KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 11, 2008

Konspirasi Gunung Tahan


PANGLIMA Kakap Hussein, Penghulu Kuala Tembeling di Kuala Tahan.

Bharian - [...] Bermula dengan ekspedisi arahan Sultan Ahmad pada 1881 bertujuan mencari harta karun di puncak gunung kononnya terdapat tempayan mengandungi 'ibu emas' dan 'ibu perak', ia diikuti beberapa ekspedisi lain diketuai penjelajah Inggeris.

Sepanjang tempoh itu hingga 1905 yang membawa kepada penemuan puncak Gunung Tahan, beberapa nama penduduk tempatan pernah dicatatkan antaranya Panglima Garang Yusuf, Penghulu Bakar, Panglima Kakap Husin, Datuk Tok Muntri Idin, Dolah dan Mat Akib, Bulang, Mat Aris, Che Nik dan Mu'min, Mat Leher dan Mat Rifin, Yusuf Sukiman (penunjuk arah), Orang Dayak/Borneo Man atau penjejak Iban.

Bagaimanapun, Panglima Kakap Husin mempunyai pengaruh kuat dan popular manakala pada peringkat pelaksana arahan (bawahan) membabitkan empat orang iaitu Bulang, Mat Aris, Che Nik dan Mu'min yang mencatat sejarah sebagai kumpulan pertama menjejak kaki ke puncak Tahan.

Dr Azlizam berkata, beliau percaya ketika itu sudah wujud tanggapan kuat bahawa segala harta bumi di tanah air sendiri perlu dijaga, jangan sekali-kali serahkan kepada 'Orang Putih'.

Kemungkinan besar Pembesar Melayu ketika itu cuba menyelamatkan kawasan mereka, dengan cara menyukarkan penjelajah Inggeris daripada masuk ke kawasan 'larangan'. Mungkin mereka yang memberi arahan kepada penunjuk arah supaya 'jangan beri Orang Putih sampai ke puncak'.

"Itu andaian kita, tak direkodkan dan tiada bukti tetapi logiknya boleh terjadi. Banyak yang kena kaji, yang bertulis dan lisan. Pembesar dulu memang bijak, mereka 'tipu' penjelajah Inggeris dengan berpakat bersama penunjuk arah supaya memutar belit laluan. Kebanyakan ekspedisi gagal di kawasan sama iaitu di Teku Gorge," katanya.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive