no2umno - Remaja salah masuk Universiti ... UKM (Universiti Kasar Malaysia), Lapuran pula sudah salah di serahkan kepada SUHAKAM (Suruhanjaya Hak Kekasaran Malaysia)
Laporan keganasan pengawai UKM terhadap mahasiswa, Suhakam berdolak dalih
Suarakeadilan | Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bersama Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) telah menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) mengenai kejadian kekasaran terhadap mahasiswa oleh pengawai keselamatan Universiti Kebangsaan Malaysua (UKM).
Majlis penyerahan memorandum tersebut diadakan di ibu pejabat Suhakam di Menara Tun Razak di Jalan Raja laut pada jam 3.00 petang dan memorandum diterima sendiri oleh Pesuruhjaya Suhakam, Dr Chiam Heng Keng.
Melalui memorandum tersebut, Suaram dan GMUKM mengutarakan isu daripada kejadian tersebut iaitu pengawai keselamatan UKM menyalahguna kuasa, bersikap kasar dan tidak profesional; testimonial pelajar yang dikasari oleh pengawai keselamatan tersebut; Menteri Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Seri Khaled Nordin tidak menyalurkan bantuan semasa kejadian; dan penglibatan polis dalam menakut-nakutkan pelajar.... selanjutnya.
Oct 23, 2008
Remaja salah masuk dan salah lapur
Labels: Belit Suhakam, UKM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Sudah tidak ada lagi tempat yg.bole dianggap selamat di Negara kita.
Ada yg.nak Masjid di akhir Ramadan yg.lalu di tembak mati ,kita tak pasti apa motif nya.
Sebelum itu,sebelum itu banyak lah kalau nak cerite.
Ada yg di pukul di hina di universiti tempat menimba ilmu mengejar cita cita.
Ada yg di tangkap, di tahan tanpa bicara.
Ada Ulama di halang mengajar kitab atas sebab politik berbeza.
Tahu kah kita ,ini smuer BALA yg.di turunkan Allah, kerana MENENTANG hukum Alquraan dan Hadis yg.memberi panduan kpd.kita semua.
Hemmm!!!letih kita memikirkannya.
Post a Comment