KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Sep 5, 2008

Berita palsu yang zalim - Musa



Doakan dia umur panjang ......

How Samy made RM50 million with a stroke of the pen

Malaysia Today

The MIC President, Samy Vellu, bought a piece of state land for RM3.8 million. The only problem with this though is that the land is worth RM52 million. But Samy was smart. To qualify for state land he used MIC’s name to buy it. And to make sure that MIC would not cheat him of his 'rights', he registered his name on the title as the beneficiary and with MIC as the mere trustee.

Well, you can’t say that Samy has not helped make the Indians rich, at least one Indian, himself.... selanjutnya.

No crossover meetings held by BN parties

Star | No press conferences were called Friday afternoon by the Barisan Nasional component parties said to be announcing their crossovers to Pakatan Rakyat.

A SMS is being widely circulated that Gerakan, PPP, Sabah Progressive Party, Liberal Democratic Party, Parti Bersatu Sabah, SPDP and UPKO would be crossing over to Pakatan.

The SMS had claimed that the officials of the seven parties would be meeting at their respective headquarters to announce their withdrawal from Barisan.

The SMS claimed this would be the first block crossovers to Pakatan to enable it to form the next government.... selanjutnya.

4 agensi agama Islam buat laporan polis terhadap Raja Petra

Pertubuhan Islam pro UMNO buat lapuran polis terhadap Raja Petra ..

Empat agensi agama Islam hari ini membuat laporan polis terhadap penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin kerana mendakwa menghina agama Islam dan umatnya melalui artikel di portal berita itu.

Laporan polis itu dibuat Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, Pengurus Besar Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Dr Abdul Ghani Mohamed, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp), Anan C Mohd.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Putrajaya kira-kira jam 12.40 tengah hari.... BHarian
Cuma yang tak kelihatan ... Mufti Wilayah Persekutuan.

Ada Ahli Parlimen mahu umum minggu ini?

Photograph:Carl Lewis flying through the air during the long jump finals at the 1992 Olympic Games in Barcelona, Spain.

Harakah | ....Dilaporkan hampir 30 wakil rakyat Barisan Nasional akan menganggotai parti-parti komponen secara individu dengan sebahagian besar dalam KeADILan manakala tiga parti komponen Barisan Nasional (BN) - kesemuanya dari Sabah dan Sarawak - telah menyatakan persetujuan untuk menyertai sebagai komponen Pakatan Rakyat.

Ketika diminta mengulas mengenai waktu terdekat yang dimaksudkan, beliau berkata, ia akan dicapai dalam beberapa hari lagi.

Beliau tidak menolak desas-desus bahawa ada Ahli Parlimen yang ingin mengumumkan hasrat mereka sertai Pakatan Rakyat minggu ini.

Bagaimanapun pucuk kepimpinan mahu pengumuman dibuat serentak, kemungkinan minggu depan.

Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Penasihat KeADILan telah berulang kali mengatakan bahawa kerajaan persekutuan baru akan dibentuk menjelang 16 September ini.

"Banyak pertemuan telah diadakan setakat ini... pertemuan-pertemuan ini juga dikendalikan oleh komponen Pakatan Rakyat yang lain, bukan KeADILan sahaja," katanya. ... selanjutnya.

'Ahli Umno tak takut berpolitik wang...'

malaysiakini | Politik wang masih berterusan berlaku dalam Umno kerana peraturan serta etika pemilihan tidak berkesan untuk membendung amalan tersebut sewaktu pemilihan parti diadakan, kata beberapa pemimpin Umno.

umno 2008 annual general meeting 310708Menurut mereka lagi, pihak-pihak yang melakukannya sebenarnya tidak takut dengan peraturan kerana jawatan parti menguntungkan mereka.

"Saya hairan semakin banyak etika pemilihan, semakin orang berani mencabarnya kerana orang tidak laku lagi kepadanya," kata
Ketua penerangan Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman.

"Mereka tahu , jika mereka dekat dengan orang yang ada kuasa, mereka boleh terlepas daripada tindakan," katanya.... selanjutnya.

p/s
UMNO dah teruk ... dah rosak gua cakap lu. Mana ada umno yang tak rosak. Kalau pokok dah patut kena tebang. Kalau kereta dah kena TOTAL LOST .....

Dr Osman: Pemeriksaan saya berkaitan liwat

dr mohamed osman abdul hamid pusrawi hospital saiful bukhari azlan anwar ibrahim sodomy 2 interview 040908 06malaysiakini | ....Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini semalam, doktor berketurunan Burma itu berkata prosedur yang dikenali sebagai 'per-rectal examination' adalah 'wajib' diketahui setiap doktor.

"Setiap doktor tahu bagaimana melakukannya, itu adalah amalan biasa (seseorang itu) tidak perlu menjadi pakar untuk melakukan pemeriksaan tersebut," katanya ketika menjelaskan bagaimana pemeriksaan itu dilakukan.

Dr Osman muncul semalam selepas 'hilang' selama lebih sebulan sejak laporan perubatannya, yang memutuskan bahawa Saiful tidak diliwat, telah dibocorkan kepada pihak media.

Berikutan itu, Hospital Pusrawi menegaskan bahawa Osman tidak melakukan pemeriksaan berkaitan dengan liwat ke atas pesakitnya itu.

Saiful, 23, telah mendakwa bahawa bekas majikannya, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meliwatnya dan kes itu telah dibawa ke mahkamah.... selanjutnya.

BPR salahkan 'runner'

UTusan | Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan memberi tumpuan kepada usaha membanteras kegiatan perantara di jabatan kerajaan kerana ia dikenal pasti menjadi punca gejala rasuah dalam sektor awam.

Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata, pihaknya mengesan kegiatan perantara atau turut dikenali sebagai runner itu menimbulkan masalah birokrasi apabila sesuatu urusan tidak dijalankan mengikut saluran yang sah.

Menerusi operasi yang dijalankan ke atas Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer Sdn. Bhd., (Puspakom) sejak 26 Ogos lalu, seramai 21 perantara di seluruh negara ditahan BPR kerana kegiatan rasuah.

“Kegiatan runner ini yang menjahanamkan perkhidmatan awam dan kita tidak mahu sistem di negara kita dicemari rasuah... selanjutnya.

80% kenderaan komersial gagal lepasi pemeriksaan Puspakom

Utusan | ....Menteri Pengangkutan, Datuk Ong Tee Keat berkata, beliau menerima aduan bahawa kebanyakan kenderaan komersial yang menjalani pemeriksaan khususnya di Lembah Klang telah gagal melepasi kelayakan yang ditetapkan.

Menurutnya, selain maklum balas orang awam, pihaknya turut menerima aduan daripada persatuan-persatuan kenderaan berkaitan pengangkutan.

"Saya tidak kisah jika peratusan kenderaan yang gagal itu disebabkan ia sememangnya gagal menetapi ciri-ciri prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Puspakom, namun kementerian berharap aduan ini (jika terbukti benar) tidak disebabkan tindakan yang diambil BPR terhadap agensi itu.

"Saya juga telah mengarahkan Puspakom agar menangani keadaan tersebut secara berkesan dan jika betul kebanyakan kenderaan komersial itu gagal mematuhi SOP, kita tidak akan pertikai pemeriksaan itu," katanya. ... selanjutnya.

"Missing" Pusrawi doctor returns to clear his name



Sun2surf | ...."There have been a lot of media statements in Malaysia made by various individuals, and some of those statements have put me in a bad light both professionally and as a person. Please be assured that I had merely done my job as a doctor," said Dr Mohamed Osman Abdul Hamid, who was accompanied by his lawyers M Puravelan and Yusri Kamaruddin.

His hastily-called press conference was held at the Bar Council premises here.

He denied leaking a medical report from Pusrawi that was made by him which declared that no evidence of sodomy was found in a physical examinatino of Saiful, the person who accused Datuk Seri Anwar Ibrahim of sodomy. ... selanjutnya.

It's USM not UM

insidepix1

NST | With recognition comes responsibility. This, says Universiti Sains Malaysia’s dean for the School of Communications Dr Adnan Hussein, is what the Apex university status means.
Adnan said he was happy with the recognition but warned that much work was ahead for the university and its faculty.

“Still, it was worth the hard work we put in over the past few months.... selanjutnya.

Another RM0.15 fuel price next month

NST | The government may again review petrol prices in October, Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi said today.
He said if global crude oil prices stabilise at US$109 per barrel until the year end, the government may reduce pump fuel prices.

“Now, the global crude oil price is at US$109 per barrel. If it stays at that level, then of course I will be very happy to reduce it by 15 sen than the current RM2.55 (fuel pump) price,” he told reporters after chairing the Finance Council Meeting here today.

“Pray that it (crude oil price) does not go up, and that it will go down more. We are monitoring all the time,” said Abdullah, who is also Fiance Minister.

On Aug 23, fuel price was reduced by 15 sen to RM2.55 a litre from RM2.70.

Pegawai khas TPM nafi arah Ramlang Porigi atur majlis sumpah

MStar | Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri Prof Madya Khairil Annas Jusoh hari ini menafikan bahawa beliau mengenali Ramlang Porigi, imam Masjid Wilayah Persekutuan ataupun memintanya mengatur dan menguruskan majlis mengangkat sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan di masjid itu pada 15 Ogos lepas.

Khairil Annas berkata kenyataan yang dibuat oleh Ramlang dalam artikel "Najib dalang sumpah Imam Ramlang Porigi" yang diterbitkan oleh Suara Keadilan Bil 145 (27.8.20083.9.2008), rakaman video temuramah beliau dengan Suara Keadilan Online yang dimuatkan pada 25 Ogos dan artikel "Siapa malu besar di Permatang Pauh" terbitan akhbar Siasah Bil 0113 (31.8.20086.9.2008) adalah tidak benar.

Beliau menuntut Ramlang membersihkan namanya, dan kedua-dua penerbitan itu pula membuat permohonan maaf secara terbuka serta menarik balik dan memperbetulkan semula kenyataan yang salah dan mengelirukan itu. ... selanjutnya.

BN-BBC cadang MP ke luar negeri

MStar | ....Pemimpin Pakatan Rakyat yang dihubungi mStar Online dengan yakin berkata, segala proses dan urusan penting yang berkaitan berjalan dengan lancar dan hampir selesai sementara beberapa aspek teknikal dan perundangan sedang diperhalusi.

Di sebalik pendirian sedemikian wujud desas-desus ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan mula 'bercuti' di luar negara mulai Isnin ini sehingga minggu ketiga September - tempoh yang dianggap sebagai kritikal menjelang pembentukan kerajaan baru.

Ahli-ahli Parlimen terbabit khususnya anggota Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BN-BBC) telah diminta menyerahkan pasport mereka untuk urusan rasmi susulan.

Bagaimanapun Pengerusi dan Timbalan Pengerusi BN-BBC menafikan cuti itu - yang dikenali sebgaai lawatan sambil belajar ke luar negara - ada kaitan dengan sasaran Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan pada 16 September ini.

"Lawatan ini diadakan ekoran cadangan daripada beberapa anggota kami (BN-BBC). Kami mahu anggota kami diberikan pengetahuan terkini mengenai maklumat teknologi tinggi pengeluaran makanan dan pertanian... jadi kami boleh membahaskan Bajet (2009) dengan baik di Parlimen apabila bersidang kelak (selepas Aidilfitri)," kata Pengerusinya, Datuk Seri Tiong King Sing. .... selanjutnya.

Posting terkini

Blog Archive