KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Oct 9, 2008

Malaysiakini tiba tiba jadi pelik

Orang tua kata .... 'Untung Sabut timbul, untung batu tenggelam.'

Dan kita tahu bahawa sifat azali 'sabut' adalah ringan kerana terdapat ruangan udara di dalamnya. Menyebabkan ianya mudah untuk timbul di persekitaran takungan air dan ruangan udara seperti itu tidak terdapat di dalam batu sehingga menyebabkan batu pula mudah untuk tenggelam.

Apa yang cuba di sampai kan di dalam bidalan atau perumpaan itu adalah, batu untung kalau tenggelam dan sabut untung kalau timbul.

Jika Sabut tenggelam atau batu timbul ... ianya di kira tidak bernasib baik. Dan sekiranya terdapat dua perkara pelik itu ... terutama BATU YANG TIMBUL ... maka ia mungkin sukar di perolehi sehingga boleh di buat ubat.

Apa yang cuba wak sampai adalah, pada 8hb October yang lepas, Malaysiakini, website yang terkenal dengan berita politik tanah air telah menyiarkan berita tentang batu ...

Tajuknya .... Batu terapung boleh sembuh penyakit.

Patutnya cerita seperti di atas di masukkan di dalam ruangan cerita majalah MASTIKA.

Dan yang pasti, berita tersebut di siarkan pada selang sehari sebelum kenyataan di buat oleh Pak Lah tentang keenganannya untuk mempertahankan kerusi Presiden UMNO pada Mac akan datang.

Mungkin kah ada message yang ingin di sampai kan atau memang hari itu terlalu kurang berita sehingga Malaysiakini terpaksa memasukkan berita tersebut untuk santapan pelayar website terkenal itu.

Seterusnya korang pikir sendiri.

Wak saja nak bagi korang pikir .... sebab wak dah malas nak pikir. Sampai hari ini wak masih bingung. Bukan pasal batu, tapi tentang perubahan Malaysiakini.

Kalau korang nak imej imej pelik tentang batu ... KLIK
Batu bergerak sendiri ..... SINI
Batu yang seimbang ... SINI
Batu menjadi pemimpin .... SINI

UMNO terus gunakan sekolah untuk politik

MACHANG: Pemuda Umno Bahagian Machang hari ini mencalonkan Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin untuk jawatan Ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti Mac depan.

Pada persidangan perwakilannya yang dihadiri di Sekolah Menengah Sains di sini yang dihadiri 337 anggota daripada 125 cawangan, Khairy mendapat 96 undi dan Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir memperoleh 78 undi manakala anggota perwakilan lain tidak mengundi. - Bernama
Bangang betul UMNO ni ... masih cam dulu. Tak reti undang undang atau tak reti bahasa ???

Pendakwaan Ingin Teliti Semula Pertuduhan?

bernama | Mahkamah Sesyen di sini hari ini menangguhkan perbicaraan kes hasutan membabitkan penulis blog, Raja Petra Raja Kamarudin kepada Isnin depan bagi membolehkan pihak pendakwaan meneliti dan mempertimbang semula pertuduhan berikutan percanggahan yang dibangkitkan pihak pembelaan berhubung keaslian artikel yang dilampirkan bersama pertuduhan.

Hakim Rozina Ayob membuat keputusan itu selepas peguam bela Gobind Singh Deo mendapati artikel yang dilampirkan bersama pertuduhan tidak sama dengan artikel sebenar yang diterbitkan pada 25 April lalu.

Gobind turut membandingkan dua artikel terbabit yang mana tiada sebarang tajuk tertera dalam artikel yang dilampirkan bersama pertuduhan seperti mana yang tertulis dalam artikel sebenar iaitu "Let's Send the Altantuya Murderers to Hell."

"Berdasarkan lampiran artikel itu, terdapat beberapa perkara yang bercanggah antaranya, kandungan artikel telah ditaip semula dan gambar Raja Petra disalin semula, bukannya yang asli," katanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Roslan Mat Nor membantah supaya tiada sebarang soalan berkaitan pembunuhan Altantuya Shaariibuu ditanya secara terperinci memandangkan kes terbabit masih dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

"Soalan kepada saksi perlu menjurus kepada pertuduhan bukan kisah pembunuhan wanita Mongolia itu berikutan ia boleh menjejaskan kes terbabit yang masih belum selesai," katanya.... selanjutnya.

no2umno - teliti semula pertuduhan .? macam pernah dengar masa kes Anwar tahun 1998.

Hakim tarik balik arahan ketepi afidavit Anwar.

suarakeadilan | Mahkamah Sesyen hari ini mengeluarkan arahan untuk menegenepikan permohonan pendakwaan bagi menghalang pihak media menyiarkan eksibit yang terkandung dalam afidavit peguam Anwar ditarik balik.

Afidavit tersebut mengandungi laporan Polis yang dibuat oleh Anwar terhadap Peguam Negara, Gani Patail terhadap dakwaan terlibat mereka bukti dan keterangan kes beliau di pukul ketika dalam tahanan Polis 1998.

Selain itu, eksibit 7 perkara dalam afidavit itu juga mengandungi keratan akhbar yang disiarkan oleh Bernama, International Herald Tribune dan New Strait Times yang melaporkan Perdana Menteri menyatakan pihak peguam negara tidak akan terlibat dengan pertuduhan terhadap Anwar.

Hakim S.M Komathy membuat keputusan tersebut berdasarkan peruntukan 41 peraturan 5 (2) peraturan dari mahkamah Tinggi yang menyatakan afidavit dibenarkan dibacakan dalam perbicaraan interlocutari yang bukan merupakan perbicaraan penuh.

Komathy merujuk keputusan hakim dalam kes perbicaraan Wasli Mohd Said melawan Sulong Matjeraie yang dibuat di mahkamah TInggi Sabah dan Sarawak.

Bagaimanapun, Komathy membuat keputusan penghujahan kedua-dua pihak pembela dan pendakwa terhadap permohonan pendakwa bagi memindahkan kes berkenaan ke mahkamah Tinggi disambung pada 31 Oktober ini.

Penangguhan tersebuat bagi membolehkan tertuduh, Anwar Ibrahim menghadiri sidang parlimen yang akan bermula 13 Oktober depan.

Are we C4-ed?

eugeneyong | .... Abdullah we all know as he has shown- is sleepy, not so bright and never really brought around changes he promised.

Najib, on the other hand, never really was a popular man with the people on the streets has his credibility tainted by his association with the Altantunya murder case which refuses to go away- until RPK was taken into the draconian ISA.

If Najib does become PM in March, he's got a lot of shit to sort out. Our economy is on the brink of being in tethers if nothing is done. Evidently, nothing is being done now. Is he qualified enough? Never really saw him as an economist. Then again who is?

And what has happened to the Other PM in waiting? Probably lying low while UMNO sorts out which goon heads the country, then plotting his next step closer to Putrajaya.

916 may have passed and the trail seem to have gone cold but never discount anything from the man.... selanjutnya.

What reform? Lame Duck PM and Tainted DPM

charlessantiago | Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi had announced his decision to relinquish power next March as the besieged ruling Barisan Nasional coalition struggles to face an emboldened opposition.

It is clear the premier had been pressurized to step down despite a planned transition of power to his deputy, Najib Tun Razak in 2010. It also takes very little to sum up that Abdullah was aware he would not get the mandatory 58 divisional nominations to contest his presidency at the party’s internal election next March.

UMNO leaders have evidently tightened the noose on Abdullah in a desperate bid to restore the party’s marred image. It is as if Abdullah is shown the exit and a new prime minister would magically regain the confidence of the people.

A changing of guards would not help UMNO win support from people. Its leaders must be committed to reforms within the government, wiping out corruption and putting in place an accountable and transparent government including ending cronyism in the party. ... selanjutnya.

TPM Najib Razak akan teruskan agenda PM ‘Flip-Flop’ Abdullah

bigdogdotcom | Timbalan Presiden UMNO TPM Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak akan membuat kenyataan media petang ini berkenaan kenyataan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa membuat pengumuman tidak bertanding jawatan Presiden UMNO semalam.

Dalam kenyataan ini, TPM Najib akan mengumumkan bahawa semua reform yang cuba dilakukan oleh PM ‘Flip-Flop’ Abdullah seperti Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman, Suruhanjaya Anti Rasuah, Suruhanjaya Khas Integriti dan mengadakan Konvensyen Barisan Nasional untuk membaiki hubungan antara kaum dan ugama akan diteruskan.... selanjutnya.

Pilihan raya kampus dipengaruhi kesan pilihan raya umum?

Mstar | Perubahan persekitaran politik negara ketika pilihan raya umum tujuh bulan lalu lalu bakal membawa kesan ke atas pilihan raya kampus atau Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) kali ini?

Pilihan raya kampus, yang sebelum Aidilfitri dikatakan akan diadakan minggu depan di beberapa institusi pengajian tinggi awam, kini telah diubah tarikh ke Disember ataupun awal tahun depan.

mStar Onlineketika menghubungi beberapa wakil pelajar memaklumkan bahawa persiapan sedang dilakukan untuk mengadakan pilihan raya pertengahan bulan ini iaitu minggu depan.

Bagaimanapun maklumat terkini, diperoleh semalam, ia kini ditunda ke hujung tahun ataupun awal Januari.

Pun begitu, perubahan aliran pemikiran pemimpin mahasiswa di universiti-universiti tempatan dilihat berkemungkinan didorong oleh pentadbiran kerajaan negeri khususnya bagi negeri yang ditadbir kerajaan Pakatan Rakyat iaitu di Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Jurucakap Majlis Perwakilan Pelajar Kebangsaan (MPPK), Afandy Sutrisno Tanjung bersetuju bahawa arus politik perdana sedikit sebanyak akan mempengaruhi suasana politik kampus pada pilihan raya kampus nanti.

"Saya tak nafikan pilihan raya umum lalu memberi impak kepada mahasiswa dalam kampus terutamanya dari segi corak pemikiran.

"Boleh dikatakan mahasiswa pada hari ini mahukan trend perubahan yang baru," katanya ketika dihubungi mStar Online.... selanjutnya.

Strategi BN sembunyi pilihan raya kampus dikesan

harakah | ...Ianya dipercayai merupakan salah satu daripada strategi untuk menyembunyikan PRK daripada pengetahuan media dan rakyat negara ini.

"Alasan utama KPT mengarahkan PRK diadakan secara berasingan ialah untuk mengelak dari PRK menjadi perhatian media, rakyat, parti pembangkang dan mengelakkan kebangkitan mahasiswa.

"Sepatah kata Dato� Idris �Kalau boleh buatlah PRK secara senyap-senyap, jangan sampai diketahui sesiapa terutama media!� demikian menurut sumber tersebut.

Sungguhpun begitu beberapa Majlis Perwakilan Pelajar telah dibubarkan termasuk Universiti Malaya dan Universiti Islam Antarabangsa pada 2 Oktober lalu.

Menurut sumber dalaman kedua-dua kampus itu pula, tarikh penamaan dijangka pada 13 Oktober dengan 17 Oktober merupakan tarikh pembuangan undi.

Meskipun notis pembubaran dinaikkan tetapi ianya tidak menyatakan tarikh penamaan dan pengundian.

Harakah sebelum ini telah mengeluarkan satu maklumat mengenai pelaksanaan pengundian secara berperingkat dengan membahagikannya kepada Zon Pantai Timur dan Pantai Barat... selanjutnya.

PKR branch chief lodges report against Umno man

Star | A PKR branch chief has lodged a police report against his Umno counterpart for attacking him at a restaurant after accusing him of vandalism.

The incident allegedly took place around midnight when the Taman Cempakasari branch chief Ahmad Nazri Mustafa was sitting at the restaurant in Jalan Haji Sirat with his friends yesterday.

Ahmad said that his counterpart came with several others and accused him of tearing down a poster of Sementa state assemblyman Datuk Rahman Palil.

“Before I could respond, he start­ed punching me in the face,’’ claimed Ahmad after lodging the report at the Klang district police station.

Ahmad Nazri, 45, said he then went to the Tengku Ampuan Rahi­mah Hospital for treatment of his right eye.... selanjutnya.

PM proves many bloggers wrong

NST | ....Bloggers also jumped on the bandwagon to be the first to report, or speculate, on what Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi would announce at the Barisan Nasional supreme council meeting yesterday.

News website Malaysiakini, for example, quoted the Kuda Kepang blog as saying that Abdullah would defend his post.

Kuda Kepang blog owner, former Parit Sulong member of parliament Ruhanie Ahmad, wrote that Abdullah was expected to announce his decision to stay on at yesterday's BN supreme council meeting.

He claimed that Abdullah decided to defend his post after a three-hour meeting with his supporters that dragged into the wee hours.
An "influential Umno insider", however, told Malaysiakini that the meeting was just a "casual meeting".... selanjutnya.
no2umno - BUkan sahaja blogger ... Mahathir pun silap sama.

Dipecat kerana bantu pembangkang

Bharian | Ketua Bahagian MIC Bayan Baru, Pulau Pinang, M Nganana Sagaran, dipecat daripada parti kerana didapati membantu pembangkang semasa pilihan raya umum, 8 Mac lalu.

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu, berkata MIC mendapat maklumat bahawa Nganana juga bercadang menyertai pembangkang dan ini tidak dapat diterima oleh MIC.

“Kami tidak terkejut dengan tindak-tanduk beliau kerana kami mengesyaki selama ini dia memang membantu pembangkang,” katanya di sini, hari ini.... selanjutnya.

Hindraf akan dikenakan tindakan

Bharian | Kerajaan akan menggunakan Akta Pertubuhan 1966 untuk bertindak terhadap anggota Hindraf kerana menimbulkan kekecohan pada majlis rumah terbuka Hari Raya Perdana Menteri dan menteri kabinet beragama Islam, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Rabu lalu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, berkata tindakan itu akan diambil dalam tempoh terdekat terhadap Hindraf sendiri, jawatankuasa penajanya mahupun anggota-anggotanya walaupun ia bukan satu pertubuhan yang berdaftar.

“Tindakan akan diambil. Kita ada banyak alternatif dan menteri akan melaksanakan tugas di bawah akta ini. ... selanjutnya.

Perjanjian Abdullah dan Najib: Khairy Ketua Pemuda UMNO Malaysia

antikhairy | Perjanjian sudah termaktub. Abdullah akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak. Akan tetapi Abdullah memberi dua syarat:

1) Jangan batalkan projek Landasan berkembar yang ada kepentingan SCOMI

2) Pastikan Khairy menang sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Baca artikel sepenuhnya dibawah dari MYKMU:

Eksklusif: Khairy Akan Terus Berkuasa
Posted on Tuesday, September 30 @ 00:59:14 MYT
Topic: editor

Jika ada sesiapa yang menganggap menantu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Saudara Khairy Jamaluddin, bakal kehilangan kuasa dan pengaruh dalam politik UMNO berikutan ura-ura pengunduran Presiden UMNO ini, nyata ia merupakan satu hipotesis yang tidak tepat.

Maklumat terbaru yang diperolehi oleh MYKMU mendapati sudah ada usaha kem Abdullah untuk memaksa DatukSeri Najib memastikan kemenangan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia Mac ini jika mahu Pak Lah meletak jawatan tanpa bertanding.

Menurut sumber, dua perkara yang diminta oleh Abdullah kepada Najib dalam pertemuan baru-baru ini ialah Jangan batalkan projek Landasan berkembar yang ada kepentingan SCOMI dan pastikan Khairy akan menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Najib dikatakan bersetuju permintaan pertama tetapi tidak memberi apa-apa pandangan terhadap permintaan kedua. Disebabkan itu, Pak Lah tidak mengumumkan persaraannya Mac 2009 seperti sepatutnya. Pak Lah mahu melihat gerak tari Najib terlebih dahulu.... selanjutnya.

Pandangan 'Bloggers' terhadap pengumuman Pak Lah

suarasukj | .... "Dah Lama rakyat Malaysia mahu beliau berundur,akhirnya pada hari ini 8 oktober 2008 PM telah membuat keputusan penting untuk berundur pada Mac 2009… Sampai bilakah keputusan ini akan kekal atau berakhir di tengah jalan?"[Pinkturtle]

"Bagaimana pula jika sebaik sahaja parlimen bersidang, suatu usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri dikemukakan dan berbondon-bondon ahli Parlimen BN melompat parti, adakah kita akan memiliki Perdana Menteri yang Ke-6 yang mana buat kali pertamanya bukan dari Barisan Nasional". [Tko-17027]

"Keputusan Abdullah itu menunjukkan beliau sangat kecewa dengan sikap timbalannya yang beriya-iya dan tidak sabar untuk mengambil alih jawatan itu.

Keputusan Abdullah membuka senario baru di mana sudah hampir pasti pertarungan merebut jawatan Presiden Umno akan berlaku antara Mohd Najib dengan Tengku Razaleigh Hamzah". [mso]
... selanjutnya.

bad, worse, worst

desiderata2000 | ... Three little words was all I responded to a counsellor buddy when he sms-ed me at 6.00pm that Pak Lah had decided "not to contest" for the UMNO president's post come March 2009, which means he must relinguish the Prime Minister's post to his successor as UMNO President, noinations for which will start soon.

It was "bad" that Opposition Leader Sdr Anwar Ibrahim missed the deadline to deliver Merdeka Mission 916 after the successful March 8, 2008 General Elections, and August 26 Permatang Pauh by-election.

It became "worse" when Malaysia Today blogger-editor Raja Petra Kamarudin was arrested under the Internal Security Act -- he was holding the key to upsetting the incumbent Deputy UMNO President now primed to take over UMNO-presidency, and along with it, Prime Ministership of Malaysia.

"Worst" is yet to come if the last card that the Pakatan Rakyat leaders can't come together with a final plan to vote out the current lame-duck PM that Pak Lah has just become after announcing earlier this afternoon (October 8, 2008) that he's NOT contesting the UMNO party number one post.... selanjutnya.

Pak Lah to give way to Najib...any difference?

simpodkoruk | It's official, Pak Lah will not be defending his post in UMNO and will step down as PM in March next year. Najib is the one that are being nominated to replace him. So, are there going to be any differences? Most importantly will it bring any difference to Sabah? Let's see...

1. UMNO would still exist which mean the "'Melayu Baru" a.k.a "PTI with Mykad" will still be there, alive and kicking.
2. The same government still in power so Sabah will still be the same as before. Being the last state (even though Sabah was supposed to had her own Federal Government) in education and economy.
3. Sabah will still be marginalize since Sabahan will still be considred as 2nd class citizen due to this race base party policy.
4. New leader but the same story, again.
You might say it is still early la to make such assumptions. Well, Najib is obviously more favored by the Malay since he is pro-Malay or some might use the term 'racist' (sorry la Anwar..you are seen as traitor by the Malay). So, same story la.. Cronies will still there, NEP still used; which supposed to help the Bumiputera but as you can see, Sabah is the poorest even though there are a lot of Bumiputera here. So NEP is just helping the Malayan Bumiputera.... selanjutnya.

Pak Lah force to retire - Guan Eng

Penang Chief Minister Lim Guan Eng said Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi was forced to retire against his will at a time not of his choosing.

He said the abrupt and undignified nature of Abdullah's departure was a sad reflection of his weakened political position that lost him the respect of his party.

“Unlike his predecessor Tun Dr Mahathir Mohamad, Abdullah was forced to retire against his will at a time not of his choosing,” he said in his statement released here by his office.

Ironically, he said, the public respected Abdullah more than his party, Umno, because he was seen as a “well-intentioned man who is probably one of the few clean leaders left in Umno”.

“Abdullah should leave a legacy of fighting corruption by having open tender and taking action against the leaders in Barisan Nasional and Umno who abuse the power,” he added.

Lim was commenting on the Prime Minister's decision not to defend his Umno presidency in the coming party election.

After chairing the BN supreme council today, Abdullah announced that he would not defend his post as Umno president and would step down as prime minister in March next year. – Bernama

Najib bawa bencana - Anwar

suarakeadilan | ....Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim percaya bahawa negara akan terjerumus ke dalam bencana yang besar sekiranya negara ditakbir oleh seorang Perdana Menteri yang bernama Najib Tun Razak.

Menurutnya, Timbalan Presiden Umno itu akan menerus agenda ekonomi pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi yang telah ditolak oleh rakyat Malaysia.

“Kenyataan beliau bahawa Malaysia tidak akan terkesan dengan perkembangan krisis ekonomi dunia sangat membimbangkan dan mempamerkan kegagalan beliau untuk menangani cabaran yang akan dihadapi oleh negara kita pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata sedemikian bagi memperbetulkan salah lapor kenyataanya didalam akhbar Sinar Harian yang membelitkan kenyataan Ketua Umum KeADILan di Perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta semalam.

Sinar Harian hari ini memutar belitkan kenyataan Ketua Umum KeADILan bahawa beliau percaya Najib mampu mendapat sokongan yang lebih dalam menguruskan ekonomi dan membersihkan negara ini daripada amalan rasuah... selanjutnya.

BERITA-BERITA GUMBIRA

tukartiub | ...Ini berbeza dengan ekonomi sosialis yang dirancang oleh daulah dan bukan berasaskan keuntungan tetapi untuk kepentingan awam.

Di Malaysia pada satu masa dahulu – leterik,air , perkapalan, pos dan talikom, hospital, kereta api, kapal terbang, pelabuhan, lapangan terbang, Jabatan Kerja Raya, Sekolah, Universiti – adalah milik negara. Harta-harta ini semuanya dimiliki oleh semua rakyat Malaysia.

Mahathir Muhamad telah menswastakan harta rakyat ini dan diagih-agihkan kepada kroni dan anak-anaknya.

Harta-harta negara ini wajib di milik negarakan sekali lagi. Seperti apa yang telah dilakukan oleh kerajaan Selangor terhadap bekalan air. Tugas kerajaan bukan menjadi hamba kepada towkay dan kaum pemodal. Tugas kerajaan ialah untuk mentabir negara agar agihan ekonomi adalah adil untuk semua warga.... selanjutnya.

Hindraf cabar Syed Hamid

ImageHarakah | ...Katanya, sebagai seorang Menteri beliau tidak wajar bertindak seolah tidak bertamadun kerana bercakap tanpa menyaksikan sendiri kejadian tersebut.

"Hindraf mencabar Syed Hamid Albar supaya buktikan dulu kejadian biadap yang dimaksudkan semasa kami berada dalam program rumah terbuka Perdana Menteri dan Menteri Kabinet di (PWTC) sebelum bertindak mengeluarkan kenyataan yang keterlaluan," tambahnya.

elas beliau, Umno dan kepimpinannya sengaja mencetuskan suasana gempar pada perhimpunan itu dengan mengeluarkan kenyataan serta pendedahan media yang tidak profesional," tegas beliau.

Jika beliau tidak berjaya mengemukakan apa yang diperkatakan beliau kena memohon maaf pada semua ahli Hindraf atau masyarakat yang hadir pada hari berkenaan.

" Umno nampak cuba mainkan suasana tegang untuk meraih simpati rakyat menjelang Perhimpunan Agung mereka pada Mac nanti. Waktu inilah ada yang nak tunjuk hero, " tambahnya. ... selanjutnya.

Antara Anwar dan Najib, siapa akan ke Seri Perdana?

harakah | ... Keputusan Perdana Menteri itu diumumkan dalam taklimat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di PWTC petang tadi.

Abdullah pada awalnya, dijadual melepaskan jawatan tertinggi Umno dan jawatan Perdana Menteri pada pertengahan 2010.

Namun akibat dari prestasi buruk BN dalam pilihan raya umum ke-12 yang lalu, beliau telah didesak agar segera meletak jawatan.

Keputusan Abdullah ini membolehkan Dato' Seri Najib Tun Razak menjejakkan kaki ke Seri Perdana iaitu kediaman rasmi Perdana Menteri enam bulan akan datang.

Mendiami Seri Perdana tentunya merupakan antara yang dimimpikan oleh Najib sejak lama dahulu. Dan hasrat itu makin membara tentunya bila Abdullah mengumumkan pelan peralihan kuasa.

Pelan peralihan kuasa yang kini dipercepatkan ke Mac 2009, membolehkan Najib memegang jawatan Presiden Umno seterusnya diberikan jawatan Perdana Menteri Malaysia ke tujuh. ... selanjutnya.

Utusan bukan punca Melayu marah?

utusan melueh | ...Tuduhan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa laporan akhbar Utusan Malaysia mengenai tindak tanduk Hindu Rights Action Force (Hindraf) bertujuan membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap kaum India, adalah tidak berasas.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Amir Baharuddin berkata, semua media yang hadir pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan menteri-menteri Kabinet melaporkan kejadian yang sama termasuk akhbar-akhbar portal di Internet.

Sehubungan itu, jelas beliau, tidak wajar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menuduh laporan akhbar Utusan Malaysia sahaja bertujuan membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap kaum India.

''Saya tidak faham kenapa beliau membuat tuduhan seperti itu sedangkan ada banyak media lain turut melaporkan kejadian yang sama," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini... selanjutnya.
Tunggu ... sampai masa editor nya kita tukarkan ... habis cerita. Jangan cari alasan.

Posting terkini

Blog Archive