KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 9, 2008

Lagi wakil rakyat DAP dakwa ditawar RM80 juta untuk keluar parti

bharian

IPOH: Seorang lagi wakil rakyat DAP hari ini membuat laporan polis selepas mendakwa beliau menerima tawaran sehingga RM80 juta oleh pihak tertentu supaya meninggalkan parti DAP dan menyertai mana-mana parti komponen BN.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Buntong, A Siva Subramaniam, membuat laporan di Balai Polis Buntong, di sini, kira-kira jam 12 tengah hari.

Beliau berkata, selepas pelantikannya sebagai Adun Buntong, beliau dihujani sistem pesanan ringkas (SMS) dan panggilan telefon daripada beberapa individu yang menawarkan wang tunai sehingga RM80 juta dan menjawat jawatan Exco Perak jika memasuki parti komponen Barisan Nasional (BN).

"Saya menerima SMS dan panggilan itu sejak 5 April lalu termasuk pernah ditemui beberapa individu 29 Mac lalu yang memperkenalkan diri mereka daripada Umno dengan menawarkan imbuhan RM10 juta dan tawaran jawatan Exco.

"Saya terpaksa membuat laporan polis selepas tertekan dengan masalah itu dan ia adalah satu kesalahan serius serta tidak bermoral," katanya ketika ditemui di Balai Polis Buntong, di sini, semalam. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive