KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 13, 2008

Konvoi AIC Sedia Membanjiri Kampung Baru



Anwaribrahimblog - Jika semangat menjadi ukuran, tiada yang mampu menandingi sentimen 20,000 anak muda Anwar Ibrahim Club (AIC) menjelang Black 14 – ulangtahun gelita politik tanahair.

Jika sebelum ia disambut dengan renungan dan kesedihan, namun Black 14 kali ini memberi makna yang berbeza. Detik 12 malam 14 April 2008 membuka lebaran baru dengan pemimpin reformasi Anwar Ibrahim melangkah semula ke arena politik secara sah – menandakan bermula fajar baru politik Malaysia.

Beribu-ribu anak muda, bersatu dalam satu kata, akan berhimpun di Padang Sultan Sulaiman, Kampung Baru, bagi menyambut Anwar Ibrahim idola mereka.

Bagi AIC, persiapan menuju Black 14 telah bermula seminggu lebih awal. 24 jam sebelum tarikh keramat itu, konvoi-konvoi AIC dari serata negeri di Semenanjung akan mula bergerak menuju Kampung Baru.

Dalam masa kurang dari 48 jam, lebih 8,000 risalah dicetak dan diedar di sekitar kawasan tumpuan anak muda sekitar Kuala Lumpur dan institut pengajian tinggi. Juga, tiga ribu pelekat AIC turut dicetak dan akan diedar kepada orang ramai.

Dengan tenaga kerja yang kecil, ahli-ahli jawatankuasa dan sukarelawan AIC bertungkus-lumus memastikan program AIC malam itu berjalan lancar. Perhatian diberi khusus kepada projek menaikkan sepanduk sokongan di kawasan sekitar menuju lokasi sambutan Black 14, selain dari itu kumpulan-kumpulan kecil AIC menyumbang tenaga menampal 500 poster khas bagi menyambut kehadiran warga KL dan peserta-peserta majlis tersebut. more...

MUFTI PERLIS SINDIR SIAPA?

Melalui artikel Harakahdaily ..... adalah seperti berikut,

Mufti Perlis nasihat pemimpin bertaubat, mohon maaf pada rakyat
harakahdaily

Pilihan raya lalu membuktikan bahawa rakyat mengundi untuk kebaikan negara malah mahukan perubahan ke arah yang lebih positif, adil dan telus.

Mufti Perlis, Dato' Dr Asri Zainul Abidin berkata usaha-usaha ke arah hasrat tersebut kelihatannya sedang giat dilakukan di mana kerajaan pusat juga telah merangka berbagai cadangan dan gagasan agar ketelusan dan keadilan dapat dilaksanakan. more...

Rujukan artikel yang dimaksudkan oleh Harakahdaily adalah artikel dari Laman Web Dato' Asri sendiri, bertajuk: Jika Pemerintah Bertaubat Dengan Taubat Nasuha..

Mari kita lihat siapa yang disindir oleh Ustaz Asri?

Antara dari kenyataan yang dbuat adalah,
"Politik bukan untuk membalas dendam atau ruang mencurahkan emosi yang tidak sudah-sudah. Sebaliknya, berpolitiklah untuk keadilan dan kebahagiaan kehidupan manusia di dunia dan akhirat,"
(Keratan atas) Ia boleh dikaitkan dengan isu babi di Selangor dan isu Radio Selangor FM yang mendiskriminasikan Kerajaan baru Selangor. Menteri yang perlu pasang telinga tentang kenyataan ini adalah Shabery Cheek aka klon Zam.
"Kita ingin mendengar kepimpinan memohon kemaafan kepada rakyat di atas segala kesilapan yang pernah berlaku sepanjang pentadbiran yang lalu. Inilah yang akan mendatangkan keberkatan dan menimbulkan rasa hormat rakyat."
(Keratan atas) Kenyataan ini boleh dikaitkan dengan seluruh pemimpin UMNO dan BN yang tidak mahu menyalahkan diri apatah lagi memohon maaf dari rakyat. Terutamanya Dollah Badawi yang sehingga sekarang tidak langsung menyesal apa yang telah beliau lakukan. Baik kepada rakyat atau pun kepada Raja melayu.
"Para pemimpin adalah contoh untuk sekelian rakyat dan diperhatikan malah kemewahan yang tidak betul cara akan menimbulkan tanda tanya.Ini termasuklah sikap dan perwatakan para pemimpin yang dipersoalkan"
(Keratan atas) Merujuk kepada kebanyakan pemimpin yang menunjuk nunjuk mewahnya kepada rakyat. Hendak di pilih siapa sukar kerana ia membabitkan ramai pemimpin Melayu UMNO. Hampir semua.
"Demikian jugalah anak isteri mereka. Gaya yang berlebih-lebihan membuat rakyat merasa jelak. Ada yang sehingga ketika artis hindustan datang ke Malaysia yang terlebih Bollywood dari Bollywood. Sedangkan dia isteri orang besar,"
(Keratan atas) Kenyataan ini terang terang ditujukan kepada Rosmah isteri najib yang menjadi Bollywood mengalahkan bollywood. Cium pipi dan bermesra di pentas disaksikan ramai orang.
"Banyak perkara yang patut saya komen tentang Islam Hadhari. Sejak dahulu saya selalu mengelakkan dari menyebut jenama yang mengundang 'seribu kekeliruan itu'.
(Keratan atas) Ini ditujukan kepada Pemimpin Junjungan UMNO dan BN, Saudara Dollah Badawi. Kalau dia tak terasa jugak, maka memang beliau ditahap yang amat nazak.

Cuma dimasa hadapan, rakyat berharap agar Dato Asri bersikap lebih terus terang kerana ramai pemimpin yang tidak tahu bahawa dirinya bersalah dan kebal dengan semua perkara yang dilakukan. Lebih mudah kalau rakyat sendiri pun tahu siapa pemimpin yang dimaksudkan agar rakyat dapat membezakan perbuatan yang benar dan salah kerana ramai lagi yang masih taksub dengan kepimpinan mereka mereka ini. Nak dikatakan tidak bijak, mereka mereka ini berkelulusan tinggi, tapi kekadang tertutup mata dan hati kerana mungkin harapan atau imbuhan yang diperolehi masing masing. Yang tiada peruntukan tu mungkin terikut ikut ataupun bebal di dalam mengenali antara kaca dan permata. Maklumlah, kaca kekadang pun cuba menjadi permata.

Untuk membaca sendiri artikel yang ditulis oleh Mufti Perlis ini, klik laman blog beliau , drmaza.com

Ku Li Jangan Harapkan Mahathir

Msomelayu - SESETENGAH penyokong fanatik Tengku Razaliegh Hamzah (Ku Li) bergitu optimis Dr Mahathir Mohamad akan memberi sokongan kepada bekas Menteri Kewangan itu dalam persiapannya untuk mententang Abdullah Ahmad Badawi untuk merebut jawatan Presiden Umno hujung tahun nanti.

Mereka ini tampaknya melupai sejarah hitam antara mereka berdua, bahawa Dr Mahathir telah mengecewakan Ku Li tidak kurang daripada dua kali. Pertama Dr Mahathir mungkir janji untuk menyokong Ku Li sebagai timbalan perdana menteri.

Walaupun Dr Mahathir pernah berjanji untuk memberi laluan kepada Ku Li atas dasar membalas budi baik Ku Li yang memberi laluan kepada Dr Mahathir ketika Umno berhadapan mencari pengganti Hussein Onn kira-kira 26 tahun lalu namun janji itu dialpakan begitu sahaja.

Dr Mahathir sengaja mengalpakan janjinya itu. Sebabnya bukan apa kerana Dr Mahathir selamanya melihat Ku Li sebagai berfahaman feudal dan bangsawan. Dr Mahathir sangat anti kepada golongan bangsawan dan anak raja. Tindakannya meminda perlembagaan bagi mengurang umuniti Raja-Raja tahun 1986 mencerminkan sikap antinya itu.more...

PEMIMPIN YANG TAMAK SELALU RUGI

Dari Kacamata Mohd Ali Rustam
TERKINI : sehingga saat ini, jam 7.51 pm/14th April
Blog Ali Rustam menerima 144 kutukan dari pelayar dari artikel nya tentang BABI SELANGOR. Dan petang ini ......

Blog di Wordpress dihentikan
darikacamata
LAMAN blog pendua saya di Wordpress ditamatkan bagi memudahkan kemas kini dibuat. Terima kasih - DAR
Semalam blog No2umnO menyiarkan tentang 2 blog yang sama milik Ali Rustam.
Rujuk: ALI RUSTAM ADA DUA BLOG ... hebat , hari ini salah satu blog berkenaan di tutup atas alasan tak menang tangan. Menteri lain ada satu, Ali pilih nak 2 blog. Tu lah akibatnya tamak haloba sangat. Tak mampu jangan buat. Kalau semua nak lebih dari orang lain. Tu sebab la Babi kat Melaka rakyat tak suka tapi Ali rustam bahagia.

Samaada beliau atau orang lain yang kendalikan blog tersebut, wak tak kesah tapi kita anggap aje lah blog blog itu milik Ali Rustam. Memang kelakar samdol nih.

SAM BERANGAN NAK PULIHKAN UMNO

Saya mahu bantu pulihkan UMNO - Hishammuddin
kemahang
NICE (Selatan Perancis), 12 April - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang telah mengumumkan untuk melepaskan jawatan Ketua Pemuda UMNO, berkata tumpuannya kini ialah untuk memulihkan semangat anggota- anggota parti agar UMNO kembali dihormati.

Menurutnya, keputusan pilihan raya umum baru-baru ini menuntut UMNO melakukan muhasabah diri dan membuat perubahan.

"Kalau sekiranya kita tidak membuat perubahan ini sekarang, akhirnya orang akan terus melihat kepada pembangkang sebagai alternatif," kata Hishammuddin, yang juga Menteri Pelajaran, ketika berdialog dengan kira-kira 200 pelajar Malaysia dari Ireland, Britain, Jerman dan Perancis di sini malam kelmarin. more...
No2umnO - Menteri yang dah rosakkan sistem pendidikan Malaysia, kini nak cuba pulihkan UMNO. Boleh pulih atau tambah rosak. Berangan Hisamuddin nihhh......Awww.....awwwww...

Badawi calling for emergency meeting with UMNO leaders?

weechookeong - 'Rumour' has it that Prime Minister Abdullah Badawi is calling for an emergency meeting with UMNO leaders tomorrow.

Badawi has been under a lot of pressure to resign as UMNO president since BN's poor showing in the 12th General Election which was held on March 08. He has also recently admitted to the mainstream media that he was responsible for losing BN's two-third majority in parliament and control of 5 states plus 1.

Could this be his last call as PM before he sails into the sunset?

We shall wait for more details come tomorrow.


- Terjemahan oleh sebol - Ucapan ribuan terima kasih dari Wee Choo Keong -
Khabar Angin mengatakan Perdana Menteri akan mengadakan Mesyuarat Tergempar dengan peminpin UMNO esok.

Badawi ditekan untuk meletakkan jawatan Presiden UMNO sejak prestasi buruk pilihanraya ke 12 8 mac yang lalu. more...

Sebelum rawatan 'TEMPE'

Muhyiddin joins call for urgent change in Umno leadership

Malaysianinsider - "If the changes are not made immediately, Umno will also lose power and can never make a comeback," said the International Trade and Industry Minister.

He said the general election results clearly showed the people's misgivings on the party leadership and now people in and outside Umno questioned the leaders family links and the system practised.

"I worry if there are no changes made as demanded not only by Umno members but also by people from outside the party, the people will reject Barisan Nasional (BN) and Umno. I think the sentiments are boiling at the grassroots of their utter dissatisfaction. Therefore, if changes don't happen in Umno, many adverse things will surface," he said in an interview in today's 'Mingguan Malaysia' Malay newspaper.

"I'm afraid if I don't speak the truth, it can eventually lead to disaster for the Malays and Umno."

Muhyiddin said the election results also showed the domination of Malay politics through Umno, which was long regarded as beyond challenge, had purportedly become a myth.

"We thought we cannot lose, but today, many Umno leaders in the five states now under Opposition rule never expected to lose power. That's why, to me, it is a very bitter lesson and cannot be taken lightly," he said.

"The question now is to what extent Umno can withstand the wave of the new political thinking in the country. More importantly, the question is to what point the Malay political power can sustain itself in the years ahead. more...

HANYA SELEPAS KALAH, KHIR TOYO BERPALING TADAH

Khir Toyo minta Abdullah berundur, serah pada Najib
Harakahdaily - Bukan sahaja Mantan Perdana Menteri Tun Mahahir yang menyarankan agar Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan bahkan kedengaran 'protes' ini berlaku di peringkat akar umbi Umno di seluruh negara.

Secara senyap atau terbuka masing-masing meluah rasa kecewanya dengan kewibawaan Abdullah yang sentiasa dipersoalkan kelemahannya sebagai Perdana Menteri malah tidak diyakini boleh memacu masa depan Umno yang seolah-olah 'retak menanti belah'.

Terbaru pemimpin Umno yang tidak berjaya 'mempertahankan' Selangor, Dato'Seri Khir Toyo turut mencadangkan secara kias agar Abdullah meletakkan jawatan dan menyerahkan tampuk kepimpinan kepada Timbalannya Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.

Katanya sebagai pemimpin Umno, yang telah dilatih untuk hormat pemimpin, untuk meminta Abdullah meletak jawatan secara terbuka adalah perbuatan terakhir yang terpaksa dilakukan.

"Selalunya kami tunjukkan secara kiasan atau tidak langsung, dengan harapan hasrat itu difahami," katanya yang dipetik daripada blognya sendiri di drkhir.blogspot.com.

Sebelum itu beliau turut menyatakan hasil pertemuannya dengan Tun Mahathir yang gusar terhadap masa depan Umno dan BN jika ia terus dipimpin oleh Abdullah. more...

No2umnO - Wak cuba bayangkan kalau UMNO berjaya kekal kerusi seperti tahun 2004. Shhhhh........rasanya tak der suara yang dengar. Tapi bila kalah pada tahun ini, UMNO satu Malaya kecoh. Cuba anda bayangkan kalau Khir Toyo masih kekal kerusi kemenangan di Selangor. Anda rasa Khir Toyo yang muka licin macam artis ni berani jadi jantan?

BILA PR NAK BERHIMPUN, UMNO PUN KECOH

PKR Tidak Pohon Permit Untuk Perhimpunan black 14 - Ketua Polis KL
AdvertisementBernama - Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak memohon permit untuk perhimpunan "Black 14" di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam esok tetapi hanya menghantar surat pemberitahuan kepada polis mengenai majlis makan malam pemimpin PKR bersama rakyat.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata pihaknya menerima surat mengenai majlis makan malam itu bertarikh 8 April lalu yang ditandatangani Yahya Shahri, iaitu Pegawai Khas kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Surat itu menyatakan hasrat PKR untuk mengadakan jamuan makan malam bersama wakil rakyat di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru pada pukul 8 malam esok dan akan dihadiri oleh penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada program gotong-royong anak yatim Darul Falah di sini, Ahad.

Muhammad Sabtu berkata walaupun majlis makan malam itu dibuat di tempat persendirian, polis tetap akan mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengadakan rondaan dan kawalan lalu lintas di sekitar kawasan itu.

"Sekiranya mereka hanya menggunakan dewan itu dan tidak mengganggu kawasan sekeliling serta tidak menarik perhatian umum (dengan menggunakan pembesar suara), kami tidak akan menghalang tapi jika sebaliknya kami akan ambil tindakan sewajarnya," katanya.
No2umnO - Kalau Melayu UMNO buat perhimpunan, tak dengar persoalan tentang permit. Polis tak kecoh, PR pula tak ambil tahu. Kita maklum tentang demokrasi. Rupanya ada orang hilang akal bila PR nak buat perhimpunan.... Kalau tak dengki, bukan UMNO dan kalau tak khianat, bukan lah BN.



Siapa yang nak pertikaikan perhimpunan begini sedangkan mereka mengganggu lalu lintas dan menggunakan pembesar suara ketika berhimpun. Wak dah muak dengan perangai UMNO. Rakyat pun dan meluat dengan dengki khianat bangsa Melayu seperti ini. Nasihat wak kepada pemimpin PKR termasuk Anwar Ibrahim. Kalau nak berhimpunan, datang ke Selangor. Kalau diorang kecoh, penyokong sini ramai. Kerajaan pun milik kita. Stadium Melawati tu masih kosong untuk digunakan. Letih dengan karenah polis dan pemimpin UMNO yang tak habis habis buat onar. Masih tak sedar diri mereka dah kalah teruk.

Rujukan lain:
Perhimpunan Rakyat “countdown dari Black 14 ke arah kemenangan Rakyat”
Perhimpunan rakyat 'Black 14' di Kg. Baru Isnin ini
Black 14 tak perlu permit: Kelab Sultan Sulaiman kawasan persendirian, MB S'gor presidennya

Isu Babi: Ali Rustam 'dibelasah' dalam blog

Harakahdaily - Isu cadangan membina ladang ternakan babi dengan kaedah sistematik bernilai RM100 juta di Selangor masih terus dipolemik dan dipolitikkan bagi memberi gambaran negatif kepada Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri yang dipimpin oleh Tan Sri Khalid Ibrahim.

Tidak cukup dimanipulasi media, Menteri Besar Melaka Dato' Ali Rustam turut mengambil kesempatan 'menyerang' kerajaan Selangor sedangkan Melaka pernah mencetuskan kontroversi berkaitan isu penternakan babi.

"Tahniah kepada kerajaan Selangor kerana meluluskan cadangan untuk membina ladang ternakan babi bernilai RM100 juta di Sepang.

"Sesungguhnya usaha yang dilakukan oleh kerajaan baru gabungan KeADILan, DAP dan PAS ini adalah sebagai hadiah kepada para pengundi yang menyokong parti mereka, termasuk para pengundi beragama Islam pada pilihan raya umum lalu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam blog mohdalirustam.blogspot.com dan turut mengakui bahawa isu babi telah lama menjadi masalah di negeri Melaka dan kerajaan negeri sentiasa bersikap bahawa ternakan babi hanyalah untuk keperluan dalam negeri dan bukannya untuk tujuan eksport.

Bagaimana pun pandangan beliau disanggah oleh hampir kesemua pemberi komen dalam blognya yang tidak setuju termasuk mengkritik Ali Rustam yang dilihat tidak bijak dan matang dalam mengemukakan pendapat berhubung isu terbabit.

"Babi adalah sumber makanan kaum bukan Islam tapi tanggungjawab kita sebagai pemimpin Islam untuk sediakan tempat yang selamat dan tidak mencemarkan alam sekitar. Ini adalah tuntutan fardhu kifayah . Bukan macam Dato' cari populariti dengan isu babi...," kata pemberi komen yang dikenali sebagai Rustam.

Dalam pada itu Sifu Apek dalam komennya menyatakan bahawa cadangan di Selangor itu wajar dirujuk oleh kerajaan Melaka kerana kemungkinan pengurusan ladang itu adalah lebih baik daripada yang dilaksanakan Ali Rustam.

"Mengurangkan jumlah babi tidak menyelesaikan masalah termasuk menutup ladang babi. Tetapi apa yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Rakyat adalah kaedah lebih baik dan terancang mangambil kira pandangan semua pihak," kata waikatomalaysians dalam bahasa Inggeris.

"Patutlah isu penternakan babi di Melaka tidak dapat diselesaikan hingga membawa kepada rusuhan. Patutlah Timbalan PM terpaksa campur tangan dan menyelesaikannya," kata seoarang yang mahu dikenali sebagai Jebat Setia yng dilihat turut sependapat dengan pemberi komen yang lain.

Ini termasuk Zul, yang kesal dengan pandangan Ali Rustam itu dan menyatakan bahawa tidak boleh menafikan hak semua penduduk Malaysia berkaitan perakara tersebut.

"Jangan nafikan hak semua penduduk Malaysia..bak kata pemimpin pas.. orang cina pun punyai hak mereka...

"Kenapa harus ditentang suatu sistem yang lebih baik untuk semua... semata mata kerana kalah pada pilihanraya orang yang sebelum ni sokong pun bertukar jadi tak sokong...mana maruah? orang umno tak bermaruah ke?," katanya.

Demikian adalah sebahagian komen yang disiarkan daripada 59 komen yang dipetik daripada laman blog terbabit.

Mufti Perlis nasihat pemimpin bertaubat, mohon maaf pada rakyat

Harakahdaily - "Begitu juga sesetengah kerajaan negeri yang baru dan yang lama. Sokonglah usaha-usaha yang baik serta berikanlah kritikan yang membina," katanya dalam rencana Pena Mufti yang disiarkan Mingguan Malaysia.

"Politik bukan untuk membalas dendam atau ruang mencurahkan emosi yang tidak sudah-sudah. Sebaliknya, berpolitiklah untuk keadilan dan kebahagiaan kehidupan manusia di dunia dan akhirat," katanya.

Dalam pada itu beliau turut mengingatkan peristiwa pilihanraya yang lepas, perkara pertama yang mesti dilakukan oleh pihak pemerintah bagi mengeluarkan diri dari krisis dan kegawatan politik yang saban hari mengganggu rakyat adalah dengan cara bertaubat kepada Allah dengan taubat nasuha.

"Segala kesalahan, ketidakadilan, ketidaktelusan, kecuaian atas tanggunjawab yang Allah amanahkan selama ini hendaklah benar-benar insaf dan memohon ampun daripada Allah.

Kata Dr Asri, pasca politik kini adalah ujian untuk kepimpinan negara dan bukan masa untuk menunjukkan ego, atau mencari-cari kesilapan pihak lain sebaliknya melupai dosa-dosa politik yang pernah dilakukan.

"Kita ingin mendengar kepimpinan memohon kemaafan kepada rakyat di atas segala kesilapan yang pernah berlaku sepanjang pentadbiran yang lalu. Inilah yang akan mendatangkan keberkatan dan menimbulkan rasa hormat rakyat. more...

Isu Selangor FM: Shabery tiada beza dengan Zam

klpos - Sejajar dengan perlantikan Shabery Cheek menjadi menteri orang ramai juga menanti mahu melihat sejauh mana Shabery dapat memperbaiki keadaan RTM dan ia menjadi saluran yang positif untuk membina minda rakyat sesuai dengan fungsinya penyampai maklumat.

Bagaimana pun harapan demikian nampaknya tidak akan kesampaian. Shabery seperti juga menteri-menteri penerangan sebelum ini masih berpegang kepada pandangan dan sikap lama iaini terkokong dan berlegar dalam 'genak' usang terus menjadikan RTM sebagai perkakas kerajaan sahaja.

Reaksinya untuk mengarahkan Radio Selangor FM Selangor supaya berpindah dari bangunan Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah, di Shah Alam menjelaskan sikap jumud Shabery yang diwarisi dari menteri-menteri penerangan yang lampau.

Beliau sepatutnya tidak bersikap bengis begitu dan perlu waras serta bersedia memenuhi permintaan Menteri Besar Selangor yang inginkan Radio Selangor FM turut sama menyiarakan maklumat dan aktiviti kerajaan Selangor. more...

ADA USAHA GAGALKAN 'BLACK 14'

chegubard.blogspot.com

Ada pihak pihak yang begitu gusar dengan perhimpunan Black 14 yang bakal di adakan. Gempak !!! Dijangkakan 10,000 atau lebih akan memenuhi Sekitar Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur pada malam esok jam 9.00 malam.

Kali ini jumlah yang hadir di beritahu adalah lebih ramai dari yang dijangka kerana Kaum Melayu dan India adalah antara yang akan menyertai perhimpunan tersebut. Gabungan dua bangsa ini boleh menggegarkan kawasan itu.

AMARAN !!! Ada pihak pihak tertentu yang tidak bertanggung jawab mengedarkan sms palsu memberitahu bahawa perhimpunan itu bakal di ditunda dan ada sms sudah beredar mengatakan permit tidak diperolehi. Bermacam macam lagi. Untuk kepastian sila kunjungi blog Chegubard, Keadilan, anwaribrahimclub dan Suarakeadilan dan Anwaribrahim.blog untuk sebarang perubahan. Selain dari itu .... semuanya PALSU BELAKA.

Jangan termakan sebarang berita yang tidak pasti dari pihak yang sedang gelisah, kecewa dan merapu.

Liputan Media Indonesia

http://anwaribrahimblog.com/

Jakarta Post 1

jakarta-post-wed-april-9-001.jpgsuara-karya-tues-april-8.jpg

UMNO AKAN EKSPLOITASI SARANAN RTM KELUAR BANGUNAN

Selangor perlu berhati-hati keluar surat usir RTM

Harakahdaily - Syabas kepada Kerajaan negeri Selangor di bawah teraju Pakatan Rakyat (PR) di atas keberaniannya menapak selangkah lagi ke hadapan menuntut hak yang sepatutnya diberikan kepada sebuah kerajaan.

Tuntutan Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar radio Selangor FM memberikan ruang pihaknya berinteraksi dengan rakyatnya adalah bertepatan dengan hasrat kerajaan Pusat yang kononnya mahu mengamalkan dasar media yang lebih terbuka.

Akhbar harian Sabtu (12 April) memetik pendedahan Abdul Khalid bahawa pihaknya telah memohon kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM) agar memberi ruang khusus kepada kerajaan negeri menerusi siaran langsung di Selangor FM selama sejam setiap minggu. Siaran radio tersebut bagi membolehkan beliau dan ahli-ahli Exconya berhubung secara langsung dengan rakyat di udara.

"Saya mahu menerangkan visi dan program oleh kerajaan negeri kepada rakyat Selangor. Jika mereka tidak dapat berbuat demikian, jangan gelar diri mereka Radio Selangor FM," kata Abdul Khalid, sebagaimana disiarkan Utusan Malaysia.

Selangor FM (dahulu dikenali sebagai Radio Malaysia Selangor dan Radio 3 Shah Alam) merupakan stesen radio RTM khusus untuk negeri Selangor melalui gelombang FM 100.9 MHz. Ia bersiaran setiap hari mulai 6 pagi hingga 12 tengah malam dengan menyiarkan berita tempatan di negeri itu beserta hiburan berbahasa Melayu.

Menurut Abdul Khalid, pihaknya telah mengemukakan hasrat itu lebih dua minggu lalu dan hingga kini masih belum mendapat maklum balas daripada RTM. Ekoran itu, dalam kenyataannya kepada media, Jumaat (11 April), Abdul Khalid memberikan kata dua kepada stesen radio berkenaan, sama ada memenuhi permintaan pihaknya atau keluar daripada bangunan milik kerajaan negeri.
"Sudah dua minggu setengah mereka bersikap tidak komited dan jika mereka terus begitu, saya tidak mahu mereka terus berada di bangunan milik kerajaan Selangor,� kata Abdul Khalid, sebagaimana disiarkan Berita Harian, 12 April.
Selangor FM kini beroperasi di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah, iaitu pusat pentadbiran kerajaan negeri.

Akhbar turut menyiarkan kenyataan balas Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shabery Cheek. Beliau yang menganggap kenytaaan Abdul Khalid itu sebagai suatu ugutan terhadap pihaknya meminta kerajaan Selangor mengeluarkan surat rasmi menghalau RTM daripada bangunan berkenaan.

"Kalau itu cara Abdul Khalid yang bersikap ingin mengugut, maka pihak RTM akan berpindah keluar. Saya tunggu surat rasmi daripada kerajaan negeri," katanya.

Dalam hal ini, kerajaan Selangor perlu mengambil sikap berhati-hati. Kita sudah ada pengalaman pahit berhubung surat-menyurat dengan jabatan dan agensi kerajaan BN sebelum ini. Apa yang dialami kerajaan PAS Terengganu dulu mungkin boleh dijadikan iktibar dan contoh terbaik, betapa mereka akan memanipulasi sedapat mungkin sebarang tindakan parti Pakatan Rakyat, apatah lagi di dalam bentuk bertulis.

Dua kes melibatkan arahan mengosongkan bangunan dan premis milik kerajaan negeri Terengganu pernah berlaku. Surat-surat berkaitannya dijadikan bahan bukti dalam isu yang diputarbelit segenap peringkat jentera propaganda BN dalam Pilihan Raya Umum 2004 lalu. Kerajaan PAS digambarkan sangat zalim, sedangkan hakikat sebenarnya amat jauh dari digambarkan itu.

Pertama, isu yang disebutkan sebagai menghalau kanak-kanak Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) daripada balairaya. Isu ini sangat popular dan berkesan, termasuk di kalangan para penyokong PAS sendiri di luar Terengganu.

Fakta mengenainya sebenarnya telah diputarbelit. Adegan kanak-kanak memunggah kerusi itu juga suatu lakonan terancang oleh Kemas dengan kerjasama media cetak dan elektronik.

Orang seakan lupa bahawa kes itu berlaku hanya setelah setahun Kemas diberikan peluang untuk berpindah dengan baik. PAS mengambilalih kerajaan pada November 1999. Kes ini pula memuncak pada Disember 2000. Tempoh setahun itu sebenarnya lebih dari cukup jika Kemas benar-benar mahu mencari tempat alternatif.

Perangkaan dikeluarkan kerajaan negeri menunjukkan sehingga Disember 2000 itu masih terdapat 355 kelas Tabika Kemas beroperasi di balai raya seluruh negeri. Antara balai raya itu bukan sahaja digunakan sebagai kelas Tabika, tetapi juga sebagai markas Peti Undi Barisan Nasional dan Pejabat Umno Cawangan.

Jangan lupa juga meski pun kerajaan PAS Terengganu dicop sangat zalim terhadap kanak-kanak Tabika Kemas, sehingga akhir pemerintahannya pada Mac 2004, terdapat 72 kelas Tabika masih beroperasi tanpa gangguan di negeri itu.

Bagaimana pun, pihak Kemas Terengganu menutup hakikat itu. Apa yang lebih dipertontonkan kepada umum ialah sekeping surat daripada kerajaan negeri yang meminta pihaknya mengosongkan premis milik kerajaan negeri. Surat itu dijadikan bukti bahawa kerajaan PAS telah menghalau kanak-kanak Tabika daripada balairaya.

Kes kedua melibatkan arahan kerajaan negeri agar pihak MARA mengosongkan premis digunakannya sebagai Maktab Rendah Sains MARA-Yayasan Terengganu (MRSMYT) di Besut. MRSMYT adalah program kerjasama pendidikan antara MARA dan YT. Ia mula beroperasi sejak 1995 di Besut dan Dungun.

Setelah PAS mengambilalih Terengganu, pihak Kementerian Pembangunan Usahawan pada Julai 2002 memutuskan untuk tidak meneruskan program berkenaan. Menterinya, Dato' Seri Mohamed Nazri Aziz ketika berucap di Parlimen pada 29 Oktober 2002 menghuraikan lebih lanjut keputusan itu.

"Sebenarnya saya tidak pernah bersetuju (penubuhan MRSM-YT). Waktu dulu menteri kementerian ini ialah orang Terengganu (Dato' Dr Mohd Yusof Nor). Dan waktu itu saya Pengerusi MARA, saya tidak bersetuju. Tetapi dia menteri pada ketika itu, dia buat keputusan dialah, dia menteri. Sekarang saya menteri, saya buat keputusanlah. Saya tidak bersetuju, waktu perkara ini (penubuhan MRSM-YT) dibangkit, saya Pengerusi MARA, pada ketika itu, saya tidak bersetuju," kata Nazri,sebagaimana dicatat pada hansard Parlimen.

Ekoran keputusan menteri itu, kerajaan negeri menerusi YT merancang memanfaatkan kampus sama di Besut untuk pembinaan sebuah kolej sains berteraskan pendidikan agama. Hasrat itu terbukti bukan sekadar omong kosong atau kenyataan politik semata.

Kerajaan PAS Terengganu menubuhkan Kolej Sains dan Teknologi Al-Quran Yayasan Terengganu (KOSTAQ-YT) di atas penutupan MRSM-YT Besut oleh MARA.

Bagaimanapun surat YT kepada MARA agar mengosongkan kampus di Besut itu diputarbelitkan. Kerajaan PAS dituduh sebagai pihak bertanggungjawab menutup MRSM-YT, bukannya MARA atau menterinya? Dahsyatkan putarbelit dan manipulasi jahat BN itu?

Eksploitasi dan manipulasi serupa tidak mustahil akan dilakukan terhadap surat rasmi kerajaan Selangor jika ia secara bertulis mengarahkan RTM keluar dari Bangunan Sultan Abdul Aziz nanti. - mks.

KERAJAAN BN TERUS HALANG MB SELANGOR GUNA MEDIA

Melalui siaran berkenaan beliau turut berhasrat membetulkan kaedah pemberitaan berat sebelah oleh pihak media terutama berkaitan projek ternakan babi bersepadu yang disensasikan pihak media.

Katanya beliau telah menunggu selama dua setengah minggu untuk merealisasikan hasratnya itu namun tidak diendahkan oleh pihak berkenaan.“Malangnya kaedah pemberitaan berat sebelah itu tidak dapat diperbetulkan.“Saya berhasrat ke udara sejam seminggu untuk ditemu ramah di radio supaya saya boleh beritahu rakyat apa visi dan program saya untuk Selangor.

Saya juga mencadangkan kepada mereka supaya membuka program kepada penyertaan rakyat Selangor,” katanya.

“Sudah dua minggu setengah, jika mereka masih enggan komited, saya tidak mahu mereka berada di pejabat Selangor (bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri). Pejabat Selangor FM ada di sana dan mereka gelar diri sebagai Radio Selangor. Jika mereka gelarkan diri ‘Radio Non-Selangor’, mereka boleh cari pejabat di tempat lain, itu pandangan saya,” tambahnya. - melayuhot

Selangor FM masih dibawah RTM, maka tidak hairan lah kalau keengganan memberikan ruang kepada MB selangor untuk keudara. Ikut telunjuk menteri penerangan walaupun gaji mereka semua kita yang bayar.

Terus di arah keluar. Begitu lah tindakan Shaberi Cheek (Menteri Penerangan baru) yang enggan memberikan masa untuk perbincangan antara Kerajaan Selangor baru dan Stesyen radio berkenaan. Mungkin juga keengganan membalas permohonan TS Khalid di pengaruhi oleh Shabery sendiri.

Kalau dah UMNO tu akan kekal UMNO. Diskriminasi dan anti demokrasi. Cakap tak serupa bikinl. Tak per la....pada sesiapa yang tidak bersetuju dengan tindakan mereka mereka ini, cara wak, aku tak halalkan dunia akhirat penggunaan wang aku digunakan. Nak korang makanlah duit itu untuk anak dan isteri kalian. Jawab la kemudian hari.

Siapa dia Selangor FM ni?

(Imej: ISAMUDIN AHMAD - Pengarah penyiaran Selangor)

Site: Radio SelangorFM 100.9
ALAMAT
Jabatan Penyiaran Malaysia Negeri Selangor.
Aras 4, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Pej. Am : 03-5544 7283
Studio : 03-5510 2203 dan 03- 5510 2204
Fax : 03 - 55102202
E-Mel: selangorfm@mmu.edu.my

Jika ketuanan Melayu hilang...!

penyokongKJ

Jika ketuanan Melayu hilang dinegara ini....Siapa Pembunuhnya?
Jika Melayu berpecah dinegara ini...Siapa Pembunuhnya?
Jika Melayu lenyap dinegara ini....Siapa Pembunuhnya?
Jika Umno dan PAS mati dinegara ini....Siapa Pembunuhnya?
Saya merujuk kepada ucapan oleh Tengku Mahkota Kelantan iaitu Tengku Faris Petra semalam. Baginda khuatir ketuanan Melayu akan hilang dinegara ini jika ia tidak ditangani dengan segera.

Walaupun hak orang-orang Melayu itu terjamin seperti termaktub didalam perlembagaan negara tetapi siapakah yang bertanggongjawab merosakan dan memusnahkannya?
a. Apa dah jadi dengan nilai-nilai 'Agama Islam' dinegara ini....Siapa penyebabnya?
b. Apa dah jadi dengan 'Bahasa Melayu' dinegara ini...Siapakah yang membiarkan ia dirojak dan dipinggirkan?
c. Apa dah jadi dengan kuasa 'Raja Melayu' sekarang....Siapakah yang mencabut dan menderhaka kepada Raja-raja Melayu sekarang?
Sebenarnya rakyat telah memberi amanah kepada mereka untuk menguruskan tanah air ini dengan sebaiknya. Tetapi mereka menjadi pengkianat agama, bahasa dan bangsa. Malah lebih dari itu mereka berlagak mahu menderhaka pula kepada Raja-raja Melayu.

Rakyat tidak boleh dipersalahkan jika ketuanan Melayu itu hilang. Ini kerana rakyat telah pun memberi kepercayaan dan amanah kepada mereka untuk tempoh melebehi 5o tahun.

Akhirnya Melayu juga yang akan melenyapkan Melayu. Melayu juga yang akan melenyapkan ketuanan Melayu. Melayu juga yang akan menjadikan Melayu menjadi seperti kaum pendatang dibumi sendiri.

PERJUANGAN MELAYU PERJUANGAN BATANG PISANG

KUALA LUMPUR 12 April - Perhimpunan Perpaduan Melayu sempena Maulidur Rasul 1429 Hijrah di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Kira-kira 3,000 peserta menghadiri majlis tersebut yang dianjurkan oleh gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang dikenali sebagai Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM).

NGO terlibat ialah Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) - Utusan meloya.

Radenjowo
Melayu, satu kaum yang dulunya dikhabarkan gemilang, terbilang tetapi sekarang ramai yang sudah temberang. Ramai Melayu tapi nilai jati melayu sebenarnya sudah hancur. Yang ada sekarang adalah susur galur melayu yang menanti untuk terus lebur dan meleleh leleh. Semuanya gara gara pemimpin Melayu UMNO yang lupa bangsa dan mahu membina bumi mereka sendiri. Kaya raja macam dunia ini mereka yang punya.

Melayu ada yang kafir, Islam dan murtad. Tak boleh nak kata Melayu itu semuanya Islam kerana darah keturunan Melayu tidak membawa bersama agama. Melayu akan kekal sebagai Melayu walaupun beragama lain. Melayu akan kekal sebagai Melayu walaupun mereka itu hidup seperti mat Salleh. Maka sekarang ramai Melayu dah jadi melayu celup. Semuanya kerana Melayu sendiri sudah lupa tentang Islam dan budaya melayu.

Bila bercerita tentang perjuangan bangsa Melayu, baru lah Melayu menjadi Melayu. Jalannya tunduk kebumi, Bahasanya berpantun dan syair, berkain songket, berbaju kurung dan berbaju melayu, berselindang, bersamping dan berkeris. Tapi dipoket terselit PEN 'Montblanc' buatan bangsa Eropah. Jam tangan yang harga nya beribu ribu hasil buatan bangsa lain. Malah air mineral yang dibotol dan dijual oleh bangsa lain. Ikhlas kah melayu berjuang?

Perjuangan melayu menjadi karut apabila ada pemimpin yang menggunakan Melayu sebagai batu loncatan. Bersilat masa nak jadi pemimpin dan bila sudah menjadi pemimpin, semua nya berubah menjadi sotong dan kaki kelentong, dibelai dengan helaian note berwajah gabenor. Silat nya berterabur, tanjaknya sudah tidak melilit kepala tetapi menutup mata.

Kerana ada pemimpin yang sebegini, maka bangsa melayu pun hilang selera untuk menjadi penyokong dan meninggalkan kumpulan Melayu.

Yang lain, tak payah cerita tentang bangsa. Itu sebab di dalam Melayu sendiri pun sudah tak karuan. Mamak dengan mamaknya, Syed dengan Syednya, Bajau dengan bajaunya, jawa dengan jawanya, banjar dengan banjarnya dan banyak lagi.


Perjuangan Pemimpin Melayu untuk istana ini

Perjuangan bangsa melayu selama ini untuk sekadar hidup

Perjuangan Melayu adalah hanya untuk masa terdesak. Kalau sebelum ini perjuangan Melayu untuk kuasa. UMNO merujuk kepada perjuangan Melayu hipokrit. Kalau Melayu jenama seperti ini berhimpun, maka ramai lah bangsa Melayu yang berebut kuasa. Setiap tahun sepanjang masa bercerita tentang jawatan dan pangkat, peluang dan bagaimana untuk menjadi kaya. MElayu akan pulang kepada perjuangan, apabila UMNO kalah teruk. Bercakap tentang perjuangan, tapi hati tuhan sahaja yang tahu. Mungkin berlaku seperti dahulu apabila Melayu dipanggil untuk menjadi benteng, sedangkan ketua ketua duduk berdengkur dan tunggu keputusan. Kalau berjaya ...... aku kaya. Akhirnya melayu jadi batang pisang yang tunggu waktu di cucuk oleh todak.

Hasil dari 13 Mei, Cina berdendam sampai lah sekarang. Mereka kukuhkan ekonomi mereka. Tindakannya seperti yahudi. Senyap, negeri kecil, di kecam seluruh dunia, Perlahan lahan bangun memegang kuasa ekonomi dan sekarang semua negara tunduk padanya. Itu lah kaedah yang cina pakai sekarang. Melayu seperti bangsa Arab. Berkokok dan tunduk pada kuasa Barat.

Selepas UMNO berjaya ambil semula kuasa. Melayu terbahagi kepada 2 kelompok utama. Melayu UMNO dan Melayu bukan UMNO. Kalau nak bantu, kena jadi Melayu UMNO. Jika tidak, tak payah bantu. Kalau tak bercop Dacing dan UMNO di dahi, jangan berangan nak rumah murah. Bukan free, benda kena beli pun tak boleh. Kalau nak berniaga, kena menjadi Melayu UMNO baru boleh dibantu, kalau tidak menjaja saja lah nasi lemak di tepi jalan. Usahkan pinjaman, bantuan pun tak tentu lagi. Silap silap gerai pun kena angkat penguatkuasa, sedangkan restoran bangsa lain semakin membesar dan semakin melebar. Nak ngadu pada siapa kalau Melayu yang ada kat atas lebih tunggul dari tunggul.

Ada pihak yang menjadi kan UMNO sebagai Pelampung aras bangsa Melayu. Bila UMNO kalah, Melayu hancur. Maka bergegaslah mereka berkumpul. Dipanggilnya raja dan NGO untuk kuatkan sokongan. Sebelum ini, UMNO sendiri pun tendang raja ketepi. Tapi perhimpunan yang baru ini tidak ditaja oleh UMNO kecuali adalah segelintir NGO yang ombaknya sentiasa biru walau lambangnya hijau, seperti PEKIDA. Kalau ada NGO seperti ini, kepala terbayang adanya UMNO di belakang, Tapi UMNO sekarang malu malu kucing. Tak tunjuk wajah, ekor yang kelihatan.

Berjayakah mereka membangkitkan lagi semangat Melayu atau melayu sudah tidak mahu mengaku Melayu? Aku tidak mengaku menjadi Melayu tetapi aku adalah Islam. Kalau berjuang untuk Islam, kita bangun dan tentang, tapi kalau setakat Melayu ..... baik aku tidur dan bangun bila perlu.

Kalau aku melayu, aku mahu serang siapa? Cina dan India pun ada yang menjadi saudara seislam ku? Huhhh....serba salah dan aku kata perjuangan melayu adalah perjuangan orang yang keliru. Tak tau apa yang diperjuangkan kecuali berkokok untuk jaga pangkat pemimpin.

Aku tak mahu ditipu lagi. Bukan mudah untuk berjaya, kehulu dan kehilir harap belas ehsan pada pemimpin, tak der satu pun yang mereka bantu. Sekarang aku masih disini, dah muak dengan janji manis perjuangan melayu. Aku tak mahu lagi menjadi BATANG PISANG. Kalau berperang, aku kedepan. Bila dah berjaya, aku disisihkan....

Nak tahu kemana perjuangan melayu? Rujuk berikut, gila pangkat dan yang ditentang adalah melayu sendiri.
Mat Taib blames UMNO leaders for its own loss
Rahim Thamby Chik Willing To Contest Any Post In Umno
sape kaya di kalangan orang UMNO??
Isu Selangor FM. Celuparnya Ahmad Sabree.
Mat Taib kata Umno kalah sebab pemimpin angkuh
Alahai Rahim Tamby Chik
Shabery mula tiru perangai Zainuddin Maidin

Tak payah jumpa...letak jawatan sahaja


Agendoldaily

Tidak perlu jumpa tapi letak sahaja jawatan… itulah yang dapat disimpulkan daripada kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir mengenai cadangan supaya ada usaha diambil bagi mempertemukan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam rangka memulihkan semula UMNO ekoran prestasi buruk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum yang lalu. Menurut Dr. Mahathir, beliau telah menyuarakan pandangannya dan semua orang sudah mengetahui pandangan beliau dan melihat tidak ada keperluan untuk diadakan pertemuan tersebut. “Tak ada apa (sebab nak berjumpa) saya dah kata… benda saya nak kata semua orang dah tahu. Ini bukan soal peribadi antara saya dengan dia ini soal dasar parti. “Saya dah cakap… dah jumpa dah pun… dulu pun jumpa saja...tak payahlah banyak-banyak sandiwara,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucapan pada majlis ceramah menegnai krisis kepimpinan Melayu pasca pilihanraya umum ke-12 anjuran 30 Cawangan UMNO dalam Bahagian Hulu Langat di Kajang petang Sabtu.

Bekas ‘Giant Killer’ ziarah Tok Guru

The image “http://buletinonline.net/images/berita/manbakarziarahtg.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Buletinonline - Bekas ‘Giant Killer’ yang juga bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato’ Man Bakar menziarahi Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang sedang di rawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), dekat sini, kelmarin.

Beliau yang ditemui media berkata beliau datang khusus untuk melawat Dato’ Seri Abdul Hadi dan beliau mendoakan supaya cepat sembuh dan juga dapat menjalankan tugas semula dengan sebaik-baiknya.

Beliau berkata beliau berharap kesihatan Dato’ Seri Abdul Hadi kembali seperti sediakala kerana rakyat masih memerlukan prihatian, sumbangan dan khidmat Presiden PAS itu.

Beliau yakin dan percaya Presiden PAS akan dapat menjalankan tugas dengan sebaik-baiknya selepas sembuh dan sihat semula setelah diserang ‘minor stroke’ khamis lalu. more...

'Lebih baik saya letak jawatan'


MOHAMAD TARMUDI menunjukkan salah sebuah
bangsal menternak babi di Kampung Tumbuk, Sepang semalam.

Kosmo
SEPANG - "Buat apa mengetuai sebuah kampung yang ada ladang ternakan babi, lebih baik saya letak jawatan kalau projek itu dilaksanakan."

Demikian tegas Ketua Kampung Tumbuk, Mohamad Tarmudi Tushiran yang benar-benar kesal dengan keputusan Kerajaan Negeri Selangor meneruskan projek ternakan ladang babi moden di kampungnya sehingga sanggup meletakkan jawatan.

Katanya, keputusan itu dibuat kerana beliau tidak mahu masyarakat luar memanggilnya sebagai ketua kampung yang bagaikan menyokong keputusan kerajaan negeri sedangkan beliau sendiri menentang sekeras-kerasnya projek itu.

"Saya tak nak nanti bila projek ini dah siap orang ramai gelar saya sebagai 'ketua kampung babi', lebih baik saya berundur (meletak jawatan) dulu," jelasnya. More...

No2umnO - Kecewanya seorang ketua kampung ni. Kesian juga. Dia berjuang untuk orang kampung sampai tak sedar selama ini memang dia dah jadi Ketua Kampung babi..... Macam macam jenis meraban dah ketua kampung sekarang. Maklumlah projek tanam keladi tak jatuh ke tangannya. Makkkk aiii... kaya tu beb kalau dapat projek supply keladi ke kandang babi. Satu kandang moden bela 250,000 ekor. Berapa banyak keladi sehari....

SHABERY CHEEK DAH MULA TUNJUK TARING

Bharian - Radio Selangor.Fm kendalian Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang diberikan kata dua oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid sama ada memberikan slot satu jam seminggu kepada kerajaan negeri atau dihalau dari pusat pentadbiran kerajaan negeri di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam akan berpindah secepat mungkin.

Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata kementerian itu tidak akan tunduk dengan ancaman seperti itu.

Beliau berkata, ugutan Menteri Besar itu jelas menggambarkan beliau kemaruk kuasa sekali gus menyulitkan dan menjejaskan hubungan kerajaan negeri dengan Persekutuan dalam pelaksanaan pelbagai projek pada masa depan.

"Bagi saya isu ini bukan sejam atau dua jam masa siaran, tetapi ia menggambarkan Menteri Besar kemaruk kuasa kerana sudah lama mengidamkan tempat itu dengan berasakan sesiapa yang ada dalam bangunan itu mesti patuh kehendaknya.

"Macam hari ini apabila dia ada kuasa dia menggunakan RM100 juta untuk babi, maka dia tunjukkan dengan menghalau keluar mana-mana agensi kerajaan Persekutuan dari bangunan itu, yang bukan dibina atas hasil usahanya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri majlis perkahwinan anak sulung bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Mohd Najib dengan pasangannya Syarifah Madehah Syed Alwy di Bandar Baru Nilai, dekat sini semalam.

Kelmarin, Abdul Khalid dilaporkan memberi amaran kepada Selangor.Fm sama ada memenuhi permintaan kerajaan negeri untuk ke udara satu jam seminggu atau berpindah dari pusat pentadbiraan kerajaan negeri di bangunan itu.

Beliau berkata, amaran itu diberikan selepas pengurusan Selangor.Fm gagal memberi jawapan terhadap permintaan itu untuk menerangkan program kerajaan negeri walaupun pertemuan sudah diadakan dua minggu lalu.

Ahmad Shabery bagaimanapun memberi jaminan kepada pendengar radio Selangor.Fm tindakan keluar dari bangunan itu tidak menjejaskan operasi stesen berkenaan kerana kementerian akan mencari tempat sesuai bagi membolehkan beroperasi seperti biasa.

"Bukan soal bagi atau tidak (ke udara satu jam seminggu) kerana negeri lain pun tidak ada syarat sebegitu. Prinsip kita jelas iaitu sekiranya ada nilai berita, apa salahnya satu jam, dua jam atau tiga jam, kita tidak ada masalah untuk memberi slot," katanya. "Masalah sekarang ialah membabitkan soal kuasa iaitu 'kamu tak ikut kami, kamu kena keluar'. Apakah kita perlu tunduk kepada tekanan dan ugutan macam ini?

"Jadi, saya bagi jaminan Selangor.Fm akan beroperasi seperti biasa walaupun bukan lagi di tempat biasa. Saya akan pastikan radio ini akan menghampiri dan memenangi hati setiap rakyat Selangor," katanya.

No2umnO - Selangor FM? Minta maaf la.....wak tak pernah dengar. Kepada Warga kerja nya....Jangan jadi BARUA KERAJAAN. Sedar sedar la.... Shabbery ni memang dari dulu. Aku suka kalau menteri jadi macam Zam dan Shabery ni, biar rakyat tengok muka dan perangai.

Posting terkini

Blog Archive