KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Oct 23, 2008

Pembabitan Golongan Muda dalam Pentadbiran Negeri

di terima melalui email

Kenyataan Media
21 Oktober 2008

Gesaan membabitkan penyertaan golongan muda di dalam urusan pentadbiran negeri Selangor.

Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Dato’ Khalid Bin Ibrahim digesa agar menyedari bahawa dalam mencorakkan kepimpinan negeri pada masa hadapan juga terletak kepada potensi dan bakat daripada golongan muda yang berjiwa dan bersemangat besar. Kejayaan besar Pakatan Rakyat dalam PRU -12 Malaysia lepas adalah juga hasil semangat jitu yang telah ditunjukkan oleh golongan muda dalam membawa perubahan politik di Malaysia dan khasnya di negeri Selangor..

Lantaran itu, adalah dianjurkan supaya Kerajaan Negeri Selangor di bawah kepimpinan beliau, agar dapat menyediakan golongan pelapis kepimpinan yang mantap dan jitu di masa hadapan . AMK Selangor memohon agar golongan muda diberikan ruang dan peluang untuk mengisi dan menjawat jawatan dalam pentadbiran atau pengurusan di sembilan syarikat milikan Kerajaan Negeri Selangor (GLC) seperti; Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, Kumpulan Darul Ehsan Berhad, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad, Lembaga Urus Air Selangor, Yayasan Selangor, Majlis Sukan Negeri Selangor, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Permodalan Negeri Selangor Berhad mahupun Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor.

Disaran, penglibatan golongan muda ini bersama kelulusan yang sewajarnya, pengalaman, bakat, potensi dan aspirasi baru yang ada, mampu melihat golongan muda ini bersedia untuk menjadi pemimpin yang mempunyai wawasan baru dan mencorakkan perubahan positif di negeri Selangor. AMK Selangor juga ingin melihat bakat yang ada ditonjolkan dan digilap agar mereka bersedia menjadi pemimpin politik dan juga korporat yang berjaya di peringkat negeri, nasional mahupun di peringkat antarabangsa.

Sudah tiba masa dan ketikanya kita mahu melihat anak-anak muda Negeri Selangor yang pastinya mempunyai semangat untuk membawa agenda baru perubahan ke arah kecemerlangan dengan melibatkan golongan muda dalam arus perubahan siasah di negara ini. Golongan muda juga mesti diberikan tempat untuk menunjukkan bakat dan kemahiran kepimpinan mereka, di samping corak dan pendekatan baru dalam membawa kemakmuran negeri Selangor. Dengan menyediakan barisan pelapis yang berkeupayaan pada masa kini. Kita cukup yakin bahawa masa hadapan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor terjamin dan berkembang maju.

AMK Selangor juga mengharapkan juga golongan muda dilibatkan bersama dalam merangka dan merumus masa depan negeri Selangor agar mereka dapat memberikan sumbangan idea dan tenaga dalam menjana kemakmuran ekonomi negeri serta merakyatkan ekonomi.

Akhirnya, dengan memberi golongan muda peluang dan penglibatan dalam arus perubahan ini, pastinya ia pelaburan yang cukup strategik dan menguntungkan kerajaan negeri Selangor. Semoga dengan paduan pasukan kepimpinan ini, kita mampu melihat Negeri Selangor menjadi negeri contoh dan berdaya maju di masa hadapan.

“Generasi Muda Pemangkin Selangor Maju Jaya’

Mazli Saring,
Ketua Penerangan AMK Selangor

2 comments:

Anonymous said...

nie dah macam UMNO la plak nakkan jawatan dan pangkat dengan kuasa politik..jangan la jadi macam UMNO

Anonymous said...

Itulah...orang yang suka komen tanpa membaca keseluruhan isi apa yang di tulis.tak sempat faham habis2...

Yang nak diutarakan adalah golongan muda bukannya orang politik!!!

Kenapa negatif sangat dalam hal ini? Adakah anda seorang yang paling hipokrit dalam selangor ni atau orang karat umno yg sudah nak rasa tersisih?? Takpun kaum kerabat Si Sahak????

Bagus!!! AMK Selangor,, ada exco yang berani menegur kelemahan dan ketirisan pentadbiran kerajaan negeri selangor...selama ni Sahak asyik kalah dan lemah dengan puak PAS dan DAP...ahli2 PKR dipinggirkan..tak salah golongan muda diberi peluang2 ini kalau mereka berkelayakan..takkan nak beri pada mamat UMNO pulak yang dah selama ini memonopoli pentadbiran negeri, PBT, jabatan2 dan sebagainya.....

Mereka ini memang wajar diberi peluang sebab golongan ini yang bekerja kuat untuk memastikan Selangor dapat dirampas dari UMNO setelah merdeka 51 tahun..

Berilah komen yang membangun kalau nak bagi pandangan. Jangan asyik mengutuk je..ubah perangai warisan UMNO yang sudah tak relevan lagi.

Beri komentar yang bersifat ilmiah sedikit.

Abangjoni...Shah Alam

Posting terkini

Blog Archive