Cuaca baik. Rakyat dan pengundi sudah turun untuk menjalankan tanggung jawab. Matahari memancar cerah dan ramai penyokong kedua dua pihak sedang memenuhi kawasan tempat pengundian. Mereka keluar awal takut hujan di waktu tengahari dan petang.
Najib sudah turun ... tak tau kat mana. Dan Anwar Ibrahim mungkin di dalam perjalan untuk membuang undi. Tak tau kat mana. Tapi sambutan OK. Keselamatan OK, cuaca OK dan di harap semuanya berjalan lancar.
Nanti .. .akan di beritahu.
Tiada bas membawa pengundi hantu yang di tahan setakat ini. Liputan di buat di tv bernama, AStro. Pada yang kat pejabat tu, call call la kawan yang ada kat sana.
Permatang Pauh mempunyai 58,459 pemilih berdaftar - 69.49 peratus Melayu, Cina 24.56 peratus, India 5.79 peratus dan lain-lain 0.13 peratus.
Kira-kira 15 peratus pemilih merupakan mereka yang tinggal di luar Permatang Pauh.
Pengundian akan ditutup 5 petang manakala keputusan dijangka diketahui antara 8 dan 9 malam ini.
Di beritahu oleh penyokong penyokong pKR yang ada di sana bahawa kalau PKR menang, keputusan akan lewat di umumkan sementara kalau BN menang, keputusan mungkin akan di umukan segera ... biasa la..
0 comments:
Post a Comment