tranungkite - [...] Semua Pimpinan PAKATAN RAKYAT sekarang begitu aktif mengakseskan blog masing-masing untuk meluahan pandangan terhadap setiap isu, menceritakan kesibukan diri dan menjawab sebarang komentar daripada rakyat. Dengan cara ini, rakyat merasakan pemimpin cukup dekat dengan mereka.
Contohnya blog Dato’ Seri Anwar Ibrahim (www.bloganwaribrahim.com). Beliau semakin dilihat sebagai seorang tokoh yang berjiwa besar kerana selalu melayani karenah pembaca yang sentiasa memberi cadangan, kritikan dan tidak kurang juga menghentam.
Tetapi mana dia blog pimpinan kita yang cukup aktif.? Kalau kita melihat di dalam web PAS (www.pas.com.my) dekat menu blog pimpinan, hampir kesemuan blog tidak aktif.!!!. bermula dari blog timbalan presiden hingga ke bawah. Saya bukan hendak menafikan kesemuanya, tetapi sebilangan besarnya. Blog Ketua Penerangan contohnya hanya diupdate pada tahun lepas tentang kes altantuya. Blog Naib Presiden Tn. Hj. Mohamad Sabu lagilah entah berapa tahun tidak update sampai tak boleh dibuka langsung.
Kita mewarwarkan kepada rakyat bahawa media merupakan aset yang cukup penting untuk menyebarkan berita kepada rakyat. Saya memahami sidang media yang dikeluarkan oleh presiden parti yang menyebut bahawa segala kenyataan tentang PAS hanya boleh dikeluarkan oleh presiden Parti sahaja demi mengelakkan kecelaruan. Tetapi rakyat ingin juga mengetahui pandangan politik peribadi pemimpin mereka. Kamu faham bahawa semua pimpinan sibuk. Tapi takkan tak boleh sekadar meletakkan gerak kerja harian yang ringkas untuk diketahui oleh rakyat. Ini adalah kerana rakyat sayangkan pemimpin mereka. Rakyat ingin mengetahui pergerakan pemimpin mereka. Rakyat ingin bertanya, berkongsi pandangan dan kadang-kadang ingin mengkritik demi kebaikan pemimpin yang mereka sayangi.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]
PEMIMPIN PN OTAK KEMETOT.
35 seconds ago
0 comments:
Post a Comment