Rasa bahagia hari ini
Terima kaseh kepada semua yang singgah tak henti henti ke laman blog ini. Wak juga ingin mengucapkan terima kaseh yang amat sangat kepada blogger blogger yang telah wak cilok berita berita nya.
Antara mangsa mangsa adalah wak adalah,
Malaysiakini
Mat comot
Perisikrakyat
Tukar tiub
Perakexpress @ matsamankati
anilnetto
harismibrahim
dan lain lain lagi
Kalau marah ... kita minta maaf hari raya nanti.
Kemenangan Pakataran Rakyat di Permatang Pauh ini adalah kemenangan ke2 yang terindah selepas Pilihanraya UMUM bulan Mac yang lepas. Semuga kita berjaya tukar kerajaan selepas ini. InsyaAllah.
Kepada pengunjung pengunjung Shoutbox, terima kaseh kerana menceriakan hari hari kita. Antaranya ....dot dot dot ... tak payah sebut semua. Nanti kalau tak sebut ada yang marah lak. Korang nak tau ... gi ke shout box dan check nama satu persatu.
Kita akan bertemu semula pada esok hari. InsyaAllah .
Salam dari Wak
Radenjowo@Bradpete
Aug 26, 2008
Ucapan terima kaseh kepada semua
Labels: Radenjowo
cilok & ciplak by radenjowo 4 comments
UMNO berPROVOKASI sesama sendiri
Perakexpress | Kami mendapat maklumat bahawa Umno sedang berhimpun dibangunan Umno Sg. Semambu untuk cari gaduh. Kita juga mendapt tahu sekarang ini terdapat enan trak FRU sedang berada di Sg. Semambu. Minta kepada semua penyokong PKR supaya jangan pergi berdekatan bangunan Umno Sg. Semambu.Radenjowo - Kepada rakyat Pulau Pinang dan Penyokong PKR ... jauhi kanak kanak yang tidak mendapat gula gula...nanti kena gigit.
Sebentar tadi, kita dimaklumkan bahawa penyokong PKR terlibat dalam pergaduhan dengan penyokong Umno, tapi kini diberitahu bahawa sebenarnya penyokong UMNO sendiri bergaduh kerana tidak menerima bayaran upah.
dan ini lapuran dari malaysiabiz
KESESAKAN YANG TERAMAT SANGAT DI JLN SG SEMAMBU DI PERMATANG PAUH...GARA2 DI KHABARKAN PETUGAS UMNO KERJA MACAM LEMBU,DUIT JANJI TAK BAYAR....AMBIL LA KORANG JALAN ALTERNATIF LAIN UNTUK KE YAYASAN AMAN...
KEADAAN TEGANG DI SANA
FRU SUDAH DI TEMPATKAN DI SANA SEBANYAK 4 TRAK...HATI2 MELAUI JALAN DI SUNGAI SEMAMBU
korang check juga blog member member kita
kisah dewan semambu | mat comot
UMNO Gaduh... | perisik rakyat
Labels: Permatang Pauh
cilok & ciplak by radenjowo 3 comments
Berita paling pendek di Agendadaily
Anwar menang...
Laporan awal dari pusat pengiraan undi di Institut Perguruan Tuanku Bainun mengatakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat,Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memenangi pilihanraya kecil Permatang Pauh menewaskan dan calon Barisan Nasional Datuk Arif Shah Omar Shah dan calon AKIM,Hanafi Hamad.- agendadaily
Labels: Anwar Ibrahim, Permatang Pauh
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
MUKTAMAD | Keputusan Pilihanraya Permatang Pauh P44
PULAU PINANG P44:
PERMATANG PAUH:PP:58,459
1.Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) 31,195 undi.
2.Hanafi Mamat (AKIM) 92 undi.
3.Datuk Arif Shah Omar Shah (BN)15,524 undi.
Jumlah mengundi/Votes cast 38,144
Peratus/Percentage 65.25 peratus
Undi rosak/Spoilt votes 447 undi
Majoriti/Majority 15,671 undi.
Penyandang/Incumbent:Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail(PKR)
Undi diperolehi/Votes Polled:2008:30,348
Majoriti/Majority:13,398
Labels: Permatang Pauh
cilok & ciplak by radenjowo 3 comments
TERKINI | DI PERMATANG PAUH
Lapuran terkini Pilihanraya Permatang pauh 26/8/2008
8.32 pm | Datuk Seri Anwar Ibrahim mendahului 17, 652 undi daripada penjumlahan 21 pusat pembuangan undi. Tujuh lagi pusat belum diperolehi.
8.04 pm | TErima kaseh kepada Tuan Hisammuddin Rais yang memberikan liputan yang berahi dan Ghairah ... klik SINI
7.59 pm | Korang kat shout box tu kutuk aku ye .... nah klik SINI untuk lapuran kemenangan lagi.
7.55 pm | Teman teman yang meng 'escort' peti undi menalipon dan mengucapkan terima kaseh kepada pihak polis kerana bekerjasama. Menurut mereka, pihak polis sudah tahu Anwar menang di Permatang Pauh. Kerjasama mereka berikan. Alhamdulillah.
7.47 pm | Panggilan talipon dari rakan rakan memberitahu majoriti kemenangan DS Anwar Ibrahim adalah 18,000. namun keputusan terperinci sedang di tunggu.......cak pong cak pong !!!
7.11 pm | untuk lapuran rasmi KLIK SINI
6.42 pm | Info dari dalam dewan ... 5 saluran di menangi oleh DS Anwar Ibrahim. Pengiraan undi diteruskan.
6.32 pm | 110 Saluran undi ditutup secara rasmi pada jam 5 petang. Laporan tidak rasmi melaporkan bilangan keluar mengundi ialah 38,144 orang iaitu sebanyak 65.25 peratus keluar mengundi. Walaubagaimanpun ianya adalah tidak rasmi. Keputusan rasmi akan keluar akan diketahui jika semua ketua-ketua tempat mengundi menyerahkan penyata borang 14 dan undi pos borang 15. [suarakeadilan]
6.22 pm | Pengiraan undi sedang berjalan
6.12 pm | Sebahagian dari penyokong PKR masih berada di Balai Polis Seberang Perai Utara dan sebahagian lagi sudah berarak ke Pusat Pengiraan undi di Insit. Tunku Bainun untuk mengikuti pengiraan undi.
5.52 pm | Just got word that YB Gobalakrishnan and his two sons, both of whom are understood to have been part of the ghostbuster team that had been involved in the detention of the buses reported earlier, were beaten up and have been arrested and taken to the balai polis in seberang Jaya. [harismibrahim]
5.49 pm | Di sahkan .... YB Gobala dan 2 orang anaknya ditahan oleh pihak polis. 7 buah trak dan 3 buah jip FRU kini dilaporkan berada di pekan Bukit Mertajam. [tukartiub]
5.31 pm | Pusat mengundi telah di tutup jam 5.00 tadi. Ketika ini semua pihak sedang menantikan perkembangan.
5.23 pm | Ketika ini Sekolah Seberang jaya di kelilingi orang ramai dan FRU. Kedudukan sekolah tersebut berdekatan dengan Balai Polis Seberang Jaya. Sedang menanti lapuran.
4.59 pm | Difahamkan, polis akan membuat sidang media pada pukul 6 petang ini. [Mstar] tukartiub pula melapurkan, YB Gobalakrishnan dan beberapa anggota AMT PKR telah pun berada di balai polis.Mereka sedang membuat laporan polis selepas penahanan bas pengundi hantu.
4.54 pm | Lapuran dari MStar - Penyokong PKR telah menahan 5 buah bas pada pukul 3 petang tadi yang dipercayai membawa penyokong Barisan Nasional.3 buah bas kini sedang berada di Balai Polis Seberang Perai Utara manakala 2 buah lagi ditahan di Mengkuang Titi.
4.47 pm | ini lapuran dari Malaysiakini, Menurut Setiausaha SPR, Kamaruzaman Mohd Noor berkata sehingga jam 3 petang tadi, hanya 53.5 peratus keluar mengundi. Beliau juga menafikan khabar angin yang tempoh pengundian dilanjutkan hingga jam 6 petang.
4.41 pm | tukartiub melapurkan kesemua jalan di Permatang Pauh sesak teruk. FRU membuat sekatan laluan Kulim-Butterworth.
4.38 pm | harismibrahim melapurkan beberapa truck polis lagi sampai ke Inst. Perg. Bainun. Sementara dinmerican melapurkan lagi 20 truck FRU kelihatan di Lebuhraya Butterworth menuju ke sana.
4.33 pm | Kampung Pelet celebrating now. Barisan Nasional already "tutup kedai".
4.20 pm | Inst. Perguruan Tengku Bainun sudah mula di penuhi orang. Beberapa terak FRU memasuki kawasan bersama UTK yang lengkap bersenjata. Helikopter berlegar legar di ruang udara. Ezam sudah pulang dan menurut berita dia sudah di Persampahkan oleh UMNO setelah jam 12 malam tadi.
4.18 pm | Petugas di Sek Seberang jaya sudah beransur pulang. Tinggal 50% tenaga kerja yang tinggal.
4.12 pm | Another bus was earlier stopped by the PKR ghosbuster team at Tanah Liat, Penanti, with 40 passengers. the bus has been taken to the Tanah Liat Balai Polis.Unconfirmed reports also have it that two vans have also been apprehended by the ghostbusters. [harismibrahim]
4.05 pm | Parti Keadilan Rakyat members and supporters on location at Seberang Jaya police station.Skuad khas polis telah pun berada di sini dengan machine-gun mereka. 2 buah bas yang ditahan di balai polis Seberang Jaya itu dipercayai membawa warga Indonesia. [tukartiub]
4.03 pm | Teman di Sebarang Jaya memberitahu Abdullah Badawi telah bertolak pulang ke Kuala Lumpur sebentar tadi.
4.00 pm | DS Anwar Ibrahim sedang menuju ke Instiut Tuanku Bainun, Pulau Pinang.
3.59 pm | Teman di sana mengesahkan penahanan BAS itu dan Shamsul Iskandar [AMK Malaysia] turut berada di sana. Lapuran dari tukar tiub - Helikopter polis berlegar di atas balai polis Seberang Jaya. 2 buah bas hantu berada di dalam balai polis itu sekarang. Sepasukan kecil skuad khas polis juga berada di situ.
3.52 pm | This polling centre is opposite the Maktab perguruan Tengku Bainun, which served as the nomination centre on 16th August and will serve as the central counting centre tonight. Voter turnout is up to 70% now. The situation here is not as tense as elsewhere, with a high level of co-operation. Earlier at Mengkuang Titi, the PKR ghostbuster team intercepted two buses suspected of ferrying pengundi hantu. They have very wisely asked for the assistance of locals to handle this matter.
3.30 pm | Viveg & Balraj reporting from the Sekolah Keb Penanti. This morning this area was crowded with some 5,000 supporters from both sides.Now, BN supporters are hardly visible. BN bilik gerakan looks pathetic with hardly any workers manning the booth. [harismibrahim]
3.16 pm | memang benar ... ada info pembenihan di lakukan. Someone suggested there may have been cloud-seeding operations to get it to rain! But it’s not raining now, though the sky looks grey and overcast. [anilnetto]
3.07 pm | Tempat persembunyian hantu-hantu pilihanraya telah dikesan.UiTM Seberang Jaya telah menjadi lokasi persembunyian hantu-hantu. Sila perhatikan individu dan kenderaan yang keluar masuk.
2.41 pm |Beberapa kenderaan pengundi hantu telah dikesan; WRH252, WHH252, WHH3819, WBN620, MBE8675, WCH3975, WHR5689, WBG8675, Siapakah tuan punya kereta dan siapakah penumpangnya? [tukartiub]
2.39 pm | I have unofficial reports that the percentage of voter turnout as of noon is between 49 and 50 per cent. Reckon that this is pretty high and should hit above 80 per cent by 5.00pm. I hear from my running mates that there is intimidation of voters not only in Seberang Jaya but at Tanah Liat area as well but the folks there ain’t bothered. [anilnetto]
1.58 pm | Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob mengesahkan seorang penyokong Pakatan ditahan pagi tadi kerana melempar objek dan menghalang tugas polis. [mkini]
1.57 pm | Masih terdapat 200 penyokong Pakatan di SK Sri Penanti. Kelihatan 10 trak FRU serta trak meriam air ditempatkan di situ. [mkini]
1.54 pm | Di Kampung Pelet terdapat satu aduan daripada pengundi. Kertas undi untuk kotak Anwar Ibrahim telah disapu dengan lilin. Pengundi sukar untuk memangkah PKR.[tukartiub]
1.51 pm | Seorang ahli PKR Bagan bernama Izat telah ditahan kerana memprotes tindakan polis.Kejadian berlaku di Kubang Semang. [tukartiub]
1.48 pm | Setiap kali Anwar Ibrahim berada di sesuatu tempat mengundi untuk melakukan lawatan maka akan kelihatan helikopter terbang rendah. Misinya tidak diketahui. KJ dan kawannya Hisham Keris kini kelihatan berada di Sek. Keb. Permatang Pauh.Juga kelihatan ialah pasukan 'bodyguard' 2 orang kawan ini yang berlari lari anak mengekori kenderaan mereka. Misinya juga tidak diketahui.[tukartiub]
1.27 pm | Panggilan dari Seberang Jaya 2 memberitahu hujan sudah berhenti
1.18 pm | Menurut Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mohd Noor, setakat jam 12 tengahari, 54.8 peratus pengundi telah membuang undi.
1.06 pm | Pengundi bernama AZHAR BIN HALIM No Kad Pengenalan 660428-08-5521 / A0381797 tidak terdapat namanya di dalam senarai daftar pengundi terkini yang dikeluarkan SPR tapi di benarkan mengundi di Sek. Keb. Guar Perahu - Kuala Mengkuang.PELIK !!! [tukartiub]
1.04 pm | Bernama melapurkan melalui TV, setakat tengahari ini, 51% pengundi telah mengundi. Hujan renyai renyai telah turun dan mungkin berpenjangan sehingga malam.
12.45 pm | Hundreds of Federal Reserve Unit (FRU) personnel and plainclothes policemen moved in to disperse thousands of vociferous supporters outside Sekolah Kebangsaaan Seri Penanti voting centre in Kubang Semang. [anilnetto]
12.36 pm | Kereta yang dinaiki Datuk Seri Najib Razak dibaling dengan botol air ketika Timbalan Perdana Menteri meninjau proses mengundi di Sekolah Menengah Seberang Jaya, di Semilang, jam 11 pagi tadi. [kenapa tak kena kepalanya?]
12.23 pm | Cuaca di Permatang Pauh tidak menentu ketika ini. Hujan renyai di sesetengah tempat di ikuti dengan awan mendung. Kedatangan pengundi pengundi bertambah rancak di sesetengah tempat.
12.17 pm | Lebuhraya PLUS arah Utara kesesakan berlaku dari Rawang. Pihak Polis mengadakan sekatan jalanraya dan lebuhraya bertukar menjadi satu lorong.Dari Utara ke Permatang Pauh, sekatan jalanraya diadakan di Sungai Petani. [tukartiub]
12.13 pm | Pemantau PKR memberitahu, dikesan VAN INOKOM [WJP 3975] berwarna putih sedang membawa pengundi hantu johor baru keluar dari bertam menuju ke Permatang Pauh. Sila Pantau beramai ramai.
12.09 pm | DS Anwar Ibrahim sudah keluar dari pos mengundi Tun Hussien Onn. 10 kereta mengiringi kenderaan beliau
12.01 pm | Wan Ahmad Wan Omar [timbalan spr] anggarkan 50% pengundi telah keluar. Semua 25 pusat mengundi sesak dengan penyokong yang datang.
11.55 am | Di beritahu Khairy dan Hisamuddin kelihatan di Sekolah Kebangsaan Mengkuang. [lapuran dari tukartiub]
11.54 am | DSAI keluar daripada Pusat mengundi Tenggiri, sekarang menujuk ke Taman Tun Hussien Onn. [lapuran leez]
11.53 am | Jalan di sekitar Kubang Semang telah mulai sesak.Jalan Sembilang di Seberang Jaya, keadaan agak tegang. Trak-trak FRU sedang diletakkan di Jalan Sembilang dan Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya.Antara 3 hingga 6 biji trak di satu-satu tempat. [lapuran dari tukartiub]
11.45 am | Di beritahu penyokong kedua dua pihak di Sebarang Jaya sudah berlebihan dan keadaan menjadi sedikit tegang. PGA sedang berkawal.
11.42 am | Pusat pengiraan undi di Pos mengkuang di beritahu di dalam keadaan terkawal. 5 trak FRU memasuki kawasan tersebut. Menurut wakil PKR, tiada masalah.
11.35 am | DSAI singgah di Pusat mengundi Siakap 2 Seberang Jaya [info dari Leez]
11.34 am | di beritahu oleh jentera PKR, penyokong BN yang datang untuk menyokong di beberapa tempat pos mengundi di datangkan dari UiTM.
11.31 am | Setakat jam 11.00 pagi tadi "Anggaran kasar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ialah lebih 40 peratus sudah mengundi dalam tempoh kira-kira tiga jam pertama," kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi sebentar tadi.
11.22 am | I don’t know how to describe the atmosphere here in Permatang Pauh. Electric, magical, heady… It’s all that and more. I spoke to the guy in charge of the PKR office here, and he is cautious. He expects a 3,000-5,000 majority. Right now, he is concerned that there are not enough PKR canvassers at Seberang Jaya, Ariff Shah’s stronghold. Many of the PKR volunteers are in Penanti.[lapuran anilnetto]
11.20 am | Bilik gerakan SPR di Permatang Pauh ketika dihubungi berkata, hanya Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mohd Noor yang boleh memberitahu peratus pengundian. Kamaruzaman kini sedang meninjau perjalanan proses pengundian.
11.06 am | Pos mengundi di Seberang jaya 2 pun agak kecoh. Punca sedang di kenal pasti.
11.05 am | Ejen pengundian PKR, Rodziah Ismail, sahkan nama pengundi dalam kedua-dua versi daftar pengundi di SK Seberang Jaya 2, adalah sama, hanya muka surat yang berbeza.
11.03 am | pegawai media PDRM memberitahu terdapat 2 tempat agak tegang dan setiap pos undi di letak cctv. selain dari helikopter yang berlegar. Kawasan panas apabila calun membuat lawatan ke pos pos undi.
11.00 am | Ramai penyokong BN dan Pakatan di SK Sri Penanti sudah beredar. Hanya tinggal kira-kira 100 penyokong BN dan kira-kira 200 penyokong Pakatan yang masih kelihatan di situ. Anggota polis masih mengawal keadaan di situ.
10.52 am | Calon Akim, Hanafi Mamat memberitahu Malaysiakini, beliau dalam perjalanan untuk melawat pusat pengundian di Kubang Semang.
10.42 am | Ketua Penerangan PKR, Tian Chua sedang berunding dengan pihak polis untuk memberi lebih masa kepada penyokong parti politik beredar.
10.42 am | Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob tiba di tempat kejadian melontar objek. Selepas berbincang dengan para pegawainya, polis mengarahkan penyokong kedua belah pihak supaya beredar.
10.40 am | difahamkan sehingga pukul 10 pagi, kira-kira 20 peratus pengundi sudah keluar mengundi.
10.30 am | penyokong PKR lebih banyak di kawasan sek keb Seri Penanti dan menjadikan antara kawasan yang paling hangat dalam dunia. Hlicopter berlegar dia kawasan mengawal dari atas atau menghabiskan duit minyak...
Seorang penyokong Pakatan ditahan kerana didakwa melontar objek ke arah penyokong BN.
10.05 am | Timbalan Pengarah Pilihanraya PKR, Fauziah Salleh berkata pihaknya sedang menyemak perbezaan muka surat dalam daftar pengundi yang diberi pada PKR dan yang digunakan di saluran dua, SK Seberang Jaya 2.
9.38 am | Anwar Ibrahim telah melakukan tanggungjawab sebagai pengundi di Sekolah Kebangsaan Sri Penanti pada jam 9.40 pagi ini.Beliau yang ditemani isteri Dr Wan Azizah yang turut mengundi di sekolah yang sama.
Pasangan berkenaan mengundi di saluran kedua sekolah berkenaan.
Turut dilaporkan wartawan kami, kira-kira 1000 penyokong KeADILan berhimpun di sekolah berkenaan.
9.30 am | Menurut sumber yang layak dipercayai, 9 daripada 10 pengundi di SK Seri Penanti difahamkan memilih Anwar.
9.10 am | PKR menghantar ‘alert' menyatakan senarai daftar pengundi yang digunakan di SMK Seberang Jaya 2, dalam DUN Seberang Jaya 2, berbeza dengan senarai yang diberi oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebelum ini. Bagaimanapun, difahamkan berlaku perbezaan muka surat dalam daftar pemilih yang digunakan oleh pihak parti dan SPR di pusat pengundian tersebut.
Labels: Permatang Pauh
cilok & ciplak by radenjowo 4 comments
Anwar tahan pengundi hantu
Bas yang di tahan oleh DS Anwar Ibrahim sendiri ... KLIK untuk berita lanjut di WRLR
Labels: Belit Sam, Permatang Pauh
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Keranda BN di usung
... selanjutnya di anilnetto.
Labels: Permatang Pauh
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
SEMUA TELAH DI LAKUKAN
tukartiub | United Malays National Organization selama 50 tahun telah mempergunakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Lembaga ini yang seharusnya bebas untuk menjalankan pilihanraya telah menjadi alat yang amat penting untuk meneruskan kuasa United Malays National Organization.
Kali terakhir ialah beberapa bulan sebelum PRU ke-12 di mana Perlembagaan Malaysia telah dipinda. Pindaan ini hanya untuk menyambung umur Rashid Pengerusi SPR – budak suruhan setia – United Malays National Organization.
Di Pilihan Raya kecil P44 Permatang Pauh semua dan segala macam karenah telah dijalankan. Ada yang senyap tidak dilihat dan ada yang nampak di mata kasar.
· Pengundi hantu menyamar sebagai pengundi P44
· Pengundi asli P44 hilang nama di kertas pengundian
· Satu alamat sampai ada berbelas-belas nama dalam Daftar Pengundi
· Polis/SB/FRU berkeliaran membuat suasana cemas
· Helikopter berlegar setiap malam selama berkempen hingga ke hari mengundi
· Bom telah diletupkan
· Pengundi telah ditakut-takutkan
· Media telah seratus peratus berminggu-minggu memfitnah/mengutuk PKR
· Sumpah sumpit telah dilakukan
· Jalan telah dihalang dengan Sekatan Polis
· Tangkapan telah dilakukan
· Kertas undi disapu lilin [wak tambah]
· Hasutan berbaur perkauman [wak tambah]
Semua ini dilakukan untuk mengagalkan Projek 3P ( Permatang Pauh, Parlimen dan Putrajaya).
Semua rancangan United Malays National Organisation ini akan GAGAL.
Parlimen Permatang Pauh akan kembali ke Pakatan Rakyat. Anwar Ibrahim pada 28hb Ogos 2008 akan menjadi Ketua Pakatan Rakyat untuk mengambil alih Putrajaya daripada Barisan Nasional. Ini hakikat.
Jika kalah PKR di P44 ertinya ini SATU PENIPUAN BESAR.... selanjutnya.
Labels: Permatang Pauh
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Rang undang undang DNA dibentang tika pembangkang tiada
Hari ini Hamid Albar membentang kan rang undang undang DNA ketika pilihanraya di Permatang Pauh. Kesempatan ini di ambil ketika Pembangkang tiada di Parlimen kerana hadir ke lokasi pilihanraya dimana ianya akan mudah di luluskan dengan undian bersetuju yang lebih.
Baca lapuran di NST. Botak macam jantan ... tapi pengecut macam bohsia.
Labels: Belit Hamid Lebar, Parliment
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
Najib bengang .... #@$@#@
BHarian | Datuk Seri Najib Razak berkata beliau kesal dengan kekecohan yang berlaku semasa proses pengundian dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh hari ini disebabkan kehadiran ramai penyokong pembangkang dari luar.
“Mereka ini bawa penyokong dari luar, bila bertemu dengan penyokong Barisan Nasional (BN) mereka mula bertindak agresif, jadi timbullah perbalahan, saya kesal,” kata Timbalan Perdana Menteri ketika ditemubual dalam berita Edisi7, tengah hari ini. ... selanjutnya.
Kisah sebenarnya ... dia di boo dan di serbu oleh penyokong PKR. Serta laungan Altantuya bergema setiap kali lawatan ke pusat mengundi dibuat. berita nya di SINI.
Labels: Belit Najib, Permatang Pauh
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
GARA GARA KURANG AJAR .... Khairy dan Hisamuddin Kena Boo di Penanti
msomelayu | MENANTU Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin diboo oleh para penyokong Pakatan Rakyat ketika Naib Ketua Pemuda Umno itu bersama ketuanya Hishamuddin Hussein melawat ke pusat pengundian di Penanti lewat tengah hari ini.
Kejadian itu berlaku sebaik saja Khiray yang sampai dengan sebuah kereta pancuan empat roda bersama Hishamuddin turun untuk membuat tinjauan.
Punca keadaan itu berlaku apabila kereta Khairy berhenti berhampiran pusat pengundian itu sehinggakan menganggu lalu lintas lain. Gelagat dan sikap Khairy itu tidak disenangi oleh para penyokong Pakatan Rakyat yang berada di pusat pengundian berkenaan.
Melihat keadaan itu polis telah meminta pemanndu kereta dinaiki Khairy dan Hishamuddin supaya beredar dari pusat pengundian. Ketika ini Khairu diboo dan dimaki hamun termasuk dicerca sebagai "Menantu Perdana Menteri laknat".
Kerana 'protes' itu Khairy dan Hishamuddin hanya sempat berberapa minit saja di pusat pengundian itu kerana tidak tahan dimaki hamun penyokong Pakatan Rakyat.... selanjutnya.
Labels: Belit Khairy, Permatang Pauh
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Lapuran Malam tadi
selanjutnya di Sloone.
Labels: Permatang Pauh
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Man held at polling centre after scuffle
MInsider | Just half-an-hour after Datuk Seri Anwar Ibrahim voted at Sekolah Rendah Seri Penanti, a scuffle broke out between police and a bearded man in a PKR T-shirt.
The man was handcuffed and taken to the nearby Kubang Semang police station at 10.30am after stepping beyond a safety line imposed by police to separate opposing party supporters.
The fracas had caused an elderly woman who had just stepped out from the polling centre to be knocked down.
With a crowd of about 1,000 present, the narrow dual carriageway leading to the polling centre has been choked as both Pakatan Rakyat and Barisan Nasional supporters continue to flock to the area, resulting in five FRU trucks moving in at about 10.25am.
Meanwhile, at SK Seberang Jaya, where BN candidate Datuk Arif Shah Omar Shah had voted promptly at 8am, supporters of both camps continue to lob verbal volleys at each other but there were no reports of violence.
On Penang Island itself, a roadblock has been set up on the road leading to the Penang Bridge, causing all motorists heading out of the island to slow to a crawl even though police are not stopping anyone.
... selanjutnya.
Labels: Permatang Pauh
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Pelapis Pakatan Rakyat
It was past midnight and long past their bedtime, but many children, some as young as this boy, were caught up in the magic of Datuk Seri Anwar Ibrahim's speech at Padang Ibu in Penanti last night. ... selanjutnya.
Labels: Permatang Pauh
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Majoriti Anwar 20,000 ke 30,000 ?
Melihat pada momentum hari ini .... pemerhati memberikan anggaran kemenangan Anwar akan melonjak kepada majoriti 20k ke 30k.
sedikit lapuran dari anilnetto
I casted my vote while Ariff casted his in Saluran 2. While on my way out, I saw Ariff still hanging around the compound, walking listlessly, trying to shake the hand of anyone who looked familiar to him. By this time the press had deserted him and he appeared to be alone, like a lone sea-gull. Again, nobody went up to shake his hand.
Judging by that kind of response, I am confident BN will lose big this time, real BIG, probably 20,000-30,000 majority.
Labels: hari undi, Permatang Pauh
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
60% tak caya sumpah Saiful
Hampir dua pertiga masyarakat Melayu negara ini tidak mempercayai sumpah laknat yang dibuat oleh bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan sehari sebelum hari penamaan calon.
Kajian pendapat umum yang dijalankan oleh badan penganalisis pilihan raya tempatan Merdeka Center menunjukkan seramai 56 responden yang ditemui mengatakan mereka tidak percaya langsung dan agak tidak percaya dengan sumpah Saiful bahawa dia telah diliwat oleh Anwar.
Kajian itu dijalankan dari 22 hingga 24 Ogos sempena pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.
Labels: Permatang Pauh, Sayfool suka liwat
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Kalau tak dengki bukan UMNO, kalau tak khianat bukan BN
bernama | ...."Tiada keperluan untuk beliau mengangkat sumpah dengan segera. Bukannya ada perebutan kuasa," kata Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
"Mengapa perlu tergesa-gesa. Kita tidak boleh membuat andaian bahawa orang yang menang pilihan raya itu akan terburu-buru datang dan berbahas dengan Speaker dan angkat sumpah.
"Mana tahu dia mahu pergi holiday kah, pergi umrah kah," katanya kepada pemberita di pejabatnya di bangunan Parlimen hari ini.
Beliau ditanya sama ada Wakil Rakyat Permatang Pauh akan mengangkat sumpah jawatan sebaik memenangi pilihan raya tersebut esok.
Dewan Rakyat sedang bersidang ketika ini.
Pandikar Amin menjelaskan beliau akan menunggu notis rasmi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terlebih dahulu sebelum menetapkan tarikh dengan persetujuan Wakil Rakyat Permatang Pauh yang baru untuk mengangkat sumpah.
Tiada tempoh masa tertentu ditetapkan untuk acara mengangkat sumpah itu.
"Ada sebulan lebih untuk sesiapa yang menang untuk kita tetapkan bila angkat sumpah, supaya Ahli Parlimen berkenaan boleh mengambil bahagian dalam perbahasan bajet. tetapi saya sudah bersiap sedia untuk segala-galanya," katanya. Pilihan raya kecil Permatang Pauh akan ditandingi oleh calon Barisan Nasional (BN) Datuk Arif Shah Omar Shah, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) and Hanafi Hamat dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim).... selanjutnya.
Labels: Anwar Ibrahim, Parliment
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Anwar pagi ini
imej dan lapuran WRLR
Labels: hari undi, Permatang Pauh
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Anwar membuang undi di Sekolah Rendah Seri Penanti
Sebanyak 110 saluran di 28 pusat mengundi disediakan untuk tujuan pengundian.
Seramai 490 anggota polis sudah membuang undi secara pos di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah pada Sabtu lalu.
Semua kertas undi yang telah dikira di saluran-saluran mengundi akan dibawa ke Pusat Pengumpulan Undi di Dewan Aminuddin Baki, Institut Perguruan Tuanku Bainun di sini sebelum keputusan diumumkan. Ia juga merupakan tempat penamaan calon hari itu.
Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh menyaksikan pertandingan tiga penjuru melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah dan calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) Hanafi Mamat.
Walaupun terdapat pertarungan tiga penjuru tetapi persaingan sengit adalah melibatkan Anwar dan Arif Shah - yang pernah menduduki platform politik yang sama satu dekad yang lalu.
Arif Shah telah mengundi di Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya II pada pukul 8 pagi. Beliau memasuki pusat pengundian pukul 8 pagi bersama isteri dan anaknya dan keluar 15 minit kemudian.
Anwar membuang undi di Sekolah Rendah Seri Penanti pada pukul 9 pagi bersama isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail iaitu bekas penyandang kerusi itu dari 1999 hingga 31 Julai lalu.
Dalam pada itu, Hanafi walaupun bertanding di sini tetapi tidak mengundi kerana beliau merupakan pengundi kawasan Tanah Merah, Kelantan. - MStar
Labels: Permatang Pauh
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Terkini: Permatang Pauh
Cuaca baik. Rakyat dan pengundi sudah turun untuk menjalankan tanggung jawab. Matahari memancar cerah dan ramai penyokong kedua dua pihak sedang memenuhi kawasan tempat pengundian. Mereka keluar awal takut hujan di waktu tengahari dan petang.
Najib sudah turun ... tak tau kat mana. Dan Anwar Ibrahim mungkin di dalam perjalan untuk membuang undi. Tak tau kat mana. Tapi sambutan OK. Keselamatan OK, cuaca OK dan di harap semuanya berjalan lancar.
Nanti .. .akan di beritahu.
Tiada bas membawa pengundi hantu yang di tahan setakat ini. Liputan di buat di tv bernama, AStro. Pada yang kat pejabat tu, call call la kawan yang ada kat sana.
Permatang Pauh mempunyai 58,459 pemilih berdaftar - 69.49 peratus Melayu, Cina 24.56 peratus, India 5.79 peratus dan lain-lain 0.13 peratus.
Kira-kira 15 peratus pemilih merupakan mereka yang tinggal di luar Permatang Pauh.
Pengundian akan ditutup 5 petang manakala keputusan dijangka diketahui antara 8 dan 9 malam ini.
Di beritahu oleh penyokong penyokong pKR yang ada di sana bahawa kalau PKR menang, keputusan akan lewat di umumkan sementara kalau BN menang, keputusan mungkin akan di umukan segera ... biasa la..Labels: Permatang Pauh
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Kenapa Mamak mengaku Melayu?
AKu jawa ... kalau nak di kategorikan aku sebagai bangsa Melayu .. . aku boleh terima dan kalau ada yang kata aku bukan Melayu ... pun aku terima. Asalkan aku masih lagi diterima sebagai umat Nabi. Tiada apa yang penting kecuali di terima di sisi Allah.
Di Permatang Pauh, kecoh dengan istilah Melayu dan bangsa asing kerana tujuan politik masing masing. Tapi yang penting ... isu ini boleh cetuskan kemarahan rakyat yang berbilang kaum. Sentimen seperti ini di pergunakan untuk memperbodohkan rakyat untuk terus dungu dan bangang.
Tapi sejauh mana Pengundi Permatang Pauh boleh terpedaya dengan semua ini walaupun calun yang di pilih UMNO adalah seorang Mamak.
Nak aku bagitau maksud mamak ....
Mamak is a term (derived from a Tamil word meaning uncle) used in Malaysia to describe the Tamil Muslim community and culture. Most Indian Muslims consider this term to be pejorative - wikipediaMaknanya ... ikut sistem akal dan struktur kulit dan rupa bentuk, mamak itu asal nya dari keturunan India Islam. Kalau di Melaka dulu, kita panggil 'keling'. Tapi jangan sebut 'keling' pada orang India kerana mereka itu India Hindu yang bangga di gelar India.
Satu persoalan yang cukup menarik tentang kaum mamak yang aku tau melalui persahabatan dan rakan rakan adalah, mereka memang hebat berniaga. Hangpa campak lah mamak kat mana pun, mereka boleh hidup. Kalau restoran semua besaq besaq belaka. Kalau kecik pun, mereka masih boleh survive. Cukup tahun balik India naik flight angkut anak bini. 'Cendeke' bukan main, maksudnya 'kedekut'.
Sifat perkauman cukup kuat. Nak kawin kena cari golongan yang sama dan nak bantu berniaga pun antara mereka sahaja. Tolong boleh .... untung mesti lebih kat dia. Kawan .... pun boleh, asalkan tidak merugikan.
Bila cerita pasal politik ... depa mengaku 'melayu' pulak. Itu yang menariknya. Yang peliknya perkauman Melayu depa ni lebih kuat dari Melayu. Depa sikit pun tak sebut pasal mamak. Dan kalau mula mula DAP memerintah Pulau Pinang di bawah Ketua Menteri Lim Guan Eng pada Mac lepas ... depa lah yang mula mula bangun menentang. 'Hak orang melayu' jadi tajuk cerita. Kononnya ... Tapi Melayu ori, nun kat tepi laut, tunggu masa untuk di tolak jatuh ke laut.
Siapa mamak mengaku melayu ni ...? Kalau nak tau .. tanya Arif Shah yang sekarang mengaku melayu bila menjadi calun di Permatang pauh. Pandai berbahasa Cina pulak tu.
Hangpa ingat oghang melayu ni bodoh sangat ka? Tu sebab kita kena tahu nilai diri. Orang putih mengaku Arab ... kita ketawa. Orang melayu mengaku mat salleh, depa ketawa.
Orang mamak mengaku Melayu... kita ketawa. Untuk apa? Mesti ada udang di sebalik batu. Depa sebenaq nya nak apa?
Labels: Bangsa Melayu, Permatang Pauh
cilok & ciplak by radenjowo 4 comments
Selamat Mengundi
Selepas jam 1.00 malam tadi, tempoh ceramah dan kempen pun selesai. Tunggu berita terbaru dari Permatang Pauh, yang ada hanya dari Tukartiub. Hisamuddinrais mungkin tak tidur. Lapuran yang dibuat hampir sampai je jam 5.00 pagi atau, tangannya aje yang gerak, matanya tertutup. INi berita yang dibuat pada jam 3.00 pagi tadi.
Lapuran dari tukartiub
Sekitar jam 3 pagi di Kubang Semang.Dan pagi ini .... sepatutnya orang sibuk untuk membuat persediaan untuk keluar mengundi tapi sejak pagi lagi, TV3 tak selesai lagi bercerita tentang sisa sisa berita semalam. Dah macam tak der tempoh kempen. Pro BN .... punya cerita.
Polis mulai mengeluarkan sama ke atas kenderaan di simpang masjid Kubang Semang.
FRU telah mulai bergerak.
Budak-budak motor yang mahu buat kacau juga telah mulai bergerak semula.
Agenda siapakah semua ini?
Anwar telah menasihatkan anak muda PKR supaya jangan mengadakan perarakan.
Penyokong PKR juga telah diberikan arahan supaya tidur awal.
Harapan kita kepada penduduk Permatang Pauh ... jangan jadi yang bukan bukan. Minta minta jangan hujan dan semua boleh keluar mengundi.
Selamat mengundi kepada semua .. masa depan kami terletak pada keputusan korang. Jangan buat hal ....
Labels: Permatang Pauh
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Ceramah terakhir ?
Aku tak tau samada artikel ini berkaitan dengan ceramah malam ini. tapi korang check la sendiri.
Raja Petra pun datang untuk memberikan sokongan kepada DS Anwar Ibrahim .......
KLIK kat SINI untuk lapuran lanjut.
Labels: Permatang Pauh
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
50,000 hadir ceramah terakhir Anwar Ibrahim
Jalan sesak teruk !!!
Ramai antara kawan memberitahu, mereka tidak sanggup bersama ke ceramah tersebut. Malam ini juga di beritahu, TG Nik Aziz akan membuat Qiamullail. Tak tahu di mana lokasi sebenar. Teman di sana tidak dapat dihubungi kemungkinan handphone kehabisan kuasa atau ... sukar untuk mendapatkan laluan.
Ikuti berita dan lapuran dari anilnetto.
dan ini lapuran dari Tukartiub jam 12.34 am/pagi
Terdapat beratus ratus penunggang motorsikal daripada kalangan penyokong Barisan Nasional.
Mereka memakai baju-t Parti Keadilan Rakyat. Sekarang ini mereka berada di sekitar kawasan masjid di Kubang Semang. Mereka menunggang motorsikal ke hulu dan ke hilir sambil membuat huru-hara.
Labels: Permatang Pauh
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments