KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 1, 2008

Tuduhan Berat Untuk Anwar ?

Albanjari - Tuduhan ini amat berat! Memang berat dan tidak patut Anwar dituduh sedemikian rupa sekiranya tidak dapat dibuktikan! Persoalannya kenapakah tuduhan demi tuduhan bertalu-talu hala ke atas badan tubuh Anwar ? Kenapa bertalu-talu ?

Apabila penulis Barat, Mike Billington mempersoalkan hubungan Anwar dengan Paul Wolfowitz dalam tulisan "Malaysia’s Anwar Ibrahim: Wolfowitz’s Knife in Asia’s Back", ruang keraguan makin terbuka...

Keraguan hubungan Anwar dengan tokoh-tokoh Yahudi ini bukan sahaja di kalangan parti kerajaan malah parti pembangkang sendiri. PAS turut mencurigai. PRM juga tertanya-tanya. Hishmudin Rais, tidak lama dulu pernah menulis kecurigaan ini di Malaysiakini. Apatah lagi blogger-blogger dan rakyat biasa. Dokumen Anwar dan Wolfowitz penah diuji dalam Pilihanraya kecil Ijok. Kesannya calon PKR tergolek, meskipun Anwar berkempen habis-habisan, siang dan malam.

1. Hassan Karim, Presiden PRM mempersoalkankan dalam tulisannya di Malaysiakini, "Layakkan Anwar pimpin Reformasi?"

Hassan mempersoalkan "Masih ada golongan yang kurang selesa dengan Anwar angkara isu-isu seperti yang dibangkitkan oleh anak Mahathir, Mukhriz, di Dewan Rakyat baru-baru ini iaitu tentang hubungan rapat Anwar dengan tokoh-tokoh neo-konservatif Amerika seperti Paul Wolfowitz dan kisah sebuah yayasan yang dipimpin oleh Anwar yang dikatakan sebahagian dananya diterima dari Jabatan Negara Amerika Syarikat"

Tulisan Hassan ini bukan suara kerajaan, tetapi suara parti yang ada kaitan dengan Parti Pakatan Rakyat. Walaupun tulisan Hassan menyatakan beliau tidak mahu berprasangka, tetapi terdetik juga tanda tanya di lubuk hatinya. Kalau tidak, sudah tentu tidak akan keluar rencana Hassan Karim di Malaysiakini itu.... selanjutnya.

1 comments:

Anonymous said...

Oghang Melayu jangan kelam kabut.... asyek dok propaganda si Anwar dgn Yahudi aje.... sedangkan tak ramai yg tau Yahudi tu ada dua... Jews dan Zionist....Yang patut kita risaukan ialah kedudukan Politik dan kekuatan Tentera Singapura buat masa ni.... Lee Kuan Yew ni di latih oilh seorang Yahudi yg bernama Field Marshall.... hingga kini segala ilmu yg diturunkan si Yahudi sedang menjadi kenyataan dan sedang menghala ke Negara kita ni... hanya masa aje yg di nanti2kan utk menyerang Malaysia... Buat masa sekarang serangan Singapura dgn cara Politik terhadap Malaysia berjalan dgn lancar dan mudah.... Pemimpin2 Umno ni senang di sintok limau dgn duit supaya memberi ruang utk orang2 Singapura mengembang perniagaan mereka di tanah Johor....maka terjadi nya lah WPI.... kalau zaman Tun Dr Ismail dulu beliau asyek dok beli tanah2 dgn pajak balek yg di miliki orang2 Singapore.... tapi zaman Hadhari ni depa dok senang lenang menyediakan tanah yang luas utk orang2 Singapore memiliki kawasan utk selama2nya dgn harga yg begitu enak dan mudah dan seronok... hidupp melayuuuuu.....

Posting terkini

Blog Archive