marhaen.org
Saya percaya rakyat marhaen merasa lega dengan pengumuman Tan Sri Khalid Ibrahim, sejurus beliau mengangkat sumpah menjadi Menteri Besar Selangor.
Antara pengumuman itu ialah EXCO kerajaan baru BR Selangor tidak akan mengubahsuai ataupun membelanjakan apa-apa untuk ubahsuai pejabat masing-masing. Menteri Besar pun tidak ingin memiliki kereta baru kerana selesa dengan kereta yang sedia ada.
Wakil rakyat PAS di Selangor pula telah mengistiharkan mahu menyumbanga tiga puluh peratus (30%) elaun bulanan mereka kepada tabung kemajuan fakir miskin. Alhamdulillah… Ini amat melegakan rakyat marhaen kerana tidak disebut bahawa fakir miskin itu terhad kepada yang beragama Islam. Seorang teman beragama Buddha menampung tangan berdoa kepada Yang Esa minta dipanjangkan usia wakil rakyat tersebut semuanya.
Saya amat tertarik dengan usaha TS Khalid mahu memanggil jentera audit mengena pasti kedudukan kewangan negeri Selangor. Dalam hal ini saya ingin merakamkan beberapa laporan yang saya terima selama ini mengenai pembaziran kerajaan Khir Toyo. Antara
lainnya:
1. Majlis suka-suka yang penuh pembaziran;
Walaupun Khir Toyo suka merendah diri bercerita tentang pengalaman menjadi buruh kasar di Utusan dan menjual aiskrim selepas waktu sekolah, Semasa dia menjadi Menteri Besar dia mengadakan jamuan menyambut hari jadinya mengalahkan selebriti Hollywood. Setiap kali diadakan majlis hari jadi dia mahu semua yang datang mengenakan pakaian yang menepati tema majlis hari jadi itu.
Kalau tema malam itu ialah Bollywood, setiap hadirin dimestikan memakai pakaian yang ditiru daripada filem Hindustan. Pakai Seluar Khamis ker, Sari nampak pusat ker, baju kasa yang menampakkan bra ker; pakailah asalkan menepati tema majlis itu. Kalau tema majlis ialah Zaman Enam Puluhan, setiap tetamu dimestikan mengena pakaian era enam puluhan juga.
2. Pegawai Daerah Yang Kurang Berada di Pejabat Masing-masing
Sepanjang Khir Toyo menjadi Menteri Besar, pegawai Daerah dan Setiausaha Negeri serta beberapa pegawai terkanan negeri jarang berada di pejabat masing-masing. Mereka banyak menghabiskan masa bersama agenda Khir Toyo baik dalam negeri mahupun di
luar negara.
Yang paling baik ialah ambil pasport setiap pegawai kanan itu dan periksa di mana mereka berada. Contohnya mereka diangkut ke Australia untuk melawat Projek ‘Cluster Homes’ sedangkan projek itu bukannya satu projek yang baru, malahan sudah ada filem dokumentari yang dikeluarkan oleh kerajaan Australia dan National Geography. Malahan ada beberapa filem pendek mengenai projek itu yang dikeluarkan oleh Qantas.
Kalau setakat mengenali konsep dan gambarannya sudah memadai mengambil maklumat di internet sahaja. Kemudian minta beberapa pelajar Malaysia yang berada di Australia untuk mengemukakan maklumat lanjut sebagai projek ijazah mereka. Apa salahnya kerajaan Selangor membiayai pengajian mereka dalam bidang itu.
Semua pilihan yang menjimatkan belanja itu tidak menarik kepada Khir Toyo dan pegawai kanannya di Selangor. Mereka perlu berada di sana untuk meraba bangunan yang telah dibina. Setiap Pegawai Daerah diberikan wang belanja poket sekitar Dua Puluh Lima Ribu untuk dihabiskan semasa membuat lawatan tersebut. Bayangkan setiap kali mereka keluar negara mereka disogok wang sebanyak itu dan setiap bulan ada sahaja lawatan keluar negara atas nama pembangunan Selangor, berapa juta telah dibazirkan oleh Khir Toyo.
3. Apabila nafsu serakah berulat di mata
Sepanjang pemerintahan Khir Toyo musim lalu dia lupa bagaimana dia menipu rakyat dengan menggunakan undi hantu dan undi tipu. Rakyat tidak akan memaafkan Khir Toyo apabila membiarkan pusat mengundi dibuka selepas waktu ditutup untuk membolehkan para pengundi hantu menjalankan tugas.
Kenikmatan menipu rakyat itu berlarutan sehingga petang menjelang hari penamaan calon. Pada malam sebelum penamaan calon satu majlis khas menjamu pihak Sekretariat mengundi telah diadakan di setiap jajahan Selangor di mana hanya bakal calon BN yang diminta hadir.
Ketika itulah diadakan proses menyemak semua kertas pencalonan orang BN di mana pegawai pengutip cukai disediakan untuk kerja lebih masa mengutip cukai stem. Dengan demikian pada keesokan harinya pemeriksaan kertas calon yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya adalah satu lakonan semata-mata.
Oleh kerana Khir Toyo sudah menjulap semua Pegawai Daerah dan pegawai kanan kerajaan Selangor dengan pelbagai wang sogok, adalah tugas utama Khalid untuk menemuduga pegawai ini semuanya dan hantar balik mereka ke Putrajaya untuk diganti dengan pegawai yang baru.
Untuk memudahkan kerja-kerja mengaudit di setiap daerah saya cadangkan Khalid menggunakan khidmat syarikat swasta untuk kajian mengumpul maklumat dan kerja analisis terakhir dibuat oleh Jabatan Audit Negara. Dengan demikian barulah kita tahu sebenarnya apakah yang membuatkan Selangor mempunyai hutang besar kepada Kerajaan Persekutuan.
Saya juga mencadangkan agar Tan Sri Khalid gunakan akhbar kerajaan Selangor yang diterbitkan setiap bulan sebagai wadah untuk menyebar maklumat bagi memerangi segala fitnah yang akan disiarkan oleh akhbar dan media arus perdana. Setidak-tidaknya mulakan dengan berita bagaimana pelaburan Amanah Saham Selangor yang harga pasarannya adalah lebih rendah daripada harga sekeping tempe, sekarang ini..
- marhaintua - 15.03.2008
PEMIMPIN PN OTAK KEMETOT.
11 minutes ago
0 comments:
Post a Comment