tranungkite - [...] Tanpa mesin kimpan itu, pekerja Grand Saga beredar, menyebabkan penduduk berasak-asak melepas kawalan polis dan bertindak memusnahkan tembok yang separuh siap itu dengan tangan.
Penduduk yang gembira melihat apa yang berlaku, terus mengangkat dan melambung Lim beberapa kali tetapi suasana kembali tegang apabila polis pencegah rusuhan mengarahkan orang ramai supaya beredar.
Lim cuba menghalang sebuah trak meriam air dengan berdiri di depannya. Menurut Lim (foto kiri), beberapa anggota polis mengheretnya dan berlaku kekecohan.
"Mereka mengheret saya ke tepi dan menyembur pemedih mata ke muka saya. Saya tidak dapat melihat. Mereka tumbuk dan tendang saya," katanya kepada pemberita kira-kira dua jam selepas kejadian tersebut berlaku.
Ahl exco kerajaan negeri, Ean Yong Hian Wah yang berada di tempat kejadian, memberitahu pemberita bahawa polis berhenti memukul Lim selepas diberitahu bahawa Lim adalah seorang ahli parlimen.
Dipukul depan pemberita
Lim, seorang peguam, memang dikenali penduduk di situ kerana beliau pernah menjadi penasihat undang-undang kepada jawatankuasa buka jalan BMC.
Sementara itu, pengerusi jawatankuasa tersebut, Tan - apabila melihat Lim dipukul - terus bergegas untuk membantunya.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]
May 11, 2008
'Saya disembur, dipukul'
Labels: Grand Saga
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
alamak....
sudah lah ditumbok...
ditendang....
sudah lah ditendang.....
disembor.....
sudah lah disembor....
tak dibela......
klo macam nii....
agak-agak dibawah akta apa boleh tahan org terlibat ni erk..??
takkan akta hasutan jugak..???
hakhakhak.....
yg ni setle kan dulu poliss....
bukan kes lainn.....
Post a Comment