KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 9, 2008

TS KHALID resigns as party sec-gen

Star - Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim said he has resigned as PKR secretary-general.

“The decision was made because (the party) feels it is best to have a secretary-general who is not an elected representative so that he can focus on the party,’’ Khalid told a press conference Wednesday after chairing the weekly exco meeting.

Khalid said Datuk Sallehuddin Hashim has been appointed the party’s new secretary-general.

“I have now been invited to the party’s political bureau and I have also been asked to be the Selangor state liaison chairman in order to plan PKR’s political efforts in the state,’’ he said.

To a question if he would be vacating his Bandar Tun Razak parliamentary seat for PKR adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim, Khalid said that he would not be doing so. More...

RM3.45 juta lesap dalam rompakan bersenjata

BHarian - Lima lelaki, termasuk dua pemilik syarikat penggurup wang bersama dua pengawal peribadi parah ditembak empat perompak yang berjaya melarikan wang $S1.5 juta (RM3.45 juta)dalam rompakan nekad di luar Pintu 8, Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, malam ini.

Dalam kejadian jam 7.50 malam itu, kenderaan dinaiki dua pemilik syarikat penggurup wang yang membawa mata wang Singapura itu dengan diiringi dua pengawal, diserang sebaik tiba di lokasi kejadian dari Kuala Lumpur. More...

MUNGKIN ADA YANG BERANGAN MENJADI KAYA?

Radenjowo
Ada yang tidak kena, tapi apa dia? Wak belek belek berita Utusan dari pagi sampai ke malam. Otak masih beku, tak boleh nak pikir walau satu. Apa yang cuba disembunyikan dan apa yang cuba diberitahu?

Mahu rasanya dihentakkan kepala, biar terkeluar butir butir manik bercampur darah, agar boleh mencetuskan idea diluar kotak pemikiran bedul wak nih. Tapi akan kan daya, sehingga kini masih bertanya.

Kenyataannya .... Kekalahan UMNO paling menyedihkan. Ramai anggota dan ahli UMNO meronta ronta kebinggungan kerana kekalahan. Ini soal masa depan. UMNO paranoid dengan keadaan kalau merujuk kepada bentuk pemerintahan mereka dahulu. Terbiasa dengan mendabik ada. Aku orang UMNO, katanya. Kalau UMNO menang, pembangkang terpinggir. Dan sekarang Pembangkang sudah menang dan mungkin kah UMNO terpinggir? Peluang bimbang ditutup biar pembangkang melutut dan mencium tangan seperti apa yang dibuat oleh Sang Kelembai.

Inilah budaya takut menakut yang berjaya di realisasikan pada tahun 1969. Rusuhan kaum....? Grrrrr ...... Takutnya. Tapi sampai sekarang tiada apa yang berlaku. Cina, India dan Melayu hidup seperti biasa dan hujung bulan lepas semua dapat gaji seperti selalu.

Yang bimbang atas kekalahan adalah UMNO sendiri kerana tidak pernah melihat orang lain menang. Bingung, pitam dan kusam. Masa depan yang kelam seperti tiada harapan bagaikan saham komoditi jatuh menjunam. Ramai yang bimbang menjadi papa walaupun simpanan masih beribu ribu.

Yang tepuk dahi, yang langgar dinding, yang meraban dan tidak kurang juga yang terlentang di padang dan bercakap seorang kerana memikirkan tanggung jawab yang berada di depan. Ini semua kerana akidah sudah longgar, Kalau tiada BN, tiada UMNO, mereka mungkin mati tak makan. Mungkin itu yang mereka fikirkan.

Isu babi, hah ....... satu satu nya peluang. Ini lah masa untuk kita bangun menentang. PR tidak boleh memerintah!!! PR tak perihatin masalah rakyat dan PR kurang ajar. Mereka cuba cetus kebimbangan. PR baru pegang kuasa cuma tidak sampai sebulan. Apa yang mereka bimbangkan sebenarnya? Adakah PR atau peluang yang hilang?

Berita hari ini,
Menurut ketua kampung Tumbuk, , Mohd. Tarmudi Tushiran berkata, lebih dikesalkan ialah kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas juga tidak pernah turun padang untuk melihat sendiri kesulitan yang dialami penduduk sekitar akibat aktiviti penternakan babi di kawasan itu.

‘‘Tahu-tahu mereka telah meluluskan projek tersebut. Tiada pertemuan atau perbincangan diadakan dengan kami sejak mereka memerintah. Ini jelas satu penghinaan.

‘‘Berapa besar pusat penternakan yang hendak mereka dirikan? Itu semua kami tidak dimaklumkan. Apa jaminan kehidupan kami? Itu juga tidak dimaklumkan. Kami terus dihukum, terima pusat penternakan yang kami tolak selama ini,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.

Menurutnya lagi ketika pemerintahan BN, ‘‘Antaranya mereka membawa saya selaku ketua kampung meninjau pusat penternakan babi di Jerman bagi menyakinkan tentang teknologi yang bakal digunakan itu. - Utusan Meloya
Stoppppp !!!! Mereka dibawa ke luar negara? Siapa mereka? Satu kampung atau ketua kampung atau pemimpin setempat sahaja? Berapa ramai agaknya? Apakah yang dijanjikan Khir Toyo pada pemimpin kampung Tanjung Sepat Sebelum pilihanraya? Dan kalau mereka tidak setuju masakan Khir Toyo meluluskan perternakan babi secara modern. Tak kisah kecil atau besar yang pasti, ianya sudah dipersetujui.



Akhbar pun panik. Satu kata tidak yang satu lagi kata sudah, tapi kandang yang kecil? Di dalam penafiannya, Khir Toyo tidak menyebut berapakah peruntukan dan berapa besarkah keluasan kandang. Mahu tanya lebih, dia sudah pun terbang ke Mekah, menunaikan UMRAH.

Bidalan UMNO yang terus diguna pakai adalah, UMNO kayakan kroni. Itu kata mereka. Siapa kah kroni kroni itu? Adakah pemimpin pemimpin UMNO atau mereka yang dibawa ke Jerman untuk lawatan? Tak mahu menuduh tanpa bukti tetapi sekarang keadaan sudah bertukar. Kerajaan sudah berubah dan RM100 juta bakal keluar. Banyak tu .... Siapa yang dapat?

Yang pasti proses dibuat sekali lagi. Yang masuk tender, sebut harga. Buat kandang, bancuh simen, buat kursus, impot bahan, jual makanan dan sebagainya. Mungkin kah ini sebenarnya yang mereka bimbangkan? Kita tunggu Khir Toyo pulang atau biarkan MB Selangor dedahkan kertas persetujuan. Biar semua mulut diam. Nanti ..... ada yang tepuk dahi kerana angan angan mahu kaya, tidak menjadi realiti.

Magic, sheer magic

THE CORRIDORS OF POWER
Raja Petra Kamarudin

Magic, sheer magic

(...) Yes, this is that special person who organised the assembly of 1,000 Umno division and information heads who were not even Umno members. And he managed to get Umno, Barisan Nasional, the media, and the entire country to believe that the assembly really took place. But one thing this man did not anticipate is that Malaysia Today has spies everywhere and what our spies reported was a far departure from what actually was. And get a load of this report from our spy who had me rolling on the floor laughing when he told me the story of the so-called assembly of 1,000 Umno leaders last Sunday.

Dear Raja Petra Kamarudin,

Abdullah Badawi and Muhammad son of Muhammad claimed that they had a gathering of over 1,000 party members at the PWTC on Sunday, comprising mostly of Ketua Penerangan Bahagian (Divisional Information folks) and Ketua Bahagian. Here is a report from The Star:

"Several Umno leaders have welcomed Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi’s frank explanation on issues affecting Barisan Nasional and Umno’s poor showing in the general election. Umno Information chief Tan Sri Muhammad Muhammad Taib said the party president had given a comprehensive speech touching on all factors that caused losses in certain parliamentary and state constituencies.

“With the sincere explanation by the party president we can understand the main factors which caused the losses in certain areas and the steps that should be carried out by Umno,” he said after the closed-door briefing session by Abdullah to at least 1,000 grassroots leaders at PWTC here yesterday. Umno supreme council member Datuk Khaled Nordin said Abdullah had given a clear explanation about the position of the party and the problems it faced."

Or so it might seem. The purpose of the gathering was to conduct a postmortem on the worst electoral performance by UMNO since 1955. But there are only 193 UMNO Divisions yielding 386 Ketua Bahagian and Ketua Penerangan. Who were the remaining 600 plus attendees?

Well, first of all there were very few Ketua Bahagian or UMNO MPs in attendance. Rafidah was not there, Mukhriz was not there. And neither were Tengku Razaleigh and about 170 other Ketua Bahagian. They were all just not there. There were only a handful of Ketua Bahagian like Idris Jusoh, Shahidan Kassim, Tajol Rosli, Mustapa Mohamad, Najib, and a few others.

Please see this picture:

http://thestar.com.my/archives/2008/4/7/nation/n_4tajol.jpg

http://thestar.com.my/archives/2008/4/7/nation/n_4tajol.jpg

So who were those in attendance? I really don’t know. But there were many teenaged girls there. You can see some of the teenagers in this picture in The Star:

http://thestar.com.my/archives/2008/4/7/nation/n_6umno.jpg

http://thestar.com.my/archives/2008/4/7/nation/n_6umno.jpg

They were definitely not Ketua Bahagian or Ketua Penerangan Bahagian or any kind of grassroots leaders. Look at the four women in the first row of this picture. The first two girls from the left were some of the teenagers who did not seem to know where they were or what they were doing. There were many women, like the woman in the blue blouse, who looked like they were forced to sacrifice their Sunday shopping to attend this gathering. Dear Raja Petra, this gathering was staged. It was a fake. It was not a gathering of 1,000 UMNO grassroots leaders for the purpose of conducting any postmortem.

The bulk of the 1,000 people were just props (actors or extras) -- possibly Civil Servants, ordinary UMNO members and Puteri representatives -- who were given some pocket money to attend so that they could fill up the seats at the PWTC. They may not even have been UMNO members -- the teenaged girls all looked like students. Being an UMNO member let me tell you that bussing people to make the numbers at events is typically UMNO. more...

Pengkritik akhirnya cium tangan PM

Malaysiakini - Di tengah gelombang penentangan penulis blog terhadap perdana menteri, seorang daripada mereka yang lantang mengecam Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membuat pusingan U politik.

Zaharin Mohd Yassin, satu-satunya ahli Umno yang dipecat kerana mengkritik keras Abdullah melalui blognya, kelihatan mencium tangan Abdullah di lapangan terbang Kota Kinabalu kelmarin.

sang kelembai zaharin cuim kiss pak lah 090408Zaharin, juga popular dengan nama 'Sang Kelembai', dilaporkan menunggu presiden Umno sewaktu lawatannya ke Sabah pada Isnin.

"Abdullah yang tidak menyangka kehadiran Zaharin kelihatan kaget dengan kejadian itu dan membiarkan Zaharin bermonolog sendiri," lapor penulis politik Mohd Sayuti Omar di blognya 'Merah Tinta MSO' (msomelayu.blogspot.com) semalam.

Laporan Mohd Sayuti itu, yang juga pemilik akhbar mingguan politik Siasah, turut memuatkan tiga keping foto saat-saat dramatik itu.

Penulis blog 'Sang Kelembai' (sangkelembai2006.blogspot.com) dipecat daripada Umno pada September 2006.

Sewaktu mengumumkan tindakan tatatertib itu, Abdullah berkata Majlis Tertinggi (MT) sebulat suara memecat Zaharin selepas meneliti laporan Jawatankuasa Pengurusan dan Lembaga Disiplin Umno.

Setiausaha agung waktu itu Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad pula berkata MT memutuskan untuk mengenakan hukuman lebih berat daripada cadangan oleh lembaga disiplin Umno. More...

No2umnO - Wak tak dapat bayangkan kalau satu hari nanti keluar pulak berita, RADENJOWO CIUM TANGAN KHIR TOYO ........ Heheheh geli geleman.

AMARAN: UBAT BATUK DAN SELSEMA MERBAHAYA

Mesej asal oleh Dato' Dr Jemilah Mahmood, Hospital - Gleanagles

PERHATIAN!!! SILA BACA DENGAN TELITI DEMI ANAK-ANAK ANDA DAN ORANG LAIN YANG ANDA KASIHI!

UBAT BATUK DAN SELSEMA KITA RUPANYA MERBAHAYA KERANA BOLEH MENYEBABKAN PENDARAHAN OTAK. PENARIKAN SEMULA UBAT MENGANDUNGI PHENYLPROPANOLAMINE

Kepada Semua,

Kesemua ubat yang mengandungi PHENYLPROPANOLAMINE sedang ditarik balik. Anda boleh menghubungi nombor 800 yang tersenarai di semua kotak ubat dan bertanyakan tentang bayaran balik. Sila baca dengan TELITI, kerana sesetengah daripada anda menggunakan ubat-ubat ini , (salah satunya ialah Alka Seltzer Plus).

BERHENTI MENGAMBIL sebarang ubat yang mengandungi PHENYLPROPANOLAMINE . Ia didapati berkait rapat dengan pertumbuhan hemorrhagic stroke (pendarahan otak) di kalangan wanita berumur 18- 46 tahun tiga hari selepas mengambilnya. Masalah tersebut belum dikesan untuk lelaki, tetapi FDA menyarankan setiap orang (termasok kanak-kanak) mencari alternatif lain.

UBAT-UBATAN BERIKUT MENGANDUNGI PHENYLPROPANOLAMINE :

1. Acutrim Diet Gum Appetite Suppressant

2. Plus Dietary Supplements

3. Acutrim Maximum Strength

4. Appetite Control Alka-Seltzer Plus

5. Children ' s Cold Medicine Effervescent

6. Alka-Seltzer Plus Cold Medicine (perasa ceri atau
oren)

7. Alka-Seltzer Plus Cold ! Medicine Original

8. Alka-Seltzer Plus Cold & Cough Medicine
Effervescent

9. Alka-Seltzer Plus Cold & Flu Medicine Effervescent

10. Alka-Seltzer Plus Cold & Sinus Effervescent

11. Alka Seltzer Plus Night-Time Cold Medicine
Effervescent

12. BC Allergy Sinus Cold Powder

13. BC Sinus Cold Powder

14. Comtrex Deep Chest Cold & Congestion Relief

15. Comtrex Flu Therapy & Fever Relief

16. Day & Night Contac 12-Hour Cold Capsules

17. Contac 12 Hour Caplets

18. Coricidin D Cold, Flu & Sinus

19. Dexatrim Caffeine Free

20. Dexatrim Extended Duration

21. Dexatrim Gelcaps

22. Dexatrim Vitamin C/Caffeine Free

23. Dimetapp Cold & Allergy Chewable Tablets

24. Dimetapp Cold & Cough Liqui-Gels

25. Dimetapp DM Cold & Cough Elixir

26. Dimetapp Elixir

27. Dimetapp 4 Hour Liquid Gels

28. Dimetapp 4 Hour Tablets

29. Dimetapp 12 Hour Extentabs Tablets

30. Naldecon DX Pediatric Drops

31. Tavist-D 12 Hour Relief of Sinus & Nasal
Congestion

32. Triaminic DM Cough Relief

33. Triaminic Expectorant Chest & Head Congestion

34. Triaminic Syrup Cold & Allergy

35. Triaminic Triaminicol Cold & Cough

Adalah difahamkan pihak pengeluar Triaminic dengan secara sukarela menarik semula ubatan berikut kerana mengandungi campuran yang menyebabkan stroke dan serangan mengejut kepada kanak-kanak:

Orange 3D Cold & Allergy Cherry (merah jambu) 3D Cold & Cough Berry 3D Cough Relief Yellow 3D Expectorant

Hubungi mereka di nombor 1-800-548-3708 dengan menyatakan nombor lot pada kotak untuk membolehkan mereka menguruskan pemulangan ubat tersebut dan mereka akan memberikan bayaran balik kepada anda. Jika anda mengenali sesiapa yang mempunyai anak kecil,

Untuk memastikan maklumat ini, luangkan masa untuk melawati laman web ini :

http://www.fda. gov/

EDARKANNYA KEPADA SEMUA ORANG YANG ANDA KENALI AGAR MEREKA BOLEH MENGAMBIL LANGKAH SEWAJARNYA UNTUK MENGELAK TRAGEDI KEPADA KELUARGA MEREKA.

Al-Kisah Blogger pertama dipecat dari Umno dan Hikayat Babi di Selangor

Email : azzlie@gmail.com

Maka gemparlah alam blogger senusantara dengan terjadinya fenomena alam yang kurang ganjil ini. Di khabarkan bersua dan bertautlah kembali kasih sayang di antara bekas hulubalang Umno dengan al-sultan wal Umno. Tidaklah menjadi masalah kiranya kasih sayang dan silaturrahim yang sudah lama terputus dijalin kembali. Carik-carik bulu ayam - ibarat kata hulubalang ganu al-Rosol yang terkenal derhaka kepada Sultan itu. Namun, beberapa persoalan ditimbulkan arakian akibat pertemuan tersebut. Di tambah perisa dengan dua tiga cerita yang kurang sedap di dengar halwa telinga.

Di khabarkan Sang Kelembai yang gagah perkasa itu begitu kritis mengkritik presidennya dan kabinet tiga beranaknya, dibeli dengan harga RM 1 juta adanya. Ditambah lagi dengan pertemuan tersebut dibuat di nun jauh di negeri bawah bayu adanya. Aduhai. Apa dah jadi kiranya. Ada harga jua akan diri sang gergasi kelembai itu rupanya. Atau mungkin sudah menjadi tradisi hulubalang-hulubalang Umno - asal ada padi semua deras. Tetapi yang akan diriku ini faham adanya, blogger-blogger picisan kini sudah boleh 'demanding'. Taknak kena ketuk banyak-banyak, hulur sahaja. Silap-silap boleh jadi jutawan sekelip mata. Hi, rezeki tersepak. Siapa yang tak hendak, ye dak??

Maka di sini lah pentingnya tarbiyah dan dakwah. Sebagai pendinding diri untuk bekalan dalam perjuangan . Jika berpegang kepada dua - Al Quran dan al Hadis, insya Allah. Tidak akan lemas adanya. Selamat di dunia dan akhirat.

Bergegarlah juga seluruh media-media barisan pengampu - TV, radio, surat khabar. Di canang ke seluruh dunia yang Selangor ini ada pertenakan babi rupanya. Di kutuk dia akan proses permodenan dan pembaikan belaan babi ini. Maka siang dan malam disuluh akan Menteri Besar Selangor yang di dalam pakatan rakyat ini. Rakyat Selangor tak setuju dengan bab ini. Di tambah dengan sokongan 2-3 exco Selangor dalam perkara ini. Maka mengelegaklah orang Melayu yang memang sensitif dengan benda najis ini. Alamak, penyokong-penyokong pakatan rakyat pun tumpang sekaki. Tak setuju dengan keputusan MB yang mereka sendiri lantik. Kiranya dah terserlah belang sebenar MB Selangor ini. Bersorak lah pakatan-pakatan UMNO. Bola tanggung ini katanya. Kita orang dah pesan, siapa suruh depa pilih MB ni. Hanya Umno yang berhak memerintah Selangor, orang lain mana terer bab perintah-perintah ni. Kan kita orang dah lama perintah negeri dengan kaedah 'pecah dan bolot' ini.

Tapi alamak!!! MB Selangor baru saja buat sidang media tadi. Projek ini satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional. Maka ada sedikit elok diteruskan. Pertenakan ini dijadikan berpusat. Sisa dan bahan najis binatang ini dikitar semula. Tak mencemar alam sekitar bagai di Melaka dan Negeri Sembilan itu. Dan tiada lagi tempat-tempat lain di Selangor ini boleh dijadikan tempat ternakan ini membiak dan diternak. Aduh! Pandai juga MB Selangor ni berpecak silat. Rupanya kita dan UMNO sama-sama terkena. Dah ludah kena jilat balik ?? Terpalit pulak ke muka sendiri. hahaha.. Hidup Pakatan Rakyat!! Hidup Khalid Ibrahim!! Hidup Selangor

MELAYU BERBUDI BAHASA? .... BOHONG !!!

WASPADA .... BAHASA PROVOKASI

Radenjowo
Rasanya baru 4 bulan blog No2umnO diujudkan, pelbagai bentuk sambutan yang diperolehi. Ada yang menyokong, melihat lihat, melawat dan tak kurang juga yang datang untuk meliwat blog ini dengan menggunakan bahasa kasar dan lucah di dalam memberikan komen mereka. Bila komen yang dihantar melalui Ruangan komentar artikel, wak lulus kan kerana ianya sedikit tersorok. Pada yang rajin membaca komen, mungkin akan perasan. Berlainan pula dengan ruangan Shoutbox yang diujudkan untuk memberikan reaksi spontan terhadap sebarang isu semasa, politik dan tempatan. Perbincangan antara pelayar menjadikan ianya menarik untuk ditonton. Disamping memberikan wak sedikit idea sambutan dan perasaan pelayar yang ada.

Sudah hampir sebulan, ianya diujudkan, kita mampu menilai fahaman politik setiap seseorang yang menyertaikan forum tersebut melalui perkataan yang dikeluarkan. Ia mampu menilai kebijaksanaan seseorang disamping bongkar keburukan, kualiti diri masing masing. Mungkin ada yang kurang ajar atau seperti tiada pendidikan, tetapi itu lah bahasa yang sering digunakan oleh penyokong penyokong parti yang kecundang di Selangor dan 4 negeri lain yakni UMNO.

Perkataan, pan***t, p**i, bu***h, f**k dan pelbagai bentuk makian dan cacian mereka mencerminkan diri yang tidak sabar, samseng, ego dan mungkin kerana hasil tumbesaran dan pemakanan yang tidak sihat selama berurusan dengan parti tersebut. Atas semua unsur unsur tersebut, maka lahirlah jenerasi yang sebegitu. Tidak hairanlah, pemimpin UMNO sebenarnya turut pening kepala dengan gelagat dan sikap penyokong UMNO kerana sikap samseng dan ganas mereka ini. Mungkin juga semua ini kerana kurangnya penerapan nilai Islam di dalam berpolitik.

Isu samseng di dalam UMNO ini sudah lama berlaku. Sejak awal penubuhan sudah ada yang bersikap sedemikian. Merujuk kepada sejarah ayah wak dahulu, beliau memang biasa menerima ugutan untuk tidak menjadi calun atau terlibat dengan PAS pada ketika itu. Ini berlaku berlaku pada tahun 80an. Manakala menurut datuk wak pula yang sekarang sudah lama tiada, Sikap samseng sebegini sudah ada sejak penubuhan awal PAS di Tanah Melayu.

Wak rasakan isu bahasa dan karektor UMNO sebegini perlu diperjelaskan kerana ia mampu memberikan sedikit contoh dan teladan kepada jenerasi muda terutamanya. Yang mana baik dan yang mana buruk.

Pengajarannya adalah, jangan libatkan diri dengan apa apa urusan UMNO dan BN kerana ia bakal merosakkan bukan hanya diri sendiri tetapi jenerasi. Rosak bahasa, budaya dan budi pekerti.

Untuk memperjelaskan semua ini, mari kita lihat komen yang terdapat di dalam Tranungkite, yang wak ambil untuk dijadikan sebagai rujukan kepada artikel ini.

Sebuah artikel di dalam Tranungkite merujuk kepada isu babi di Selangor dan Wak memetik komen yang diberikan di dalam artikel tersebut. Semua komen berikut adalah dari individu yang sama dan anda nilai kan sendiri bagaimana sikap mereka mereka ini.


Komen 1: ustaz mane ajar ko ni...sesat ni....mungkin lebai hadi ajar ko tak...kalu ader sape2 org pas kat sini ajar ckit budak bringus ni....kesian dia sesat...

Komen 2: aku xkate konsert halal, tapi ko plak sokong budak tu cakap mgumpat halal...isk, xder org pas yang betol ker...sume sokong babi buta jer...

Komen 3: ko ni yb mane?elok mb selangor buat kandang ko lagi bagus...ader gak tukang melalak...

Komen 4: yeke? mat said dah sokong pas kot....dah ikot telunjuk kapir negara islam pon dah xmau buat...pirah mabukkk...

Komen 5: aku rasa elok MB selangor bela ko duk dalam kandang.. xpon kerja ngan dier jg babi2 beliau...ape la nasib ko, lebih baik tembelang dari menetas...

Komen 6: skrang dah xder...aku dgr MB baru bria nak buat kandang ko skali...
Tak cukup dengan artikel itu, dia turut membaca artikel yang wak kirimkan, (tak perlu sebut nama) dan orang yang sama turut memberikan komen dan ianya seperti berikut,
Komen 7: bagus jugak ternak babi ni.. mane tahu satu hari nanti malaysia jadi penguluar babi terbesar didunia... export pon byak... negara pon maju... byk babi,byak la barang makanan brunsur babi....
Masalah ini mungkin sukar untuk diselesaikan. Keadaan ini tambah menjadi jadi apabila BN menerima kekalahan yang sungguh mengaibkan pada PRU12 lepas. Jesteru itu, mungkin ada pelaburan tambahan dibuat untuk menggajikan seseorang itu bagi menolak dan mencaci blog dan website yang dimiliki oleh individu arus Pakatan Rakyat (PR). Komen komen sebegini terpaksa di terima kerana sikap keterbukaan blog milik individu yang beraliran Pakatan rakyat. Walaupun bahasa mereka kekadang diluar batasan kemanusian.

Blog wak pun kekadang bimbang kalau kalau terpacul perkataan yang lucah dituliskan oleh mereka mereka ini, tetapi kemampuan kita terbatas dan tidak mungkin untuk memantau 24 jam kepada satu sudut yang sama setiap hari.

Bahasa bahasa UMNO sememangnya kerap tidak boleh diterima langsung. Ini bukan sahaja kepada laman blog aliran PR, tetapi juga kepimpinan BN sendiri.

Kalau anda tidak percaya, cuba masukkan komen berbahasa seperti di atas ke laman blog drkhir.blogspot.com....dan sudah pasti ianya tidak disiarkan. Tak percaya? Cuba......

Maka tanggung jawab sendiri untuk menjaga sopan santun kita. Kalau orang kata Melayu berbudi bahasa, tinggi pekerti. Itu semua BOHONG. Ianya sudah lama hancur seperti kehancuran yang berlaku di dalam UMNO sekarang. Berbincang lah secara bijak kerana biarpun wajah tidak kelihatan, tetapi ianya adalah nilai seseorang itu. Kalau buruk bahasa, maka buruk lah rupa dan budaya seseorang itu.

Ada yang kata ianya bukan salah ibu mengandung, tetapi pemakanan ibu tersebut mungkin juga boleh mempengaruhi dan merosakkan janin bayi sehingga menjadi kurang ajar apabila besar. Kepada penyokong parti PR pula, diharap agar tidak terpengaruh dengan bahasa provokasi dan kurang ajar UMNO kerana kalau semua manusia bijak menilai, tak perlu lah syaitan diujudkan. Terpengaruh kepada syaitan bakal menjadikan manusia sama spesisnya seperti mereka. So ..... siapakah anda?

Mufti Perlis terkejut, kenapa tiba-tiba sensitif dengan fitnah terhadap Islam

Siasahdaily
(...) "Atau, sebagai salah satu ubat yang cuba ditelan bagi memulihkan diri akibat hentakan demam pilihan raya yang ramai belum dapat ‘kebah’."

Demikian tulis Mufti Perlis, Dr Mohamad Asri Zainal Abidin dalam laman webnya, drmaza.com.
Beliau dipercayai mengulas langkah Pemuda Umno yang membuat demonstrasi membantah filem 'fitna' yang diterbitkan oleh seorang ahli politik ektremis kanan Belanda, Geert Wilders (gambar).

"Namun, seperti biasa saya ingin mengajak kita melihat isu ini dari sudut-sudut yang lain juga. Kita perlu jelas, bahawa apa yang kita bantah bukanlah hak untuk individu atau syarikat menerbitkan sesebuah filem. Kita percaya kepada hak dan kebebasan yang dimiliki oleh individu, atau syarikat atau negara dalam batasan yang wajar.

"Sebenarnya, yang kita marah adalah pembohongan, pengkhianatan dan penyelewengan fakta. Itu yang dibantah oleh kita. Sama seperti seseorang yang menggunakan haknya untuk mendengar radio, namun dia telah menguatkan suara sehingga mengganggu jiran tetangga. Maka anak kecil yang sedang tidur menangis, ibunya terjaga, yang sedang membaca terganggu dan sedang berehat sesak pendengaran. Lalu mereka membantahnya," tulis Asri lagi. More...

S’gor to drop all legal suits against individuals

Malaysiakini - All legal suits against individuals filed by the Selangor government will be dropped said local government, research and study exco Ronnie Liu.

Liu, 50, relayed this during an interview with Malaysiakini at his sprawling 15th floor office in the state building in Shah Alam yesterday.

ronnie liu selangor interview 080408Sporting a crisp white shirt and striped tie, the DAP central committee member appeared to have settled down well into his new role and new office, although the purple furniture left behind by his predecessor does not tickle his fancy.

“I have been so busy I haven’t even had to time to organise things in my empty office. I haven’t even tried using the computer,” he quipped before the interview.

The Pandamaran state representative speaks about his portfolios, his relationship with the local authorities, development plans for the state and why Teng Chang Khim would make a good state assembly speaker.

Below are excerpts from the interview:

Can you tell us about the scope of duties in your state exco portfolio?

I have to lead two committees. One is local government the other one is basically research and development (R&D). R&D is a totally new portfolio. Local government used to be under the menteri besar but we took it away to lessen (state menteri besar) Tan Sri (Khalid Ibrahim)’s burden because he is already busy with land, finance and economy. More...

Federal Govt. vs. State Govt.

carolyong
If it’s not bad enough that Ms. Azalina, the current “Tourism” Minister has terminated all MoUs with the 5 Pakatan Rakyat states (read more about it here), more BN-cronies have decided to show their true colours - the lack of a proper, functioning brain.

From The Star:

All JKKK members in Penang to quit

NIBONG TEBAL: All 4,000 members from the 200 Barisan Nasional-appointed Village Development and Security Committees (JKKK) will quit en bloc and join a new federal-level JKKK.

State Barisan deputy liaison committee chairman Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah said the new committee would report directly to the federal government.

“This new JKKK, which will continue to receive allowances from the federal government, will focus on federal-initiated projects and activities.

“They will not duplicate or overlap the duties carried out by the JKKK members that the new state government plans to appoint,” he told reporters at his residence here yesterday.

Hello. What is this? Double standards?

Since when was there a federal-level JKKK? Why must there be one? Are they insinuating that people the PR appoints are unable to do the job? Some more they get allowances from the federal government? HELLO? WHERE IS THE MONEY COMING FROM!

You see right, you really can see the true colours of BN now lor! Sour grapes. Wah, lose already, so trying their best to salvage the remains of their tattered pride. Please la. The people can see through your petty actions. You think this is earning you Brownie points? No, you’re just preparing for the next tsunami in the 13th GEs!

Ho! Now that I am on a roll (it’s 4.15am and I really should be sleeping) I will continue talking about the tourism thing! More...

UMNO KELANG CARI MUSUH DALAM SELIMUT

Khuatir ada ahli sabotaj rakan

Metro
- Umno Selangor khuatir ada kemungkinan ahli Umno negeri itu ‘mensabotaj’ rakan mereka dalam parti selepas pucuk pimpinan mengeluarkan kenyataan bahawa siasatan menyeluruh bakal dibuat untuk mengesan pembelot yang menyebabkan Barisan Nasional (BN) kehilangan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya Umum (PRU) lalu.

Ketua Penerangan Umno negeri, Datuk Abdul Rahman Palil berkata kekhuatiran itu berasas kerana ada kemungkinan ahli parti sengaja membuat laporan palsu terhadap ahli lain atas kepentingan diri sendiri.

“Ada kemungkinan ahli terbabit membuat laporan palsu kerana rasa tidak puas hati terhadap ahli lain atau kerana perselisihan faham sesama sendiri sama ada di peringkat cawangan atau bahagian.

“Jadi, Umno Selangor berharap, siasatan untuk mengenal-pasti ahli yang mensabotaj BN perlu dilakukan secara terperinci bagi memastikan tiada ahli Umno yang teraniaya atau dianiaya,” katanya, di sini, semalam.

Beliau yang juga bekas Exco Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat Selangor, ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Nelayan Kawasan Pelabuhan Klang ke-29, di Dewan Datuk Ahmad Razali, Kapar. more...
No2umnO - Perbincangan yang melibatkan UMNO ni cukup menarik. Bila dah kalah, UMNO tuding cari. Nak cari pasal, siapa yang jadi punca. Menariknya, Pak Lah tak ngaku yang menantunya menjadi alasan kekalahan. Lantas di tudingnya jari pada semua orang di bawah. Alasannya, Ahli UMNO sabotaj. Bila jari sudah dituding, maka pemimpin bawahan pun sibuk lah keluarkan amaran dan tunjukkan kononnya mereka bertindak sama memerangi musuh dalam selimut.

Ramai yang tidak perasan sekarang ini bahawa ahli UMNO yang lain sudah kecoh, bimbang di labelkan sebagai dalang kekalahan. Musuh utama tidak dipersalahkan dan sekarang rasa takut ini menular ke bawah.

Mungkin ini lah sebab aku tidak menjadi ahli UMNO sepanjang hayat. UMNO dah rosak dan budaya seperti ini sudah sebati. Takut, potong line, hasut, samseng, ganas, lucah, bunuh kawan, cantas sana dan cantas sini memang akan berlaku di dalam UMNO. Nak tunjuk pandai tak boleh, nak tunjuk bodoh pula takkan naik dan akhirnya usaha mencari dalang ini akan menyebabkan UMNO terus hancur dan berkubur. Mungkin Dollah Badawi dilahirkan untuk merosakkan UMNO. Sepatutnya Pakatan rakyat bersyukur dengan adanya Pak lah. Sekurang kurangnya Demokrasi kita berjalan sedikit baik dari sebelum ini. Alhamdullillah.

Perak Fm boikot kerajaan negeri Perak.

Matsamankati

(...)
Satu perkara yang janggal dari Perak Fm ni, sebelum pilihanraya dulu, tiap-tiap hari aku dengar suara Tajol Rosli berkempen dalam radio. Tapi lepas mengundi, tak pernah dengar suara MB baru. Program-program kerajaan negeri atau kenyataan MB pun tak pernah dengar.

Aku tanya kat Pengarah Penerangan Negeri yang baru dilantik, Ustaz Zulkifli Ibrahim. "Macam mana ni, Yob? Lepas menang, semua diam je. Menteri Besor dengan exco semua tido ke? Cerita-cerita la sikit kat kami yang dibawah ni. Cakap je kat Perak Fm, semua orang dengor."

"Susah kite, Mat. Hari tu teman pergi jumpa Pengurus Stesyen Perak Fm, bukan nak mintak dema promote kita, cume nak mintak dema umumkan program-program Hari Keputeraan Sultan Perak je, Dema kata, dema dapat arahan dari Pusat. JANGAN SIARKAN APA-APA BERITA YANG BERKAITAN KERAJAAN NEGERI YANG BARU."

Sampai macam tu UMNO punya busuk hati?

Teman cadangkan, Pakatan Rakyat kena cari jalan supaya maklumat dapat disebarkan. Optimumkan penggunaan internet. Kat kampong-kampong, buat macam Jabatan Penerangan tahun 60an. Tubuh satu unit penerangan tiap-tiap daerah dan tiap-tiap malam, kita buat wayang Penerangan. tapi tok sah le tayang cerita P. Ramlee saja. more...

Sanusi Junid sudah keluar pedang Samurai

Theindiestory
Bekas Menteri Besar Kedah, yang juga Bekas Menteri "Air Kelapa Muda" sewaktu berkubu di Kementerian Pertanian iaitu Dato' Seri Sanusi Junid; telah melahirkan rasa kecewa terhadap perbuatan bekas rakan-rakan kabinetnya kerana sanggup membiarkan Tun Dr. Mahathir bersendiran diserang oleh peluru-peluru kapur yang mempertikaikan keputusan kerajaan terdahulu.

Dengan nada kecewa beliau memberitahu; ""Seolah-olah Mahathir saja yang buat keputusan, sedangkan apa yang berlaku sebenarnya adalah keputusan Kabinet, kalau dulu sokong mengapa sekarang bantah," katanya.

Kenyataan tersebut merujuk kepada serangan Perdana Menteri; Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai pembabitan Dr Mahathir dalam kes penahanan ISA besar-besaran pada tahun 1987 yang dikenali sebagai ‘Operasi Lalang’. more...

Please, let Abdullah stay on PM

Dear Umno members,

Please continue to support Abdullah Ahmad Badawi's decision to remain as party president and prime minister. It will be even better if the Umno Supreme Council decides that there should be no contest for the post of president in the forthcoming Umno general assembly.

For people like me who voted for the opposition in the March 8 election, it is important for him to stay. For the opposition parties, it is even more important for him to continue to lead the party and the country for the next four or five years.

You see, if he stays on, I don't have to feel guilty about voting for the opposition again in the next election. And for the opposition parties, they don't have to worry about losing. With Abdullah still leading BN, I am sure the opposition will easily win all the remaining BN seats. In fact, it will be a walk in the park. more...

dipetik: fun8888.blogspot

UMNO macam ayam daging......

UMNO : MACAM AYAM BELA/DAGING TAK DIKASI MAKAN, LALU SALING MEMATUK KAWANNYA UNTUK DIMAKAN, AKHIRNYA MATI SEREBAN

annawawiy.multiply.com
(...)
Fenomena patuk mematuk ini akan terus berpanjangan hingga peringkat Bahagian dan Cawangan. Mustahil perkara patuk mematuk ini akan dapat dicegah, sebab isu pokok mereka ialah TIDAK CUKUP MAKAN. Selama ini, semuanya cukup makan, masing-masing menangkup melihat habuan di pinggan mereka. Tahukah anda apa yang berlaku sekarang, dengan kekalahan di 4 negeri iaitu Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang, berapa ramai balaci-balaci yang hidup di atas projek-projek, anugerah, lessen dan permit yang sekarang ini tidak cukup makan ? Puluhan ribu orang umno yang biasa makan ditapak tangan (melalui jalan salah) kini terpaksa mengais sendiri. Masalah besarnya adalah mereka tidak pandai mengais sendiri, mereka ayam bela, lain dengan kita-kita ni penyokong PR, yang sudah biasa MANGOKEH (MENGAIS) SENDIRI, KAKI KUEK (KUAT) SALERO TAK MEMILIH. Tahukah anda, dengan peralihan kuasa di peringkat negeri tersebut, akan banyak kereta besar akan kena tarik, akan banyak rumah banglo akan kena lelong, lobi hotel akan kosong.

Barang diingat, orang umno tidak akan mati kerana perjuangan demi bangsa, agama dan negara. Sedarkah kita, semua orang umno ini, nawaitu mereka masuk parti kerana nak COPEK (CEPAT) KAYO, kalau matlamat untuk copek kayo sudah mustahil dicapai, kenapa mereka mesti tunggu lagi, mesti cabut cepat, apa lagi dengan situasi sekarang, KALAU TAK LARI COPEK, ALAMAT MAMPUIH DIPATUK KAWAN SENDIRI. more...

UMNO cukup pandai membazirkan wang rakyat

Lubokkawah - 2000 ketua kampong dari Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor yang diminta oleh UMNO supaya meletak jawatan dari jawatan masing-masing akan diserapkan semula dibawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah. Elaun bulanan mereka akan ditambah dan akan dibayar terus oleh Kerajaan Pusat.

Berita yang dipetik dari Menteri berkenaan, Tan Sri Muhammad Mohamed Taib ini nampaknya mudah dan melegakan ketua-ketua kampong itu. Tetapi ini menandakan bahawa Kerajaan BN yang masih belum dapat berkompromi dengan kekalahan mereka di Negeri-Negeri itu sanggup membazirkan wang rakyat, wang pembayar cukai semata-mata untuk membayar gaji/elaun penyokong-penyokong dan ahli-ahli UMNO itu.

Semua ketua-ketua kampong itu adalah ahli-ahli UMNO dan sesetengahnya adalah Ketua UMNO Cawangan dan ada juga dari kalangan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian.
Tak cukup UMNO ini mmbazirkan wang melantik Ahl-Ahli Majlis Daerah/Perbandaran dikalangan ahli-ahli UMNO, dan pelbagai jawatan lain untuk ahli-ahli UMNO, mereka membazirkan lagi wang rakyat untuk ahli-ahli mereka.

Kalau kita kajiselidik kebanyakan ketua-ketua kampong yang dilantik oleh UMNO itu, mereka tidak mewakili penduduk-penduduk kampong, mereka hanya mewaikili sebahagian dari ahli-ahli UMNO didalam sesuatu kampong, dan sebahagian lagi dari ahli-ahli UMNO itu menentang mereka kerana mereka sedar banyak projek-projek kampong yang dilaksanakan, kontraknya diambil oleh ketua-ketua kampong itu sendiri dan ahli-ahli UMNO yang lain berasa sangat cemburu. More...

Sabah's cop refused to receive reports?

Star - A probe is underway following allegations that police personnel in a Sabah east coast district refused to receive reports that a company had "seized" nearly 800ha of oil palm plantations from small holders.

State Police Commissioner Datuk Noor Rashid Ibrahim said he had asked for reports on the matter from officers at the Kunak police station.

"We want to get to the bottom of this. Anyone should be allowed to lodge a report. They should not be stopped from doing so," he said following news reports quoting an affected smallholder that Kunak police did not "entertain" their bid to lodge reports against certain individuals.

Noor Rashid said those who could not lodge the reports should personally contact him.

He said police would also look into allegations that the company had hired about 100 foreigners armed with samurai swords and attack dogs to drive away the small holders who had been cultivating the land now worth some RM40mil. More...

80 % motosikal di Pulau Rupat guna plat Melaka

Percayakah anda bahawa 80 peratus motosikal yang digunakan oleh penduduk di Pulau Rupat, Riau dekat Sumatera, Indonesia menggunakan plat pendaftaran Melaka?

Motosikal-motosikal yang dipercayai kenderaan curi itu dibeli oleh penduduk tempatan dengan harga RM200 hingga RM300 dan mereka masih mengekalkan nombor plat Melaka bermula huruf M.

Kesemuanya dipercayai diseludup oleh sindiket yang mengangkutnya dari Melaka ke pulau itu menggunakan bot dan dipercayai turut melibatkan motosikal curi dari negeri lain.

Ia terbongkar ekoran Ketua Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Zainal Abidin Kasim yang melihat sendiri banyak motosikal yang bernombor plat Melaka, bebas bergerak di jalan-jalan di Pulau Rupat dalam lawatannya ke pulau itu Disember lalu.

Zainal Abidin memberitahu, berikutan itu beliau mengarahkan empat pegawai pergi ke Pulau Rupat untuk menjalankan siasatan mengenainya.

Menurutnya, hasil siasatan melalui bukti-bukti gambar yang dirakamkan oleh pegawai terbabit mendapati 80 peratus motosikal di pulau itu menggunakan nombor pendaftaran Melaka.

“Motosikal curi itu dibawa masuk ke Pulau Rupat oleh sindiket melalui kawasan belukar di Jeti Kuala Linggi, Alor Gajah. Kami telah tangkap empat orang baru-baru ini dan selesaikan banyak kes curi motosikal,” katanya di sini semalam. - Utusan loyar

No2umnO - Mudahnya. Adakah pembabitan orang dalam di dalam hal ini? Bila rasuah jadi budaya, apa apa pun boleh jadi. Dari daratan ke tepian pantai dan sekarang motor Malaysia sudah barada di luar negara.....Itu motor dan tak mustahil anak dara kita pun akan kesana selepas ini. Mungkin sudah ada pun ......

RAJA NAZRIN: Time right to review judicial appointments system



LEGAL EAGLES:
The Regent of Perak, Raja Dr Nazrin Shah, smiles as he listens to the animated view espoused by Chief Justice Datuk Abdul Hamid Mohamad after the opening of the three-day Judges Conference 2008 in Putrajaya.

NST - Raja Dr Nazrin Shah said the time was right to review the way judicial appointments and promotions were made.
The Regent of Perak said the many calls for a more transparent mechanism, one that was in line with other developed countries, should be given serious attention.

Addressing a conference of Malaysian judges here today, he noted that there was merit in the suggestion for the establishment of a judicial commission to make recommendations to the prime minister, who in turn, consults the Conference of Rulers.

"I am happy to note that in recent years, there has been a greater willingness on the part of the prime minister to consult the Conference of Rulers in a meaningful way.

"This is very much in keeping with the spirit of the Constitution and, I believe, leads to the building up of further confidence in the judiciary," he said.
Raja Nazrin said the present climate provided an excellent opportunity to press on with the needed changes, and the first step to be taken was to ensure that power was once again vested on the judiciary. more...

Bapa Azreen hargai usaha Husam, Alex pertemukan anaknya

Harakahdaily - Bapa Che Siti Nor Azreen, Che Ishak Che Kob bersyukur kepada Allah apabila seorang warga Malaysia yang berbangsa Cina, Alex Ong dari Kelantan hampir pasti akan mempertemukan anaknya yang hilang sejak bulan Disember lalu.

ImageSebelum ini akhbar melaporkan Azreen dibawa lari oleh seorang warga Indonesia, Toni Wijaya atau Supardi yang bekerja di ladang tempat keluarga Azreen menetap di Kampung Ulu Sawah, Rantau, Negeri Sembilan.

Che Ishak yang ditemui di rumahnya pagi tadi memberitahu, Alex melalui Perhimpunan Indonesia Untuk Buruh Migran Berdaulat dan Kijang Care menghubunginya beberapa hari selepas membaca isu kehilangan anaknya ke Indonesia dan bersungguh untuk mencari Azreen di Lombok Timur.

Turut serta dalam pertemuan antara Alex dan Che Ishak di Rantau pagi tadi ialah, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani yang juga Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan.

ImageUntuk maklumat, Kijang Care adalah sebuah pertubuhan yang diketuai oleh Exco Kerajaan Kelantan, Dato' Husam Musa.

Bercakap lanjut menegani penemuan Azreen, Che Ishak berkata, selepas empat hari pencarian dibuat, Alex akhirnya menelefonnya pada Sabtu lalu untuk memberitahu khabar gembira bahawa Azreen telah ditemui.

"Masa Alex telefon saya, waktu tu lepas Isyak, dia kata dah jumpa Azreen melalui kawannya di Lombok, hati saya berasa lapang, bersyukur ada pihak yang sudi membantu saya walaupun saya tidak pernah kenal dengan Alex ini.

"Alex ada memberitahu saya bahawa mula-mulanya, dia agak buntu pada permulaan pencarian apabila klu yang diperolehinya sukar menemukan lokasi Azreen, akhirnya Alex memberitahu saya dia ada menelefon Dato' Husam (Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa) dan meminta Husam berdoa agar usaha menemui kejayaan,

"Beberapa hari selepas itu, akhirnya Alex memberi khabar gembira kepada saya Sabtu lalu, lapang dada saya apabila mengetahui hal itu ... more...

KONONNYA KHIR TOYO TAK TERLIBAT

Jangan kaitkan projek ternak babi dengan kerajaan sebelumnya - Khir
utusan loya

Kerajaan negeri sekarang yang diterajui Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas, boleh mengkaji semula untuk membatalkan projek ternakan babi moden bernilai RM100 juta di Ladang Tumbuk, Kuala Langat, jika benar-benar mahu berbuat demikian.

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menegaskan tidak sepatutnya kerajaan negeri yang berkuasa ketika ini mengaitkan keputusan melulus kan projek itu pada 2 April lalu, dengan apa yang diluluskan oleh pentadbirannya pada 30 Januari lepas.

''Ini kerana kita (kerajaan negeri dahulu) hanya baru membuat perbincangan awal tetapi tidak ada kata mukta mad, kita setuju projek itu untuk skala kecil sahaja, tidak sampai RM100 juta, Selangor tidak perlu projek penterna kan babi bernilai sebanyak itu,’’ katanya.

Lagi wakil rakyat DAP dakwa ditawar RM80 juta untuk keluar parti

bharian

IPOH: Seorang lagi wakil rakyat DAP hari ini membuat laporan polis selepas mendakwa beliau menerima tawaran sehingga RM80 juta oleh pihak tertentu supaya meninggalkan parti DAP dan menyertai mana-mana parti komponen BN.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Buntong, A Siva Subramaniam, membuat laporan di Balai Polis Buntong, di sini, kira-kira jam 12 tengah hari.

Beliau berkata, selepas pelantikannya sebagai Adun Buntong, beliau dihujani sistem pesanan ringkas (SMS) dan panggilan telefon daripada beberapa individu yang menawarkan wang tunai sehingga RM80 juta dan menjawat jawatan Exco Perak jika memasuki parti komponen Barisan Nasional (BN).

"Saya menerima SMS dan panggilan itu sejak 5 April lalu termasuk pernah ditemui beberapa individu 29 Mac lalu yang memperkenalkan diri mereka daripada Umno dengan menawarkan imbuhan RM10 juta dan tawaran jawatan Exco.

"Saya terpaksa membuat laporan polis selepas tertekan dengan masalah itu dan ia adalah satu kesalahan serius serta tidak bermoral," katanya ketika ditemui di Balai Polis Buntong, di sini, semalam. more...

Polis tidak akan henti cari Sharlinie walau 20 tahun lagi

bharian - Polis tetap meneruskan usaha mencari Sharlinie Mohd Nashar, kanak-kanak berusia lima tahun yang dilapor hilang sejak 9 Januari lalu, walaupun sehingga memakan masa 20 tahun lagi, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Bakri Zinin.

Beliau berkata, polis tidak pernah mengambil jalan mudah terhadap kes yang membabitkan penculikan kanak-kanak, tidak kira yang masih hidup atau meninggal dunia.

“Selagi kes yang disiasat tidak ditutup atau pesalah dikenal pasti, polis terus melakukan siasatan dan mempunyai pendekatan tertentu dalam usaha memastikan mereka yang bertanggungjawab diheret ke muka pengadilan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Cegah Jenayah di sini, hari ini.

Beliau berkata, polis kini mengambil pendekatan untuk tidak menghebahkan kepada media mengenai perkembangan kes itu dan kes Nurin Jazlin Jazimin kerana liputan media kadang-kala boleh mengganggu siasatan dan hanya akan memberikan maklumat kepada penjenayah. more...

Gred petrol hanya 'menipu' - Husam

Malaysiakini
(...)
"Pada pendapat saya, ia suatu bentuk 'penipuan', ia bukan menurunkan harga minyak secara yang sebenar, ia hanya menurunkan mutu minyak dan dengan itu mengurangkan kos petroleum tersebut," katanya dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini kelmarin.

husam musa bangsar 080408 drinks latteMenurutnya, hanya kenderaan tertentu boleh menggunakan petrol yang bermutu rendah tetapi kebanyakan kenderaan, khususnya model terbaru, menggunakan gred tinggi.

Sedangkan, katanya lagi, cadangan ini bermakna minyak bergred tinggi akan menjadi lebih mahal akibat kurangnya subsidi.

"Kita lihat kenderaan diesel - banyak digunakan oleh kenderaan pengangkutan - yang dikeluarkan di Eropah kini tidak lagi menggunakan diesel bermutu rendah ...

"Thailand telah menggunakan diesel bermutu tinggi, Malaysia masih guna diesel mutu rendah, jadi kenderaan yang menggunakan diesel bermutu tinggi tidak boleh lagi dibawa masuk ke Malaysia kerana enjinnya akan rosak jika guna diesel di negara ini.

"Jadi, (kerajaan) kita sekarang sedang mengelabui mata rakyat tentang kedudukan ini.

"Ia tidak sebenar-sebenarnya rakyat Malaysia umumnya, bukan sahaja golongan miskin," kata Husam lagi, yang juga pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Kelantan. more...

Bila pemimpin dilaknati Allah

KAMAL AMIR MENULIS
MUNAFIK merupakan perlakuan paling dibenci oleh Allah pencipta alam. Kemunafikkan boleh mengakibatkan gugurnya iman. Bohong, menipu, mengadu domba, memutar belitkan kenyataan, pemesongan fakta sejarah dan terjadinya pelbagai kejadian jenayah adalah kesan dari sikap munafik.

Saat bertemu Datuk Ibrahim Azmi (Ustaz) mantan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Trengganu beliau ada menjelaskan sikap serta tindak tanduk paling bahaya dan perlu dijauhi adalah MUNAFIK kerana ia bukan sahaja boleh memecah belahkan perpaduan ummah malahan kemunafikkan turut menjerumus kepada laknat dari Ilahi.

Menurutnya baginda Nabi Muhamad S.A.W pernah memperjelaskan kepada para sahabat bahawa orang munafik adalah ibarat seekor kala jengking hitam berbisa yang berada diatas batu hitam di waktu malam hari. Amat sukar untuk mengenalinya. Namun begitu sikap orang munafik boleh dilihat melalui tindak tanduknnya seperti bila bercakap seringkali berbohong.

Disamping itu setiap kali dia berjanji maka seringkali dimungkiri. Seorang yang munafik juga terlalu suka menipu, pandangan serta pendapatnya tidak boleh diguna pakai.Kesan kemunafikkannya itu menyebabkan perbalahan sesama manusia mudah tercetus dan sekiranya dia diangkat menjadi pemimpin maka banyak kemusnahan akan terjadi.

Melihat dari penjelasan tersebut mampukah kita menafikan Abdullah Ahmad Badawi mempunyai ciri-ciri seorang yang munafik? Kepura-puraannya untuk dilihat baik, lemah lembut serta santun disamping seringkali mempamerkan gambaran alim tidak mungkin mampu menutup kemunafikkan dirinya.

Saat menerajui kepimpinan negara melalui satu acara dialog yang tersiar di saluran TV3, Abdullah Ahmad Badawi memberitahu bahawa anaknya bernama Kamaluddin tidak pernah memperolehi sebarang kontrak atau peluang berniaga dari kerajaan, sedangkan semua rakyat tahu terlalu banyak kepentingan perniagaan anaknya adalah terhasil dari pengaruh sebagai anak Perdana Menteri . more...

Selangor probes alienation of forest reserves


Sun2surf - Selangor has launched thorough investigations into the cancellation of 4,325.5ha of gazetted forest reserves alienated to various parties.

Mentri Besar Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim said the state government has already instructed all land and district offices in Selangor to furnish the list of the parties who have received the land.

A total 241,568ha of the total 796,084 ha in the state area has been gazetted as forest reserves, he said.

"However, district and land office records show that 4,325.5ha of forest reserve status had been revoked between 2000 and 2007."

He said most of the land have been earmarked for property development.

Abdul Khalid also commented on the issue of duplicated land titles, saying there are currently 21 cases which are being investigated by the police or is in court.

He said these disputes involved a total of seven acres of land, mostly located in rural areas and in the Petaling and Gombak districts.

The new state government has decided to continue with the one-stop modern pig farming project in Ladang Tumbuk, Mukim Batu in Kuala Langat, which was approved by the previous state government on Jan 30.

Abdul Khalid said the new state government will improve on the implementation of the project as it is currently already operating as a centralised pig farming area, which adheres to the Agriculture and Agro-based Industry Ministry, the Natural Resources and Environment Ministry and state government's quality standards.

He said the one-stop centre will resolve the problem of pollution due to waste from pig farming.

Abdul Khalid said all the waste will be reused as bio-gas for electricity, water for cleansing of the farm and food farming for the livestock. more...

Tidak salah untuk kawal alam sekitar - Mufti

Kelantankini - Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata tindakan kerajaan negeri Selangor meluluskan projek ternakan babi berkelompok boleh diterima jika ia bertujuan untuk menyatukan semua ladang ternakan haiwan itu.

Bagaimanapun katanya tindakan berkenaan adalah salah jika ia bertujuan untuk menyumbang kepada kepesatan industri ternakan haiwan berkenaan yang jelas salah di sisi agama.

“Sebaliknya jika niat mereka (kerajaan Selangor) ingin memelihara alam sekitar dengan menyatukan semua ladang ternakan itu di Selangor, maka ia boleh diterima kerana dapat mengelak pencemaran berlaku.

“Oleh kerana projek ini hanya untuk bekalan domestik, mungkin jumlahnya tidak begitu besar dan boleh dikawal sekiranya ia benar-benar bukan untuk dieksport dan dengan niat menjaga persekitaran,” katanya sebagaimana dilaporkan akhbar Berita Harian hari ini.

Semalam, akhbar melaporkan PAS menyokong keputusan kerajaan Selangor melaksanakan projek ternakan babi berkelompok bernilai RM100 juta di Sepang.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali, berkata beliau menyokong penuh projek berkenaan selagi ia tidak mencemarkan alam sekitar.

Selain Dr Halimah yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, dua Exco PAS yang turut menyokong ialah Datuk Dr Hassan Ali (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam) serta Iskandar A Samad (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan).

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata projek bernilai RM100 juta yang akan dilaksanakan di Sepang itu sebenarnya telah diluluskan pada 30 Januari lalu oleh kerajaan negeri sebelum ini. More...

Rujuk: Kenyataan rasmi kerajaan Selangor isu ladang babi

BERITA HARIAN DAN UTUSAN BERCANGGAH BERITA

Berita Harian sebut Khir hanya lulus projek kecil, Utusan kata tak pernah lulus

kelantankini.
DUA akhbar utama, Berita Harian dan Utusan Malaysia hari ini melaporkan berita dengan maksud berbeza berhubung kelulusan projek ternakan babi bernilai RM100 juta oleh kerajaan negeri Selangor pimpinan Dato’ Seri Khir Toyo sebelum ini.

Utusan Malaysia dalam laporannya berkata Khir Toyo menafikan beliau meluluskan projek ternakan babi bernilai RM100 juta seperti dakwaan kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kata laporan itu, walaupun perbincangan mengenainya pernah dibuat dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri pada 30 Januari lalu, beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan mahu pun memberikan kelulusan.

Ini kerana katanya, saiz ladang yang dicadangkan terlalu besar.

Jelas beliau, dasar kerajaan negeri ketika itu adalah menetapkan setiap ladang ternakan babi hanya untuk menampung keperluan rakyat negeri Selangor iaitu sekitar 250,000 ekor dan bukan bagi tujuan eksport secara besar-besaran.

“Dalam perbincangan itu, kita hanya meluluskan projek ini sekiranya saiz ladang ternakan mengikut apa yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri.

“Bagaimanapun, kita menolak cadangan ini atas faktor saiz dan kita tidak pernah mengeluarkan sebarang kelulusan dan keputusan secara muktamad supaya projek ini dilaksanakan,” menurut laporan Utusan yang menghubungi Khir Toyo.

Manakala Berita Harian pula melaporkan kenyataan Khir Toyo yang menjelaskan mesyuarat Exco yang dipengerusikannya pada 30 Januari lalu ada membincangkannya perkara itu tetapi pada dasarnya meluluskan pembinaan ladang babi bersaiz kecil saja.

“Ketika itu kita tidak bersetuju dengan saiz kawasan ladang kerana kerana kita mahu kawasan yang lebih kecil untuk menempatkan ternakan babi.

“Lokasinya belum kita lulus kerana mahu mendengar pandangan penduduk kampung. Kita tidak mahu wujud ladang besar sehingga menjadi pengeksport babi,” memetik kenyataan Khir di Berita Harian.

Secara umumnya laporan Utusan Malaysia memberi faham bahawa kerajaan negeri pimpinan Khir Toyo tidak pernah langsung meluluskan projek berkenaan.

Ia juga memberi makna jika kerajaan negeri Pakatan Rakyat sekarang melaksanakan projek berkenaan maka ia tidak mempunyai kaitan langsung dengan keputusan kerajaan terdahulu.

Sebaliknya laporan di Berita Harian sedikit jelas kerana Khir mengakui ada meluluskan projek ternakan babi walaupun beliau mengatakan saiz yang diluluskannya adalah bersaiz kecil sahaja dan tidak menjadi halangan jika projek itu bukan untuk dieksport ke luar negara.

Jika tidak bagaimana mungkin Tan Sri Khalid boleh menyebut ungkapan ini “kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Khir Toyo meluluskan projek itu pada mesyuarat Exco, 30 Januari lalu“.

Kenyataan Menteri Besar Selangor itu dibuat selepas menerima kunjungan hormat rakan sejawatannya dari Perak, Ir Muhammad Nizar Jamaluddin di pejabatnya di Shah Alam.

Khalid turut memberi jaminan projek berkenaan mematuhi piawaian kualiti ditetapkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan kerajaan negeri Selangor sendiri.

Pemimpin PKR itu juga dilaporkan berkata, ladang berkenaan tidak akan mencemarkan alam sekitar kerana semua bahan buangan akan diguna semula dalam bentuk bio gas untuk menjana elektrik dan air bagi pembersihan ladang serta penanaman makanan untuk babi yang diternak.

Sementara itu beberapa pihak menggesa kerajaan negeri agar memastikan masyarakat Islam di kawasan terbabit tidak teraniaya dengan apa-apa masalah berkaitan projek ternakan berkenaan.

Khairy ambil kesempatan saingan Dr Khir, Mukhriz

Harakahdaily - Menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin adalah orang paling bertuah ketika ini apabila bekas Menteri besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo dan Mukhriz Mahathir mengumumkan tidak menolak kemungkinan untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno.

Apa tidaknya kata sumber, perpecahan antara kelompok yang tidak 'sehaluan' dengan Khairy bakal memberi kelebihan kepada menantu Perdana Menteri itu dalam menyusun strateginya memastikan beliau menggantikan Hishamuddin Tun Hussien sebagai Ketua Pemuda.

Sumber berkata, jika Mukhriz dan Khir Toyo bergabung dan membenarkan hanya salah seorang daripada mereka menentang Khairy atau calon proksinya dalam pemilihan Disember ini, persaingan pastinya sengit.

Namun ada sumber pula menyatakan Khairy sendiri tidak berani menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda ekoran kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum 8 Mac.

Sebaliknya akan menggunakan proksinya yang diketahui ramai (Dato' Norza Zakaria) untuk duduk seketika di kerusi panas itu sementara Khairy meneruskan kempen memperbaiki sokongan akar umbi pemuda ke atasnya.

Khairy pula mencetuskan kontroversi apabila beliau didakwa menyampaikan ucapan yang dikatakan memperlekeh sumbangan sayap-sayap Pemuda komponen lain BN. more...

Malaysians still want Pak Lah as PM

But just barely – approval rating: Malays 63%, Chinese 31%, Indians 30%; overall slightly above 50%

Malaysianinsider
KUALA LUMPUR, April 9 — Most Malaysians still want Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi to continue as Prime Minister. But the bad news is that it is not an overwhelming “Yes!” and the public has a laundry list of demands including resolving the burden brought about by rising prices and inflation.

The truth of the matter is that he and his administration are on a tight leash as most Malaysians are not happy with the way they have handled certain issues like rising prices, crime and public safety, ethnic inequality and corruption.

These were the findings of a survey done after the 12th General Elections on March 8. More than 1,000 registered voters were polled between March 14 and 21. It is interesting to note that following Barisan Nasional’s dismal outing at the polls, the people still want Pak Lah to lead the country. But just barely.

With just slightly over 50% approval rating, it is not surprising that Pak Lah is getting the highest support from the Malays (63%), followed by the Chinese (31%) and Indians (30%).

This is because he is no longer seen as the Prime Minister of all Malaysians. Most non-Malays felt that he had not taken the necessary steps to deal with issues like ethnic inequality and religious rights going into the elections.

So now it is up to Pak Lah to win back the confidence of all Malaysians.

Rafidah dibelasah dalam telefon oleh ibu ‘Budak Tingkat Empat’?

bigdogdotcom
(...) Ketua Wanita UMNO Malaysia Dato’ Seri Rafidah Abd. Aziz telah menghantar sepucuk surat setebal 16 mukasurat bagi menjelaskan perasaan dan kritikan peribadi beliau mengenai apa yang berlaku dalam negara. Ini dianggap satu tindakan berani seorang pemimpin UMNO, walaupun ianya dilakukan secara sulit dan peribadi.

Sebagai kesan, beliau telah menerima panggilan telefon dan dimarahi kerana tindakan berani ini. Panggilan telefon yang diterima itu bukanlah dari mana mana Menteri Kabinet, pemimpin UMNO seperti Timbalan Presiden, Naib Presiden atau ahli Majlis Tertinggi. Malah panggilan itu tidaklah dari mana mana Exco Wanita UMNO, termasuk Naib Ketua Wanita UMNO, yang dikatakan begitu kuat mengampu Kepimpinan itu. Panggilan telefon itu sebenarnya datang dari seorang wanita bernama Datin Rahmah Abdul Hamid.

Khairy sekeluarga

Rahmah ialah ibu kepada Naib Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin. Beliau juga ialah seorang besan kepada PM ‘Flip-Flop’ Abdullah. Persoalan sekarang siapa Rahmah, yang mengambil inisiatif untuk membelasah Rafidah dalam telefon? Persoalan yang paling penting, sekiranya surat peribadi dan sulit itu dihantar Rafidah hanya kepada PM ‘Flip-Flop’ Abdullah, bagaimana dan kenapa Rahmah mendapat akses kepada surat itu? More..

PANGGILAN DARI BLOGGER YANG 'KONAR BARING'

Panggilan dari Sang Kelembai
Roslan sms
Saya baru menerima panggilan dari rakan saya yang baru "konar baring" Sang Kelembai. Ternyata beliau tidak senang dengan tulisan saya (yang dipetik pula oleh
Harakahdaily). Tetapi untuk beliau memanggil saya, menunjukkan yang beliau masih menganggap saya sebagai kawan dan saya pun memang tidak ada masalah dengan peribadi beliau, seorang yang cepat mesra dan pelawak, tetapi sudah pastilah saya tidak dapat menerima sikap "konar baringnya" yang terbaru ini.

Beliau tidak memarahi saya cuma mengadu yang ramai kawan-kawan tidak memahami "konar baringnya" itu. Saya pun tak menyalahkan kawan-kawan sebab sejak beliau dipecat dari Umno oleh Dollah, serangan dan krtikkan tajam, sinis dan pedas beliau terdapa Dollah dan suku sakat seolah membayangkan yang beliau telah berkerat rotan dan berpatah arang sama-sekali dengan Dollah. Kalau yang kasar dikalangan kita pun sekadar mengumpakan Dollah sebagai PM yang "lembik" dan kaki tidur, tetapi bagi Sang Kelembai, bahasa itu terlalu sopan bagi beliau.

Apa yang tidak dihumbankannya terhadap Dollah, anak-isteri dan kaum kerabat, sehinggakan solat Dollah sebagai imam pun dikatakan tidak sah atas sebab-sebab peribadi Dollah yang saya sendiri tidak tergamak menulis di sini.

Kerana itu bila beliau "konar baring" sudah pastilah kawan-kawan marah dan menyumpah.more...

Isu Ketua Kampung, Muhammad Taib 'tidak siuman'?

Harakahdaily
(...) hli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa membantah sekeras-kerasnya di atas tindakan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang telah melakukan majlis pelantikan semula Penghulu-penghulu, Ketua-ketua Kampung dan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Seri Iskandar, Perak baru-baru ini.

"Perbuatan sedemikian adalah perbuatan seorang kurang akal atau pun tidak siuman sahaja kerana pada bila masanya pula bahawa mereka yang berkenaan itu telah meletakkan jawatan? Kerana dari maklumat yang saya tahu bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat tidak pernah memaksa mereka untuk meletakkan jawatan sehingga tamat tempoh kontraknya pada 31 Disember tahun ini nanti,"katanya di ceramah perdana, Tapak Pasar Malam, Kamunting dekat sini malam tadi.

Tegasnya, "setahu saya, hanya seorang Penghulu sahaja telah meletak jawatan dengan menunjukkan surat bersedia untuk berhenti di Majlis Menteri Besar Perak, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berjumpa Penghulu, Ketua Kampung dan JKKK di Dewan Bankuet, Bangunan Setiausaha Kerajaan Perak, Ipoh 20, Mac lalu.

"Saya tidak sangka seorang Bekas Menteri Besar Selangor dan pernah popular di suatu ketika di zaman Tun Dr Mahathir dahulu sanggup buat kerja seperti perbuatan budak-budak kerana apa hak dia hendak campur urusan negeri Perak. Ini bukan di bawah Umno-BN lagi tetapi telah beralih kepada kerajaan Pakatan Rakyat yang diperkenankan oleh Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah," tegasnya.

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional menegaskan bahawa segala urusan mengenai Penghulu, Ketua Kampung dan JKKK adalah di dalam kuasa kerajaan negeri Perak maka dan orang luar tidak boleh campur tangan atau tiada hak langsung ke atas perkara tersebut sama sekali.

"Ingin saya mengulangi lagi kenyataan Menteri Besar Perak, katanya, bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat tidak pernah dan belum lagi memaksa sesiapa dari mereka untuk meletak jawatan kerana mereka boleh meneruskan kerja sehingga 31, Disember depan. Juga mereka boleh meneruskan kerja jika ada keserasian untuk bersama-sama membangunkan kerajaan yang ada sekarang,"tambahnya. MOre...

BABI: UMNO CUBA SALAHKAN KERAJAAN BARU

UMNO TIDAK PERNAH BERJAYA TANGANI ISU BABI TG SEPAT SEJAK DULU

Baca minit mensyuarat berikut,



PERMOHONAN DALAM USUL CAWANGAN DUN TANJONG SEPAT 2006

tgsepat-sepang
(...) Cawangan Tanjong Sepat Darat( Timur)

Permohonan : Pengeluaran tanah pembesaran kampung: Memohon supaya pihak berkenaan dapat mempercepatkan proses pengeluaran tanah tersebut bagi membolehkan ahli yang belum pernah mendapat tanah anugerah kerajaan agar dapat memiliki tanah sendiri.

Menggesa pihak Ahli Jawatankuasa Pemilihan Penerima Tanah Pembesaran Kampung Tanjong Sepat agar menyenaraikan semua nama-nama ahli cawangan ini yang layak menerima pengagihan tanah tersebut.

Menggesa pihak yang berkenaan supaya senarai nama yang terpilih adalah 100 peratus penduduk Kampung Tanjung Sepat.

Penempatan pusat ternakan khinzir di kawasan Tumbuk, DUN Tanjong Sepat
Mengusulkan agar bantahan sekerasnya dibuat secara berterusan bagi mendesak pihak bertanggungjawab supaya penempatan pusat ternakan khinzir di kawasan Tumbuk tersebut tidak dilaksanakan.

more...

Banyak rahsia tersembunyi. Isu babi sudah lama. Sejak zaman BN lagi. 2006 diusulkan semula, tapi gagal. Dan lihat lah minit mesyuarat di dalam blog diatas anda akan lihat sendiri bagaimana UMNO di Tg Sepat bekerja.

Minit tersebut dibuat pada tahun 2006 dan dikatakan bahawa BABI sudah mula dibela sejak 20 tahun yang lepas. Cuma risiko air mengalir baru ujud pada tahun 90an. Sejak itu usaha UMNO benteras terus gagal. Semua nya gara gara pemimpin atas ambil acuh tak acuh. Ditelan mati mak, diluah mati bapak. Nak tolak, tak dapat untung dan undi. So dibiarkan kes tersebut sehingga kini.

Kini seorang ketua kampugn menyerang kerajaan baru. Kita lihat berita berikut terbaru dari Utusan Meloya

(...) Penduduk Kampung Tumbuk, Tanjung Sepat dekat sini kecewa dengan kerajaan baru Selangor kerana terlalu rakus meluluskan projek penternakan babi bernilai RM100 juta di situ tanpa mengambil kira sensitiviti penduduk tempatan.

Ketua Kampung Tumbuk, Mohd. Tarmudi Tushiran berkata, lebih dikesalkan ialah kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas juga tidak pernah turun padang untuk melihat sendiri kesulitan yang dialami penduduk sekitar akibat aktiviti penternakan babi di kawasan itu.

‘‘Tahu-tahu mereka telah meluluskan projek tersebut. Tiada pertemuan atau perbincangan diadakan dengan kami sejak mereka memerintah. Ini jelas satu penghinaan.

Menurut Mohd. Tarmudi lagi, ketika ini dianggarkan lebih 20 ladang penternakan babi terdapat di kawasan itu dengan jumlah keseluruhan babi mencecah 300,000 ekor.

‘‘Antaranya mereka membawa saya selaku ketua kampung meninjau pusat penternakan babi di Jerman bagi menyakinkan tentang teknologi yang bakal digunakan itu.

‘‘Pun begitu sehingga hari ini, walaupun telah melihat teknologi Jerman itu, kami penduduk kampung di sini tetap membantah pusat penternakan babi di sini kerana ada banyak sebab. Satu sebab utama ia dekat dengan kawasan penempatan. - utusan meloya
Ketua kampung yang bernama Tarmudi Tushiran mempunyai seorang anak, Ketua UMNO Cawangan Kampung Tumbok Tahun 2004 - 2007 yang membawa sendiri usul berkenaan kepada Ahli Parlimen.

SDR. MOHD ASMAWI BIN M.TARMUDI
Kampung Tumbok Darat,
42800 Tanjung Sepat, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 019-360 7039
Rujuk: tgsepat-sepang.

Lalu ..... Kerana kegagalan anaknya menyelesaikan isu tersebut dan sekarang peluang untuk ketua kampung itu membalas dendam ke atas kekalahan UMNO di Selangor dengan mengkritik tentang perkara yang tak pernah selesai sejak dulu. Kesian nya UMNO ......

UMNO & Pigs

refleksminda

Watch out for the latest attempt by UMNO to create discord.

Staring at destruction in the face with it’s internal politics, UMNO still has time to try and portray itself as ‘champions’ of the Malay race. The latest would be their criticism of the Selangor government’s decision to set up a RM100m pig farm in Sepang.

You can of course anticipate the statements (courtesy of my ‘favourite’, Utusan Malaysia):

“insensitive to Malays”

“PKR subservient to DAP”

“people of Selangor strongly objects”

Seriously, I am a Muslim Malay, and I have no qualms about a pig farm or several pig farms, as long as there are proper waste management. And if you look at Selangor MB Tan Sri Khalid Ibrahim’s statement today, the RM100m project was to centralize all pig farms in the state. Further, the pig farm will have advanced waste management system, in which:

Sebarang bahan buangan dari ladang tersebut
akan diguna semula dalam bentuk biogas untuk menjanakan elektrik,
air untuk pembersihan ladang serta penanaman makanan untuk babi yang diternak
,”

All pig farms in the state will be relocated to the one in Sepang.

Really, if UMNO thinks that we Muslims are so easily offended by the very mention of ‘babi‘, and that we’re so insensitive that we cannot tolerate others enjoying their rights, then UMNO is so far out of touch with Malay Muslims.

Ponder what Selangor Exco Member, Dr. Halimah Ali of PAS said about the ‘issue’:

Tak ada apa masalah, ini hak kepada bukan Islam. Cuma timbul masalah sentimen di kalangan Melayu seolah-olah babi lebih berat dari masalah rasuah, jenayah dan sebagainya, padahal bagi orang Islam khinzir tak boleh makan (haram) sahaja,”

Some UMNO members certainly think that pigs are more haram than corruption and bribery.

Saya Tidak Berdendam …. Cuma saya tidak senaraikan dia

The image “http://buletinonline.net/images/berita/raptaiexco1.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

Buletinonline - Mad Said, pada 28 Mac lalu sebagaimana laporan agensi Bernama berkata beliau tidak pernah menyimpan dendam terhadap 22 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang sebelum ini menentang perlantikan beliau, dan menyokong Idris Jusoh. Beliau seterusnya menyatakan kesediaan untuk berbincang dengan Idris mengenai perlantikan barisan Exco yang baru selepas beliau mengangkat sumpah jawatan itu pada Ahad ini (30 Mac). more...

JPJ HANGAT HANGAT TAHI BABI



BEGINILAH keadaan bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Seremban-Kuala Lumpur dekat Seremban awal pagi semalam. Gambar kecil Mohd. Arshad Razali.

Bas kemalangan ada rekod 52 saman polis
Kosmo - Bas syarikat Konsortium Bas Ekspres Semenanjung yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 265, Lebuh Raya Seremban-Kuala Lumpur membabitkan seorang anggota tentera terbunuh awal pagi semalam rupa-rupanya sudah ada 52 rekod saman polis trafik.

Pegawai Turus Trafik Negeri Sembilan, Asisten Supritendan Abd. Halil Hamzah berkata, selain itu, pemandu bas, Mohd. Shahrini Mohamad, 23, pula difahamkan baru tiga bulan memperoleh lesen.

"Dalam kejadian pukul 3.45 pagi bas ekspres dari Johor Bahru menghala ke Kuala Lumpur itu dikatakan melanggar penghadang jalan sebelum terbalik dan terjunam di kawasan tebing di tempat kejadian.

"Kemalangan membabitkan 29 penumpang itu mengakibatkan seorang mangsa terbunuh dikenali sebagai Mohd. Arshad Razali, 23, merupakan seorang anggota tentera berasal dari Johor dan lima dilaporkan parah," katanya di sini semalam. more...

No2umnO - Bahasa baiknya, Hangat hangat taik ayam dan bahasa jahat nya, Hangat hangat tahu BABI. Itu lah yang wak boleh katakan tentang sikap JPJ dan penguatkuasa. Nak salahkan operator bas ni memang patut, tapi pantang lepa diorang buat benda salah. Yang pasti, JPJ kena peka. Masa kemalangan meragut nyawa 22 orang di perak tahun lepas, bukan main lagi. Nak letak Penguatkusa di setiap perhentian lah ... nak buat itu lah ... nak buat ini lah.... Cakap memang senang, lepas tu tak buat. Kalau macam nihhh.... sampai bila pun tak selesai. 22 saman pada bas, tapi masih beroperasi? Roadtax kenderaan perdagangan dikeluarkan 3 bulan sekali. Ada yang tak kena ni.......nampaknya rasuah masih hebat di sana. Menteri apa cerita?

Kontraktor tidak dibayar


MICHAEL CHONG (duduk tengah) bersama 11 subkontraktor yang mendakwa terpaksa menanggung hutang RM2 juta pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.

Kosmo - Nasib seramai 11 subkontraktor yang sebelum ini berjaya menyiapkan beberapa projek kini bagai 'telur di hujung tanduk' kerana terpaksa menanggung beban hutang hampir RM2 juta ekoran kegagalan kontraktor utama melangsaikan bayaran kepada mereka.

Lebih menyedihkan, ada di kalangan mereka kini menderita dan menjadi buruan ah long kerana gagal melunaskan hutang mereka yang digunakan untuk membayar gaji pekerja dan bahan binaan. more...

No2umnO - kontraktor-kontraktor utama yang terdiri daripada syarikat yang tersenarai di bursa saham dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) .... Kalah pilihanraya menjadi punca atau komisyen lebih dari untung, atau mungkin juga tokey joli lebih dari bayar utang. Haiii....macam macam.

SATU LAGI PEMBAZIRAN

Ketua Kampung di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar

Kerajaan Persekutuan akan terus membayar elaun sebanyak RM400 seperti sebelum ini kepada kesemua Ketua Kampung berkenaan.
UTUSAN LOYA - Semua Ketua Kampung dan Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di empat negeri yang dikuasai parti pembangkang akan diletakkan di bawah satu jawatankuasa yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.

Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, jawatankuasa baru itu diwujudkan atas permintaan Ketua Kampung sendiri yang mahu terus berkhidmat dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) walaupun pentadbiran negeri diambil alih oleh pakatan pembangkang.

Beliau berkata, jawatankuasa itu sudah dibentuk tetapi namanya belum dimuktamadkan dan ia akan dibawa ke Kabinet untuk kelulusan dalam tempoh terdekat.

‘‘Nama jawatankuasa itu belum sah lagi tetapi nama yang dicadangkan oleh UMNO Perak ialah Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Persekutuan (JPPP) manakala Ketua Kampung sedia ada akan menjadi pengerusi kepada jawatankuasa tersebut dan elaun mereka akan dibayar oleh Kerajaan Persekutuan termasuk elaun mesyuarat.

‘‘Mereka adalah orang yang sama dalam JKKK sekarang, cuma nama yang bertukar dan mereka juga akan memainkan peranan seperti sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas bertemu dengan 817 bekas Ketua Kampung Perak di Institut Latihan Kemas di sini hari ini. more...

No2umnO - Rakyat dipaksa membayar Gaji JKKK ini .... ? Macam macam idea jahat kerajaan. 817 ketua kampung serta 11, 438 menjadi jumlah 12, 255 orang semuanya. Jumlah elaun sebulan, RM4.902 juta sebulan. Dan setahun RM58.824 juta. Itu diPerak sahaja. 2 Ketua kampung di dalam sebuah kampung, sungguh tidak logik dan tidak pernah berlaku? Adakah anda izinkan wang anda digunakan untuk tujuan ini? Wak takkan izinkan walau satu sen pun.

Terengganu pun kenal pasti ahli sabotaj?

UTusan Loya - Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu mengenal pasti beberapa ahli dan pemimpin di negeri ini yang disyaki mensabotaj Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

Setiausahanya, Datuk Rosol Wahid bagaimanapun berkata, pihaknya akan mengkaji terlebih dahulu kesahihan laporan yang diterima membabitkan ahli dan pemimpin berkenaan bagi memastikan keadilan kepada semua pihak.

Beliau berkata, setakat ini UMNO Terengganu hanya menerima laporan mengenai perbuatan mereka secara lisan daripada beberapa pihak.

‘‘Laporan secara bertulis berserta bukti yang jelas belum lagi diterima, jadi siasatan rapi harus dilakukan sebelum kita kemukakan kepada pihak atasan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

No2umnO - Bukan negeri yang kalah sahaja, tapi Terengganu pun kenal pasti beberapa ahli dan pemimpin negeri yang sabotaj BN...... Rosol Wahid !!! Harap Harap bukan Mat Said.

Khir nafi lulus projek ternak babi

Utusan Meloya
(...) Ini kerana katanya, saiz ladang yang dicadangkan terlalu besar.

Jelas beliau, dasar kerajaan negeri ketika itu adalah menetapkan setiap ladang ternakan babi hanya untuk menampung keperluan rakyat negeri Selangor iaitu sekitar 250,000 ekor dan bukan bagi tujuan eksport secara besar-besaran.

“Dalam perbincangan itu, kita hanya meluluskan projek ini sekiranya saiz ladang ternakan mengikut apa yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri.

“Bagaimanapun, kita menolak cadangan ini atas faktor saiz dan kita tidak pernah mengeluarkan sebarang kelulusan dan keputusan secara muktamad supaya projek ini dilaksanakan.

“Selain itu, keputusan yang dibuat turut mengambil kira pandangan semua pihak termasuk orang awam yang tidak mahu projek itu diteruskan kerana itu dasar Barisan Nasional dalam melaksanakan sesuatu pembangunan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. more...

No2umnO - Wak dah kata .... ianya bakal bertambah menarik. Tunggukan hasilnya nanti. Kalau lebih baik, didedahkan sebarang cerita tentang babi dan kerajaan BN yang lepas. Ada yang tercungap cungap. Kita tinggal tunggu akhir dan tepuk tangan. Dah dapat bayangkannnnn ......

Alih ladang babi ke kawasan bukan Islam

ULOYA Kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas negeri Selangor disaran mengalihkan projek ternakan babi secara moden bernilai RM100 juta di Sepang ke kawasan yang majoriti penduduknya terdiri daripada mereka yang memakan daging haiwan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil berkata, projek itu tidak sesuai dilaksanakan di Sepang kerana ia boleh mengundang banyak masalah terutamanya dari segi sensitiviti orang Melayu yang juga majoriti penduduk di daerah itu.

Ini kerana, katanya, babi tetap merupakan haiwan yang diharamkan ke atas umat Islam dan sudah tentu penduduk tidak mahu projek berkenaan dilaksanakan di kawasan mereka walaupun dikendalikan secara moden.

“Siapa mahu ladang babi diwujudkan di kawasan berhampiran penempatan mereka yang dikhuatiri akan menjejaskan persekitaran dan kualiti hidup seperti bau dan pencemaran air seperti kes-kes yang pernah dilaporkan sebelum ini.

“Malah saya pasti mereka yang memakan babi juga tidak mahu keadaan sedemikian berlaku pada mereka,’’ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Nelayan Kawasan Pelabuhan Klang di Dewan Datuk Ahmad Razali di sini hari ini. More...

No2umnO - Rahman Palil? ..... Lama jadi Adun baru sekarang minta di pindahkan Kawasan Penternakan Babi? Isk Isk Isk.........Kenapa tidak tahun lepas? Kenapa tidak 20 tahun lepas? ..... Wak dah cakap. Pindahkan sahaja ke Melaka ...... Habis cerita. Nak babi cuma order. Esok sampai.

Posting terkini

Blog Archive