WASPADA .... BAHASA PROVOKASI
Radenjowo
Rasanya baru 4 bulan blog No2umnO diujudkan, pelbagai bentuk sambutan yang diperolehi. Ada yang menyokong, melihat lihat, melawat dan tak kurang juga yang datang untuk meliwat blog ini dengan menggunakan bahasa kasar dan lucah di dalam memberikan komen mereka. Bila komen yang dihantar melalui Ruangan komentar artikel, wak lulus kan kerana ianya sedikit tersorok. Pada yang rajin membaca komen, mungkin akan perasan. Berlainan pula dengan ruangan Shoutbox yang diujudkan untuk memberikan reaksi spontan terhadap sebarang isu semasa, politik dan tempatan. Perbincangan antara pelayar menjadikan ianya menarik untuk ditonton. Disamping memberikan wak sedikit idea sambutan dan perasaan pelayar yang ada.
Sudah hampir sebulan, ianya diujudkan, kita mampu menilai fahaman politik setiap seseorang yang menyertaikan forum tersebut melalui perkataan yang dikeluarkan. Ia mampu menilai kebijaksanaan seseorang disamping bongkar keburukan, kualiti diri masing masing. Mungkin ada yang kurang ajar atau seperti tiada pendidikan, tetapi itu lah bahasa yang sering digunakan oleh penyokong penyokong parti yang kecundang di Selangor dan 4 negeri lain yakni UMNO.
Perkataan, pan***t, p**i, bu***h, f**k dan pelbagai bentuk makian dan cacian mereka mencerminkan diri yang tidak sabar, samseng, ego dan mungkin kerana hasil tumbesaran dan pemakanan yang tidak sihat selama berurusan dengan parti tersebut. Atas semua unsur unsur tersebut, maka lahirlah jenerasi yang sebegitu. Tidak hairanlah, pemimpin UMNO sebenarnya turut pening kepala dengan gelagat dan sikap penyokong UMNO kerana sikap samseng dan ganas mereka ini. Mungkin juga semua ini kerana kurangnya penerapan nilai Islam di dalam berpolitik.
Isu samseng di dalam UMNO ini sudah lama berlaku. Sejak awal penubuhan sudah ada yang bersikap sedemikian. Merujuk kepada sejarah ayah wak dahulu, beliau memang biasa menerima ugutan untuk tidak menjadi calun atau terlibat dengan PAS pada ketika itu. Ini berlaku berlaku pada tahun 80an. Manakala menurut datuk wak pula yang sekarang sudah lama tiada, Sikap samseng sebegini sudah ada sejak penubuhan awal PAS di Tanah Melayu.
Wak rasakan isu bahasa dan karektor UMNO sebegini perlu diperjelaskan kerana ia mampu memberikan sedikit contoh dan teladan kepada jenerasi muda terutamanya. Yang mana baik dan yang mana buruk.
Pengajarannya adalah, jangan libatkan diri dengan apa apa urusan UMNO dan BN kerana ia bakal merosakkan bukan hanya diri sendiri tetapi jenerasi. Rosak bahasa, budaya dan budi pekerti.
Untuk memperjelaskan semua ini, mari kita lihat komen yang terdapat di dalam Tranungkite, yang wak ambil untuk dijadikan sebagai rujukan kepada artikel ini.
Sebuah artikel di dalam Tranungkite merujuk kepada isu babi di Selangor dan Wak memetik komen yang diberikan di dalam artikel tersebut. Semua komen berikut adalah dari individu yang sama dan anda nilai kan sendiri bagaimana sikap mereka mereka ini.
Tak cukup dengan artikel itu, dia turut membaca artikel yang wak kirimkan, (tak perlu sebut nama) dan orang yang sama turut memberikan komen dan ianya seperti berikut,
Komen 1: ustaz mane ajar ko ni...sesat ni....mungkin lebai hadi ajar ko tak...kalu ader sape2 org pas kat sini ajar ckit budak bringus ni....kesian dia sesat...
Komen 2: aku xkate konsert halal, tapi ko plak sokong budak tu cakap mgumpat halal...isk, xder org pas yang betol ker...sume sokong babi buta jer...
Komen 3: ko ni yb mane?elok mb selangor buat kandang ko lagi bagus...ader gak tukang melalak...
Komen 4: yeke? mat said dah sokong pas kot....dah ikot telunjuk kapir negara islam pon dah xmau buat...pirah mabukkk...
Komen 5: aku rasa elok MB selangor bela ko duk dalam kandang.. xpon kerja ngan dier jg babi2 beliau...ape la nasib ko, lebih baik tembelang dari menetas...
Komen 6: skrang dah xder...aku dgr MB baru bria nak buat kandang ko skali...
Komen 7: bagus jugak ternak babi ni.. mane tahu satu hari nanti malaysia jadi penguluar babi terbesar didunia... export pon byak... negara pon maju... byk babi,byak la barang makanan brunsur babi....Masalah ini mungkin sukar untuk diselesaikan. Keadaan ini tambah menjadi jadi apabila BN menerima kekalahan yang sungguh mengaibkan pada PRU12 lepas. Jesteru itu, mungkin ada pelaburan tambahan dibuat untuk menggajikan seseorang itu bagi menolak dan mencaci blog dan website yang dimiliki oleh individu arus Pakatan Rakyat (PR). Komen komen sebegini terpaksa di terima kerana sikap keterbukaan blog milik individu yang beraliran Pakatan rakyat. Walaupun bahasa mereka kekadang diluar batasan kemanusian.
Blog wak pun kekadang bimbang kalau kalau terpacul perkataan yang lucah dituliskan oleh mereka mereka ini, tetapi kemampuan kita terbatas dan tidak mungkin untuk memantau 24 jam kepada satu sudut yang sama setiap hari.
Bahasa bahasa UMNO sememangnya kerap tidak boleh diterima langsung. Ini bukan sahaja kepada laman blog aliran PR, tetapi juga kepimpinan BN sendiri.
Kalau anda tidak percaya, cuba masukkan komen berbahasa seperti di atas ke laman blog drkhir.blogspot.com....dan sudah pasti ianya tidak disiarkan. Tak percaya? Cuba......
Maka tanggung jawab sendiri untuk menjaga sopan santun kita. Kalau orang kata Melayu berbudi bahasa, tinggi pekerti. Itu semua BOHONG. Ianya sudah lama hancur seperti kehancuran yang berlaku di dalam UMNO sekarang. Berbincang lah secara bijak kerana biarpun wajah tidak kelihatan, tetapi ianya adalah nilai seseorang itu. Kalau buruk bahasa, maka buruk lah rupa dan budaya seseorang itu.
Ada yang kata ianya bukan salah ibu mengandung, tetapi pemakanan ibu tersebut mungkin juga boleh mempengaruhi dan merosakkan janin bayi sehingga menjadi kurang ajar apabila besar. Kepada penyokong parti PR pula, diharap agar tidak terpengaruh dengan bahasa provokasi dan kurang ajar UMNO kerana kalau semua manusia bijak menilai, tak perlu lah syaitan diujudkan. Terpengaruh kepada syaitan bakal menjadikan manusia sama spesisnya seperti mereka. So ..... siapakah anda?
0 comments:
Post a Comment