KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 9, 2008

Pengkritik akhirnya cium tangan PM

Malaysiakini - Di tengah gelombang penentangan penulis blog terhadap perdana menteri, seorang daripada mereka yang lantang mengecam Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membuat pusingan U politik.

Zaharin Mohd Yassin, satu-satunya ahli Umno yang dipecat kerana mengkritik keras Abdullah melalui blognya, kelihatan mencium tangan Abdullah di lapangan terbang Kota Kinabalu kelmarin.

sang kelembai zaharin cuim kiss pak lah 090408Zaharin, juga popular dengan nama 'Sang Kelembai', dilaporkan menunggu presiden Umno sewaktu lawatannya ke Sabah pada Isnin.

"Abdullah yang tidak menyangka kehadiran Zaharin kelihatan kaget dengan kejadian itu dan membiarkan Zaharin bermonolog sendiri," lapor penulis politik Mohd Sayuti Omar di blognya 'Merah Tinta MSO' (msomelayu.blogspot.com) semalam.

Laporan Mohd Sayuti itu, yang juga pemilik akhbar mingguan politik Siasah, turut memuatkan tiga keping foto saat-saat dramatik itu.

Penulis blog 'Sang Kelembai' (sangkelembai2006.blogspot.com) dipecat daripada Umno pada September 2006.

Sewaktu mengumumkan tindakan tatatertib itu, Abdullah berkata Majlis Tertinggi (MT) sebulat suara memecat Zaharin selepas meneliti laporan Jawatankuasa Pengurusan dan Lembaga Disiplin Umno.

Setiausaha agung waktu itu Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad pula berkata MT memutuskan untuk mengenakan hukuman lebih berat daripada cadangan oleh lembaga disiplin Umno. More...

No2umnO - Wak tak dapat bayangkan kalau satu hari nanti keluar pulak berita, RADENJOWO CIUM TANGAN KHIR TOYO ........ Heheheh geli geleman.

1 comments:

Anonymous said...

wakkkk.....!!!!
jangan buat kerje wakkk..!!!!
nnt wak takde nak cri brite sahih kat mane lg...

tp yg lg risauu.....
klo sang kelembai mungkin dpt habuan wang ringgitt......
takut nnt wak dapat habuan penyapu terbang je...

haha....

Posting terkini

Blog Archive