KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 9, 2008

Alih ladang babi ke kawasan bukan Islam

ULOYA Kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas negeri Selangor disaran mengalihkan projek ternakan babi secara moden bernilai RM100 juta di Sepang ke kawasan yang majoriti penduduknya terdiri daripada mereka yang memakan daging haiwan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil berkata, projek itu tidak sesuai dilaksanakan di Sepang kerana ia boleh mengundang banyak masalah terutamanya dari segi sensitiviti orang Melayu yang juga majoriti penduduk di daerah itu.

Ini kerana, katanya, babi tetap merupakan haiwan yang diharamkan ke atas umat Islam dan sudah tentu penduduk tidak mahu projek berkenaan dilaksanakan di kawasan mereka walaupun dikendalikan secara moden.

“Siapa mahu ladang babi diwujudkan di kawasan berhampiran penempatan mereka yang dikhuatiri akan menjejaskan persekitaran dan kualiti hidup seperti bau dan pencemaran air seperti kes-kes yang pernah dilaporkan sebelum ini.

“Malah saya pasti mereka yang memakan babi juga tidak mahu keadaan sedemikian berlaku pada mereka,’’ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Nelayan Kawasan Pelabuhan Klang di Dewan Datuk Ahmad Razali di sini hari ini. More...

No2umnO - Rahman Palil? ..... Lama jadi Adun baru sekarang minta di pindahkan Kawasan Penternakan Babi? Isk Isk Isk.........Kenapa tidak tahun lepas? Kenapa tidak 20 tahun lepas? ..... Wak dah cakap. Pindahkan sahaja ke Melaka ...... Habis cerita. Nak babi cuma order. Esok sampai.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive