KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Aug 26, 2008

TERKINI | DI PERMATANG PAUH

Lapuran terkini Pilihanraya Permatang pauh 26/8/2008

8.32 pm | Datuk Seri Anwar Ibrahim mendahului 17, 652 undi daripada penjumlahan 21 pusat pembuangan undi. Tujuh lagi pusat belum diperolehi.

8.04 pm | TErima kaseh kepada Tuan Hisammuddin Rais yang memberikan liputan yang berahi dan Ghairah ... klik SINI

7.59 pm | Korang kat shout box tu kutuk aku ye .... nah klik SINI untuk lapuran kemenangan lagi.

7.55 pm | Teman teman yang meng 'escort' peti undi menalipon dan mengucapkan terima kaseh kepada pihak polis kerana bekerjasama. Menurut mereka, pihak polis sudah tahu Anwar menang di Permatang Pauh. Kerjasama mereka berikan. Alhamdulillah.

7.47 pm | Panggilan talipon dari rakan rakan memberitahu majoriti kemenangan DS Anwar Ibrahim adalah 18,000. namun keputusan terperinci sedang di tunggu.......cak pong cak pong !!!

7.11 pm | untuk lapuran rasmi KLIK SINI

6.42 pm | Info dari dalam dewan ... 5 saluran di menangi oleh DS Anwar Ibrahim. Pengiraan undi diteruskan.

6.32 pm | 110 Saluran undi ditutup secara rasmi pada jam 5 petang. Laporan tidak rasmi melaporkan bilangan keluar mengundi ialah 38,144 orang iaitu sebanyak 65.25 peratus keluar mengundi. Walaubagaimanpun ianya adalah tidak rasmi. Keputusan rasmi akan keluar akan diketahui jika semua ketua-ketua tempat mengundi menyerahkan penyata borang 14 dan undi pos borang 15. [suarakeadilan]

6.22 pm | Pengiraan undi sedang berjalan

6.12 pm | Sebahagian dari penyokong PKR masih berada di Balai Polis Seberang Perai Utara dan sebahagian lagi sudah berarak ke Pusat Pengiraan undi di Insit. Tunku Bainun untuk mengikuti pengiraan undi.

5.52 pm
| Just got word that YB Gobalakrishnan and his two sons, both of whom are understood to have been part of the ghostbuster team that had been involved in the detention of the buses reported earlier, were beaten up and have been arrested and taken to the balai polis in seberang Jaya. [harismibrahim]

5.49 pm | Di sahkan .... YB Gobala dan 2 orang anaknya ditahan oleh pihak polis. 7 buah trak dan 3 buah jip FRU kini dilaporkan berada di pekan Bukit Mertajam. [tukartiub]

5.31 pm
| Pusat mengundi telah di tutup jam 5.00 tadi. Ketika ini semua pihak sedang menantikan perkembangan.

5.23 pm | Ketika ini Sekolah Seberang jaya di kelilingi orang ramai dan FRU. Kedudukan sekolah tersebut berdekatan dengan Balai Polis Seberang Jaya. Sedang menanti lapuran.

4.59 pm | Difahamkan, polis akan membuat sidang media pada pukul 6 petang ini. [Mstar] tukartiub pula melapurkan, YB Gobalakrishnan dan beberapa anggota AMT PKR telah pun berada di balai polis.Mereka sedang membuat laporan polis selepas penahanan bas pengundi hantu.

4.54 pm | Lapuran dari MStar - Penyokong PKR telah menahan 5 buah bas pada pukul 3 petang tadi yang dipercayai membawa penyokong Barisan Nasional.3 buah bas kini sedang berada di Balai Polis Seberang Perai Utara manakala 2 buah lagi ditahan di Mengkuang Titi.

4.47 pm |
ini lapuran dari Malaysiakini, Menurut Setiausaha SPR, Kamaruzaman Mohd Noor berkata sehingga jam 3 petang tadi, hanya 53.5 peratus keluar mengundi. Beliau juga menafikan khabar angin yang tempoh pengundian dilanjutkan hingga jam 6 petang.

4.41 pm | tukartiub melapurkan kesemua jalan di Permatang Pauh sesak teruk. FRU membuat sekatan laluan Kulim-Butterworth.

4.38 pm | harismibrahim melapurkan beberapa truck polis lagi sampai ke Inst. Perg. Bainun. Sementara dinmerican melapurkan lagi 20 truck FRU kelihatan di Lebuhraya Butterworth menuju ke sana.

4.33 pm | Kampung Pelet celebrating now. Barisan Nasional already "tutup kedai".

4.20 pm | Inst. Perguruan Tengku Bainun sudah mula di penuhi orang. Beberapa terak FRU memasuki kawasan bersama UTK yang lengkap bersenjata. Helikopter berlegar legar di ruang udara. Ezam sudah pulang dan menurut berita dia sudah di Persampahkan oleh UMNO setelah jam 12 malam tadi.

4.18 pm | Petugas di Sek Seberang jaya sudah beransur pulang. Tinggal 50% tenaga kerja yang tinggal.

4.12 pm | Another bus was earlier stopped by the PKR ghosbuster team at Tanah Liat, Penanti, with 40 passengers. the bus has been taken to the Tanah Liat Balai Polis.Unconfirmed reports also have it that two vans have also been apprehended by the ghostbusters. [harismibrahim]

4.05 pm | Parti Keadilan Rakyat members and supporters on location at Seberang Jaya police station.Skuad khas polis telah pun berada di sini dengan machine-gun mereka. 2 buah bas yang ditahan di balai polis Seberang Jaya itu dipercayai membawa warga Indonesia. [tukartiub]

4.03 pm | Teman di Sebarang Jaya memberitahu Abdullah Badawi telah bertolak pulang ke Kuala Lumpur sebentar tadi.

4.00 pm | DS Anwar Ibrahim sedang menuju ke Instiut Tuanku Bainun, Pulau Pinang.

3.59 pm | Teman di sana mengesahkan penahanan BAS itu dan Shamsul Iskandar [AMK Malaysia] turut berada di sana. Lapuran dari tukar tiub - Helikopter polis berlegar di atas balai polis Seberang Jaya. 2 buah bas hantu berada di dalam balai polis itu sekarang. Sepasukan kecil skuad khas polis juga berada di situ.

3.52 pm | This polling centre is opposite the Maktab perguruan Tengku Bainun, which served as the nomination centre on 16th August and will serve as the central counting centre tonight. Voter turnout is up to 70% now. The situation here is not as tense as elsewhere, with a high level of co-operation. Earlier at Mengkuang Titi, the PKR ghostbuster team intercepted two buses suspected of ferrying pengundi hantu. They have very wisely asked for the assistance of locals to handle this matter.

3.30 pm | Viveg & Balraj reporting from the Sekolah Keb Penanti. This morning this area was crowded with some 5,000 supporters from both sides.Now, BN supporters are hardly visible. BN bilik gerakan looks pathetic with hardly any workers manning the booth. [harismibrahim]

3.16 pm | memang benar ... ada info pembenihan di lakukan. Someone suggested there may have been cloud-seeding operations to get it to rain! But it’s not raining now, though the sky looks grey and overcast. [anilnetto]

3.07 pm | Tempat persembunyian hantu-hantu pilihanraya telah dikesan.UiTM Seberang Jaya telah menjadi lokasi persembunyian hantu-hantu. Sila perhatikan individu dan kenderaan yang keluar masuk.

2.41 pm |Beberapa kenderaan pengundi hantu telah dikesan; WRH252, WHH252, WHH3819, WBN620, MBE8675, WCH3975, WHR5689, WBG8675, Siapakah tuan punya kereta dan siapakah penumpangnya? [tukartiub]

2.39 pm | I have unofficial reports that the percentage of voter turnout as of noon is between 49 and 50 per cent. Reckon that this is pretty high and should hit above 80 per cent by 5.00pm. I hear from my running mates that there is intimidation of voters not only in Seberang Jaya but at Tanah Liat area as well but the folks there ain’t bothered. [anilnetto]

1.58 pm | Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob mengesahkan seorang penyokong Pakatan ditahan pagi tadi kerana melempar objek dan menghalang tugas polis. [mkini]

1.57 pm | Masih terdapat 200 penyokong Pakatan di SK Sri Penanti. Kelihatan 10 trak FRU serta trak meriam air ditempatkan di situ. [mkini]

1.54 pm | Di Kampung Pelet terdapat satu aduan daripada pengundi. Kertas undi untuk kotak Anwar Ibrahim telah disapu dengan lilin. Pengundi sukar untuk memangkah PKR.[tukartiub]

1.51 pm | Seorang ahli PKR Bagan bernama Izat telah ditahan kerana memprotes tindakan polis.Kejadian berlaku di Kubang Semang. [tukartiub]

1.48 pm | Setiap kali Anwar Ibrahim berada di sesuatu tempat mengundi untuk melakukan lawatan maka akan kelihatan helikopter terbang rendah. Misinya tidak diketahui. KJ dan kawannya Hisham Keris kini kelihatan berada di Sek. Keb. Permatang Pauh.Juga kelihatan ialah pasukan 'bodyguard' 2 orang kawan ini yang berlari lari anak mengekori kenderaan mereka. Misinya juga tidak diketahui.[tukartiub]

1.27 pm | Panggilan dari Seberang Jaya 2 memberitahu hujan sudah berhenti

1.18 pm | Menurut Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mohd Noor, setakat jam 12 tengahari, 54.8 peratus pengundi telah membuang undi.

1.06 pm | Pengundi bernama AZHAR BIN HALIM No Kad Pengenalan 660428-08-5521 / A0381797 tidak terdapat namanya di dalam senarai daftar pengundi terkini yang dikeluarkan SPR tapi di benarkan mengundi di Sek. Keb. Guar Perahu - Kuala Mengkuang.PELIK !!! [tukartiub]

1.04 pm | Bernama melapurkan melalui TV, setakat tengahari ini, 51% pengundi telah mengundi. Hujan renyai renyai telah turun dan mungkin berpenjangan sehingga malam.

12.45 pm | Hundreds of Federal Reserve Unit (FRU) personnel and plainclothes policemen moved in to disperse thousands of vociferous supporters outside Sekolah Kebangsaaan Seri Penanti voting centre in Kubang Semang. [anilnetto]

12.36 pm | Kereta yang dinaiki Datuk Seri Najib Razak dibaling dengan botol air ketika Timbalan Perdana Menteri meninjau proses mengundi di Sekolah Menengah Seberang Jaya, di Semilang, jam 11 pagi tadi. [kenapa tak kena kepalanya?]

12.23 pm | Cuaca di Permatang Pauh tidak menentu ketika ini. Hujan renyai di sesetengah tempat di ikuti dengan awan mendung. Kedatangan pengundi pengundi bertambah rancak di sesetengah tempat.

12.17 pm | Lebuhraya PLUS arah Utara kesesakan berlaku dari Rawang. Pihak Polis mengadakan sekatan jalanraya dan lebuhraya bertukar menjadi satu lorong.Dari Utara ke Permatang Pauh, sekatan jalanraya diadakan di Sungai Petani. [tukartiub]

12.13 pm
| Pemantau PKR memberitahu, dikesan VAN INOKOM [WJP 3975] berwarna putih sedang membawa pengundi hantu johor baru keluar dari bertam menuju ke Permatang Pauh. Sila Pantau beramai ramai.

12.09 pm | DS Anwar Ibrahim sudah keluar dari pos mengundi Tun Hussien Onn. 10 kereta mengiringi kenderaan beliau

12.01 pm | Wan Ahmad Wan Omar [timbalan spr] anggarkan 50% pengundi telah keluar. Semua 25 pusat mengundi sesak dengan penyokong yang datang.

11.55 am | Di beritahu Khairy dan Hisamuddin kelihatan di Sekolah Kebangsaan Mengkuang. [lapuran dari tukartiub]

11.54 am | DSAI keluar daripada Pusat mengundi Tenggiri, sekarang menujuk ke Taman Tun Hussien Onn. [lapuran leez]

11.53 am | Jalan di sekitar Kubang Semang telah mulai sesak.Jalan Sembilang di Seberang Jaya, keadaan agak tegang. Trak-trak FRU sedang diletakkan di Jalan Sembilang dan Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya.Antara 3 hingga 6 biji trak di satu-satu tempat. [lapuran dari tukartiub]

11.45 am | Di beritahu penyokong kedua dua pihak di Sebarang Jaya sudah berlebihan dan keadaan menjadi sedikit tegang. PGA sedang berkawal.

11.42 am | Pusat pengiraan undi di Pos mengkuang di beritahu di dalam keadaan terkawal. 5 trak FRU memasuki kawasan tersebut. Menurut wakil PKR, tiada masalah.

11.35 am | DSAI singgah di Pusat mengundi Siakap 2 Seberang Jaya [info dari Leez]

11.34 am | di beritahu oleh jentera PKR, penyokong BN yang datang untuk menyokong di beberapa tempat pos mengundi di datangkan dari UiTM.

11.31 am | Setakat jam 11.00 pagi tadi "Anggaran kasar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ialah lebih 40 peratus sudah mengundi dalam tempoh kira-kira tiga jam pertama," kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi sebentar tadi.

11.22 am | I don’t know how to describe the atmosphere here in Permatang Pauh. Electric, magical, heady… It’s all that and more. I spoke to the guy in charge of the PKR office here, and he is cautious. He expects a 3,000-5,000 majority. Right now, he is concerned that there are not enough PKR canvassers at Seberang Jaya, Ariff Shah’s stronghold. Many of the PKR volunteers are in Penanti.[lapuran anilnetto]

11.20 am | Bilik gerakan SPR di Permatang Pauh ketika dihubungi berkata, hanya Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mohd Noor yang boleh memberitahu peratus pengundian. Kamaruzaman kini sedang meninjau perjalanan proses pengundian.

11.06 am | Pos mengundi di Seberang jaya 2 pun agak kecoh. Punca sedang di kenal pasti.

11.05 am | Ejen pengundian PKR, Rodziah Ismail, sahkan nama pengundi dalam kedua-dua versi daftar pengundi di SK Seberang Jaya 2, adalah sama, hanya muka surat yang berbeza.

11.03 am | pegawai media PDRM memberitahu terdapat 2 tempat agak tegang dan setiap pos undi di letak cctv. selain dari helikopter yang berlegar. Kawasan panas apabila calun membuat lawatan ke pos pos undi.

11.00 am | Ramai penyokong BN dan Pakatan di SK Sri Penanti sudah beredar. Hanya tinggal kira-kira 100 penyokong BN dan kira-kira 200 penyokong Pakatan yang masih kelihatan di situ. Anggota polis masih mengawal keadaan di situ.

10.52 am | Calon Akim, Hanafi Mamat memberitahu Malaysiakini, beliau dalam perjalanan untuk melawat pusat pengundian di Kubang Semang.

10.42 am | Ketua Penerangan PKR, Tian Chua sedang berunding dengan pihak polis untuk memberi lebih masa kepada penyokong parti politik beredar.

10.42 am | Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob tiba di tempat kejadian melontar objek. Selepas berbincang dengan para pegawainya, polis mengarahkan penyokong kedua belah pihak supaya beredar.

10.40 am | difahamkan sehingga pukul 10 pagi, kira-kira 20 peratus pengundi sudah keluar mengundi.

10.30 am | penyokong PKR lebih banyak di kawasan sek keb Seri Penanti dan menjadikan antara kawasan yang paling hangat dalam dunia. Hlicopter berlegar dia kawasan mengawal dari atas atau menghabiskan duit minyak...

Seorang penyokong Pakatan ditahan kerana didakwa melontar objek ke arah penyokong BN.

10.05 am | Timbalan Pengarah Pilihanraya PKR, Fauziah Salleh berkata pihaknya sedang menyemak perbezaan muka surat dalam daftar pengundi yang diberi pada PKR dan yang digunakan di saluran dua, SK Seberang Jaya 2.

9.38 am | Anwar Ibrahim telah melakukan tanggungjawab sebagai pengundi di Sekolah Kebangsaan Sri Penanti pada jam 9.40 pagi ini.Beliau yang ditemani isteri Dr Wan Azizah yang turut mengundi di sekolah yang sama.

Pasangan berkenaan mengundi di saluran kedua sekolah berkenaan.

Turut dilaporkan wartawan kami, kira-kira 1000 penyokong KeADILan berhimpun di sekolah berkenaan.

9.30 am | Menurut sumber yang layak dipercayai, 9 daripada 10 pengundi di SK Seri Penanti difahamkan memilih Anwar.

9.10 am | PKR menghantar ‘alert' menyatakan senarai daftar pengundi yang digunakan di SMK Seberang Jaya 2, dalam DUN Seberang Jaya 2, berbeza dengan senarai yang diberi oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebelum ini. Bagaimanapun, difahamkan berlaku perbezaan muka surat dalam daftar pemilih yang digunakan oleh pihak parti dan SPR di pusat pengundian tersebut.

4 comments:

amircesc4 said...

wak kenapa peratusan keluar mengundi sikit?! tolong check wak. aku baca utusan je tadi :)

Anonymous said...

salam..dapat keputusan tak rasmi dari adik saya kat permatang pauh..

keputusan kiraan undi di sek keb seberang jaya2, PKR menang majoriti 1300 undi..

Anonymous said...

dan satu lagi berita ialah...YB Gobala dah dibebaskan, tapi anak2nya masih ditahan..

Anonymous said...

Ada kemungkinan ke dalam truck polis telah tersedia peti undi berisi kertas undi yang telah dipangkah. Harap penyokong PR berjaga-jaga ...

Posting terkini

Blog Archive