Utusan | ....Menteri Pengangkutan, Datuk Ong Tee Keat berkata, beliau menerima aduan bahawa kebanyakan kenderaan komersial yang menjalani pemeriksaan khususnya di Lembah Klang telah gagal melepasi kelayakan yang ditetapkan.
Menurutnya, selain maklum balas orang awam, pihaknya turut menerima aduan daripada persatuan-persatuan kenderaan berkaitan pengangkutan.
"Saya tidak kisah jika peratusan kenderaan yang gagal itu disebabkan ia sememangnya gagal menetapi ciri-ciri prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Puspakom, namun kementerian berharap aduan ini (jika terbukti benar) tidak disebabkan tindakan yang diambil BPR terhadap agensi itu.
"Saya juga telah mengarahkan Puspakom agar menangani keadaan tersebut secara berkesan dan jika betul kebanyakan kenderaan komersial itu gagal mematuhi SOP, kita tidak akan pertikai pemeriksaan itu," katanya. ... selanjutnya.
Sep 5, 2008
80% kenderaan komersial gagal lepasi pemeriksaan Puspakom
Labels: puspakom
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment