Matsamankati
(...) Satu perkara yang janggal dari Perak Fm ni, sebelum pilihanraya dulu, tiap-tiap hari aku dengar suara Tajol Rosli berkempen dalam radio. Tapi lepas mengundi, tak pernah dengar suara MB baru. Program-program kerajaan negeri atau kenyataan MB pun tak pernah dengar.
Aku tanya kat Pengarah Penerangan Negeri yang baru dilantik, Ustaz Zulkifli Ibrahim. "Macam mana ni, Yob? Lepas menang, semua diam je. Menteri Besor dengan exco semua tido ke? Cerita-cerita la sikit kat kami yang dibawah ni. Cakap je kat Perak Fm, semua orang dengor."
"Susah kite, Mat. Hari tu teman pergi jumpa Pengurus Stesyen Perak Fm, bukan nak mintak dema promote kita, cume nak mintak dema umumkan program-program Hari Keputeraan Sultan Perak je, Dema kata, dema dapat arahan dari Pusat. JANGAN SIARKAN APA-APA BERITA YANG BERKAITAN KERAJAAN NEGERI YANG BARU."
Sampai macam tu UMNO punya busuk hati?
Teman cadangkan, Pakatan Rakyat kena cari jalan supaya maklumat dapat disebarkan. Optimumkan penggunaan internet. Kat kampong-kampong, buat macam Jabatan Penerangan tahun 60an. Tubuh satu unit penerangan tiap-tiap daerah dan tiap-tiap malam, kita buat wayang Penerangan. tapi tok sah le tayang cerita P. Ramlee saja. more...
Apr 9, 2008
Perak Fm boikot kerajaan negeri Perak.
Labels: Belit BN, PERAK Govt
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment