Radenjowo
Ada yang tidak kena, tapi apa dia? Wak belek belek berita Utusan dari pagi sampai ke malam. Otak masih beku, tak boleh nak pikir walau satu. Apa yang cuba disembunyikan dan apa yang cuba diberitahu?
Mahu rasanya dihentakkan kepala, biar terkeluar butir butir manik bercampur darah, agar boleh mencetuskan idea diluar kotak pemikiran bedul wak nih. Tapi akan kan daya, sehingga kini masih bertanya.
Kenyataannya .... Kekalahan UMNO paling menyedihkan. Ramai anggota dan ahli UMNO meronta ronta kebinggungan kerana kekalahan. Ini soal masa depan. UMNO paranoid dengan keadaan kalau merujuk kepada bentuk pemerintahan mereka dahulu. Terbiasa dengan mendabik ada. Aku orang UMNO, katanya. Kalau UMNO menang, pembangkang terpinggir. Dan sekarang Pembangkang sudah menang dan mungkin kah UMNO terpinggir? Peluang bimbang ditutup biar pembangkang melutut dan mencium tangan seperti apa yang dibuat oleh Sang Kelembai.
Inilah budaya takut menakut yang berjaya di realisasikan pada tahun 1969. Rusuhan kaum....? Grrrrr ...... Takutnya. Tapi sampai sekarang tiada apa yang berlaku. Cina, India dan Melayu hidup seperti biasa dan hujung bulan lepas semua dapat gaji seperti selalu.
Yang bimbang atas kekalahan adalah UMNO sendiri kerana tidak pernah melihat orang lain menang. Bingung, pitam dan kusam. Masa depan yang kelam seperti tiada harapan bagaikan saham komoditi jatuh menjunam. Ramai yang bimbang menjadi papa walaupun simpanan masih beribu ribu.
Yang tepuk dahi, yang langgar dinding, yang meraban dan tidak kurang juga yang terlentang di padang dan bercakap seorang kerana memikirkan tanggung jawab yang berada di depan. Ini semua kerana akidah sudah longgar, Kalau tiada BN, tiada UMNO, mereka mungkin mati tak makan. Mungkin itu yang mereka fikirkan.
Isu babi, hah ....... satu satu nya peluang. Ini lah masa untuk kita bangun menentang. PR tidak boleh memerintah!!! PR tak perihatin masalah rakyat dan PR kurang ajar. Mereka cuba cetus kebimbangan. PR baru pegang kuasa cuma tidak sampai sebulan. Apa yang mereka bimbangkan sebenarnya? Adakah PR atau peluang yang hilang?
Berita hari ini,Stoppppp !!!! Mereka dibawa ke luar negara? Siapa mereka? Satu kampung atau ketua kampung atau pemimpin setempat sahaja? Berapa ramai agaknya? Apakah yang dijanjikan Khir Toyo pada pemimpin kampung Tanjung Sepat Sebelum pilihanraya? Dan kalau mereka tidak setuju masakan Khir Toyo meluluskan perternakan babi secara modern. Tak kisah kecil atau besar yang pasti, ianya sudah dipersetujui.
Menurut ketua kampung Tumbuk, , Mohd. Tarmudi Tushiran berkata, lebih dikesalkan ialah kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas juga tidak pernah turun padang untuk melihat sendiri kesulitan yang dialami penduduk sekitar akibat aktiviti penternakan babi di kawasan itu.
‘‘Tahu-tahu mereka telah meluluskan projek tersebut. Tiada pertemuan atau perbincangan diadakan dengan kami sejak mereka memerintah. Ini jelas satu penghinaan.
‘‘Berapa besar pusat penternakan yang hendak mereka dirikan? Itu semua kami tidak dimaklumkan. Apa jaminan kehidupan kami? Itu juga tidak dimaklumkan. Kami terus dihukum, terima pusat penternakan yang kami tolak selama ini,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.
Menurutnya lagi ketika pemerintahan BN, ‘‘Antaranya mereka membawa saya selaku ketua kampung meninjau pusat penternakan babi di Jerman bagi menyakinkan tentang teknologi yang bakal digunakan itu. - Utusan Meloya
Akhbar pun panik. Satu kata tidak yang satu lagi kata sudah, tapi kandang yang kecil? Di dalam penafiannya, Khir Toyo tidak menyebut berapakah peruntukan dan berapa besarkah keluasan kandang. Mahu tanya lebih, dia sudah pun terbang ke Mekah, menunaikan UMRAH.
Bidalan UMNO yang terus diguna pakai adalah, UMNO kayakan kroni. Itu kata mereka. Siapa kah kroni kroni itu? Adakah pemimpin pemimpin UMNO atau mereka yang dibawa ke Jerman untuk lawatan? Tak mahu menuduh tanpa bukti tetapi sekarang keadaan sudah bertukar. Kerajaan sudah berubah dan RM100 juta bakal keluar. Banyak tu .... Siapa yang dapat?
Yang pasti proses dibuat sekali lagi. Yang masuk tender, sebut harga. Buat kandang, bancuh simen, buat kursus, impot bahan, jual makanan dan sebagainya. Mungkin kah ini sebenarnya yang mereka bimbangkan? Kita tunggu Khir Toyo pulang atau biarkan MB Selangor dedahkan kertas persetujuan. Biar semua mulut diam. Nanti ..... ada yang tepuk dahi kerana angan angan mahu kaya, tidak menjadi realiti.
0 comments:
Post a Comment