kudakepang - [...] Bagaimanapun, kerana rata-rata warga UMNO mengiktiraf bahawa UMNO tetap UMNO, kembalikanlah UMNO kepada kedudukan asalnya, tetapi dengan adjustment dari segi pendekatan dan mindset pemimpinnya.
Maksud saya, iktiraflah akar umbi UMNO adalah di kampung-kampung. Kalau UMNO sudah berusia 62 tahun, janganlah kemewahan menjadikan UMNO lupakan kampung. Kalau UMNO baru berusia 20 tahun, janganlah pendidikan dan pelajaran menyebabkan pemimpin UMNO jijik menjejakkan kaki ke kampung-kampung.
Insaflah. UMNO peringkat akar umbi di kampung-kampung adalah sumber kekuasaan mereka yang memimpin UMNO. Dan, insaflah bahawa warga kampung lazimnya adalah kelompok yang sentiasa ikhlas dan jujur. Tetapi, sekali hati mereka terluka dan jiwa mereka tercalar, ubatnya bukan dari bahan-bahan kimia buatan manusia. Ubatnya adalah dari seribu satu rumput-rampai semulajadi dan pelbagai herba yang wujud di kampung-kampung. Ubat-ubatan ini memang tradisional. Tetapi, tidak mengandungi unsur-unsur racun yang membunuh secara perlahan-lahan.
UMNO ADALAH PARTI KAMPUNG! TAPI WARGA KAMPUNG PUN FAHAM AKAN TUNTUTAN-TUNTUTAN DIBAWAH INI:
FASAL 3: ASAS DAN TUJUAN
UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruh dan martabat bangsa, agama dan negara.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]
May 11, 2008
ASAS DAN TUJUAN UMNO BUAT RENUNGAN SEMUA
Labels: kuda kepang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment