sangkelembai2006
Tidak sesiapa menafikan sumbangan PMJ -Persatuan Melayu Johor di bawah pimpinan Dato Onn Jaafar telah berjasa besar menumbangkan gagasan Malayan Union yang dibawa oleh British dan antara lain menjadikan Kerajaan Melayu Beraja dalam satu Kerajaan Persekutuan dan Raja-Raja Melayu hanya diberi hak untuk menjaga ugama, adat istiadat Melayu dengan tidak menjejaskan kedaulatan raja atau sultan sebagai pemerintah dalam negeri-negeri mereka masing-masing.
Tetapi orang Melayu dan kemudian menubuhkan UMNO terlalu emosi dalam soal Malayan Union dan menganggap sebagai satu usaha yang sistematik oleh British hendak membuang kuasa Raja dan ketuanan Melayu.
Walau pun UMNO berjaya menumbangkan Malayan Union dalam bulan April 1946 tetapi Malayan Union diubah nama atau kata bahasa sekarang di “new branding” dengan nama Persekutuan Tanah Melayu, maka berpuas hatilah UMNO dengan nama Melayu pada nama Malaya yang diguna pakai masa itu. Tetapi konsep dan tujuan tidak berubah sehingga setelah 50 tahun Malaysia Merdeka.
Maka hari ini, tidak ada orang politik khasnya di dalam UMNO yang punya bukan sedikit cerdik pandai boleh membaca yang tersirat daripada yang tersurat tindakan dua orang Raja dalam negeri Melayu ia itu Perlis dan Terengganu, bila mana enggan melantik Menteri Besarnya, apa yang ditunjuk oleh Perdana Menteri atau Ketua Parti yang menang dalam Pilihan raya Umum ke 12 yang baru berlalu.
Sebenarnya pentadbir atau orang politik British yang merangka Malayan Union amat menyedari akan kepentingan menjaga hak-hak orang Melayu di Malaya masa itu. Itu sebab apa bila Persekutuan Tanah Melayu dipersetujui diberikan kemerdekaannya oleh British atas keputusan resolusi Perhimpunan Bangsa-Bangsa Bersatu atau United Nation yang diwujudkan selepas Perang Dunia Kedua,supaya semua kuasa-kuasa yang menjajah negara asing memerdekakan negara tersebut. British tidak merangka satu Perlembagaan Negeri kecuali diselaraskan dengan Perlembagaan Persekutuan supaya jangan bertindih dengan Perlembagaan Persekutuan.
more...
PEMIMPIN PN OTAK KEMETOT.
3 minutes ago
0 comments:
Post a Comment