malaysiakini - [...] Amran berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Panel Rayuan Lembaga Displin Umno, Tan Sri Zuki Kamaluddin bahawa pemimpin Umno yang dihadapkan ke lembaga displin dan jika didapati bersalah, menghadapi risiko, termasuk terlepas peluang bertanding dalam pemilihan parti Disember ini.
Akhbar Utusan Malaysia memetik Zuki sebagai berkata, sekiranya digantung keahlian kira-kira satu tahun atau dua tahun, maka hilanglah hak untuk bertanding.
Menurut laporan akhbar itu, seorang menteri dan dua orang ahli parlimen akan dihadapkan ke Lembaga Displin Umno.Selain Mukhriz, yang lainnya ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dan ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.
Mengulas lanjut mengenainya, Amran berkata, jika setiap komplen dikena tindakan displin, ia menunjukkan seolah-olah tidak ada demokrasi dalam Umno.
Sebaliknya, kata beliau, Zaid harus menghormati Mukhriz dan Tajuddin kerana mereka dipilih oleh rakyat.... selanjutnya.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment