KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Aug 26, 2008

Kalau tak dengki bukan UMNO, kalau tak khianat bukan BN

bernama | ...."Tiada keperluan untuk beliau mengangkat sumpah dengan segera. Bukannya ada perebutan kuasa," kata Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

"Mengapa perlu tergesa-gesa. Kita tidak boleh membuat andaian bahawa orang yang menang pilihan raya itu akan terburu-buru datang dan berbahas dengan Speaker dan angkat sumpah.

"Mana tahu dia mahu pergi holiday kah, pergi umrah kah," katanya kepada pemberita di pejabatnya di bangunan Parlimen hari ini.

Beliau ditanya sama ada Wakil Rakyat Permatang Pauh akan mengangkat sumpah jawatan sebaik memenangi pilihan raya tersebut esok.

Dewan Rakyat sedang bersidang ketika ini.

Pandikar Amin menjelaskan beliau akan menunggu notis rasmi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terlebih dahulu sebelum menetapkan tarikh dengan persetujuan Wakil Rakyat Permatang Pauh yang baru untuk mengangkat sumpah.

Tiada tempoh masa tertentu ditetapkan untuk acara mengangkat sumpah itu.

"Ada sebulan lebih untuk sesiapa yang menang untuk kita tetapkan bila angkat sumpah, supaya Ahli Parlimen berkenaan boleh mengambil bahagian dalam perbahasan bajet. tetapi saya sudah bersiap sedia untuk segala-galanya," katanya. Pilihan raya kecil Permatang Pauh akan ditandingi oleh calon Barisan Nasional (BN) Datuk Arif Shah Omar Shah, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) and Hanafi Hamat dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim).... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive