KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 16, 2008

KERJA MB BANYAK?

Khalid tidak sangka kerja MB terlalu banyak
Utusan Malaysia 16/03/2008 6:47pm

KUALA LUMPUR 16 Mac - Belum pun seminggu menggalas jawatan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengadu `terperanjat’ dengan beban kerja barunya itu.

Beliau meluahkan perasaan demikian kerana tidak menjangkakan peranan sebagai seorang Menteri Besar akan menuntutnya bekerja bagi tempoh yang lama setiap hari.

Menurutnya, beliau tidak ada masa untuk berehat selepas memegang jawatan itu setelah terpaksa berada di pejabat seawal 6 pagi setiap hari.

Keadaan itu, katanya, nyata berbeza selepas meninggalkan dunia korporat apabila beliau lebih banyak berehat.

“Saya tidak sangka kerja sebegini banyak (selaku Menteri Besar) tetapi saya akan tetap bekerja,” katanya di sini hari ini.

Beliau yang juga Setiausaha Agung PKR berkata demikian ketika berucap semasa menghadiri majlis kesyukuran meraikan kemenangannya di Bandar Tasik Selatan di sini hari ini.


Lagi sekali Utusan malaysia cuba memperlekeh kan Dato Khalid Ibrahim. Bila membaca berita, harap harap pembaca hilang kepercayaan kepada MB baru nih...Khir Toyo lagi ok lahhh.. Kononnya Khir Toyo sebelum ini lebih baik? Tidak sampai seminggu menjadi MB, Utusan tak habis habis cuba meracun pembaca. Gelinya aku dengar berita ni...

Beb.....aku budak selangor dan suka golf. Aku tau sejauh mana sibuk nya khir toyo dan sejauh mana kyusuknya jawa tu di dalam tugasnya.

Sibuk? Dia masih boleh ke padang golf. Tempat kegemarannya adalah Glenmarie Golf & Country Club. 15 minit perjalanan dari SUK dan 20 minit dari Rumah resmi Menteri Besar di seksyen 7. Waktu kegemarannya adalah jam 3 petang dan selesai jam 7 malam. Pakaian kegemarannya adalah pink dan bertopi ala 'Baretta'. Selalunya beliau membawa jurulatih golfnya bermain bersama dan 2 buggy dalam setiap permainan. Pemandu peribadinya pun ikut serta masuk ke padang, tetapi tidak bermain. Beliau juga kerap bermain di luar negara.

Dato Khalid Ibrahim baru memegang jawatan Menteri Besar, Sebelum ini beliau sudah biasa dengan kesibukan kerja. Rekod tugas beliau, ramai yang dah tahu. Menjadi Menteri Besar sekurang kurangnya mempunyai 4 setiausaha di dalam pelbagai porfolio. BEb ...... Sepetik jari sahaja, Dato Khalid boleh agih agihkan tugas. Cuma masa dan waktunya sahaja. Ketika ini beliau di dalam proses mengenal pasti aktiviti dan tugas penting. Selepas perlantikan setiausaha dan exco, semua jadi mudah.

Kalau lah menjadi MB sibuk, Khir Toyo tak main golf. Sekali permainan, mengambil masa 4 jam. Orang tak main waktu malam. Bola tak nampak, main tak puas. Kalau seminggu 3 kali main, dah 12 jam. Adakah Utusan nak bagi tau ... Kerja sebagai MB banyak dan selama ini Khir toyo tak buat kerja?

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive