Harakahdaily - Menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin adalah orang paling bertuah ketika ini apabila bekas Menteri besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo dan Mukhriz Mahathir mengumumkan tidak menolak kemungkinan untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno.
Apa tidaknya kata sumber, perpecahan antara kelompok yang tidak 'sehaluan' dengan Khairy bakal memberi kelebihan kepada menantu Perdana Menteri itu dalam menyusun strateginya memastikan beliau menggantikan Hishamuddin Tun Hussien sebagai Ketua Pemuda.
Sumber berkata, jika Mukhriz dan Khir Toyo bergabung dan membenarkan hanya salah seorang daripada mereka menentang Khairy atau calon proksinya dalam pemilihan Disember ini, persaingan pastinya sengit.
Namun ada sumber pula menyatakan Khairy sendiri tidak berani menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda ekoran kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum 8 Mac.
Sebaliknya akan menggunakan proksinya yang diketahui ramai (Dato' Norza Zakaria) untuk duduk seketika di kerusi panas itu sementara Khairy meneruskan kempen memperbaiki sokongan akar umbi pemuda ke atasnya.
Khairy pula mencetuskan kontroversi apabila beliau didakwa menyampaikan ucapan yang dikatakan memperlekeh sumbangan sayap-sayap Pemuda komponen lain BN. more...
Apr 9, 2008
Khairy ambil kesempatan saingan Dr Khir, Mukhriz
Labels: PEMUDA UMNO GILA KUASA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment