Suarakeadilan - [...] Persuruhjaya Suhakam, S Subramaniam dalam sidang akhbar di ibu pejabat Suhakam disini, 30 Mei lalu, mempersoalkan bagaimana seorang remaja yang tidak mampu mengacam nyawa anggota polis boleh dipukul bertubi-tubi tanpa belas kasihan oleh kumpulan anggota FRU terbabit.
Mengulas tindakan kejam polis di kejadian berkenaan, Subaramaniam berkata, pihak polis tidak sepatutnya menggunakan pendekatan tindakan sedemikian walaupun mereka mempunyai kuasa untuk bertindak.
“Ketika menjalankan tugas, mereka perlu mesra hak asasi dan kekerasan yang digunakan tidak mewajarkan (tindakan mereka). Jika polis mempunyai bukti yang mereka dilanggar oleh kereta tersebut, maka mereka perlu memberi nama-nama anggota yang cedera,” katanya lagi.
Beliau menambah, adalah “tidak masuk akal” bagi sekumpulan anggota FRU yang terlatih untuk “merasa terancam” oleh empat remaja yang tidak bersenjata.
Subramaniam, bagaimanapun berkata, sehingga kini pihak polis masih tidak dapat memberikan butiran terperinci mengenai mereka yang cedera dan dimana anggota polis tersebut dirawat.... selanjutnya.
no2umno - polis kata 'adil'... alasannya, sapa suruh berkumpul.
0 comments:
Post a Comment