat melupakan isu kelemahan Pak Lah dan pentadbirannya setelah kalah teruk dalam PRU12 dilanda tsunami politik.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]
PEMIMPIN PN OTAK KEMETOT.
7 minutes ago
0 comments:
Post a Comment