KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Oct 9, 2008

Pendakwaan Ingin Teliti Semula Pertuduhan?

bernama | Mahkamah Sesyen di sini hari ini menangguhkan perbicaraan kes hasutan membabitkan penulis blog, Raja Petra Raja Kamarudin kepada Isnin depan bagi membolehkan pihak pendakwaan meneliti dan mempertimbang semula pertuduhan berikutan percanggahan yang dibangkitkan pihak pembelaan berhubung keaslian artikel yang dilampirkan bersama pertuduhan.

Hakim Rozina Ayob membuat keputusan itu selepas peguam bela Gobind Singh Deo mendapati artikel yang dilampirkan bersama pertuduhan tidak sama dengan artikel sebenar yang diterbitkan pada 25 April lalu.

Gobind turut membandingkan dua artikel terbabit yang mana tiada sebarang tajuk tertera dalam artikel yang dilampirkan bersama pertuduhan seperti mana yang tertulis dalam artikel sebenar iaitu "Let's Send the Altantuya Murderers to Hell."

"Berdasarkan lampiran artikel itu, terdapat beberapa perkara yang bercanggah antaranya, kandungan artikel telah ditaip semula dan gambar Raja Petra disalin semula, bukannya yang asli," katanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Roslan Mat Nor membantah supaya tiada sebarang soalan berkaitan pembunuhan Altantuya Shaariibuu ditanya secara terperinci memandangkan kes terbabit masih dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

"Soalan kepada saksi perlu menjurus kepada pertuduhan bukan kisah pembunuhan wanita Mongolia itu berikutan ia boleh menjejaskan kes terbabit yang masih belum selesai," katanya.... selanjutnya.

no2umno - teliti semula pertuduhan .? macam pernah dengar masa kes Anwar tahun 1998.

1 comments:

mountdweller said...

Apa pulak nii... tak kan tidak semak dan faham betul-betul sebelum buat dakwaan! lecehlah.

bodoh ke, bebal ke, apa ke ni?

Tempat tu memang mahkamah ke atau mereka ingat tempat lelong kambing?

aku tak reti undang-undang tapi bagi aku itu pun satu bentuk penghinaan juga. macam main-main.

Posting terkini

Blog Archive