“Bukan lagi kecewa ... tapi saya amat kecewa, kalau ada lagi perkataan yang lebih hebat daripada amat kecewa itu beritahu saya. Itu istilah yang saya akan gunakan. Saya sangat kecewa kerana perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku dan dilakukan oleh seseorang yang saya hormat, seorang Ahli Parlimen yang senior dan peguam terkenal.... selanjutnya.Tak boleh di tegur rupanya .....
Oct 23, 2008
Pandikar Amin kecewa .... kitorang suka
Labels: Parliment
cilok & ciplak by radenjowo 3 comments
Pembabitan Golongan Muda dalam Pentadbiran Negeri
di terima melalui email
Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Dato’ Khalid Bin Ibrahim digesa agar menyedari bahawa dalam mencorakkan kepimpinan negeri pada masa hadapan juga terletak kepada potensi dan bakat daripada golongan muda yang berjiwa dan bersemangat besar. Kejayaan besar Pakatan Rakyat dalam PRU -12 Malaysia lepas adalah juga hasil semangat jitu yang telah ditunjukkan oleh golongan muda dalam membawa perubahan politik di Malaysia dan khasnya di negeri Selangor..
Lantaran itu, adalah dianjurkan supaya Kerajaan Negeri Selangor di bawah kepimpinan beliau, agar dapat menyediakan golongan pelapis kepimpinan yang mantap dan jitu di masa hadapan . AMK Selangor memohon agar golongan muda diberikan ruang dan peluang untuk mengisi dan menjawat jawatan dalam pentadbiran atau pengurusan di sembilan syarikat milikan Kerajaan Negeri Selangor (GLC) seperti; Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, Kumpulan Darul Ehsan Berhad, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad, Lembaga Urus Air Selangor, Yayasan Selangor, Majlis Sukan Negeri Selangor, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Permodalan Negeri Selangor Berhad mahupun Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor.
Disaran, penglibatan golongan muda ini bersama kelulusan yang sewajarnya, pengalaman, bakat, potensi dan aspirasi baru yang ada, mampu melihat golongan muda ini bersedia untuk menjadi pemimpin yang mempunyai wawasan baru dan mencorakkan perubahan positif di negeri Selangor. AMK Selangor juga ingin melihat bakat yang ada ditonjolkan dan digilap agar mereka bersedia menjadi pemimpin politik dan juga korporat yang berjaya di peringkat negeri, nasional mahupun di peringkat antarabangsa.
Sudah tiba masa dan ketikanya kita mahu melihat anak-anak muda Negeri Selangor yang pastinya mempunyai semangat untuk membawa agenda baru perubahan ke arah kecemerlangan dengan melibatkan golongan muda dalam arus perubahan siasah di negara ini. Golongan muda juga mesti diberikan tempat untuk menunjukkan bakat dan kemahiran kepimpinan mereka, di samping corak dan pendekatan baru dalam membawa kemakmuran negeri Selangor. Dengan menyediakan barisan pelapis yang berkeupayaan pada masa kini. Kita cukup yakin bahawa masa hadapan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor terjamin dan berkembang maju.
AMK Selangor juga mengharapkan juga golongan muda dilibatkan bersama dalam merangka dan merumus masa depan negeri Selangor agar mereka dapat memberikan sumbangan idea dan tenaga dalam menjana kemakmuran ekonomi negeri serta merakyatkan ekonomi.
Akhirnya, dengan memberi golongan muda peluang dan penglibatan dalam arus perubahan ini, pastinya ia pelaburan yang cukup strategik dan menguntungkan kerajaan negeri Selangor. Semoga dengan paduan pasukan kepimpinan ini, kita mampu melihat Negeri Selangor menjadi negeri contoh dan berdaya maju di masa hadapan.
“Generasi Muda Pemangkin Selangor Maju Jaya’
Mazli Saring,
Ketua Penerangan AMK Selangor
Labels: AMK Keadilan
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
Hindraf members arrested in front of PM’s office
star | A group of people from the Hindu Rights Action Force (Hindraf) were arrested in front of the Prime Minister’s office here on Thursday.
They were the first members arrested since the group was declared illegal by the Government on Oct 15.
The group, comprising eight men, three women and a child, were taken in by the police at around 3.45pm as they were trying to hand in a memorandum.
One of the three women was K. Shanti, the wife of Hindraf chairman P. Waythamoorthy who is in self-exile in London, and the child is believed to be their six-year-old daughter Vwaishhnnavi.... selanjutnya.
Labels: Hindraf
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Remaja salah masuk dan salah lapur
no2umno - Remaja salah masuk Universiti ... UKM (Universiti Kasar Malaysia), Lapuran pula sudah salah di serahkan kepada SUHAKAM (Suruhanjaya Hak Kekasaran Malaysia)
Laporan keganasan pengawai UKM terhadap mahasiswa, Suhakam berdolak dalih
Suarakeadilan | Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bersama Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) telah menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) mengenai kejadian kekasaran terhadap mahasiswa oleh pengawai keselamatan Universiti Kebangsaan Malaysua (UKM).
Majlis penyerahan memorandum tersebut diadakan di ibu pejabat Suhakam di Menara Tun Razak di Jalan Raja laut pada jam 3.00 petang dan memorandum diterima sendiri oleh Pesuruhjaya Suhakam, Dr Chiam Heng Keng.
Melalui memorandum tersebut, Suaram dan GMUKM mengutarakan isu daripada kejadian tersebut iaitu pengawai keselamatan UKM menyalahguna kuasa, bersikap kasar dan tidak profesional; testimonial pelajar yang dikasari oleh pengawai keselamatan tersebut; Menteri Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Seri Khaled Nordin tidak menyalurkan bantuan semasa kejadian; dan penglibatan polis dalam menakut-nakutkan pelajar.... selanjutnya.
Labels: Belit Suhakam, UKM
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
What Shah Rukh Kutty says about Shah Rukh Khan
Gua dah bilang .... Mahathir ni ada iras iras Shah Rukh Khan. Tak caya baca berita ni ....
malaysianinsider | "I think Shah Rukh Khan deserves the honorary Datukship. But this does not mean local artistes do not deserve the same honour. But do not revoke the award for it to be given to local artistes. We have more awards to be conferred to ourselves," said Mahathir in his latest blog posting.Kalau ikut sejarah ... Melaka mudah benar di jajah oleh Portugis, Sepanyol dan lain lain ... Dan Sultan Melaka pun tak tahan duduk Melaka. Korang kena cari sebabnya .... Aku tau, tapi biar korang pikir sendiri. Bila dah tak der Sultan, orang luar jadi Sultan.
"I am embarrassed when the Datukship award to Shah Rukh Khan was questioned. We have always been conferring honorary Datukship to foreigners in appreciation of their contribution to the states or the country. Some of them did not contribute as much as Shah Rukh Khan," said Dr Mahathir.
He added that when he was involved in the conferring of titles, most of the time he did not know the persons recommended to received the awards.
"I have worked towards attracting Bollywood film makers to shoot here as a way to introduce Malaysia not only to Indian viewers but also Europeans. The reason is to attract tourists to Malaysia," he added.
"Not only we can attract tourists, but the filming activities forced the Bollywood firms to spend a lot of money. Many workers and other Malaysians benefited from it. And sometimes, Shah Rukh Khan performed for free for charities," said Mahathir.... selanjutnya.
1 Filem - Datuk
2 Filem - Dato' Seri
3 Filem - Tan Sri
4 Filem - Tun
5 Filem - Nko nak ape? Ambik aje la
Labels: Belit Mahathir
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
77 ahli Parlimen sokong usul ISA diberi keutamaan
MStar | Seramai 77 ahli Parlimen menyokong supaya usul yang berkaitan dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diberi keutamaan untuk dibahaskan di Dewan Rakyat.
Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) berkata, usul tersebut perlu diberi keutamaan dan melalui segala urusan rasmi kerana isu yang berkaitan dengannya dilihat begitu penting untuk dibahaskan.
"Kita dapat sokongan, semua ahli Palimen tersebut termasuk seorang daripada Barisan Nasional (BN), dua (Bebas) dan 74 (Pakatan Rakyat)," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Usul yang berkaitan dengan ISA telah dikemukakan oleh Teresa Kok (DAP-Seputeh) supaya akta tersebut dibahaskan atau dimansuhkan kini berada pada kedudukan ke-43 senarai aturan urusan mesyuarat dan usul-usul.
"Kaukus ahli Parlimen telah usahakan petisyen ini kepada Perdana Menteri supaya mengutamakan usul ini untuk dibincang dan dibahas apabila Parlimen balik (kembali bersidang) daripada Deepavali sama ada 29, 30 atau 3 November ini," katanya.
Bagaimanapun, Lim menjelaskan tidak semua ahli Parlimen Pakatan Rakyat menandatangani petisyen tersebut kerana ada antara mereka berada di luar negara.
"Kenapa bukan semua 82 ahli Parlimen Pakatan Rakyat? Kerana ada yang berada di luar negara...ini adalah peringkat pertama, dan peringkat kedua akan dihantar selepas Parlimen kembali bersidang," jelasnya.
Tambah beliau, petisyen tersebut akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan segera supaya dipertimbangkan untuk dibahaskan secepat mungkin.... selanjutnya.
Labels: Abolish ISA
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Aktivis siswa nafi tumbuk pegawai UPM
malaysiakini | ...Dalam blog Angin Perubahan, aktivis itu didakwa memukul pegawai berkenaan Fahmi Azar Mistar sewaktu mereka hadir menyaksikan perpindahan keluar dua mahasiswi Nor Farhana Farzieana Azmi dan Nur Shafiqa Mohd Ali dari Kolej Tun Perak sehari sebelumnya.
Blog itu mendakwa aktivis pelajar bertelingkah dengan Fahmi Azar "sebelum bertindak ganas memukul pegawai terbabit" pada 12.15 tengah hari 15 Oktober lepas.
Kejadian itu telah dilaporkan kepada polis dengan nombor Serdang/006582/08, lapor blog itu lagi.
"Mangsa menegur Norfarhana dan rakan-rakannya agar menjelaskan hutang kepada kolej sebelum berpindah kerana menduduki kolej secara haram.
"Kemudian tiba-tiba mangsa dipukul sekuat hati oleh Lokman," coretan di blog itu dipetik.
Dalam laporannya, Mohd Lukman Al-Hakim yang juga jurucakap kumpulan pelajar 'promahasiswa' itu turut menyebut Fahmi Azar mempunyai kaitan dengan blog tersebut berdasarkan gambar yang dimuatkan dalam blog itu.... selanjutnya.
Untuk ke laman yang di maksudkan KLIK SINI
Labels: mahasiswa
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
40,000 nelayan tak bantu, RM5 billion untuk ValueCAP
Bharian | Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengkaji status 40,000 nelayan yang belum menerima skim insentif RM200 sebulan yang diperkenalkan kerajaan bulan lepas bagi menentukan sama ada mereka benar-benar layak menerima skim itu.Pusing kepala otak aku memikir .. mana logiknya 40,000 nelayan belum terima bantuan, ValueCap pulak dah dapat RM5 billlion.
Timbalan menteri berkenaan Datuk Rohani Abd Karim berkata daripada 70,000 orang nelayan di negara ini, 30,000 telah mula menerima insentif itu manakala status 40,000 nelayan lagi masih dikaji bagi menentukan mereka adalah nelayan sepenuh masa. ... selanjutnya.
Rujuk Perak Epress untuk artikel berkaitan Duit..duit..duit
Labels: Rakyat
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
'Buta' dan 'main main'
malaysianinsider | Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) was thrown out and suspended from Dewan Rakyat for two days after accusing Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia of not being serious and “main-main (playing around).”
Karpal had taken offence to Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Nazri Aziz for calling Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju) “blind.”
The DAP chairman, who is wheelchair-bound, criticised the minister for his insensitivity towards the disabled.
Pandikar Amin however, decided to interject and ask the House to carry on with the next order of business as he ruled that the statement did not refer to disabled people in general.... selanjutnya.
no2umno - Ini pun nak gaduh ... Nazri tu buat apa nak layan ... dia memang celaka. Lawan dia akhirnya yang lawan kena keluar dewan. Yang celaka terus jadi sial.
Labels: Parliment
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Umno has lost its popularity - Musa Hitam
Star | Umno is in dire need of a drastic change and young blood with new ideas are the plausible solution, said former deputy prime minister Tun Musa Hitam.
“I understand that the experience of seniors are needed for top posts like president or vice-president, but other than that, they should choose the younger ones,” he said... selanjutnya.
Labels: Belit MUsa Hitam
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Tidak guna solat kalau tidak bayar yuran
malaysiakini | Sewaktu mulai reda isu dua pelajar cemerlang Universiti Putra Malaysia (UPM) dibuang asrama, universiti itu kini berdepan satu lagi isu panas yang dibangkitkan oleh pelajarnya.
Seorang pegawainya dituduh menyentuh sensitiviti agama apabila didakwa berkata "tidak guna solat kalau tidak bayar yuran" kepada seorang aktivis pelajar sewaktu dua mahasiswi tersebut diarahkan keluar asrama minggu lepas.
Nor Farhana Farzieana Azmi dan Nur Shafiqa Mohd Ali mulai semalam dibenarkan kembali menginap di Kolej Tun Perak sepanjang minggu peperiksaan yang sedang berlangsung.
Persatuan Mahasiswa Islam UPM (PMIUPM) membuat aduan tersebut kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Putrajaya hari ini berhubung kenyataan pegawai Bahagian Hal Ehwal Pelajar itu yang disifatkan boleh menimbulkan kekeliruan.... selanjutnya.
Labels: mahasiswa
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Enggan akui kesilapan punca Berita Harian dilarang buat liputan - Speaker
harakah | ....Ustaz Nasuruddin Daud berkata, larangan itu dibuat bukan untuk menghalang kebebasan akhbar, sebaliknya memberi pengajaran kepada petugas media supaya lebih berhati-hati ketika membuat laporan.Image
"Kami sudah memberi ruang secukupnya kepada akhbar berkenaan membuat pembetulan terhadap tajuk digunakan Selasa lalu, yang tidak menggambarkan keadaan sebenar berlaku.
"Sepatutnya mereka menggunakan ruang tersebut atau setidak-tidak datang menemui pihak dewan bagi menjelas perkara sebenar," katanya ketika ditemui ketika persidangan berhenti rehat hari ini.
Semalam Nasuruddin mengeluarkan arahan menarik balik kebenaran kepada akhbar berkenaan membuat liputan sepanjang persidangan ini berlangsung apabila enggan membetulkan laporannya.
Keputusan itu dibuat berdasar kepada Perkara 14, Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Kelantan yang dibaca bersama Perkara 13. ... selanjutnya.
Labels: Belit media, Berita
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
50,000 Kakitangan Awam Kontrak Mungkin Diberhentikan
bernama | Kira-kira 50,000 kakitangan awam yang berkhidmat secara kontrak mungkin ditamatkan perkhidmatan mereka menjelang akhir tahun ini berikutan kekangan kewangan kerajaan, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman.
Mereka adalah kakitangan yang kontrak disambungkan dari setahun ke setahun, yang berkhidmat di semua jabatan dan kementerian di seluruh negara, tidak menikmati kemudahan seperti yang diterima kakitangan awam tetap, tetapi melakukan tugas yang sama.
Omar memberitahu Bernama, Cuepacs tidak boleh menerima alasan kekangan kewangan, kerana kerajaan masih mampu mengekalkan perkhidmatan golongan ini.
Cuepacs, katanya telah menghantar rayuan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengekalkan kakitangan ini, yang kebanyakannya telah berkhidmat antara lima hingga 10 tahun malah terdapat yang berkhidmat lebih 20 tahun.
"Cuepacs telah mencadangkan sama ada JPA mengambil semula pekerja ini atau menyerap mereka ke dalam kedudukan tetap," kata Omar.
Beliau berkata isu ini akan dibincangkan pada persidangan perwakilan Cuepacs bulan depan.
Labels: Rakyat
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Artikel menarik dari Tukartiub
Artikel menarik dari Tukartiub
TASIK UTARA- PLENTONG 1974 - 2008Rakyat asyik di bodohkan. Dan takutnya budaya ni berterusan apabila pemerintahan baru berlaku.
[...] Kerajaan Pakatan Rakyat yang akan ditubuhkan tidak lama nanti wajib mendirikan syarikat pemaju perumahan. Cara pengurusan dan pembangunan rumah-rumah DBKL yang hidup segan mati tak mahu ini wajib dihentikan. Ini amat senang untuk dilakukan kerana tanah adalah milik kerajaan. Kerajaan ialah orang ramai. Ertinya tanah adalah milik kita semua. Maka di atas tanah kita dirikan rumah untuk kita semua.
Pasti ada yang akan berhujah bahawa kerajaan TIDAK ADA MODAL. Sesiapa yang berani berkata demikian wajib kena penampar. Biasanya mamat-mamat yang berhujah demikian adalah mereka yang memiliki kepentingan untuk membuat duit menjual rumah. Atau mereka adalah barua pemaju dan pemodal syarikat perumahan. Mereka ini adalah tukang cari kontrek.
Untuk mereka ini hanya satu jawapan : Kenapa beli kapal selam bukankah baik membuat rumah untuk rakyat? Kenapa naik ke angkasa bukankah lebih baik buat rumah di bumi. Kenapa beli kapal terbang Sukhoi bukan kah lebih baik buat rumah untuk rakyat. Kenapa beli Eruocopter bukan kah lebih baik buat rumah untuk orang ramai. Berbilion-bilion duit ini adalah duit rakyat.... selanjutnya.
Labels: Belit BN Belit UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Utusan? Baca FREE ... jangan beli
Kelab penyokong kerajaan Selangor mengedarkan sejumlah 500 lencana memboikot akhbar berita berat sebelah, Utusan Malaysia. Kah Kah .... Oleh oleh lencana diorang bagi kat wartawan juga.
Baca di SINI.
"Ambil oleh-oleh ini, kita sediakan 500 keping, cukuplah dahulu," kata Suee Lim yang turut menghulurkan lencana itu kepada wartawan Utusan Malaysia dan KOSMO!.Wartawan ... jangan tak ambeeeekkkkk, kalu malu nak pakai ... bawa balik bagi anak bini.
tapi sorry,
Aku terpaksa BACA utusan dengan PERCUMA setiap hari untuk tahu berita gelembong kelentong Utusan Malaysia. Kalau tak der utusan Malaysia, no2umno tutup kedai. Sekarang ... perjuangan belum selesai.
So ... baca Utusan untuk berita geli geli, FREE ..... tak payah beli.
Lepas baca .... belasah selagi nak.
Isteri wak pun bukan main benci ngan Utusan ni, dia minta kat abang dia akhbar lama untuk jadikan lapik najis kucing. Bila Utusan kena najis ... mak aiiii ... bau dia. Nak muntah.
Labels: Belit media
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Kenapa Hindraf terus diberi muka? - Zulkiflee Bakar
Baca artikel di dalam bentuk yang lapang dada. Di petik dari Utusan Meloya nak muntah dan sindiran kepada kerajaan tentang isu Hindraf .....
Kalau kita masih ingat pada tahun 1994, apabila Al-Arqam diharamkan bukan sahaja semua markas pertubuhan itu diserbu oleh polis dan aset mereka dirampas, malah kita menyaksikan bagaimana berbondong-bondong pengikut Al-Arqam 'diangkut' ke dalam trak polis tanpa mengira siang dan malam.Biar dia cerita pasal negara dan ini pertanyaan tentang agama .... Ajaran Rufaqa dan Ayah pin ... dah bertindak ke belum?
Mereka dibawa ke balai polis untuk diambil keterangan dan ada pula yang dihadapkan ke mahkamah atas pelbagai tuduhan.
Malah tindakan terhadap pengikut Al-Arqam itu berterusan hingga hari ini di mana koperasi Rufaqa dan ahli-ahlinya yang dikatakan tunas pertubuhan haram turut dikenakan tindakan undang-undang. Oleh itu kenapa Hindraf tidak diberi layanan yang sama? .... selanjutnya.
Macam ada yang joint je ....
Labels: Hindraf
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Penahanan Raja Petra berniat JAHAT
Berita melalui Bernama .... hujah menarik dari perbicaraan,
Azhar Azizan Harun berkata terdapat andaian ketara bahawa penahanan itu bukan didorong oleh keprihatinan tentang keselamatan negara tetapi hasrat untuk menyenyapkan pengkritik lantang dan berpengaruh terhadap kerajaan serta parti-parti politik dan individu dalam kerajaan.Di dalam perbicaraan, Raja Petra Beliau menamakan menteri Datuk Seri Syed Hamid Albar, sebagai responden yang berniat jahat dan cuba mengambil alih tugas YM Sultan Selangor ... Perghhh ..
"Pemohon pada ketika tertentu mengkritik antara lain, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan responden (Menteri Dalam Negeri). Ini menjejas kepentingan politik Umno dan Barisan Nasional (BN) sebagaimana dapat dilihat pada anjakan sokongan pengundi," kata beliau.
.... "Pemohon juga tidak bersalah dengan mana-mana jenayah; beliau didakwa dengan pelbagai kesalahan dan perbicaraan masih tergantung. Oleh kerana tidak ada tindakan yang dikatakan dilakukan pada masa depan yang boleh membahayakan keselamatan Malaysia, perintah Seksyen 8 adalah jelas pelaksanaan kuasa yang bersifat berniat jahat," kata beliau.
Malik Imtiaz Sarwar yang turut mewakili Raja Petra, berkata jika satu daripada asas penahanan kerana beliau telah dengan sengaja dan cuai menerbitkan artikel di Malaysia Today yang menghina Muslim, mengapa ia tidak didakwa dengan kesalahan menghina Islam oleh pihak berkuasa agama.
..... "Soal sama ada pemohon telah menghina Islam merupakan perkara di dalam bidang kuasa eksklusif pihak berkuasa agama Selangor. Responden tidak boleh mengambil alih tugas itu. Walaupun responden mempunyai kuasa dalam hal keselamatan di bawah ISA, autoriti ini tidak memberi kuasa kepada responden menentukan isu-isu berkaitan Islam.
"Adalah perlu bagi responden mendapatkan pengesahan dari pihak berkuasa agama negeri atau mahkamah syariah negeri bahawa tindakan yang diadukan itu satu penghinaan kepada Islam atau jika tidak, ia melanggar Islam sebelum ia boleh mengambil langkah di bawah ISA. Atas alasan ini saja, penahanan itu perlu diisytiharkan tidak sah," kata beliau.
Berita terperinci di atas, tidak terdapat di dalam berita Utusan loya tekak ..... cuma BERITA ringkas yang tak lengkap. DI SINI.
Labels: Belit Hamid Lebar, Raja Petra
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments