MStar | Seramai 77 ahli Parlimen menyokong supaya usul yang berkaitan dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diberi keutamaan untuk dibahaskan di Dewan Rakyat.
Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) berkata, usul tersebut perlu diberi keutamaan dan melalui segala urusan rasmi kerana isu yang berkaitan dengannya dilihat begitu penting untuk dibahaskan.
"Kita dapat sokongan, semua ahli Palimen tersebut termasuk seorang daripada Barisan Nasional (BN), dua (Bebas) dan 74 (Pakatan Rakyat)," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Usul yang berkaitan dengan ISA telah dikemukakan oleh Teresa Kok (DAP-Seputeh) supaya akta tersebut dibahaskan atau dimansuhkan kini berada pada kedudukan ke-43 senarai aturan urusan mesyuarat dan usul-usul.
"Kaukus ahli Parlimen telah usahakan petisyen ini kepada Perdana Menteri supaya mengutamakan usul ini untuk dibincang dan dibahas apabila Parlimen balik (kembali bersidang) daripada Deepavali sama ada 29, 30 atau 3 November ini," katanya.
Bagaimanapun, Lim menjelaskan tidak semua ahli Parlimen Pakatan Rakyat menandatangani petisyen tersebut kerana ada antara mereka berada di luar negara.
"Kenapa bukan semua 82 ahli Parlimen Pakatan Rakyat? Kerana ada yang berada di luar negara...ini adalah peringkat pertama, dan peringkat kedua akan dihantar selepas Parlimen kembali bersidang," jelasnya.
Tambah beliau, petisyen tersebut akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan segera supaya dipertimbangkan untuk dibahaskan secepat mungkin.... selanjutnya.
Oct 23, 2008
77 ahli Parlimen sokong usul ISA diberi keutamaan
Labels: Abolish ISA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment