zaharin - UMNO sekarang bukan berperang dengan musuh-musuh politiknya tetapi dia berperang sama sendiri. Laman-laman yang pro UMNO melanyak bukan sahaja blog yang anti UMNO atau yang tidak sekutu dengannya tetapi kini terlibat dengan melanyak dengan teruknya bekas Presiden partinya sendiri termasuk anak beranaknya.
Nampaknya hati nurani rakyat Malaysia tidak macam orang Indonesia. Bagaimanapun sengsaranya rakyat Indonesia di zaman pemerintahan Soeharto tetapi bila sampai ke peringkat kesihatan Soeharto tidak sesuai ke mahkamah untuk menghadapi berbagai tuduhan KKN- Korupsi, Kroni dan Nepotisme, mereka dengan penuh keinsafan memperlahankan serangan kepada beliau dan sebaliknya ada setengah pihak yang menuntut dia di ampun berdasarkan sumbangan yang diberikan kepada Indonesia .
Rakyat Indonesia sedar, jika Indonesia tidak di perintah secara diktator, Indonesia tidak berada sebagai sebuah negara yang maju dengan penduduknya berjumlah 220 juta itu. Tetapi semuanya runtuh kerana permainan Amerika dalam gawat ekonomi.... selanjutnya.
Jun 7, 2008
Blog UMNO yang tak cerdik
Labels: Sang Kelembai
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 5, 2008
Senyum Kambing ~ Sang Kelembai
Malam tadi RTM menjemput Sdr Zaharin atau nama pena di blognya Sang Kelembai. Rancangan malam tadi tak sehebat rancangan minggu lepas yang mana tetamu jemputannya Raja Petra.
Sang Kelembai di dalam penulisan di blognya menghentam hebat kepimpinan Pak Lah. Malah beliau menggelarkan kepimpinan Pak Lah sebagai 'Kerajaan Tiga Beranak'. Sdr Zaharin merupakan ahli Umno yang telah di pecat keangotaannya.
Beliau di kecam hebat oleh para bloggers bilamana menunjukkan sikap 'lembut' berbeza dari apa yang ditulis di blognya hingga sanggup mencium tangan pemimpin yang di kecamnya. more....at Lagendabuta
Labels: Kassim Selamat, Sang Kelembai
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Apr 24, 2008
Sanggupkah Zahrin Yasin jilat kahak dan ludahnya
klpos - Sanggupkah Zahrin menjilat kembali ludah dan kahak yang telah diludahkan kepada Pak Lah selama ini ?
Biasa saja, dalam politik mana ada kawan dan lawan yang kekal, kalau dahulu lawan kini menjadi kawan dan ada juga yang dahulu kawan kini telah menjadi lawan.
Apa-apa sajalah, mari kita jentik sedikit telinga si Sang Kelembai tu, apa hidayah yang telah turun dari langit yang membuat Zahrin Yassin (Sang kelembai) sampai cium tangan Pak Lah. Adalah mana-mana bahagian bawah pinggang dia yang dah tersepit kot.
Mungkin juga ada wahyu yang diterimanya atau mungkin juga ada keinsafan setelah menyedari apa yang tulis selama ini hanya lah emosi sahaja. Bukan orang percaya pun apa yang dia tulis di blognya.
Tapi itu hak dia, dia yang tulis , dia yang menanggung dosa . Mudah Sang Kelembai ini pusing 99 darjah, tapi jangan percaya sangat sebab esok dia boleh pusing lagi 250 darjah pula. more...
Labels: Sang Kelembai
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Apr 18, 2008
Agenda Melayu giliran PAS
Sangkelembai - Masalah yang terbesar dihadapi oleh Saya Perdana Menteri Abdullah Hj Ahmad yang “Saya Masih Di sini” ialah ketergantungan dengan nasihat dan pandangan anaknya Kamalludin Abdullah dan menantunya Khairy Jamalludin Abu Bakar dan penasihat di belakang tadbirnya yang bernama Zulkefli Abdul yang pernah mengetuai BTN-Biro Tata Negara dan dua orang korporat penyamun yang bernama Anuar Zaini dan Kalimullah Meor Hassan.
Itu sebab sebagai seorang Perdana Menteri dalam kerajaan majoriti mudah dan Presiden UMNO, dia langsung tidak mahu memberi respons atau memberikan sokongan balik kepada kenyataan Presiden PAS, Haji Hadi Awang yang bersedia memikirkan soal Melayu dengan terlebih dahulu membetulkan pentadbiran negara.
Jika orang berakal, kenyataan Haji Hadi Awang adalah satu hantaran yang baik dalam satu perlawanan bola dan jika penerima nya pasukan lawan sudah pasti bersedia untuk menendang terus di dalam gol tetapi Abdullah Hj Ahmad hanya membiarkan sahaja bola itu masuk kepada gol sendiri.
Kenapa tidak lebih daripada 24 jam selepas kenyataan itu, tidak ada seorang pun pemimpin UMNO yang hendak menjawab akan kenyataan dari Haji Hadi Awang berkaitan perpaduan Melayu. Kalau takut sangat kerana belum di dahului oleh komen Abdullah Hj Ahmad, sekurang-kurang selepas berani bercakap dengan orang yang tidak hadir dalam perjumpaan dengan pemimpin UMNO untuk meminta Abdullah Hj Ahmad meletakan jawatan, jika sekadar berani membentangkan kain rentang, baik tak payahlah bercakap banyak pemimpin UMNO dalam soal Abdullah Hj Ahmad didesak meletakan jawatan sebalik teruslah sokong. more...
Labels: Sang Kelembai
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Apr 12, 2008
Tuah Sang Kelembai
Detikdaily
Zaharin menanya saya, ‘ Mahaguru, adakah salah bagi saya (Zaharin) memeluk sesama Muslim dan berdamai dengan seseorang yang diasak kiri dan kanan oleh semua?’
Demikian pertanyaan Sang Kelembai yang seolah-olah mahu cuba menyakinkan dirinya sendiri bahawa sikap berdamainya terhadap Abdullah itu adalah ‘’betul’ dan menepati tuntutan Islam.Tapi Islam yang mana satu? Hanya Sang Kelembai yang lebih memahaminya!
Betapa beruntungnya Sang Kelembai mendapat peluang keemasan dihari itu kerana Allah menganugerahkan kepadanya kesempatan bersejarah dan sangat berharga , dapat mencium penuh ratapan syahdu tangan Abdullah -- Imam Islam Hadari itu ! More...
Labels: Sang Kelembai
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Apr 10, 2008
I will still criticise Pak Lah - Sang Kelembai
Labels: Sang Kelembai
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Apr 9, 2008
Pengkritik akhirnya cium tangan PM
Malaysiakini - Di tengah gelombang penentangan penulis blog terhadap perdana menteri, seorang daripada mereka yang lantang mengecam Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membuat pusingan U politik.
Zaharin Mohd Yassin, satu-satunya ahli Umno yang dipecat kerana mengkritik keras Abdullah melalui blognya, kelihatan mencium tangan Abdullah di lapangan terbang Kota Kinabalu kelmarin.Zaharin, juga popular dengan nama 'Sang Kelembai', dilaporkan menunggu presiden Umno sewaktu lawatannya ke Sabah pada Isnin.
"Abdullah yang tidak menyangka kehadiran Zaharin kelihatan kaget dengan kejadian itu dan membiarkan Zaharin bermonolog sendiri," lapor penulis politik Mohd Sayuti Omar di blognya 'Merah Tinta MSO' (msomelayu.blogspot.com) semalam.
Laporan Mohd Sayuti itu, yang juga pemilik akhbar mingguan politik Siasah, turut memuatkan tiga keping foto saat-saat dramatik itu.
Penulis blog 'Sang Kelembai' (sangkelembai2006.blogspot.com) dipecat daripada Umno pada September 2006.
Sewaktu mengumumkan tindakan tatatertib itu, Abdullah berkata Majlis Tertinggi (MT) sebulat suara memecat Zaharin selepas meneliti laporan Jawatankuasa Pengurusan dan Lembaga Disiplin Umno.
Setiausaha agung waktu itu Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad pula berkata MT memutuskan untuk mengenakan hukuman lebih berat daripada cadangan oleh lembaga disiplin Umno. More...
No2umnO - Wak tak dapat bayangkan kalau satu hari nanti keluar pulak berita, RADENJOWO CIUM TANGAN KHIR TOYO ........ Heheheh geli geleman.
Labels: Sang Kelembai
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Al-Kisah Blogger pertama dipecat dari Umno dan Hikayat Babi di Selangor
Email : azzlie@gmail.com
Maka gemparlah alam blogger senusantara dengan terjadinya fenomena alam yang kurang ganjil ini. Di khabarkan bersua dan bertautlah kembali kasih sayang di antara bekas hulubalang Umno dengan al-sultan wal Umno. Tidaklah menjadi masalah kiranya kasih sayang dan silaturrahim yang sudah lama terputus dijalin kembali. Carik-carik bulu ayam - ibarat kata hulubalang ganu al-Rosol yang terkenal derhaka kepada Sultan itu. Namun, beberapa persoalan ditimbulkan arakian akibat pertemuan tersebut. Di tambah perisa dengan dua tiga cerita yang kurang sedap di dengar halwa telinga.
Di khabarkan Sang Kelembai yang gagah perkasa itu begitu kritis mengkritik presidennya dan kabinet tiga beranaknya, dibeli dengan harga RM 1 juta adanya. Ditambah lagi dengan pertemuan tersebut dibuat di nun jauh di negeri bawah bayu adanya. Aduhai. Apa dah jadi kiranya. Ada harga jua akan diri sang gergasi kelembai itu rupanya. Atau mungkin sudah menjadi tradisi hulubalang-hulubalang Umno - asal ada padi semua deras. Tetapi yang akan diriku ini faham adanya, blogger-blogger picisan kini sudah boleh 'demanding'. Taknak kena ketuk banyak-banyak, hulur sahaja. Silap-silap boleh jadi jutawan sekelip mata. Hi, rezeki tersepak. Siapa yang tak hendak, ye dak??
Maka di sini lah pentingnya tarbiyah dan dakwah. Sebagai pendinding diri untuk bekalan dalam perjuangan . Jika berpegang kepada dua - Al Quran dan al Hadis, insya Allah. Tidak akan lemas adanya. Selamat di dunia dan akhirat.
Bergegarlah juga seluruh media-media barisan pengampu - TV, radio, surat khabar. Di canang ke seluruh dunia yang Selangor ini ada pertenakan babi rupanya. Di kutuk dia akan proses permodenan dan pembaikan belaan babi ini. Maka siang dan malam disuluh akan Menteri Besar Selangor yang di dalam pakatan rakyat ini. Rakyat Selangor tak setuju dengan bab ini. Di tambah dengan sokongan 2-3 exco Selangor dalam perkara ini. Maka mengelegaklah orang Melayu yang memang sensitif dengan benda najis ini. Alamak, penyokong-penyokong pakatan rakyat pun tumpang sekaki. Tak setuju dengan keputusan MB yang mereka sendiri lantik. Kiranya dah terserlah belang sebenar MB Selangor ini. Bersorak lah pakatan-pakatan UMNO. Bola tanggung ini katanya. Kita orang dah pesan, siapa suruh depa pilih MB ni. Hanya Umno yang berhak memerintah Selangor, orang lain mana terer bab perintah-perintah ni. Kan kita orang dah lama perintah negeri dengan kaedah 'pecah dan bolot' ini.
Tapi alamak!!! MB Selangor baru saja buat sidang media tadi. Projek ini satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional. Maka ada sedikit elok diteruskan. Pertenakan ini dijadikan berpusat. Sisa dan bahan najis binatang ini dikitar semula. Tak mencemar alam sekitar bagai di Melaka dan Negeri Sembilan itu. Dan tiada lagi tempat-tempat lain di Selangor ini boleh dijadikan tempat ternakan ini membiak dan diternak. Aduh! Pandai juga MB Selangor ni berpecak silat. Rupanya kita dan UMNO sama-sama terkena. Dah ludah kena jilat balik ?? Terpalit pulak ke muka sendiri. hahaha.. Hidup Pakatan Rakyat!! Hidup Khalid Ibrahim!! Hidup Selangor
Labels: Isu Babi Selangor, Sang Kelembai
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
PANGGILAN DARI BLOGGER YANG 'KONAR BARING'
Panggilan dari Sang Kelembai
Roslan sms
Saya baru menerima panggilan dari rakan saya yang baru "konar baring" Sang Kelembai. Ternyata beliau tidak senang dengan tulisan saya (yang dipetik pula oleh
Harakahdaily). Tetapi untuk beliau memanggil saya, menunjukkan yang beliau masih menganggap saya sebagai kawan dan saya pun memang tidak ada masalah dengan peribadi beliau, seorang yang cepat mesra dan pelawak, tetapi sudah pastilah saya tidak dapat menerima sikap "konar baringnya" yang terbaru ini.
Beliau tidak memarahi saya cuma mengadu yang ramai kawan-kawan tidak memahami "konar baringnya" itu. Saya pun tak menyalahkan kawan-kawan sebab sejak beliau dipecat dari Umno oleh Dollah, serangan dan krtikkan tajam, sinis dan pedas beliau terdapa Dollah dan suku sakat seolah membayangkan yang beliau telah berkerat rotan dan berpatah arang sama-sekali dengan Dollah. Kalau yang kasar dikalangan kita pun sekadar mengumpakan Dollah sebagai PM yang "lembik" dan kaki tidur, tetapi bagi Sang Kelembai, bahasa itu terlalu sopan bagi beliau.
Apa yang tidak dihumbankannya terhadap Dollah, anak-isteri dan kaum kerabat, sehinggakan solat Dollah sebagai imam pun dikatakan tidak sah atas sebab-sebab peribadi Dollah yang saya sendiri tidak tergamak menulis di sini.
Kerana itu bila beliau "konar baring" sudah pastilah kawan-kawan marah dan menyumpah.more...
Labels: Roslan SMS, Sang Kelembai
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Apr 8, 2008
ALAHAI .... SANG KELEMBAI
Kickdefella - Blogger pertama di pecat oleh UMNO, Zaharin Mohd Yassin atau terkenal dengan nama penanya, Sang Kelembai telah kembali ke pangkuan Abdullah Ahmad Badawi.
Sumber dari dalam UMNO menyatakan Sang Kelembai telah menemui Pak Lah setelah di bawa oleh seorang Ketua Bahagian UMNO. Selepas pertemuan tersebut, Pak Lah dan Zaharin kelihatan menangis.
Kembalinya Zaharin yang merupakan pengkritik hebat Pak Lah menerusi artikel-artikel Kerajaan Tiga Beranaknya di juruterakan oleh Tengku Adnan, Setiausaha Agung UMNO.
Sementara itu, di Sabah, Zaharin dilihat memeluk dan mencium Pak Lah serta melafazkan mohon maafnya di hadapan khalayak ramai. more...
Artikel Sang Kelembai yang lepas ...... Kabinet Kerajaan Tiga Beranak
Labels: Sang Kelembai
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Sang Kelembai Berpelukan Dengan Abdullah di Sabah
Msomelayu
SUKAR untuk ditafsirkan apakah lawatan 10 to 10, (sepuluh pagi hingga sepuluh malam) Abdullah Ahmad Badawi ke Sabah semalam (7 Mac) membawa kejayaan ataupun sebaliknya.
Yang pastinya lawatan itu penting dan hasil daripada kesan lawatan itu ditunggu orang ramai.
Apakah ia boleh menamatkan spekulasi yang hangat tersebar di Sabah sekarang ini, kononnya beberapa ahli PArlimen BN akan menyeberang bersama pembangkang ataupun sebaliknya?
Bagaimana pun bagi komuniti penulis dan blogers kunjungan Perdana Menteri itu tidak dirasakan begitu penting dan memberi apa-apa kesan tambahan kepada kredibilitinya atau untuk proses pembaikpulihan Umno/BN. Tidak ada apa-apa istimewanya kerana penulis dan bloger sudah lama membaca apa yang akan berlaku dan telah menulis apa yang telah berlaku lama sebelum ini.Kriritkan yang dilemparkan kepada Perdana Menteri itu walaupun sarat dengan emosi, nakal dan kadang kala biadab, namun niatnya tetap ikhlas ialah untuk memperbetulkan kelemahan beliau. Banyak sebab dari kacamata penulis/bloger tentang kelemahannya dan kesilapan-kesipalan dilalukan sebagai Perdana Menteri.
Sikapnya membiarkan menantunya menguasai dan mencampuri urusan pentadbiran kerajaan adalah antara puncanya dan menjadi masalah Abdullah tidak disenangi. Kerana sikap dan terlalu bijak Khairy bagi masyarakat penulis atau bloger telah menyebabkan damge tertimba kepada Abdullah. more...
Rujuk:
Blogger pertama yang dipecat dari UMNO ‘ sudah korner ’…
Sumber dari dalam UMNO juga mengesahkan bahawa ‘kos’ membawa pulang Zaharin ke pangkuan Pak Lah dikatakan mencecah RM1 juta.
Labels: Sang Kelembai
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Apr 6, 2008
Nak Letak Atau Nak Kena Tolak?
sangkelembai
(...) Kalau di Indonesia, Bambang Trihajmodjo atau Tommy di persetujui terima pakai sebagai “Maskot” krisis kewangan, begitu juga di Malaysia bahawa yang sesuai dijadikan maskot bukan satu seperti di Indonesia sebalik Malaysia punya dua maskot dalam krisis keyakinan sekarang ia itu anaknya “Saya Perdana Menteri” Abdullah Hj Ahmad yang tiga kali menyebut “Saya ada di sini” bernama Kamaludin Abdullah dan menantunya Khairy Jamalludin Abu Bakar dalam Kerajaan Tiga Beranaknya.
Dua maskot ini penyebab utama kekalahan UMNO/Barisan di PRU yang baru lalu. Sekarang ini dalam keadaan politik haru biru kedua mereka masih lagi berusaha mencari keuntungan perniagaan dan yang terbaharu pembelian kapal terbang untuk MAS yang sudah pasti akan persamaan dengan pembelian Air Bas dahulu di mana pembekalnya lebih banyak berunding dengan Kamalludin Abdullah di London dari Kementerian Pengangkutan dan Penerbangan Mas. Dan sekarang berapa lagi juta komisen yang akan diterima atas pembelian yang berharga 4 billion USD oleh keluarga Abdullah Hj Ahmad dan pergilah periksa siapa pengarah dalam syarikat Penerbangan Malaysia Berhad dan hubungan dengan Kamalludin Hj Ahmad.
Khabarnya tidak juga kurang dengan pembelian kapal selam. Dan juga jangan lupa bahawa Kamalludin Abdullah mempunyai kepentingan yang besar dalam Air Asia tetapi monyet-monyet macam Pahamin itu boleh menjadi “puppet” maka dia tidak akan bercerita benar. Itu sebab sehingga sekarang ganti rugi laluan MAS kepada AIR ASIA masih tidak berbayar lagi. Agaknya orang yang bijaksana dalam hal ialah bekas Menteri Pengangkutan - Chong Koy Choy. Itu sebab dia tidak didakwa dalam kes Port Klang Free Trade Zone kerana “sendiri mahu tahulah”
Abdullah Hj Ahmad tidak mahu meletakan jawatan bukan hendak membetulkan UMNO dan Barisan Nasional tetapi demi kepentingan perniagaan anak dan menantunya. Banyak penyakit yang “package” akan diketahui jika dia berhenti sekarang, maka terpaksalah menjadi Perdana Menteri dengan mengikut telunjuk anaknya. Khabarnya anak dan menantunyalah yang menahan dia meletakan jawatan berbeza dengan Tun Hussein Onn yang terpaksa meletakan kerana desakan anak dan menantu kerana memikirkan kesihatan Tun Hussein Onn.
Ada orang membela Abdullah Hj Ahmad dengan mengatakan kenapa Tun Dr Mahathir Mohamed tidak diminta meletakan jawatan pada PRU 1999 yang menunjukkan kekalahan bertambah satu negeri selepas Kelantan? Kalau baca kenyataan dua tiga orang dalam akbar Berita Harian terserlah “bangangnya”dalam loghat Negeri Sembilan yang bermaksud baik sikit pada tolol dan bawah sedikit pada bodoh.
Isu PRU 1999 ialah menghadapi dua krisis besar, pemecatan Anwar Ibrahim dan kemudian di lebam matanya oleh Polis dan kegawatan ekonomi. Tidak seperti PRU 2008, tidak ada mata siapa yang lebam dan ekonomi keseluruhan dalam tahap yang baik tetapi kenapa kalah?
Sebabnya kebencian yang amat sangat kepada Abdullah Hj Ahmad, bukan sahaja orang Melayu, Cina dan India kecuali dayak - dayak di Serawak dan Bajau dan Kadazan di Sabah yang terkenal dengan nilai RM50 nya tetapi ialah orang UMNO sendiri yang tidak mengundi calon-calon UMNO.more...
Labels: Sang Kelembai
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Mar 16, 2008
Bila Raja mula Beraja
sangkelembai2006
Tidak sesiapa menafikan sumbangan PMJ -Persatuan Melayu Johor di bawah pimpinan Dato Onn Jaafar telah berjasa besar menumbangkan gagasan Malayan Union yang dibawa oleh British dan antara lain menjadikan Kerajaan Melayu Beraja dalam satu Kerajaan Persekutuan dan Raja-Raja Melayu hanya diberi hak untuk menjaga ugama, adat istiadat Melayu dengan tidak menjejaskan kedaulatan raja atau sultan sebagai pemerintah dalam negeri-negeri mereka masing-masing.
Tetapi orang Melayu dan kemudian menubuhkan UMNO terlalu emosi dalam soal Malayan Union dan menganggap sebagai satu usaha yang sistematik oleh British hendak membuang kuasa Raja dan ketuanan Melayu.
Walau pun UMNO berjaya menumbangkan Malayan Union dalam bulan April 1946 tetapi Malayan Union diubah nama atau kata bahasa sekarang di “new branding” dengan nama Persekutuan Tanah Melayu, maka berpuas hatilah UMNO dengan nama Melayu pada nama Malaya yang diguna pakai masa itu. Tetapi konsep dan tujuan tidak berubah sehingga setelah 50 tahun Malaysia Merdeka.
Maka hari ini, tidak ada orang politik khasnya di dalam UMNO yang punya bukan sedikit cerdik pandai boleh membaca yang tersirat daripada yang tersurat tindakan dua orang Raja dalam negeri Melayu ia itu Perlis dan Terengganu, bila mana enggan melantik Menteri Besarnya, apa yang ditunjuk oleh Perdana Menteri atau Ketua Parti yang menang dalam Pilihan raya Umum ke 12 yang baru berlalu.
Sebenarnya pentadbir atau orang politik British yang merangka Malayan Union amat menyedari akan kepentingan menjaga hak-hak orang Melayu di Malaya masa itu. Itu sebab apa bila Persekutuan Tanah Melayu dipersetujui diberikan kemerdekaannya oleh British atas keputusan resolusi Perhimpunan Bangsa-Bangsa Bersatu atau United Nation yang diwujudkan selepas Perang Dunia Kedua,supaya semua kuasa-kuasa yang menjajah negara asing memerdekakan negara tersebut. British tidak merangka satu Perlembagaan Negeri kecuali diselaraskan dengan Perlembagaan Persekutuan supaya jangan bertindih dengan Perlembagaan Persekutuan.
more...
Labels: Sang Kelembai
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Feb 1, 2008
Khir Toyo dan calon nya
sangkelembai2006
Dewan Rakyat bukannya Parlimen seperti yang disebut oleh orang yang tak baca Perlembagaan Malaysia yang akan dibubarkan bila-bila dari sekarang bagi laluan untuk di adakan PRU- Pilihan raya Umum yang ke 12 dan seterus nya menyerahkan balik kepada rakyat untuk memilih satu Parti atau kumpulan orang yang boleh dipercayai mentadbirkan negara untuk jangka masa lima tahun ke hadapan.
Sudah banyak dikatakan oleh Pembesar Parti Politik, sama ada yang bernama UMNO dan rakan sekutunya dalam Barisan Nasional yang mengandungi 13 Parti lain atau juga Parti Pembangkang yang bergabung atas nama Barisan Alternatif dalam soal menentukan calon - calon yang bertanding. Dan jika di persetujui oleh Raja dan Yang Di Pertua Negeri, Dewan Undangan Negeri juga akan turut dibubarkan bagi tujuan yang sama.
Di peringkat Persidangan Dewan Rakyat, persidangan nampaknya kerap berlaku dan akan memakan masa yang panjang. Persidangan menjadi panjang kerana Dewan bersidang hanya 4 hari dalam seminggu dan tidak seperti mula-mula Dewan Rakyat diwujudkan, bukan sahaja Persidangan lima hari dalam seminggu tetapi waktu bermula Dewan mulai jam 9 pagi dan berakhir 5 petang tetapi sekarang bermula jam 10 pagi dan tamat jam 5 petang.
Sebilangan besar ahli-ahli Dewan Rakyat tidak diketahui orang atau pengundi bahawa banyak antara mereka yang tidak hadir di dalam Dewan semasa persidangan berlangsung terutama yang memegang jawatan sebagai anggota pentadbiran awam. Kalau BN berani dan telus, sila bentangkan secara terbuka jumlah hari Dewan bersidang dan jumlah kehadiran. Yang sudah pasti kehadiran yang paling sikit ialah “Saya Perdana Menteri” yang mungkin sampai kiraan 50 kali hadir pun susah hendak mencapai dalam lebih dari empat tahun Dewan sudah bersidang.
Dari itu apakah ukuran yang Abdullah Hj Ahmad untuk mengekal calon-calon untuk bertanding semula bila mana dia sendiri jarang hadir ke persidangan Dewan Rakyat dan jika hadir pun kerana hendak menjawab soalan dan jauh sekali untuk hadir dan mendengar pandangan sama ada cadangan atau kritikan dasar-dasarnya.
Jauh bezanya di zaman Tunku Abd Rahman dan Tun Razak Hussein yang boleh dikatakan akan hadir dalam persidangan Dewan Rakyat walau pun tidak memberi apa-apa jawapan soalan Dewan Rakyat, sebaliknya hadir untuk mendengar pandangan-pandangan ahli Dewan Rakyat, tidak kira Parti pemerintah atau pembangkang. Itu sebab kesemua soalan dapat ditangkis dengan mudah oleh Tunku Abd Rahman dan kerajaannya kerana kesemua Menteri yang berkenaan berada dalam persidangan Dewan semasa ahli Yang Berhormat membahaskan usul-usul. Di zaman Tun Dr Mahathir Mohamed pula walau pun dia tidak hadir di Persidangan Dewan Rakyat tetapi laluan rakaman secara langsung dipasang di Pejabatnya sama ada semasa di Jalan Dato Onn atau pun Perdana Putra.
more...
Labels: Sang Kelembai
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments