(...)
kuda-kepang
Warkah Desakan
Lantaran itu, Abdullah perlu akur kepada kehendak rakyat. Lantaran itu, janganlah Abdullah dan mana-mana pihak mempolitikkan warkah desakan daripada Mukhriz. Lantaran itu, Abdullah perlu bebaskan diri daripada belenggu denial syndrome dan mengosongkan kerusi Perdana Menteri dan Presiden UMNO dengan segera.
Kini banyak pihak menerima maklumat bahawa menantu Abdullah dikatakan sedang dalam persembunyian di sebuah “pulau” di selatan Semenanjung. Ini membuktikan dia mungkin sememangnya talibarut kepada kuasa “di pulau” berkenaan.
Oleh itu, jangan diperlekehkan suara rakyat ketika ini. Suara ini berada di mana-mana. Suara ini muncul dalam bentuk warkah desakan Mukhriz, tulisan saya menerusi blog, kain rentang desakan yang mula dikesan terpampang di beberapa lokasi di seluruh negara, dan lebih penting lagi, terbukti menerusi keputusan PRU12.
Abdullah, insaflah. Kini sudah ramai rakyat jelata menyatakan bahawa anda adalah “merak buih” yang jadi punca kepada seluruh bencana mutakhir ini. Oleh itu, jangan anda tipu diri sendiri dan jangan anda terus terpedaya dengan kata-kata manis pencipta mimpi [the dream makers] dan kumpulan pedagang mimpi [the dream merchants] yang kini berada di sekeliling anda. Kelompok ini adalah sokong membawa rebah.
Abdullah. Dengarlah kehendak rakyat. Hormatilah tuntutan rakyat. Akurlah kepada suara hati rakyat. Kosongkanlah kerusi Perdana Menteri dan Presiden UMNO dengan serta-merta demi agama, bangsa dan negara!
Baca selebihnya ....
Mar 16, 2008
Kekecewaan Rakyat Semakin Memuncak
Labels: kuda kepang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
KAU NI BUNYI MACAM KECEWA BAGAIKAN ORANG ORANG YANG KECEWA TIDAK DICALONKAN KAN JE!!!!!!!
TAK PAYAH BAGI TAU PAKLAH NAK UNDUR, DIA PUN TAU DIA KENA UNDUR DARI TAHUN LEPAS LAGI,NI TAK PAKSA DIA MCM ORANG MEROYAN NI KENAPA?
OOOOPS! NAK TANYA JAWATAN APA YANG NAJIB OFFER KAT KAU?
Post a Comment