harakahdaily - [...] Kali ini giliran tokoh agama seperti Mufti Perlis, Dato' Dr Asri Zainul Abidin dilihat menyelar dan mengkritik perbuatan dan tindakan ISA yang disifatkan sebagai satu langkah terkutuk serta bercanggah dengan Islam.
"Agama memusuhi perbuatan menghukum manusia tanpa bukti yang sah dan perbicaraan yang benar. Maka perbuatan seperti ini adalah amat terkutuk," katanya yang dipetik daripada laman webnya.
Katanya jika ada peruntukan undang-undang atau akta yang membolehkan manusia dihukum tanpa dibicara, maka ia adalah akta atau perundangan yang jelek dan merujuk kepada Sabda Nabi Muhammad s.a.w :"Bukti wajib (diberikan) oleh yang mendakwa, dan sumpah pula bagi yang membantah� (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).
"Jika ada akta dan undang-undang yang seperti ini, maka Majlis Fatwa patutlah bersidang dan membincangkan pandangan Islam mengenainya, secara adil tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak," jelasnya lagi.
Sebelum itu beliau turut memberi contoh kesan buruk apabila seseorang itu tidak diberi peluang membela diri seperti yang terjadi di Kuala Perlis apabila seorang suami dituduh mengintip dan dibelasah hingga mati oleh penduduk kampung.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]
May 11, 2008
Selepas Islam Hadhari, Mufti Perlis selar ISA?
Labels: Mufti Asri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
depa tak khatam agama......
jgn marah depa......
org mabok arak pon depa terima....
nak kata apa...????
mufti punya cakap depa sanggah....
yg betol depa....
pasal depa perasan depa bawak suara org melayu....
melayu mano den tak tau laa....
cuba tanya depa sat nooo......
Post a Comment