Harakah | ....Dilaporkan hampir 30 wakil rakyat Barisan Nasional akan menganggotai parti-parti komponen secara individu dengan sebahagian besar dalam KeADILan manakala tiga parti komponen Barisan Nasional (BN) - kesemuanya dari Sabah dan Sarawak - telah menyatakan persetujuan untuk menyertai sebagai komponen Pakatan Rakyat.
Ketika diminta mengulas mengenai waktu terdekat yang dimaksudkan, beliau berkata, ia akan dicapai dalam beberapa hari lagi.
Beliau tidak menolak desas-desus bahawa ada Ahli Parlimen yang ingin mengumumkan hasrat mereka sertai Pakatan Rakyat minggu ini.
Bagaimanapun pucuk kepimpinan mahu pengumuman dibuat serentak, kemungkinan minggu depan.
Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Penasihat KeADILan telah berulang kali mengatakan bahawa kerajaan persekutuan baru akan dibentuk menjelang 16 September ini.
"Banyak pertemuan telah diadakan setakat ini... pertemuan-pertemuan ini juga dikendalikan oleh komponen Pakatan Rakyat yang lain, bukan KeADILan sahaja," katanya. ... selanjutnya.
Sep 5, 2008
Ada Ahli Parlimen mahu umum minggu ini?
Labels: Lompat parti
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment