Malaysiakini
(...) "Pada pendapat saya, ia suatu bentuk 'penipuan', ia bukan menurunkan harga minyak secara yang sebenar, ia hanya menurunkan mutu minyak dan dengan itu mengurangkan kos petroleum tersebut," katanya dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini kelmarin.
Menurutnya, hanya kenderaan tertentu boleh menggunakan petrol yang bermutu rendah tetapi kebanyakan kenderaan, khususnya model terbaru, menggunakan gred tinggi.
Sedangkan, katanya lagi, cadangan ini bermakna minyak bergred tinggi akan menjadi lebih mahal akibat kurangnya subsidi.
"Kita lihat kenderaan diesel - banyak digunakan oleh kenderaan pengangkutan - yang dikeluarkan di Eropah kini tidak lagi menggunakan diesel bermutu rendah ...
"Thailand telah menggunakan diesel bermutu tinggi, Malaysia masih guna diesel mutu rendah, jadi kenderaan yang menggunakan diesel bermutu tinggi tidak boleh lagi dibawa masuk ke Malaysia kerana enjinnya akan rosak jika guna diesel di negara ini.
"Jadi, (kerajaan) kita sekarang sedang mengelabui mata rakyat tentang kedudukan ini.
"Ia tidak sebenar-sebenarnya rakyat Malaysia umumnya, bukan sahaja golongan miskin," kata Husam lagi, yang juga pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Kelantan. more...
Apr 9, 2008
Gred petrol hanya 'menipu' - Husam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment