Albanjari - Tuduhan ini amat berat! Memang berat dan tidak patut Anwar dituduh sedemikian rupa sekiranya tidak dapat dibuktikan! Persoalannya kenapakah tuduhan demi tuduhan bertalu-talu hala ke atas badan tubuh Anwar ? Kenapa bertalu-talu ?
Apabila penulis Barat, Mike Billington mempersoalkan hubungan Anwar dengan Paul Wolfowitz dalam tulisan "Malaysia’s Anwar Ibrahim: Wolfowitz’s Knife in Asia’s Back", ruang keraguan makin terbuka...
Keraguan hubungan Anwar dengan tokoh-tokoh Yahudi ini bukan sahaja di kalangan parti kerajaan malah parti pembangkang sendiri. PAS turut mencurigai. PRM juga tertanya-tanya. Hishmudin Rais, tidak lama dulu pernah menulis kecurigaan ini di Malaysiakini. Apatah lagi blogger-blogger dan rakyat biasa. Dokumen Anwar dan Wolfowitz penah diuji dalam Pilihanraya kecil Ijok. Kesannya calon PKR tergolek, meskipun Anwar berkempen habis-habisan, siang dan malam.
1. Hassan Karim, Presiden PRM mempersoalkankan dalam tulisannya di Malaysiakini, "Layakkan Anwar pimpin Reformasi?"
Hassan mempersoalkan "Masih ada golongan yang kurang selesa dengan Anwar angkara isu-isu seperti yang dibangkitkan oleh anak Mahathir, Mukhriz, di Dewan Rakyat baru-baru ini iaitu tentang hubungan rapat Anwar dengan tokoh-tokoh neo-konservatif Amerika seperti Paul Wolfowitz dan kisah sebuah yayasan yang dipimpin oleh Anwar yang dikatakan sebahagian dananya diterima dari Jabatan Negara Amerika Syarikat"
Tulisan Hassan ini bukan suara kerajaan, tetapi suara parti yang ada kaitan dengan Parti Pakatan Rakyat. Walaupun tulisan Hassan menyatakan beliau tidak mahu berprasangka, tetapi terdetik juga tanda tanya di lubuk hatinya. Kalau tidak, sudah tentu tidak akan keluar rencana Hassan Karim di Malaysiakini itu.... selanjutnya.

Kalau menjadi menteri, pasti kita anggap mereka antara yang bijak dari yang bijak. Tapi di dalam BN@UMNO, bijak adalah satu kriteria yang terakhir pemilihan sebagai pemimpin. Yang penting mereka sanggup angguk dan jual maruah.
Akhbar Utusan Malaysia memetik Zuki sebagai berkata, sekiranya digantung keahlian kira-kira satu tahun atau dua tahun, maka hilanglah hak untuk bertanding.
malaysianinsider 
harakahdaily







