KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 9, 2008

Polis tidak akan henti cari Sharlinie walau 20 tahun lagi

bharian - Polis tetap meneruskan usaha mencari Sharlinie Mohd Nashar, kanak-kanak berusia lima tahun yang dilapor hilang sejak 9 Januari lalu, walaupun sehingga memakan masa 20 tahun lagi, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Bakri Zinin.

Beliau berkata, polis tidak pernah mengambil jalan mudah terhadap kes yang membabitkan penculikan kanak-kanak, tidak kira yang masih hidup atau meninggal dunia.

“Selagi kes yang disiasat tidak ditutup atau pesalah dikenal pasti, polis terus melakukan siasatan dan mempunyai pendekatan tertentu dalam usaha memastikan mereka yang bertanggungjawab diheret ke muka pengadilan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Cegah Jenayah di sini, hari ini.

Beliau berkata, polis kini mengambil pendekatan untuk tidak menghebahkan kepada media mengenai perkembangan kes itu dan kes Nurin Jazlin Jazimin kerana liputan media kadang-kala boleh mengganggu siasatan dan hanya akan memberikan maklumat kepada penjenayah. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive