tranungkite - [...] " Setelah Ezam sertai semula UMNO ramai yang gelabah dan terkejut bercampur hairan dan kecewa kenapa beliau tiba-tiba kembali semua kepada UMNO yang pernah menghantarnya ke penjara. Kegemparan itu terjadi seolah-olah beliau adalah seorang tokoh yang terlalu penting dan menguntungkan UMNO yang sedang dilanda masalah itu. Mereka semacam tidak dapat menerima kenyataan terhadap peristiwa tersebut, tetapi lebih rela jika beliau menyertai parti lain selain UMNO.
Sebenarnya kembalinya Ezam kepada UMNO bukan sahaja mengejutkan penyokong PR, malahan juga menggusarkan pemimpin-peminpin muda UMNO sendiri yang risau dan sangsi dengan keikhlasannya. Jika keluarnya Mahathir dianggap membuang duri dalam daging UMNO, sebaliknya kemasukan Ezam dianggap kehadiran ular tedung ke dalam rumah tangga UMNO. Ular walau pun jinak dan tidak ganas tabiatnya, tapi awas pagutannya amat berbisa dan boleh membunuh mangsanya.
Perhitungan Ezam adalah silap jika beliau kembali kepada UMNO dengan menggalas impian agar beliau dilantik menjadi pemimpin besar UMNO. Beliau harus ingat, ahli-ahli UMNO baik peringkat akar umbi mahupun peminpin atasan, tidak akan respect kepada orang yang pernah murtad dari parti tersebut.... selanjutnya.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment