KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 13, 2008

KERAJAAN BN TERUS HALANG MB SELANGOR GUNA MEDIA

Melalui siaran berkenaan beliau turut berhasrat membetulkan kaedah pemberitaan berat sebelah oleh pihak media terutama berkaitan projek ternakan babi bersepadu yang disensasikan pihak media.

Katanya beliau telah menunggu selama dua setengah minggu untuk merealisasikan hasratnya itu namun tidak diendahkan oleh pihak berkenaan.“Malangnya kaedah pemberitaan berat sebelah itu tidak dapat diperbetulkan.“Saya berhasrat ke udara sejam seminggu untuk ditemu ramah di radio supaya saya boleh beritahu rakyat apa visi dan program saya untuk Selangor.

Saya juga mencadangkan kepada mereka supaya membuka program kepada penyertaan rakyat Selangor,” katanya.

“Sudah dua minggu setengah, jika mereka masih enggan komited, saya tidak mahu mereka berada di pejabat Selangor (bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri). Pejabat Selangor FM ada di sana dan mereka gelar diri sebagai Radio Selangor. Jika mereka gelarkan diri ‘Radio Non-Selangor’, mereka boleh cari pejabat di tempat lain, itu pandangan saya,” tambahnya. - melayuhot

Selangor FM masih dibawah RTM, maka tidak hairan lah kalau keengganan memberikan ruang kepada MB selangor untuk keudara. Ikut telunjuk menteri penerangan walaupun gaji mereka semua kita yang bayar.

Terus di arah keluar. Begitu lah tindakan Shaberi Cheek (Menteri Penerangan baru) yang enggan memberikan masa untuk perbincangan antara Kerajaan Selangor baru dan Stesyen radio berkenaan. Mungkin juga keengganan membalas permohonan TS Khalid di pengaruhi oleh Shabery sendiri.

Kalau dah UMNO tu akan kekal UMNO. Diskriminasi dan anti demokrasi. Cakap tak serupa bikinl. Tak per la....pada sesiapa yang tidak bersetuju dengan tindakan mereka mereka ini, cara wak, aku tak halalkan dunia akhirat penggunaan wang aku digunakan. Nak korang makanlah duit itu untuk anak dan isteri kalian. Jawab la kemudian hari.

Siapa dia Selangor FM ni?

(Imej: ISAMUDIN AHMAD - Pengarah penyiaran Selangor)

Site: Radio SelangorFM 100.9
ALAMAT
Jabatan Penyiaran Malaysia Negeri Selangor.
Aras 4, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Pej. Am : 03-5544 7283
Studio : 03-5510 2203 dan 03- 5510 2204
Fax : 03 - 55102202
E-Mel: selangorfm@mmu.edu.my

2 comments:

mangchikla said...

Belang Sabey Chik dah "terserlah"... so bloggers , without further ado, I present u the "true colors" of "supeficially makeover" , "Anak chik"

Anonymous said...

mak aiii.....
radio pon dah pandai nak mintak merdeka..????

hakhakhak.....
macam la negeri selangor ni macam penjajah....

menggelupoh betol la.....
berbakti lah pada negeri...

Posting terkini

Blog Archive