Lubokkawah - 2000 ketua kampong dari Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor yang diminta oleh UMNO supaya meletak jawatan dari jawatan masing-masing akan diserapkan semula dibawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah. Elaun bulanan mereka akan ditambah dan akan dibayar terus oleh Kerajaan Pusat.
Berita yang dipetik dari Menteri berkenaan, Tan Sri Muhammad Mohamed Taib ini nampaknya mudah dan melegakan ketua-ketua kampong itu. Tetapi ini menandakan bahawa Kerajaan BN yang masih belum dapat berkompromi dengan kekalahan mereka di Negeri-Negeri itu sanggup membazirkan wang rakyat, wang pembayar cukai semata-mata untuk membayar gaji/elaun penyokong-penyokong dan ahli-ahli UMNO itu.
Semua ketua-ketua kampong itu adalah ahli-ahli UMNO dan sesetengahnya adalah Ketua UMNO Cawangan dan ada juga dari kalangan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian.
Tak cukup UMNO ini mmbazirkan wang melantik Ahl-Ahli Majlis Daerah/Perbandaran dikalangan ahli-ahli UMNO, dan pelbagai jawatan lain untuk ahli-ahli UMNO, mereka membazirkan lagi wang rakyat untuk ahli-ahli mereka.
Kalau kita kajiselidik kebanyakan ketua-ketua kampong yang dilantik oleh UMNO itu, mereka tidak mewakili penduduk-penduduk kampong, mereka hanya mewaikili sebahagian dari ahli-ahli UMNO didalam sesuatu kampong, dan sebahagian lagi dari ahli-ahli UMNO itu menentang mereka kerana mereka sedar banyak projek-projek kampong yang dilaksanakan, kontraknya diambil oleh ketua-ketua kampong itu sendiri dan ahli-ahli UMNO yang lain berasa sangat cemburu. More...
Apr 9, 2008
UMNO cukup pandai membazirkan wang rakyat
Labels: UMNO bazir
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment