puterabatu - [...] Namun apa yang telah dilakukan Dato' Seri Anwar Ibrahim begitu hebat. DSAI tahu UMNO dan BN dalam keadaan yang lemah, DSAI tahu bahawa dalam keadaan UMNO kini yang lemah dan parah, Pak Lah akan menerima sesiapa sahaja agar isu dapat dialihkan. Justeru DSAI menyuntik agennya untuk memastikan bahawa, sekiranya Pakaan Rakyat gagal membentuk kerajaan persekutuan, beliau masih lagi boleh menjayakan cita-citanya untuk memperkasakan BPR dan seterusnya mengheret bapak-bapak rasuah UMNO dan BN ke penjara.
Kini kita dapat lihat Ezam masih lagi mewar-warkan ungkapan-ungkapan 'syirik' bagi UMNO. 'Reform', 'Agenda Perubahan' termasuk ungkapan dahsyat 'Saya tiada kesetiaan pada Parti atau Individu' apakah UMNO sebegini dhaif sehingga terpaksa menerima ahli sebegini? yang terus terang menentang dasar UMNO dan BN?
Saya pernah dahulu bersama-sama isterinya Bahirah Tajul Aris dan isteri-isteri tahanan yang lain memberikan ceramah untuk membebaskan suaminya daripada ditahan dibawah ISA sambil memungut derma untuk disalurkan kepada keluarga-keluarga mangsa ISA. Malah tangan saya ini juga yang mengutip RM1 dan kepingan 50 sen atas nama membela keluarga Ezam. Bahirah menceritakan betapa peritnya kehidupan sebagai seorang isteri yang suaminya ditahan dibawah akta tersebut. Pemuda KeADILan pula, dalam menghayati Sumpah Keramat, berdiri teguh dibelakang ketua mereka dan bersumpah menyebarluaskan sebanyak mungkin - betapa zalimnya akta ini dan betapa seksanya keluarga tahanan.... selanjutnya.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment